Anda di halaman 1dari 19

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF DAN

BAHAYA MENINGGALKANNYA!

1.0 MUQADDIMAH
Berdasarkan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menuntut Ilmu Fiqh,
Tauhid dan Tasawwuf serta mengamalkannya adalah FARDHU AIN
atas setiap mukallaf lelaki dan wanita. 

Ilmu Fiqh adalah berkaitan perlakuan2 serta ibadah2 serta muamalah


zahir.
Ilmu Tauhid adalah berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah
dan segala yang Ghaib.
Ilmu Tasawwuf adalah berkaitan penyucian hati, aqal dan ruh daripada
segala kekotoran yang berunsur nafsu, dunia dan syaitan. 

Kebanyakan kita sedia maklum tentang2 ketiga2 Ilmu ini.  Tetapi apa
yang ingin kita paparkan didalam kesempatan ini adalah kelemahan
Ummat Islam pada zaman ini yang kebanyakannya abaikan Ilmu
Tasawwuf yang menjadi nadi kesucian dan kekuatan diri.   Dalam
ertikata penyemprnaan kepada kepada sifat2 Mu'min itu telah
diabaikan.  

Mulai dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan akhirnya ke


peringkat universiti kita diajar dengan berbagai bidang ibadah solat,
puasa, zakat dll. Alhamdulillah.   Tetapi malang sekali sangat sedikit
atau tiada langsung diajar tentang Ilmu tentang sifat2 nafsu, kebinasaan2
yang dihasilkan oleh nafsu2 kejahatan, kaedah2 memerangi nafsu dan
syaitan yang merosakkan jiwa.  Sedangkan  penyucian jiwa ini adalah
yang paling penting didalam kehidupan seorang yang beriman kepada
Allah Ta'ala berdasarkan Firman Allah Ta'ala :

‫يم‬
ٍ ِ ‫سل‬ ٍ ‫ إِالَّ َمنْ أَتَى هَّللا َ بِقَ ْل‬- َ‫يَ ْو َم الَ يَنفَ ُع َما ٌل َوالَ بَنُون‬ 
َ ‫ب‬
Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-
orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat
sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Ash-Shuara 26; 89 ) 

Dan Sabda Nabi   ‫ صلى هللا عليه وسلم‬:

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul


daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya
dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya.
Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari).

Apa yang disebut didalam ayat2 diatas adalah berkenaan hati yang
sejahtra, hati yang suci, hati yang bebas dari syirik dari semua bentuk
mazmumah.  Hanya hati2 yang suci ini selamat dunia dan akhirat.

Untuk mendapat hati yang sejahtera daripada syirik khafi, bebas dari
mazmumah - (sifat2 kekejian)  dan memperoleh sifat2 mahmudah yang
terpuji seseorang wajib menuntut Ilmu Tasawwuf dan
mengamalkannya. 
2.0 PENTINGNYA TASAWWUF DIDALAM IBADAH DAN
KEHIDUPAN

Sebagaimana kita bicarakan sebelum ini bahawa menuntut Ilmu Fiqh,


Tauhid dan Tasawwuf menjadi kewajipan ; Fardhu Ain atas setiap
mukallaf lelaki dan wanita.  Serta mengamalkannya didalam kehidupan 
tanpa memisah-misahkannya.  Kerana semua hukum2 yang terkandung
didalam Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf adalah bersumberkan Al-Qur’an
Kitabullah dan Hadis Nabi                            .  
Kita lihat satu contoh bagaimana hubungan2 ini berlaku. Iaitu Ibadah
solat yang dikerjakan setiap hari.

Apabila seseorang melakukan solat dengan mematuhi syarat2 dan rukun


solat dengan sempurna sebagaimana terkandung didalam Ilmu Fiqh,
maka sah solatnya dari sudut Fiqh dan terlepas dia dari taklif Syara’. 
Tetapi dia belum terlepas dari hukum2 yang menyentuh batinnya.  Iaitu
adakah dia khusyu’ didalam solatnya?  Adakah dia ria’ ketika solatnya?
Adakah dia ‘ujub selepas solatnya?  Semua ini tidak diketahui oleh
manusia lain, iaitu dari sudut fiqh dia selamat, tetapi pada pandangan
Allah yang melihat pada hati dia belum selamat.   

Dalam ertikata lain seseorang wajib menyempurnakan syarat2 Fiqh dan


pada yang sama wajib berusaha sedaya upaya memenuhi syarat2 batin. 
Mengapa kita kata “wajib berusaha sedaya upaya” ?  Ini kerana
kebanyakan kita akan menghadapi gangguan2 hati ketika solat. 
Gangguan ini adalah daripada nafsu dan syaitan.  Maka wajib seseorang
berusaha membenteras gangguan2 ini dengan berbagai cara yang
diajarkan oleh Ulama2 Tasawwuf. 
Ini bermakna seseorang yang melakukan solat dengan sempurna pada
fiqh tetapi pada masa yang sama ria’ ketika solatnya, iaitu perasaan ria’
yang dikekalkan didalam hati (ikhtiari) maka binasa solatnya.  Kerana
ria’ adalah syirik khafi (syirik yang tersembunyi) yang wajib
disingkirkan/ dibuang dari hati.   

Demikian juga seseorang yang mengerjakan solat wajib berusaha sedaya


upaya khusyu didalam solatnya. Kerana khusyu didalam solat adalah isi
kepada batin solat.  Seseorang yang mengerjakan solat sedangkan
hatinya lansung lalai dari awal sampai akhir,  maka ini juga termasuk
orang yang diancam dengan “neraka wail”.  

Sebagaimana kata Imam Hasan Basri  “Orang yang mengerjakan solat


dalam keadaan lalai adalah ia lebih dekat kepada neraka”.   

Maksudnya adalah seseorang wajib berusaha sungguh2 agar tidak


termasuk didalam golongan lalai didalam solat. Walaupun ia bukan
perkara mudah, tetapi wajib berusaha sedaya upaya khusyu’ didalam
solat. 

Disini kita lihat betapa pentingnya kita menuntut Ilmu Tasawwuf  dan
amalkannya disamping Ilmu Fiqh agar segala Ibadah kita tidak sia2. 
Jangan zahir kita nampak cantik sedangkan batin kita tercemar.  Kerana
Allah Ta’ala tidak memandang kepada kecantikan rupa paras zahir tetapi
batin yang tersembunyi. 
3.0 KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF DAN BAHAYA
MENINGGALKANNYA
Kita dapati pada zaman ini kebanyakan Ummat Islam hanya mengambil
Fiqh sedangkan Tasawwuf diabaikan.  Apa puncanya?

Sebahagian besar Ummat Islam masih keliru atau telah dikelirukan oleh
fahama bahawa Tasawwuf adalah untuk orang2 tertentu.  Ada juga yang
mengatakan Tasawwuf adalah sebagai amalan sampingan untuk
mendapat kelebihan bukan sebagai kewajipan.   Berbagai pendapat ini
dan banyak lagi pendapat lain adalah bertentangan sama sekali dengan
apa yang dinyatakan oleh seluruh Ulama2 Mu'tabar.  

1) Kewajipan menyucikan hati dari berbagai penyakit syirik, nifaq dan


sifat2 mazmumah  serta menghiasinya dengan Iman, Taqwa dan   sifat2
Mahmudah  sebagaimana yang dihuraikan didalam Tasawwuf adalah
berdasarkan banyak bukti2 didalam Al_Qur'an dan Hadis Nabi.  
Diataranya :

Firman Allah :

‫يم‬
ٍ ِ ‫سل‬ ٍ ‫ إِالَّ َمنْ أَتَى هَّللا َ بِقَ ْل‬- َ‫يَ ْو َم الَ يَنفَ ُع َما ٌل َوالَ بَنُون‬
َ ‫ب‬

Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-
orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat
sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Ash-Shuara 26; 89 )
Dan Sabda Nabi   ‫ صلى هللا عليه وسلم‬:

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul


daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya
dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya.
Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari).

2) Ilmu Tasawwuf adalah sebahagian syariat Nabi yang dihimpunkan


oleh Ulama2 berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah. Ianya mengandungi
hukum2 haram dan halal yang menyentuh batin/kelakuan hati  manusia.

Contohnya :  Hasad, jahat sangka,  takabbur ujub, ria'   adalah termasuk


perkara2 yang diharamkan pada hati.   Sesiapa yang ada sifat2 ini,
WAJIB membuangnya segera.....bukan sebagai sunnat atau menuntut
kelebihan.  Hal ini didasarkan kepada perintah Allah dan Hadis2 Nabi
yang soheh.   Umpamanya TAKABBUR adalah antara sifat Iblis yang
sangat tercela yang diharamkan.   

Rasulullah shalallahu      ‫ صلى هللا عليه وسلم‬     bersabda:

Tidak akan masuk syurga barang siapa di dalam hatinya terdapat


setitik kesombongan. 
(Muslim)
Maka WAJIB setiap mukallaf menyucikan batinnya daripada sifat
takabbur ini. Demikian halnya sifat2  kekejian yangn lain wajiblah atas
kita menyucikannya. Kerana semua sifat2 ini bukan saja merosakkan
amal bahkan lebih buruk daripada itu menjadi sebab kemurkaan Allah
Ta'ala serta menjadi sebab dicampakkan kedalam neraka.   

3) Seluruh Ulama2 Mu'tabar telah bersepakat bahawa menuntut dan


mengamalkan Tasawwuf adalah Wajib Aini atas setiap mukallaf lelaki
dan wanita.  Di sini kita kemukakan beberapa keterangan Ulama2
Mu'tabar.

Kata Imam Malik ‫ رضي هللا عه‬:

" Fiqh tanpa Tasawwuf adalah Fasiq.  Tasawwuf tanpa Fiqh adalah
zindiq.  Menghimpun antara keduanya itu yang haq"  

Kata2 ini telah disepakati oleh seluruh Ulama Arifin walaupun dengan
makna yang berbeza2 tetapi membawa kepada maksud yang sama.  Iaitu
wajib menghimpunkan kedua2 Fiqh dan Tasawwuf.   Mengamalkan
Fiqh semata2 tanpa disertai Tasawwuf membawa seseorang kepada
menjadi Fasiq. Wal Iyazubillah. 

Berkata Imam Ghazali  ‫ رضي هللا عه‬: 

“Sedangkan ilmu tentang qalbu dan mengenal penyakitnya, berupa


iri dengki, ujub, dan riya’ serta semisalnya, “Adalah Fardlu ‘Ain”.
Syeikh Alaudiin Abidin dalam Al-Hadiyyatul ‘Alaiyah, mengatakan, 

“Sudah jelas nash-nash syariah, dan Ijma’ Ulama, atas haramnya


dengki dan penghinaan terhadap sesama muslim, serta hasrat
kebencian terhadap mereka. Begitu pula haram, takabur, ujub,
riya’ dan munafiq, serta sejumlah hal-hal kotor dalam hati, bahkan
pendengaran, mata dan hati kelak akan dimintai
pertanggungjawaban, hal-hal yang pada dasarnya di bawah ikhtiar
manusia.

Ibnu Abidin dalam catatannya : 

“Mengenal Ikhlas, Ujub, Riya’, Dengki, adalah fardlu ‘ain, begitu


juga mengenal penyakit-penyakit jiwa seperti sombong,  dendam,
menipu, marah, membuat permusuhan, dendam, tamak, bakhil,
boros,  pengkhianatan dan wah-wahan, sombong terhadap
kebenaran, pengkhianatan, keras hati dan panjang angan-angan,
dan sebagainya merupakan penyakit hati, yang dibedah dalam
seperempat kitab bab perilaku yang menghancurkan, oleh Al-
Ghazaly dalam kitab Al-Ihya’ disebutkan, “Sudah tidak ada alasan
lagi untuk menolak, seharusnya siapa pun mempelajari penyakit-
penyakit itu sebagai kewajipan.”  (Hasyiyah Ibnu Abidin)

Banyak lagi kata2 Ulama Mu'tabar yang semunya menunjukkan akan


kewajipannya mengamalkan Tasawwuf dan larangan meninggalkannya.
4.0 TUMPUAN DIDIKAN TASAWWUF

Beberapa persoalan yang sering ditanya…….


