Anda di halaman 1dari 1

HADIS BERHIAS DEPAN LELAKI

Pesan Rasulullah s.a.w:


            “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang aku belum lagi melihat mereka.
Pertama, golongan yang mempunyai cemeti-cemeti (iaitu golongan pemerintah) bagaikan ekor lembu
yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG,
BERLENGGANG-LENGGOK waktu berjalan. Menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan
bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini TIDAK AKAN MASUK SYURGAdan TIDAK AKAN DAPAT
MENCIUM BAU WANGINYA. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah dapat dicium dari perjalanan
yang sangat jauh daripadanya.”
(Muslim)

Huraian hadith:

            Kedua-dua golongan ini tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana belum pernah dilihat baginda.
Ini bermakna ia akan wujud kemudian, iaitu pada zaman sekarang. Golongan pertama ialah golongan
pemerintah yang zalim. Golongan ini menghukum orang mengikut suka hati mereka. 

            Golongan kedua pula ialah kaum wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah telanjang kerana
ketatnya pakaian mereka dan tidak menutup aurat dengan sempurna. Ada saja bahagian yang
dipertontonkan dan ada yang ditutup dengan helaian nipis. Mereka berjalan dengan gaya yang menarik
perhatian, iaitu berlebih-lebihan dalam berlenggang-lenggok. Ini tidak bermakna wanita kena berjalan
seperti robot, tetapi berjalanlah mengikut gaya semulajadi anda- jangan ditambah-tambah lagi untuk
menarik perhatian orang. Kata Nabi, perempuan yang bersanggul di kalayak umum saja pun sudah tidak
dapat mencium bau syurga, bagaimana pula dengan perempuan yang rambutnya berfesyen dan
berwarna seperti sekarang ini? 

            Hadith ini merangkumi wanita yang sudah berkahwin atau belum. Tidak boleh berhias untuk
lelaki. Bahkan berhias untuk lelaki yang mahram juga tidak boleh. Apa tujuannya berhias untuk bapa,
datuk, abang atau saudara yang lelaki? Tampilkan diri anda yang biasa saja sudah cukup. Dan jangan
lupa hiaskanlah diri anda untuk suami anda sehabis-habisnya.

Anda mungkin juga menyukai