Anda di halaman 1dari 4

4.

0 Pemindahan teks (teks pengucapan umum)


4.1 Pidato bertemakan “Membina Negara Bangsa”

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Rijeng Jahet,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang. Yang
dihormati, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, saudari penjaga masa yang
setia dengan neraca keadilannya, ketua-ketua unit, para pensyarah dan hadirin
sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah


disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad
Badawi pada 16 Januari 2007 bersamaan 26 Zulhijah 1427 di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini telah
dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang
holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP 2006-2010 telah
menggariskan enam teras, iaitu membina negara bangsa, membangunkan
modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang
pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan.

Justeru, bicara perdana saya pada hari ini berdasarkan persoalan Apakah
peranan pendidik dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan. Saya
kecilkan definisi dengan menumpukan sekitar persoalan peranan seorang
pendidik dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan. Frasa peranan
pendidik membawa maksud tanggungjawab seorang guru. Manakalala rangkai
kata usaha memperkasakan bahasa kebangsaan memberi erti ikhtiar untuk
memperhebat bahasa yang menjadi identiti negara kita. Tuntasnya, definasi
pidato saya ialah tanggungjawab guru dalam berikhtiar untuk memperhebat
bahasa yang menjadi identity Negara kita.

Sidang pendengar yang setia,


Atas kata bicara “mengalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang
betul“ adalah hujah saya yang pertama. Dalam konteks negara bangsa Malaysia,
bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang menjadi alat
perpaduan dan juga selaku bahasa perhubungan utama masyarakat yang
berbilang kaum. Dalam bidang pendidikan, Akta Pelajaran 1961 yang dirangka
berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah
menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.
Pengunaan bahasa kebangsaan yang betul amat penting terutama kepada
golongan pendidik atau pun lebih dikenali sebagai seorang guru. Hal ini
disebabkan guru merupakan contoh yang paling utama yang akan menjadi
ikutan oleh semua pelajar. Sekiranya guru sendiri sering meggunakan bahasa
kebangsaan yang tidak betul, maka tidak mustahil para pelajar juga akan
mengikutinya. Oleh itu seorang guru haruslah mempraktikkan penggunaan
bahasa kebangsaan yang betul dalam proses pengajaran.

Hujah saya yang kedua di bawah lembayung kata “memperkembangkan


bakat sastera”. Seorang guru harus mempunyai serba sedikit ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan sastera meskipun guru tersebut mengajar subjek bukan
bahasa Melayu. Hal yang demikian, sastera merupakan elemen penting yang
dapat memupuk atau menimbulkan semangat patriotisme di kalangan pelajar.
Para guru seharusnya memupuk minat pelajar atau berusaha mengembangkan
bakat sastera di kalangan pelajar. Sebagai contoh, mengadakan pertandingan
mendeklamasi sajak, bersyair, berpantun dan sebagainya. Secara tidak
langsung, para guru dapat memperkasakan bahasa kebangsaan seterusnya
dapat memupuk kecintaan terhadap seni, warisan, dan budaya bangsa yang
juga merupakan usaha utama dalam membina negara bangsa.

Sidang hadirin yang budiman,

Hujah saya yang ketiga adalah berkenaan “penekanan terhadap bahan


bacaan”. Kita sedia maklum bahawa masalah pencemaran dalam penggunaan
bahasa kebangsaan khususnya di tempat awam dan dalam media massa,
peminggiran penggunaannya dalam urusan rasmi di sektor awam dan swasta
serta kemerosotan penggunaannya sebagai bahasa ilmu, termasuk di institusi-
institusi pendidikan tinggi adalah cabaran yang nyata dalam usaha
memperkasakan bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun masalah ini dapat
ditangani sekiranya dikawal dari peringkat pendidikan rendah. Di sini guru
memainkan peranan untuk membimbing para pelajar memilih bahan bacaan
yang dapat membantu pelajar menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul.
Oleh itu, guru harus bijak dalam hal ini bagi menjayakan usaha memperkasakan
bahasa kebangsaan.

Hujah saya yang terakhir di bawah kata kunci ”kerjasama guru dengan
pihak lain”. Hal ini merupakan usaha bagi memperkasakan bahasa kebangsaan.
Semua pendidik haruslah mewujudkan sasaran yang jelas dan pendekatan yang
menyeluruh terhadap pelajar serta mengadakan kerjasama antara badan
penggerak utama bahasa. Usaha ini amat penting untuk memupuk perasaan
cintakan bahasa kebangsaan kerana ia merupakan identiti unik bangsa
Malaysia. Selain itu, usaha ini juga bertujuan untuk memperkukuh kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan,
bahasa ilmu dan bahasa komunikasi moden. Matlamatnya adalah untuk
melahirkan generasi masa depan bangsa Malaysia yang fasih, menghormati dan
berbangga dengan bahasa yang menjadi identiti mereka sehingga dapat
mempromosikannya di mana sahaja mereka berada.

Sidang pendengar yang dirahmati Allah,

Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian


nilai serta semangat patriotisme. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut
perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara
“glokal” yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi
mengikut acuan tempatan.
Kesimpulannya, peranan guru dalam membentuk generasi muda amat penting
bagi menjayakan teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang pertama
iaitu membina negara bangsa ini.

Sekian sahaja hujah dari saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai