Anda di halaman 1dari 1

Jerome Bruner (lahir 1915) lebih cenderung dalam bidang kognitif berbanding psikologi

perkembangan. Beliau menyumbang dalam meneroka cabang psikologi pada tahun


1950an dan pada akhirnya menumpu kepada bidang pendidikan termasuk
memperkembangkan idea Vigotsky.

- Pembelajaran memerlukan persekitaran tertentu yang mempengaruhi mod berfikir,


aksi, imej dan perkataan
- Mod berfikir berkembang secara berterusan dalam kehidupan
- Bahasa membentuk dan mengembangkan pembelajaran
- Bentuk pergaulan sosial dan pengalaman mempengaruhi perkembangan kognitif
- pendekatan biologi bertendensi menyelenggara dalam berfikir
- proses pendekatan dan cara menerima informasi akan mempengaruhi pengurusan
perubahan maklumat semasa peningkatan umur.

Struktur Intelek

1. Mod Enaktif: berfikir adalah berdasarkan aksi fizikal, misalnya kanak-kanak belajar
melalui membuat (learning by doing) dan bukan melalui penggunaan bahasa atau
pemikiran dalaman. Mod pemikiran ini mewakili dari peringkat bayi dan wujud
seterusnya dalam banyak aktiviti fizikal. Pada peringkat ini (0-2 tahun) kanak-kanak
akan bergerak kearah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu kanak-kanak banyak
menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah kerana mereka belum pandai
menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.

2. Mod Ikonik : penggunaan imej mental (ikon) , mungkin dalam bentuk visual,
auditori, dihidu, dirasa dan disentuh. Pada peringkat ini (2-4 tahun) kanak-kanak telah
berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej
tertentu. Mereka berupaya menyebut objek yang tiada di depan matanya, iaitu
membentuk “imej mental”. Misalnya, kanak-kanak dapat menyatakan bentuk dan rasa
buah yang pernah dimakannya.

3. Mod Simbolik: memahami dunia melalui bahasa dan simbol-simbol seperti


nombor dan muzik. Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh
menggunakan simbol seperti perkatan dan bahasa untuk menceritakan pengalamannya.
Ini menunjukkan penaakulan simbolik telah bermula pada kanak-kanak peringkat ini.

Anda mungkin juga menyukai