Bagaimana nak buang syirik khafi (syirik tersembunyi ) dalam hati?
Bagaimana cara membuang segala sifat2 mazmumah/ kekejian didalam
hati?
Bagaimana ikhlaskan hati?
Bagaimana cara nak khusyu’ didalam solat?
Bagaimana nak buang segala gangguan2 dalam hati? 
Bagaimana cara menjadi orang2 yang benar2 beriman dan bertaqwa?

Semua pertanyaan diatas, walaupun kelihatan seperti menuntut jawapan


yang berbeza2 kerana bentuk pertanyaan yang berlainan  , pada 
hakikatnya jawapannya satu jua. Iaitu menuju kepada penyucian HATI.  

Bila HATI telah suci…..

Akan hilanglah kegelapan!


Hilanglah segala sifat mazmumah!
Binasalah segala bentuk syirik!
Akan tunduk khusyu’ lah hati dan segala anggota.

5.0 PUNCA  HATI MENJADI KOTOR?


Sebelum kita melihat  bagaimana cara menyucikan HATI,   kita lihat
dahulu apa puncanya HATI Menjadi kotor dan gelap.   

Setiap bayi yang lahir adalah suci hatinya.  Bagaikan putih susu,
bagaikan kapas yang putih bersih, tiada noda, tiada dosa!.   Apabila dia
meningkat umurnya, segala penglihatan dan pendengarannya
mempengaruhi jiwanya. Pandangan dan pendengaran yang keji akan
mula mengotorkan hatinya. Pergaulan dan cara pemakanan turut
mempengauhi pembetukan jiwa ini. Nafsu dan syaitan memainkan
peranan merosakkan lagi hati tersebut.   Hatinya mula terhijab dari
pandangan kesucian. Hatinya mula kelam sedikit demi sedikit. 

Jika seseorang manusia beriman tidak berusaha membersihkan hatinya


dan membiarkannya dikuasai nafsu,  syaitan dan afat yang lain,  maka
lama kelamaan hatinya makin kotor akhirnya GELAP TERUS!  Wal
Iyazubillah! Semoga Allah selamatkan kita dari malapetaka ini.

6.0 CARA MENYUCIKAN HATI DARI SEGALA KEKOTORAN /


KEKEJIAN/ SYIRIK!

Seseorang petani yang ingin mendapat hasil lumayan dari usaha taninya,
pertama sekali ia perlu memberishkan lalang dan segala perosak dalam
bumi yang boleh merosakkan tanamannya. Ia perlu mencabutnya dari
akar2nya.    Dia perlu membajak tanahnya dengan hati2.  Dia perlu
memilih benih yang baik.  Dia perlu menyiram dan menjaganya dari
makhluk perosak.  Dia menuai apabila telah masak tanamannya. 
Semua ini si petani belajar dari ‘AHLI’ nya yang mahir dalam bertani.  
>>>>>>>>> ……………demikian halnya....

Seseorang hamba Allah yang ingin mendapat hasil lumayan dari usaha
membina Iman dan Islam dalam jiwanya, wajib mempelajari cara2nya
yang betul dari pakar2nya yang mengetahui hal2 HATI dan IMAN! 
Dia tidak boleh melakukannya sendiri. Kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan tentang semua itu.  

Rasulullah     ‫صلى هللا عليه وسلم‬      adalah pakar HATI yang pertama yang
mengajar Ummat Islam.  Rasulullah   telah mendidik ruhani para sahabat
menurut rencana Ilahi.   Para  Sahabat Ridhwanullah yang telah terdidik
dengan asuhan  Rasulullah, kemudian mengajar generasi berikutnya. 
Generasi berikutnya ini dikenali sebagai PEWARIS NABI atau 
AHLILLAH,  atau ULAMA BILLAH,  AHLI MA’RIFAT, atau
MURSYID.    Mereka ini yang mahir didalam Ilmu keruhanian, ilmu
jiwa dan hati kerana mereka sendiri telah melalui jalan tersebut.   

