Anda di halaman 1dari 17

DASAR SOSIAL NEGARA

Pengenalan 

  1. Menjamin setiap individu, keluarga dan


komuniti tanpa mengira kumpulan etnik,
Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu agama,budaya,gender dan fahaman politik
dasar pembangunan sosial yang berteraskan serta wilayah dapat menyertai dan memberi
nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan sumbangan kepada arus pembangunan negara
insan bagi mencapai kesepaduan dan serta menikmati kesejahteraan hidup secara
kestabilan sosial, ketahanan nasional dan berterusan.
kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia
yang maju dan mantap. 

Objektif Khusus

Matlamat 

1. Selaras dengan penyataan matlamat dan


objektif umum, Dasar Sosial Negara
Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada menggariskan empat objektif khusus yang
19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan saling melengkapi dengan menerapkan nilai-
masyarakat Malaysia yang maju dan mapan nilai murni di setiap peringkat
dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.  pelaksanaannya:

Setiap anggota masyarakat berpeluang


untuk memperkembangkan potensi diri
secara optimum di dalam persekitaran sosial a. Memastikan keperluan asas individu,
yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu- keluarga dan masyarakat dipenuhi;
padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral,
bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan
saksama selaras dengan matlamat Wawasan
2020.  b. Membangun dan memperkasakan insan
sepanjang hayat;

c. Memperkukuh dan membangunkan sistem


Objektif
sokongan sosial dan perkhidmatan sosial; 

d. Menjana sinergi multisektor.


Objektif Umum 
Strategi  serta hak sebagai warganegara yang
dilindungi oleh undang-undang; dan

Strategi-strategi bagi mencapai setiap


objektif Dasar Sosial Negara adalah seperti f. Keperluan hidup yang lain sesuai dengan
yang berikut: perkembangan semasa.

Strategi

Strategi-strategi bagi mencapai Objektif


1:-
Objektif 1:

Memastikan Keperluan Asas Individu,


Keluarga dan Masyarakat Dipenuhi a. Mewujudkan pelbagai peluang dan
kemudahan agar setiap individu, keluarga
dan masyarakat dapat menikmati keperluan
asas kehidupan dan menyertai arus
Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, pembangunan negara. 
hendaklah dipastikan supaya setiap individu,
keluarga dan masyarakat berhak menikmati:

b. Memastikan setiap individu mendapat hak


untuk kelangsungan hidup, perlindungan,
a. Keperluan asas seperti makanan, pakaian perkembangan dan penyertaan serta dapat
dan tempat tinggal secukupnya;  menikmati keperluan asas sepanjang hayat,
tidak terpinggir dan tersisih daripada arus
pembangunan.

b. Persekitaran fizikal yang sihat, bersih,


selamat, dan mesra insan;

c. Memastikan keperluan hidup yang holistik


c. Persekitaran sosial yang mengutamakan menjadi teras kehidupan setiap individu,
nilai-nilai murni; keluarga dan komuniti.

d. Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup


dari segi kesihatan, pendidikan,
pekerjaan/kerjaya, keselamatan, kerohanian Objektif 2: Membangun Dan
dan maklumat; Memperkasakan Insan Sepanjang Hayat

e. Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat Segala tindakan adalah bertujuan


membangun dan memperkasakan setiap serta perkembangan identiti kendiri yang
individu tanpa membezakan kumpulan etnik, sihat di dalam satu suasana dan jalinan
agama, budaya, gender, wilayah, fahaman perhubungan yang positif dalam keluarga dan
politik, taraf perkahwinan dan keupayaan komuniti.
fizikal, serta mengambil kira kepekaan
terhadap keperluan dan kehendak jantina.
Ini bagi memastikan individu dapat
mengguna dan mempertingkatkan sumber
serta kebolehan kendiri secara optimum bagi
mencapai matlamat kendiri dan masyarakat d. Memastikan setiap kanak-kanak menerima
pada setiap peringkat kitaran hidup. Usaha pendidikan wajib peringkat sekolah rendah
berterusan hendaklah dibuat bagi yang mendidik kemahiran sosial dan disiplin
memastikan setiap individu memberi dan diri serta rangsangan minda melalui
menerima kemesraan dan kasih sayang kurikulum yang meningkatkan kemahiran
sepanjang hayat.  berfikir.

