Anda di halaman 1dari 1

Spiritual Sebagai Pusat Kawalan Emosi

Manusia akan dapat bersabar di atas setiap ujian yang menimpanya apabila mereka
mempunyai nilai spiritual yang tinggi. Kekuatan rohani ini sangat penting kerana
ia bertindak sebagai pusat kawalan kepada emosi setiap individu. Apabila manusi
a mempunyai kekuatan rohani yang kuat hasil daripada penjagaan hubungannya denga
n Allah Taala maka ketika itu manusia akan melihat ujian itu adalah terlalu keci
l berbanding dengan pengampunan dosa yang Allah ingin kurniakan di sebalik uian
yang ditimpakannya. Di samping itu juga, apabila nilai spiritual seseorang indiv
idu itu tinggi ia akan melihat ujian itu sebagai salah satu cara Allah untuk men
inggikan darjat para hambaNya.
Dengan Mengingati Allah Kita Mampu Bersabar
Nabi s.a.w menganjurkan kita untuk membaca sepotong doa setiap kali lepas menger
jakan solat iaitu :

Reduced: 81% of original size [ 628 x 206 ] - Click to view full image

Maksudnya : Kata Muadz r.a. Rasulullah SAW memegang tangannya kemudian bersabda
yang bermaksud : “Wahai Muadz demi Allah saya kasihkan engkau. Saya berpesan kepad
amu jangan kamu tinggal membaca “ Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu dan be
rsyukur kepadaMu serta melakukan ibadat yang terbaik keranaMu” setiap kali selepas
solat (Abu Daud (1522)
Atas dasar itulah untuk mencetuskan kesabaran dalam diri setiap kali diuji kita
mesti sentiasa memohon pertolongan Allah untuk sentiasa menjadi hamba yang serin
g kali mengingatiNya dan bersyukur setiap kali ditimpa ujian kerana inilah rahsi
anya kita mampu bersabar setiap kali ditimpa ujian.
Apabila Hijab Yang Menutupi Hati Terangkat
Punca kita hilang kesabaran adalah disebabkan wujudnya dinding yang menghijab ha
ti dari melihat Allah pada setiap ujian yang menimpa. Apabila kita mampu menging
ati Allah pada setiap kali ujian yang menimpa diri ketika itu seberat mana sekal
ipun ujian yang menimpa kita mampu bersabar dengan mengucapkan kalimah “ Inna Lill
ahi Wa Inna Ilahi Rajiun” . Atas dasar itu kita mesti menjaga hati dengan sentiasa
membersihkannya dengan zikir dan membaca al-Quran supaya hati kita tidak terhij
ab dari melihat Allah setiap kali ditimpa ujian kerana apabila hijab yang menutu
pi hati itu diangkat oleh Allah ketika itu kita akan memperoleh “energy” yang sangat
powerful untuk meneruskan hidup dan sentiasa mendapat reda Allah. Mudah-mudahan
dengan menjaga hati ini kita akan sentiasa berjalan dalam rahmat Allah, mendapa
t kasih sayang Allah dan selamat kembali ke Rahmatullah apabila tiba waktunya na
nti.

Anda mungkin juga menyukai