Menurut pendidikan Tasawwuf, berdasarkan keterangan Ulama Billah,


cara menyucikan HATI yang paling berkesan adalah adalah dengan
mengerjakan  ZIKRULLAH!  Iaitu menyebut nama Allah dengan lidah
dan hati akan kalimah “LA-ILAHA ILLA-ALLAH”  atau “ALLAH-
ALLAH” ,  dan lain2nya menurut syarat2 dan peraturan2 yang tertentu. 

Ini berdasarkan keterangan2 /perintah Allah dan RasulNya :

HATI MENJADI TENANG DAMAI DENGAN ZIKRULLAH

Firman Allah Ta’ala :


ُ ُ‫أَالَ بِ ِذ ْك ِر هَّللا ِ تَ ْط َمئِنُّ ا ْلقُل‬
 ‫وب‬
“Ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tetap. (tenang,
tenteram)
(Ar-Ra’d ; 28)

Firman Allah :

ِ ‫َن ا ْلفَ ْحشَآ ِء َوا ْل ُم ْن َك ِر َولَ ِذ ْك ُر هَّللا‬


ِ ‫صلَوةَ تَ ْن َهى ع‬
َّ ‫صلَوةَ إِنَّ ال‬ ِ ‫ا ْت ُل َما أُ ْو ِح َى إِلَ ْيكَ ِمنَ ا ْل ِكتَـ‬
َّ ‫ب َوأَقِ ِم ال‬
َ‫َصنَ ُعون‬ ْ ‫أَ ْكبَ ُر َوهَّللا ُ يَ ْعلَ ُم َما ت‬

”Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang


diwahyukan kepadamu dari Al-quran dan dirikanlah sembahyang
(dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati
Allah (zikrullah) adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan
(ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”     [Al-
Ankaboot (29)  : 45]

ORANG YANG BERZIKIR ADALAH HIDUP HATINYA…!

Sabda Rasulullah    ‫صلى هللا عليه وسلم‬                  :


Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan yang
tidak berzikir, seumpama orang hidup dan orang mati. (Bukhari
dan Muslim)
 
SEMBUH DARI SEGALA PENYAKIT HATI!

Sabda Rasulullah     ‫صلى هللا عليه وسلم‬              :


Menyebut-nyebut Allah (zikrullah) adalah suatu penyembuhan dan
menyebut-nyebut tentang manusia adalah penyakit (artinya
penyakit akhlak). (Baihaqi)

Banyak lagi keterangan AL-Qur’an dan Hadis Nabi berkenaan kebaikan


zikrullah bagi penyucian hati, pembentukan Iman dan keluhuran
ubudiyyah kepada Allah Ta’ala.

Insya Allah kita akan melihat bagaimana ‘ZIKRULLAH’ berperanan


menyucikan ‘HATI’ dan menjadikannya bercahaya2 sehingga hilang
segala kegelapan dan disinari cahaya keimanan. 

8.0 BAGAIMANA ZIKRULLAH MENYUCIKAN HATI ?

Bagaimana ZIKRULLAH menyucikan HATI  dan apa kaitannya dengan


IMAN  serta IBADAH?
Apakah keistimewaan zikrullah ini bagi penyucian dan pembersihan
hati?

Berdasarkan  Ahli Ma’rifat, 

Setiap orang yang beriman mempunyai “NUR” atau cahaya Iman


didalam hati.  Asalnya cahaya ini seperti pelita yang kecil atau seperti
cahaya lilin yang kecil.  Apabila seseorang mengerjakan zikrullah
dengan penuh keimanan,  cahaya kecil ini akan bertambah terang . 
Cahaya tersebut akan bertambah besar dan bertambah terang lagi
mengikut banyaknya seseorang itu berzikir dengan penuh kesungguhan. 