Strategi e. Menentukan setiap remaja (13-18 tahun)


diberikan pengiktirafan, penghormatan,
peluang serta bimbingan untuk mengenali
hak-hak dan tanggungjawab dan
Strategi-strategi bagi mencapai Objektif mengamalkan peranan tertentu dalam
2:- keluarga, sekolah dan komuniti sebagai
persediaan untuk memainkan peranan
sebagai seorang dewasa sepenuhnya kelak.

a. Menjamin hak janin atau kandungan untuk


hidup dan berkembang dalam keadaan
selamat dan sihat tanpa diganggu oleh
ancaman dan eksploitasi.
f. Menentukan setiap individu yang sudah
menjangkau umur melebihi 18 tahun, yang
mula mencapai taraf berdikari dalam aspek
ekonomi tertentu, diberi sokongan,
bimbingan, pengetahuan dan kemahiran
b. Mengiktiraf dan memupuk keupayaan untuk membuat keputusan tentang pelajaran,
setiap bayi dan kanak-kanak berfikir dan pekerjaan, kekeluargaan dan perhubungan
berperasaan serta dilindungi daripada sosial.
dilabel, didiskriminasi dan dijadikan mangsa
oleh anggota masyarakat.

c. Menentukan setiap bayi dan kanak-kanak g. Memastikan setiap individu di alam


di peringkat awal (2-6 tahun) mendapat pertengahan dewasa meningkatkan
peluang meneroka persekitaran untuk pengetahuan dan kemahiran serta mendapat
menentukan perkembangan sel-sel otak sokongan dan bimbingan untuk menguruskan
secara maksimum. Ia juga bagi membantu keluarga; penyesuaian dalam hubungan
pembinaan tubuh, peningkatan keyakinan diri
kekeluargaan serta perubahan dalam
kerjaya. Objektif 3: Memperkukuh dan
Membangunkan Sistem Sokongan Sosial 

dan Perkhidmatan Sosial

h. Menyalur dan memberikan peluang kepada


setiap warga tua (60 tahun ke atas) yang Segala usaha perlu diambil untuk
merupakan insan di puncak kitaran hidup memperkuatkan sistem sokongan sosial yang
mereka dengan kematangan, pengalaman sedia wujud iaitu sistem keluarga, komuniti,
hidup dan berbagai-bagai kemahiran serta kumpulan etnik, agama, pendidikan dan
sumber-sumber yang dimiliki, untuk terus organisasi sosial untuk membantu setiap
membuat sumbangan kepada masyarakat, anggota masyarakat membangun dan
berasaskan tahap tenaga, minat, kemampuan berfungsi secara optimum serta berfungsi
dan motivasi yang mereka miliki. sebagai sistem kawalan sosial. Selain itu,
sistem sokongan yang baru sebagai
tambahan perlu diwujudkan bagi tujuan
tersebut.

i. Memberikan pengiktirafan, sokongan dan


bantuan kepada setiap warga tua yang
memerlukannya dengan pihak keluarga dan
kerajaan menentukan mereka tidak tertekan Semua sektor yang terlibat di dalam sistem
dari segi emosi, kewangan dan kesihatan penyampaian perkhidmatan sosial perlu
dengan menyediakan berbagai-bagai saling menyokong dan melengkapi untuk
kemudahan dan bantuan sehingga akhir menentukan anggota masyarakat yang
hayat mereka. memerlukannya mendapat pilihan
perkhidmatan bermutu. 

j. Menanamkan nilai-nilai patriotisme di


kalangan semua lapisan masyarakat.  Strategi

Strategi-strategi bagi mencapai Objektif


3:-
k. Mengambil langkah untuk memastikan
setiap perancangan dan penggubalan
program bagi setiap kumpulan dirancang dan
digubal bersama dengan anggota kumpulan a. Membangunkan setiap keluarga untuk
berkaitan. berfungsi sebagai satu pasukan yang saling
menyokong dalam memainkan peranan serta
tanggungjawab supaya setiap ahli keluarga
berkembang dengan optimum mengikut
keunikan dan potensi setiap individu. 
b. Mengiktiraf identiti, kepentingan dan f. Menentukan supaya organisasi atau agensi
keperluan pelbagai kelompok etnik dalam yang memberikan khidmat sosial
masyarakat Malaysia untuk mewujudkan mementingkan kakitangan yang dilengkapi
sikap toleran dan saling membantu di dalam dengan kemahiran sosial dan teknologi
dan di antara kaum yang berbeza.  terkini serta yang berhubung langsung
dengan kumpulan sasar. 

c. Mengiktiraf kelompok keagamaan sebagai


kelompok sosial yang mengamalkan sistem g. Menggalakkan setiap organisasi atau
nilai dan cara hidup tersendiri selaras agensi, di semua peringkat dan sektor
dengan Perlembagaan Negara, menghormati menggubal dan melaksanakan dasar di
sistem nilai dan cara hidup penganut agama peringkat organisasi sebagai panduan bagi
lain serta menggalakkan interaksi dan saling menentukan perkembangan sosial yang
memahami antara penganut pelbagai agama.  optimum untuk kakitangan dan kumpulan
sasarnya.

d. Memberikan peluang kepada semua


anggota masyarakat untuk mencapai h. Menggalakkan sesebuah komuniti, sama
kecemerlangan melalui sistem pendidikan ada di dalam bandar atau luar bandar supaya
yang fleksibel, aksesibel, inovatif, relevan bekerjasama dan saling membantu
dan dinikmati oleh semua anggota menyediakan berbagai-bagai perkhidmatan
masyarakat sepanjang hayat mereka. untuk memenuhi keperluan anggotanya dan
mendirikan sistem amaran awal untuk
mengenal pasti gejala sosial.

