Anda di halaman 1dari 4

Emotional Quotient (EQ) atau kecerdasan emosi adalah sub-ilmu yang terdapat

dalam bidang psikologi. Setiap orang yang ingin berjaya memerlukan keseimbangan
antara EQ dan IQ (Intelligent Quotient). Setiap ketika kita akan sentiasa ‘berurusan’
dengan emosi sama ada emosi sendiri ataupun emosi orang lain. Andainya kita seorang
guru kita perlu faham perasaan pelajar, guru-guru lain dan kakitangan sekolah. Apabila
tahap EQ seorang guru rendah pasti dia selalu berkonflik dengan pelajar, rakan sekerja
atau sesiapa sahaja yang berhubung dengannya. Begitu juga setiap insan lain sama
ada doktor, pemandu bas, pekerja restoran, pelajar ataupun suri rumah, semuanya perlu
memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi. EQ yang tinggi akan memudahkan kita
dalam sesuatu urusan termasuklah dalam hubungan kita sesama manusia.

Berdasarkan senario yang diberi, Cikgu Tanx mempunyai banyak kelemahan.


Antaranya ialah, Cikgu Tanx suka ambil kesempatan ke atas rakan lain dan tidak
bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya. Kelemahan ini berkait
dengan kompetensi sosial dalam EQ iaitu altruisme. Altruisme ini merujuk kepada
prinsip moral yang dimiliki oleh seseorang pekerja yang merangkumi cara membantu
orang lain. Setiap pertimbangan meliputi perikemanusiaan dan bermoral, berdasarkan
belas kasihan, simpati, mengambil berat kebajikan orang lain. Altruisme juga meliputi
menjauhkan diri daripada melakukan kejahatan & mementingkan diri sendiri. (Abd.
Rahman Md. Aroff, 1986). Ini berbeza dengan sikap yang ditonjolkan olehnya di mana
Cikgu Tanx tidak membantu orang lain sebaliknya hanya menambahkan beban kerja
kepada orang lain tanpa rasa bersalah.

Cikgu Tanx juga pernah memungut wang tanpa kebenaran daripada murid-murid
sekolah, seorang kaki judi, penipu, mungkir janji dan mempunyai skandal dengan
beberapa orang wanita. Ini menunjukkan dia tidak mempunyai kesedaran kendiri iaitu
kemahiran mengurus perasaan. Kesedaran kendiri ini merupakan kompetensi personal
EQ. Sekiranya Cikgu Tanx mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi, dia seharusnya
menghormati diri sendiri, berfikiran positif dan jujur dengan tidak melakukan perkara
yang bertentangan dengan profesion perguruan. Selain itu, Cikgu Tanx juga seorang
yang tidak mempunyai motivasi diri dalam mencapai matlamat hidup. Motivasi merujuk
kepada usaha dan daya ketahanan seseorang pekerja untuk mencapai matlamat hidup.
Dia bekerja sebagai guru sekadar makan gaji buta sahaja dan bukan berniat atau
berazam untuk mendidik anak bangsa. Dari aspek kemahiran sosial, Cikgu Tanx tidak
cekap dalam pergaulan dan perhubungan sosial serta menjalinkan hubungan akrab
dengan orang lain. Hal ini ditunjukkan apabila Cikgu Tanx tidak mempunyai rakan untuk
jangka masa yang panjang serta dia juga sering keseorangan dan terasing daripada
rakan sekerjanya.

Sebagai seorang penjawat perkhidmatan awam, Cikgu Tanx sepatutnya memiliki


nilai-nilai dan etika dalam perkihidmatan awam. Semua nilai ini terbahagi kepada enam
kategori, iaitu peribadi, keagamaan, produtiviti, profesonalisme, kepimpinan dan
mengutamakan pelanggan. Guru yang memiliki peribadi yang mulia perlu bersifat
amanah dalam menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
Seorang guru harus bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri sendiri, malah guru
juga perlu bertanggungjwab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara, serta
terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Di samping itu, Cikgu Tanx perlu
berdedikasi, iaitu rela mengorbankan masa, tenaga serta wang demi menghasilkan kerja
yang berkualiti. Seterusnya, Cikgu Tanx perlulah tekun, berdisiplin dan berkerjasama
dalam menjalankan tugasnya terutama sebagai seorang guru yang akan menjadi contoh
teladan kepada para pelajarnya.

Setiap agama di dunia yang fana ini mengajar kita untuk bersyukur dengan
nikmat yang diberikan serta ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab yang telah
diamanahkan. Oleh sebab itu, Cikgu Tanx perlu bersyukur dan menghargai kerjaya yang
dimilikinya jika hendak dibandingkan dengan penganggur yang terdapat di Malaysia.
Setiap guru termasuklah Cikgu Tanx seharusnya memperlengkapkan diri untuk
meningkatkan produktiviti masing-masing dan sentiasa mencetuskan idea-idea baru
dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Hal ini
penting bagi mencapai prestasi yang lebih tinggi sesuai dengan objektif dan matlamat
organisasi. Seorang guru yang cekap perlu mempunyai sifat dan kualiti profesional
seperti sifat ingin tahu, pengetahuan ikhtisas, iaitu pengetahuan yang mendalam dalam
bidang pendidikan, suka membaca, dapat bertutur dengan jelas, daya ingatan yang
kuat, dan daya usaha yang berterusan.

Dalam aspek kepimpinan, guru merupakan seorang pemimpin dalam sesebuah


organisasi di sekolah atau mana-mana institusi pengajian. Oleh yang demikian, Cikgu
Tanx perlu berinteraksi secara emosi, iaitu dengan memahami emosi diri sendiri dan
orang lain. Selain itu, Cikgu Tanx perlu membina hubungan persahabatan dan bekerja
dalam kumpulan secara harmoni di antara rakan sejagat. Seorang pemimpin juga harus
bijak memotivasikan diri apabila menghadapi saat-saat yang sulit. Sehubungan dengan
itu, Cikgu Tanx perlulah menghadapi situasi yang sulit dengan kesabaran dan penuh
keyakinan dan menjalin perhubungan yang akrab dengan masyarakat sekeliling.

Pelajar, ibu bapa dan masyarakat merupakan pelanggan kepada seorang guru.
Ini disebabkan guru menyediakan perkhidmatan pendidikan serta sebagai agen
memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan.
Dalam konteks ini, Cikgu Tanx perlu bersifat sabar dan berbudi mulia semasa
berhadapan dengan pelanggannya. Berbudi mulia ini termasuk kelakuan bersopan-
santun semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti
masyarakat. Sekiranya Cikgu Tanx mempunyai sifat ini, dia akan sentiasa dihormati dan
disanjungi oleh orang ramai dan tidak akan bersendiri lagi.

Cikgu Tanx perlu mendalami dua komponan yang terdapat dalam EQ iaitu
kompetensi personal dan kompetensi sosial. Dalam kompetensi personal, Cikgu Tanx
harus menguasai kemahiran kemahiran mengurus perasaan atau pun lebih dikenali
sebagai kesedaran kendiri. Jika tidak bijak mengurus perasaan, ini bermakna Cikgu
Tanx dikuasai emosi yang negatif. Antara aspek kesedaran kendiri adalah hormati diri,
sentiasa positif, sentiasa jujur, berfikiran logik dan rasional dan mendengar pandangan
orang lain. Seterusnya, Cikgu Tanx perlu mempunyai kemahiran untuk mengawal
tindakan dan perasaan sebelum melakukan sesuatu. Kemahiran ketiga dalam
kompetensi personal yang perlu ada dalam diri Cikgu Tanx adalah motivasi yang
merujuk pada usaha dan daya ketahanan seseorang pekerja dalam mencapai matlamat
hidup.

Terdapat tiga kemahiran kompetensi sosial yang perlu dikuasai oleh Cikgu Tanx.
Pertamanya adalah empati, iaitu keupayaan untuk memahami fikiran atau keperibadian
orang lain. Sekiranya Cikgu Tanx dapat menguasai kemahiran ini, dia tidak akan
mengambil kesempatan ke atas rakan sejawat yang lain kerana dia akan faham
perasaan atau fikiran orang lain terhadap dirinya. Seterusnya, Cikgu Tanx perlu
menguasai kemahiran sosial yang merujuk kepada kemahiran menjalinkan
perhubungan, memulakan dan mengekalkan perhubungan supaya suasana bekerja
berada dalam keadaan harmoni. Kemahiran yang terakhir, Cikgu Tanx perlu memiliki
prinsip moral yang merangkumi cara membantu orang lain serta menjauhkan diri
daripada melakukan kejahatan dan mementingkan diri sendiri. Andainya Cikgu Tanx
berpegang kepada prinsip moral yang baik, maka dia tidak akan melakukan kejahatan
dan tidak bersikap mementingkan diri sendiri.

Secara keseluruhannya, EQ satu faktor utama yang memberi impak terhadap


prestasi anggota dalam organisasi termasuk Perkhidmatan Awam. EQ adalah satu
keperluan di samping Cognitive Intelligence (IQ), Social Intelligence (SQ) dan yang lain
kepada semua insan untuk mempelajari peranan emosi dalam kerjaya dan keperluan
seharian. Cikgu Tanx haruslah menguasai EQ untuk menjadi seorang guru yang baik
dan layak menjadi contoh teladan kepada pelajarnya.

Anda mungkin juga menyukai