Jika seseorang hamba Allah melakukan zikrullah ini terus menerus


setiap hari  tanpa putus, sehingga menjadikannya‘wirid’ (amalan terus
menerus) maka Allah Ta’ala akan mendatangkan ‘warid’ kedalam
hatinya iaitu Allah akan menurunkan cahaya Asma' dan SifatNya 
kedalam hati hamba ini sehingga penuh hatinya dengan cahaya
Rabbaniyyah dan melimpah pula kepada segala “ lataif2nya”  (tempat
pemusatan zikir dan nafsu2)   kemudian melimpah pula  keseluruh
darah, daging, uratnya sehingga akhirnya  seluruh tubuhnya bercahaya2
dengan cahaya Rabbaniyyah ini  . 

Apabila ini berlaku segala nafsu2 kejahatan akan binasa tinggal nafsu2
yang baik sahaja.   Seluruh Tentera2 syaitan akan bertempiaran lari tidak
dapat mendekatinya lagi. ….apalagi memasuki hati atau
mengganggunya.! 

Ketika ini damalah hatinya.!  Tenanglah segala perasaannya!. 


Datanglah Khusyu’ dan takut  kepada  Allah!      Tetaplah hatinya
didalam keimanan. …. Ini yang di isyaratkan oleh Firman Allah :

Firman Allah Ta’ala :

ُ ُ‫أَالَ بِ ِذ ْك ِر هَّللا ِ تَ ْط َمئِنُّ ا ْلقُل‬


‫وب‬

“Ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tetap. (tenang,


tenteram)(Ar-Ra’d ; 28)

HATI tetap dalam keimanan!


HATI tenang tenteram bersama Tuhannya.!
HATI lazat melakukan Ibadah!
HATI menyungkur sujud di hadapan Rabbul Jalil!

Tidak ada kekuatan, tidak ada kekuasaan yang lebih tinggi dari
kekuasaan Allah Ta’ala. Orang yang HATInya telah penuh dengan
cahaya zikrullah, akan melihat dan merasai kekuasaan Allah ini didalam
dirinya.  Maka orang yang hatinya telah dipenuhi dengan kekuasaan
Allah Ta’ala,  tiada suatu pun dapat memasukinya. Tidak ada gangguan
insan, gangguan nafsu, gangguan syaitan atau gangguan ruh jahat dapat
menghampirinya. 

Tetapi peringatan untuk semua….!

Keadaan diatas tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan


melazimkan diri dengan zikrullah dengan lisan dan hati dengan
bersungguh2 sehingga ianya menjadi sebati didalam diri.  Seseorang
perlu mujahadah sungguh2 melawan tentera2 nafsu dan syaitan yang
sentiasa cuba menghalangn dan menyesatkannya.  Para salaf saleh
dahulu berjuang berpuluh2 tahun sebelum mencapai ketetapan dalam
hati……dalam keadaan berlapar, uzlah menjauhi dunia yang melalaikan
dan berbagai latihan keruhanian. 

Dan cara paling baik dan selamat untuk mencapai kesucian jiwa dan ruh
adalah dengan berguru kepada Shaikh yang siddiq yang mewarisi Ilmu
keruhanian Nabi, iaitu Shaikh Tasawwuf atau Mursyid Toriqat Sufiyyah
yang benar.
9.0 CARA MENGERJAKAN ZIKRULLAH

Didalam syari’at, setiap amalan ada cara2 dan peraturan untuk


melakukannya.  Zikrullah perlulah dikerjakan mengikut beberapa
peraturan dan syarat2nya.  Zikir yang dikerjakan tanpa menuruti
syarat2nya kurang berkesan pada hati dan kurang keberkatannya.  

Sebaik2 cara berzikir adalah dengan mengambil talqin zikir daripada


Guru Mursyid.   Seorang  Shaikh adalah doktor ruhani yang mengetahui
segala penyakit si salik /murid serta  sangat arif  mengenai  zikir2 yang
paling sesuai untuk si murid amalkannya.

Bagi mereka2 yang belum menemui seorang Guru Mursyid, bolehlah


melakukan Zikr La-Ilaha Illa-Allah  menurut peraturan dan cara2 berikut
:

Peraturan sebelum zikrullah :

1.   Suci dari hadas besar dan kecil.


2.   Tutup aurat.
3.   Hadap Qiblat

Cara2 mengerjakannya :

1.   Baca Fatihah serta hadiahkan pahalanya  kepada Rasulullah               


, Ahli Bayyit serta Sahabat Nabi.
2.   Baca Istighfar 
3.   Baca Solawat atas Nabi
4.   Zikr La-Ilaha Illa-Allah dengan keraskan suara. 
5.   Di akhiri dengan doa.

Catitan :  

1.   Zikir jihar/lisan ini hendaklah dilakukan dengan disertai ingatan


kepada  Allah dalam Hati. 
2.   Mulai dengan zikir sebanyak 100 kali.  Bila sudah dapat lazimkan
diri boleh tambah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan.
3.   Lebih banyak seseorang itu mengerjakan zikrullah lebih berkesan
pada hati bagi menyucikannya.
4.   Setiap zikir hendaklah diwiridkan (dilakukan setiap hari terus
menerus) agar mendapat kesan zikir tersebut.

Apabila zikrullah ini dijadikan wirid, iaitu dilakukan secara terus


menerus setiap hari pada bilangan tertentu sehingga memenuhi hatinya
bercahaya2 maka cahaya zikir yang memenuhi hati ini akan melimpah
pula ke seluruh jasad nya.

Pada peringkat2 seterusnya seseorang akan merasakan kemesraan zikir


ini pada ruh dan nafas. Kesudahannya seseorang itu akan melihat dirinya
diliputi zikrullah; daripada lidah, hati, aqal, nafas dan ruh semuanya
berzikir.!

Berkata Shaikh Abdul Qadir Jilani     ‫رضي هللا عه‬   :

"Pada peringkat permulaan seseorang perlu menyebutkan ucapan


zikirnya dengan lidahnya secara berbunyi. Kemudian 
peringkat demi peringkat zikir mengalir ke dalam diri, turun
kepada hati, naik kepada roh dan seterusnya pergi semakin jauh
iaitu kepada bahagian rahsia-rahsia, pergi lagi kepada yang lebih
jauh iaitu bahagian yang tersembunyi sehinggalah kepada yang
paling tersembunyi daripada yang tersembunyi. Sejauh mana zikir
masuk ke dalam, peringkat yang dicapainya, bergantung kepada
sejauh mana Allah dengan kemurahan-Nya membimbing
seseorang."

10.0 MENETAPKAN ZIKIR BERTERUSAN DIDALAM HATI

Selain dari mengerjakan zikrullah dengan cara tertib ini, zikrullah dalam
hati wajib diteruskan juga diluar; ketika makan, minum, sedang bekerja
dsb. Pada peringkat permulaan keadaan ini memang sukar dilakukan.
Tetapi jika diwiridkan sebagaimana tersebut diatas, mudah2an Allah
Ta'ala akan memberi pertolonganNya sehingga seseorang dapat sentiasa
berzikrullah, dalam setiap keadaan dan hal. 

Semua ini memerlukan mujahadah dan usaha2 melawan hawa nafsu


yang berterusan tanpa merasa penat dan jemu. 

Didalam Toriqat Sufiyyah, zikir La-Ilaha-Illallah serta zikir2 yang


lainnya dikerjakan mengikut beberapa panduan, syarat, dan aliran
garisan kalimah. Ini perlu dilakukan dengan mengambil talqin daripada
Shaikh pemimpin kerohanian. Hasil daripada zikrullah yang dikerjakan
melalui Ilmu Toriqat Sufiyyah jauh lebih berkesan dan lebih manfaatnya
kepada keteguhan Iman dan Taqarrub Ilallah. 

Wallahu A’lam
Rujukan :
1. Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilayhil Abrar
2. Al-Ghunyah Li Talibil Haqq
3. Ihya Ulumuddin
4. Tafsir Ibn Kathir

                 .  

Anda mungkin juga menyukai