e. Memastikan sesebuah organisasi atau


agensi menyediakan keperluan asas sosial
serta memberikan sokongan dan bimbingan i. Menjalankan Penilaian Prestasi
kepada kakitangannya sebagai satu Perkhidmatan Sosial atau Audit Sosial bagi
tanggungjawab asas.  membuat pemantauan ke atas organisasi dan
agensi perkhidmatan sosial. 

j. Mensyaratkan Penilaian Impak Sosial atau


Social Impact Assessment (SIA)
digunapakai dalam perancangan dan
pelaksanaan semua program dan aktiviti mengenai perkhidmatan sosial yang
pembangunan awam dan swasta.  ditawarkan oleh semua sektor yang boleh
dicapai oleh setiap anggota masyarakat
dengan cepat, mudah dan pada kadar yang
dimampuinya.

k. Menyediakan Laporan Tahunan Sosial yang


mengandungi petunjuk-petunjuk sosial yang
lengkap bagi memantau secara objektif dan
tepat berkaitan kemajuan pembangunan p. Menyediakan kemudahan bagi semua
sosial.  sektor untuk menjalankan perkhidmatan
pendampingan bagi mendekati mana-mana
pihak yang memerlukan pertolongan dan
bimbingan. 

l. Menentukan sesuatu isu sosial dikaji,


diselidiki dan dianalisisa dengan terperinci,
objektif, rasional dan profesional dari segala
sudut serta menyebarkan kefahaman q. Mewujudkan di dalam setiap organisasi
tentang isu sosial itu kepada seluruh satu pasukan intervensi krisis yang terlatih
masyarakat supaya segala usaha yang diambil dan berkemahiran yang sentiasa bersedia
untuk menanganinya adalah cekap dan untuk mengendalikan berbagai jenis krisis
berkesan. sosial dengan berkesan.

m. Mewujudkan peluang untuk semua anggota r. Membangunkan perkhidmatan pakar di


masyarakat memperolehi pelbagai kemahiran dalam semua bidang berkaitan dengan
sosial sama ada secara formal ataupun tidak pembangunan sosial untuk memenuhi
formal agar anggota masyarakat dapat keperluan sebenar masyarakat.
berinteraksi dengan berkesan.

s. Menyediakan perkhidmatan bimbingan


n. Memperluaskan khidmat bimbingan yang guaman degan kadar yang tidak
ditawarkan oleh semua sektor kepada semua membebankan untuk membantu anggota
kumpulan sasar yang memerlukan khidmat masyarakat membuat keputusan tentang
bimbingan serta menentukan perkhidmatan tindakan terhadap hak dan tanggungjawab
tersebut bermutu dan profesional, serta mereka dalam masyarakat.
disokong oleh separa-profesional.

t. Menggalakkan sektor swasta dan sukarela


o. Mewujudkan satu pangkalan maklumat menubuh dan mengendalikan institusi
perkhidmatan sosial yang bermutu untuk
memenuhi keperluan anggota masyarakat Strategi-strategi bagi mencapai Objektif
yang memerlukan perkhidmatan sedemikian. 4:-

a. Menggalakkan setiap organisasi atau


agensi di peringkat persekutuan, negeri,
u. Menggalakkan serta menyokong usaha daerah dan komuniti di sektor awam, swasta
berdikari dan pemerkasaan diri melalui dan sukarela untuk melakukan kajian dari
penubuhan kelompok sokongan.  semasa ke semasa ke atas struktur dan
fungsi masing-masing bagi menentukan
kemampuan pencapaian matlamat
pembangunan sosial.

v. Menggalakkan serta menyokong


penyertaan aktif komuniti dalam usaha
mewujudkan pelbagai jenis perkhidmatan
pemulihan untuk semua kumpulan sasar. b. Mewujudkan mekanisma Perancangan
Sosial yang bertaraf agensi pusat di
peringkat persekutuan, negeri dan daerah
untuk merancang, melaksana, memantau,
menyelaras dan menilai keberkesanan
perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan
sosial dalam masyarakat.

Objektif 4: Menjana Sinergi Multisektor 

Kerjasama di kalangan sektor awam serta c. Meningkat dan mengukuhkan peranan dan
antara sektor awam dengan sektor swasta fungsi bahagian pembangunan sosial di semua
dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya peringkat pentadbiran negeri, bahagian/
wujud satu sinergi tenaga dan sumber dalam daerah dan komuniti. 
masyarakat untuk tujuan menjaminkan
perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua
anggota masyarakat, berasaskan konsep
bahawa pembangunan sosial adalah
tanggungjawab bersama. Persaingan dan
pertindihan peranan antara pelbagai agensi d. Menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan
dan sektor perlu dikurangi dan diatasi agar mewujudkan program dan kemudahan sosial
penggunaan sumber dan tenaga dapat yang terancang dan lengkap supaya selaras
dioptimumkan. dengan pembangunan fizikal dan ekonomi
yang pesat.

Strategi 
e. Meningkatkan taraf dan memperluaskan
peranan kepimpinan di peringkat akar umbi
dalam perancangan, pelaksanaan dan
pemantauan pembangunan sosial.
i. Menyedarkan pelbagai lapisan masyarakat
supaya terlibat secara proaktif, dalam
proses globalisasi dengan memanfaatkan
pelbagai peluang dan potensi untuk
memajukan diri, keluarga dan komuniti. 
f. Memastikan setiap wakil rakyat
memainkan peranan dalam pembangunan
sosial dan memberikan perkhidmatan
berkesan kepada anggota masyarakat tanpa
mengira perbezaan ideologi atau parti
politik. 
Penutup

Dasar Sosial Negara merupakan dasar


g. Menggalak dan menyokong perkembangan payung yang merangkumi falsafah dan
sektor sukarela dengan memberikan pelbagai dasar pembangunan sosial negara.
sokongan, pengiktirafan dan insentif kepada Dasar ini memberi halatuju kepada
persatuan perkhidmatan sukarela yang perancangan dan pelaksanaan program
memberi khidmat kepada masyarakat.  pembangunan sosial tersebut. Pelaksanaan
dasar ini akan menjadi suatu agenda utama
Kerajaan untuk mewujudkan sebuah
masyarakat Malaysia yang maju dan mapan
menurut acuannya sendiri. Pelaksanaan Dasar
Sosial Negara perlu dipantau bagi
h. Menggalakkan sektor swasta memenuhi memastikan kecekapan dan keberkesanan
tanggungjawab sosial dengan membantu pencapaian pembangunan sosial. Kejayaannya
menyediakan program bagi kumpulan sasar bergantung pada komitmen, sokongan dan
dan menangani isu sosial secara teratur kerjasama sektor awam, swasta dan
selaras dengan prinsip pertanggungjawaban sukarela.
sosial korporat.
DASAR KEBAJIKAN MASYARAKAT
NEGARA
 

MATLAMAT c. Asas utama dalam penyelesaian berbagai-


bagai masalah sosial diberikan tumpuan pada
"MASYARAKAT SEJAHTERA DAN TEGUH pembangunan potensi individu dan kelompok.
UNTUK KEMAJUAN NEGARA "
d. lnstitusi sosial diperkukuh dan
TUJUAN diperkembangkan untuk memainkan peranan
sokongan bagi jagaan, bimbingan dan
Untuk menwujudkan masyarakat yang: kemahiran hidup untuk kesejahteraan ahli-
ahlinya.
a. Bersemangat Berdikari
2. PENINGKATAN  PENYAMAAN 
b. Menikmati  Peluang  Yang  Sama PELUANG
c. Mengamalkan  Budaya  Ikram
a. Berbagai-bagai jenis kemahiran
dipertingkat, diperpesat dan dipergiat
STRATEGI dipergiat untuk memajukan diri serta
menambahkan daya pernyesuaian terhadap
a. Membangunkan potensi manusia ke tahap
suasana persekitaran.
ptimum serta meningkatkan daya ketahanan
masyarakat untuk menghaddapi cabaran b. Infrastruktur sosial dan perundangan
kemasyarakatan semasa; diwujudkan bagi penglibatan aktif dan
kelompok dalam kegiatan komuniti.
b. Menwujudkan berbagai-bagai kemudahan
supaya dapat meningkatkan tahap keupayaan c. Berbagai-bagai kemudahan dalam
untuk kemajuan diri dan individu; masyarakat diwujudkan untuk mengurangkan
rintangan yang menghalang kemajuan
c. Membina dan memupuk semangat tolong-
golongan tertentu.
menolong, Bantu-membantu untuk
mengukuhkan budaya ikram d. Polisi dan program yang inovatif
diwujudkan supaya setiap anggota
STRATEGI  KHUSUS
masyarakat dapat dibantu agar mereka
dapat hidup dengan lebih produktif.
1. PEMBANGUNAN  POTENSI  MANUSIA

a. Norma dan nilai hidup berkomuniti yang


3. BUDAYA  TOLONG  MENOLONG
positif diberikan tumpuan sebagai asas
sokongan dan jagaan dalam komuniti.
a. Kesedaran, minat dan semangat budaya
tolong menolong disemai dan dipupuk di
b. Kemahiran hidup sebagai asas
semua peringkat masyarakat, khususnya di
pembelajaran untuk meningkatkan ketahanan
kalangan anak muda.
diri.
b. Kegiatan bergotong-royong dipertingkat Diperlukan hubungan bersepadu di
dan diperluaskan untuk kebajikan kalangan agensi yang terlibat dalarn
masyarakat. kebajikan masyarakat untuk mendapat
faedah yang maksimum.
c. Tatasusila dan disiplin diri yang sempurna
dipupuk bagi masyarakat seluruhnya untuk Pekerja sosial dilengkapkan dengan
meningkatkan hubungan kemasyarakatan. berbagai–bagai pengetahuan dalam bidang
pembangunan manusia serta kemahiran kerja
d. Berbagai-bagai sumber komuniti diadakan sosial untuk meningkatkan tahap prestasi
untuk membantu golongan tertentu. kerja.

PELAKSANAAN • Diperlukan kepimpinan yang berkesan dan


kawalan Kerajaan bagi perubahan dasar
Setiap individu dan kelompok, pertubuhan serta perkembangan dalam bidang kebajikan
sukarela, masyarakat tempatan, agensi masyarakat melalui penyelarasan semua
Kerajaan dan organisasi swasta perlu aktiviti dan penyelenggaraan piawaian
menghayati serta menyumbangkan fikiran minimum.
yang kreatif dan mengamalkan peranan aktif
secara menyeluruh di semua peringkat bagi • Diperlukan peningkatan program
menjayakan DKMN. Antaranya ialah: penyelidikan sebagai asas penting dalam
pembentukan dasar sosial, pengwujudan
Diperlukan usahasama antara individu dan program baru serta penilaian program yang
kelompok, pertubuhan sukarela, masyarakat sedia ada.
tempatan, agensi Kerajaan dan organisasi
swasta untuk menggunakan sepenuhnya • Diperlukan pengukuhan semangat
sumber komuniti yang terdapat di dalam bersepadu di kalangan penubuhan sukarela
masyarakat. untuk kemajuan kebajikan masyarakat.

PELAN INDUK PERINDUSTRIAN


Latarbelakang 

Sejak tahun 1960, perkembangan sektor pembuatan di Malaysia telah dilaksanakan


ke arah kegiatan-kegiatan yang bercorak gantian-import. Bagaimanapun strategi ini
telah mula berubah dalam tahun 1970 di mana lebih banyak tumpuan telah dibuat
terhadap kegiatan-kegiatan yang berorientasikan eksport, memandangan kegiatan
berorientasikan gantian import membantutkan perkembangan perindustrian oleh
kerana Malaysia dianggap mempunyai skop pasaran yang kecil. Matlamat-matlamat
pembangunan Perindustrian dalam tahun 70an hingga sekarang berasaskan faktor-
faktor berikut:- tempoh 115 hingga 120 tahun

a.  Mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru


b.  Mempelbagaikan industri dan megembangkannya ke seluruh negara
c.  Menambahkan tukaran asing menerusi pengujudan industri yang
     teknologi tinggi dan memupuk kemahiran bagi pekerja-pekerja Malaysia
d.  Menambahkan lagi industri kecil
e.  Mengurangkan import barangan jentera
f.  Mengekploitasi pertalian/linkage pengeluaran dan pemerosesan
g.  Menguatkan lagi keupayaan teknologi dalam sektor pembuatan.

Rasional

Walaupun matlamat-matlamat pembangunan perindustrian ini telah menghasilkan


kemajuan yang pesat dalam tahun 70an, beberapa kelemahan telah dapat dikesan
terutamanya dalam awal tahun 80an di mana kemelesetan sektor luar telah menjejas
prestasi sektor pembuatan Malaysia.

Pada dasarnya kelemahan-kelemahan sektor pembuatan Malaysia adalah berasaskan


kepada strukturnya.

Pertama, asas sektor pembuatan adalah sempit (narrow industrial base). Boleh
dikatakan sebahagian besar kegiatan-kegiatan pembuatan adalah ditumpukan
kepada pengeluaran-pengeluaran barangan-barangan elektrik dan elektronik,
bahan-bahan kimia dan petroleum, tekstail, kasut dan beberapa pengeluaran jentera
dan peralatan perhubungan.

Kedua, campurtangan kerajaan dalam memberi galakan perindustrian seperti


galakan cukai, galakan pelaburan industri baru, galakan tempatan, Akta Penyelarasan
Perindustrian dan pengujudan Kawasan Perdagangan Bebas telah menghasilkan
keadaan yang tidak seimbang dalam industri pembuatan. Antara kesan-kesan yang
tidak seimbang ini ialah:

a.  Terlalu berat kepada 2 sektor eksport - elektronik dan tekstail, iaitu hampir 65%
daripada pengeluaran adalah daripada sektor-sektor ini.

b.  73% daripada kegiatan-kegiatan pembuatan bertumpu di kawasan- kawasan


maju.

c.  Kadar kepentingan asing yang tinggi dalam modal tetap - misalnya industri
elektronik (80%), industri tekstail (54%).

d.  Galakan-galakan industri tidak berlaku 'across firm' dan 'across industry' yang
menyebabkan tidak seimbangnya kesan galakan.

e.  Kebanyakan firma yang menggunakan galakan-galakan ialah firma- firma


multinasional yang berorientasikan pasaran eksport yang kurang memberi perhatian
kepada peluang-peluang mengujudkan pemerosesan (backward linkages) dalam
negeri.

Ketiga, kelemahan-kelemahan ini ditambah dengan tidak ujudnya dasar


perindustrian negara yang dapat mengadakan matlamat dan strategi industri yang
terang dan bersesuaian buat masa kini dan masa hadapan untuk menyelaraskan
kesemua kegiatan-kegiatan pembuatan negara, khususnya kepada industri-industri
berasaskan pertanian.
 
Objektif

Berasaskan faktor-faktor yang dibincangkan di atas, maka perlulah diadakan satu


perancangan yang terperinci dalam sektor pembuatan yang dapat menggabung dan
menunjuk dengan jelas perhubungan antara berbagai-bagai peringkat kegiatan
pembuatan. Satu daripada langkah yang menuju ke arah ini ialah penyediaan Pelan
Induk Perindustrian (PIP) yang sedang disiapkan dan akan diumumkan dalam bulan
Julai 1985. Matlamat Pelan Induk Perindustrian yang sedang disusun meliputi perkara
seperti berikut:-

a.  Merangka secara terperinci kegiatan sektor perindustrian dan sektorindustri kecil


untuk menghasilkan penggunaan sumber secara optimum.

b.  Menyediakan profail industri yang sesuai seperti keluasan pasaran dan keupayaan
yang sedia ada, kedudukan permintaan dan penawaran berbagai jenis barang. 

c.  Menyatukan industri yang sedia ada dengan kegiatan mengeluarkan bahan


mentah (upstream activity) dan kegiatan memproses bahan (downstream activity). 

d.  Merangka keperluan Teknologi sektor dengan melengkapkan program


  yang menyeluruh.

Strategi Pelaksanaan

Untuk melaksanakan matlamat PIP ini, beberapa strategi adalah sedang disusun dan
meliputi perkara-perkara berikut :

a.  Menyusun semula struktur galakan perindustrian yang sedia ada.

b.  Mempelbagaikan eksport dan menggalakkan sektor gantian import.

c.  Memajukan semula industri gantian import peringkat pertama - misalnya barang
pengguna tahan lama dan industri gantian; import peringkat kedua - misalnya alat
perhubungan.

d.  Menggalakkan pengguna-pengguna Malaysia menggunakan lebih banyak


barangan buatan Malaysia.

e.  Mempelbagaikan pasaran eksport termasuk mencari pasaran baru di negara-


negara sosialis dan negara-negara yang sedang membangun.

f.  Memperluaskan kegiatan industri ke kawasan-kawasan kurang maju.


g.  Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan oleh pihak awam dan pihak
swasta.

h.  Menggalakkan industri berat bagi menjadi penggerak perkembangan industri


baru.

i.  Menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil.

Pencapaian

Walaupun PIP masih lagi dalam penyediaan dan segala matlamat dan strateginya
sedang disusun, beberapa langkah ke arah ini telahpun dirancangkan dan
dilaksanakan. Misalnya projek-projek industri berat misalnya pengujudan industri
kereta, kilang-kilang simen, besi waja, methanol, anamonia dan kompleks petro-
chemikal sedang dirancangkan atau dilaksanakan. Di samping itu kempen-kempen
menggalakkan pengguna-pengguna menggunakan barangan buatan Malaysia telah
pun berjalan. Di samping ini galakan untuk industri kecil dan industri berasakan
pertanian sedang dilaksanakan.

Langkah pertama untuk mencapai matlamat PIP ialah membuat keputusan untuk
menjadikan negara ini sebuah negara perindustrian dan mengenalpasti apakah
keperluan-keperluan jangka masa panjang mengenainya.

Perkara utama yang harus dibincangkan untuk menuju ke arah ini ialah mengenai
pemindahan teknologi. Apa yang dipersoalkan di sini ialah mengenai keutamaan
halacara dan tempoh masa yang diperlukan untuk menerima pemindahan teknologi
secara optimum. Pencapaian matlamat PIP juga memerlukan negara menguatkan
bidang penyelidikan dan pembangunan, dan ini memerlukan sumber dan teknologi
yang cukup serta tenaga manusia yang pakar dan mahir bagi melaksanakannya. Di
samping itu kita juga perlu mengujudkan sekumpulan besar usahawan untuk
mencebur diri dalam bidang-bidang ini. Masalah yang dihadapi tidak akan selesai
dengan adanya penyediaan PIP sahaja malahan penyusulan pihak yang membuat
keputusan dan pihak yang melaksanakan dan menyelenggarakannya adalah lebih
kritikal. Bagi menggalakkan pihak swasta mengambil bahagian dengan lebih giat
dalam perlaksanaan PIP, langkah untuk menghapuskan atau setidak-tidaknya
mengurangkan segala halangan dan prosedur lapuk pentadbiran sektor pembuatan
perlu diusahakan selaras dengan Dasar Pensyarikatan Malaysia.

Penutup

PENCAPAIAN DASAR SEHINGGA 1990

PIP telah diumumkan pada tahun 1985, sejak itu, pencapaiannya adalah sangat
menggalakkan:
i)  PIP meramalkan kadar pertumbuhan tahunan KDNK ialah 6.4%.
Kadar pertumbuhan KDNK bagi tahun 1986 hingga 1990 adalah 1.2%, 5.4%, 8.9%,
8.8% dan 9.4%. (KDNK adalah dirujuk pada harga tetap 1978)

(ii)  PIP meramalkan sektor perkilangan akan berkembang dengan kadar 8.8%


setahun. Pertumbuhan sektor ini bagi tahun 1986 hingga 1990 adalah 7.5%, 13.4%,
17.6%, 12% dan 15.8%.

(iii)  Sumbangan sektor perkilangan kepada KDNK telah bertambah kepada 26.6%


dalam tahun 1990 berbanding dengan 21% dalam tahun 1986.

(iv)  PIP meramalkan eksport barangan perkilangan akan berkembang dengan kadar


8.9% setahun. Pertumbuhan tahunan eksport ini bagi tahun 1986 hingga 1989 adalah
23.1%, 32.5%, 32% dan 36.3%.

(v)  Pelaburan asing ($) bagi projek-projek yang diluluskan oleh MIDA juga
berkembang dengan kadar yang tinggi. Jumlah pelaburan asing bagi sembilan bulan
pertama tahun 1990 telah mencapai 13.3 billion ringgit berbanding dengan 8.7
billion ringgit bagi tahun 1989. Kadar pertumbuhan nilai pelaburan asing bagi tahun
1986 hingga 1990 (sehingga Sept. 1990 ) ialah 76%, 22%, 136.8%, 77.4% dan 53.9%.

(vi)  Kadar pengangguran juga telah turun kepada 6.3% dalam tahun
1990 berbanding 7.6% dalam tahun 1985. Sektor perkilangan juga merupakan sektor
yang paling banyak menawarkan pekerjaan baru bagi tahun tahun yang lepas dan
akan datang.

(vii)  Kejayaan Kerajaan dalam beberapa projek industri berat secara


  langsung telah mengembangkan industri industri lain yang berkaitan, terutamanya
industri kecil.

Adalah jelas bahawa kejayaan perlaksanaan PIP telah membantu memulihkan


ekonomi Malaysia dari kemelesetan ekonomi yang dialaminya pada tahun 1985 dan
1986. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi ini secara langsung akan membantu
kerajaan dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

PIP juga bertindak sebagai panduan bagi pelabur dan kerajaan untuk memandu
negara menuju kearah sebagai sebuah negara perindustrian yang mantap secara licin
dan teratur.

Di samping kejayaan cemerlang yang dicapai dalam PIP terdapat kesan-kesan


sampingan yang negatif daripada perlaksanaan PIP tanpa kawalan yang ketat. Kesan-
kesan yang negatif itu ialah:

(i)  Industrilisasi tanpa diawasi dengan ketat telah menyebabkan pencemaran alam
sekitar yang serius. Kajian dari pertubuhan yang tertentu menunjukkan hujan asid
telah bertambah dengan kadar yang cepat di kawasan-kawasan perindustrian dan
pencemaran sungai, laut, udara serta darat juga telah meningkat. Langkah-langkah
segera harus diambil bagi menghalang atau memperbaiki pencemaran alam sekitar
ini sebelum ia mencapai tahap yang kritikal.

(ii)  Perkembangan industri yang pesat telah mempercepatkan proses perbandaran


(Urbanization), ini secara langsung menyebabkan kekurangan tenaga buruh yang
begitu ketara dalam bidang pertanian. Keadaan ini telah menyediakan peluang
keemasan bagi pendatang-pendatang haram bertapak di sini dan menimbulkan
berbagai masalah sosial.

Penyediaan Pelan Induk Perindustrian merupakan satu langkah yang kritikal untuk
Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.

Ini lebih ketara apabila dilihat bahawa walaupun sektor pembuatan telah
berkembang dengan pesat, keadaan kemelesetan ekonomi dunia telah menunjukkan
beberapa kelemahan strukturnya. Dengan adanya PIP, matlamat strategi dan
halacara untuk Malaysia memasuki zaman perindustrian yang lebih sophisticated dan
kompetitif adalah berpadu dan komprehensif.

PERSYARIKATAN MALAYSIA
Latarbelakang 

Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated ini telah pertama kalinya
diutarakan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Dr.Mahathir Mohamed di waktu
pelancaran Forum INTAN pada 25hb. Februari, 1983. Semenjak itu dasar ini telah 
banyak dikupas dan diperbincangkan bukan sahaja oleh media massa tetapi juga
oleh ahli-ahli politik, ahli-ahli perniagaan, pegawai kerajaan dan juga gulungan
intelektual.
 
Rasional

Dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini terdapat dua sektor utama yang akan
menentukan maju dan mundurnya negara ini, iaitu sektor swasta dan sektor awam.
Kedua-dua sektor ini seharusnya boleh bekerjasama dalam semua bidang untuk
mencapai dan meningkatkan pembangunan dan imej negara ke tahap yang lebih
baik.

Dilihat sekali imbas sektor swasta adalah menjadi pendokong kepada aktiviti
perdagangan dan ekonomi, manakala sektor awam akan menyediakan dasar-dasar
utama dan menentukan arah serta menyediakan perkhidmatan sokongan yang
tertentu kepada pihak swasta. Dengan ini pihak kerajaan atau awam lebih merupakan
pemberi perkhidmatan kepada syarikat dan perusahaan.
Keperluan kepada dasar Persyarikatan Malaysia ini ujud hasil dari kesedaran bahawa
pada masa ini terdapat beberapa perkara dan persoalan-persoalan pokok yang
menjadi berasingan atau bertentangan seperti soal matlamat organisasi,
perhubungan peranan dan peraturan di antara pihak awam dan swasta.
 
Objektif

Persyarikatan Malaysia bertujuan mengujudkan satu kerjasama yang erat, bermakna


dan berkesan di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam menjayakan
pembangunan negara yang akan membuahkan munafaat yang akan dikecapi oleh
kedua-dua pihak.

Y.A.B. Perdana Menteri sendiri menerangkan konsep Persyarikatan Malaysia


memerlukan kedua-dua sektor menghapuskan sikap permusuhan dan sebaliknya
bersama berkongsi maklumat, tanggongjawab, cabaran serta memahami polisi,
objektif dan prosediur-prosediur dalam usaha-usaha mempertingkatkan
pembangunan sosial, pentadbiran dan ekonomi negara. Hubungan kerjasama yang
erat ini sebenarnya akan menguntungkan semua pihak di mana dasar-dasar awam
akan mudah difahami, dilaksana dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat.
Keuntungan yang diperolehi oleh sektor swasta pula akan dapat dikecapi bersama-
sama melalui cukai dan penglibatan sosial secara bersungguh oleh pihak swasta.
 
Strategi Pelaksanaan

Kesefahaman dan kerjasama di antara kedua-dua sektor boleh dicapai melalui:

i)  Sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta perlulah
dihapuskan.

ii)  Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan bagi mencapai
matlamat negara. Dengan itu kedua-dua pihak mempunyai matlamat iaitu menjaga
maruah negara dan tidak hanya satu pihak sahaja yang akan bersungguh
membangunkan negara.

iii)  Peraturan dan prosediur kerja pihak awam hendaklah dikaji dan diubah di mana
perlu dan jika boleh pihak swasta hendaklah dilibatkan dalam menggubal peraturan
serta prosediur yang ada.

iv)  Hubungan di antara Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di antara satu sama


lain hendaklah dipertingkatkan supaya setiap agensi kerajaan mempunyai matlamat
kerja dan cara bekerja yang sama. Ini membolehkan pihak swasta mudah
menghubungi dan menguruskan kerja-kerja mereka.

Dalam hubungan ini, pihak INTAN telah mengadakan beberapa siri forum, seminar
dan perbincangan dalam usaha-usaha mendapatkan pandangan-pandangan
pertukaran-pertukaran maklumat di peringkat persekutuan dan negeri-negeri.
Beberapa syarikat swasta juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan seminar
yang serupa.

Dalam usaha mengujudkan kerjasama yang lebih erat dan penglibatan pihak swasta
dalam penggubalan dasar dan prosediur, secara lebih berkesan, satu Surat Pekeliling
Am Bil. 2 Tahun 1984 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara telah
dikeluarkan, mengarah supaya semua Kementerian, Jabatan, badan berkanun dan
Pejabat Daerah menubuhkan Perundingan di antara pihak swasta dan pihak awam.

Selain dari itu beberapa program-program lain juga telah dijalankan seperti
menempatkan pegawai kerajaan ke syarikat swasta. Sebagai permulaannya seramai
18 orang pegawai telah ditempatkan di British Malaysian Industry and Trade
Association (BMITA) mulai tahun 1984 yang lalu dengan tujuan membolehkan
pegawai-pegawai itu mempelajari selok belok pengurusan sektor swasta tentangnya
dibidang perniagaan, perdagangan dan industri.
 
Penutup

Dasar Persyarikatan Malaysia sebenarnya memerlukan perubahan sikap oleh kedua-


dua sektor awam dan swasta untuk memupuk persefahaman dan kerjasama yang
lebih erat agar kesejahteraan rakyat Malaysia akan dapat dipertingkatkan. Ianya
timbul atas kesedaran bahawa kedua-dua pihak sebenarnya adalah sehaluan untuk
menjadikan negara ini lebih maju.

Sesungguhnya potensi bagi ekonomi Malaysia bertambah maju amatlah besar sekali
memandangkan negara ini kaya dengan sumber asli yang seharusnya
digemblengkan. Dasar Persyarikatan Malaysia ialah untuk menggemblengkan
sumber-sumber ini melalui kerjasama yang padu di antara sektor awam dan sektor
swasta. Sesungguhnya pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia yang berkesan
akan dapat memberi sumbangan yang besar ke arah kejayaan lain-lain dasar awam
negara seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Penswastaan
dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai