Anda di halaman 1dari 3

Gemilang Sejarah PMR 2009

TINGKATAN 1 BAB 1

Para Sejarawan mengkaji rekod-rekod dan hasil kajian dikeluarkan melalui penulisan, foto,
filem, dan sebagainya.

1 Berdasarkan penyataan di atas, apakah pengertian sejarah?


A Perancangan masa depan
B Pelaporan tentang sesuatu peristiwa
C Penghayatan peristiwa yang berlaku
D Penyelidikan tentang perkara yang berlaku

2 Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri Sejarah?


I Fakta yang benar
II Penting dan bermakna
III Bersifat kebangsaan
IV Kaedah kajian yang khusus

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

 Kapak
 Serpihan tembikar

3 Sekiranya anda seorang pengkaji sejarah, dalam kumpulan manakah anda golongkan bahan-
bahan tinggalan sejarah di atas?
A Fosil
B Arkib
C Artifak
D Manuskrip

4 Apakah kepentingan sumber kepada peristiwa sejarah?


A Menapis bukti-bukti lisan
B Menentukan tarikh kejadian
C Memberikan maklumat dan bukti
D Menentukan kesahihan orang sumber

5 Jika anda ditugaskan membuat laporan tentang seorang pejuang kemerdekaan negara yang belum
pernah dikaji oleh mana-mana sejarawan, bahan manakah yang paling sesuai untuk anda rujuk?
I Manuskrip
II Batu bersurat
III Surat peribadi
IV Diari

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

1
Gemilang Sejarah PMR 2009

6 Bahan manakah yang digolongkan sebagai sumber kedua?


I Fosil
II Fail rasmi jabatan
III Jurnal
IV Majalah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7 Mengapakah maklumat sejarah dari sumber lisan perlu menjalani proses pemilihan, pentafsiran
dan perbandingan?
A Wujudnya unsur tokok tambah
B Sukar dibuktikan kebenarannya
C Maklumat diperoleh secara terus
D Maklumat lisan tidak direkodkan

8 Di antara berikut yang manakah berkaitan dengan kaedah pengkajian berdasarkan sumber
arkeologi?
I Kajian yang saintifik
II Maklumat sejarah terus dari responden
III Berkait rapat dengan tradisi rakyat
IV Pentafsiran tentang budaya

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

 Menentukan sesuatu peristiwa itu bermakna


 Melibatkan penyelidikan

9 Bidang sejarah yang manakah melibatkan proses kajian di atas?


A Sumber
B Temu bual
C Pentafsiran
D Pertarikhan

10 Apakah faedah mempelajari sesuatu peristiwa sejarah kepada diri anda?


A Mengambil iktibar
B Membangkitkan rasa kesal
C Memperkukuhkan semangat perkauman
D Menyemai semangat ingin tahu

2
Gemilang Sejarah PMR 2009

Jawapan:

Soalan Jawapan M/Surat


1 D 4
2 A 5
3 C 9
4 C 9
5 D 9
6 D 9
7 A 9
8 B 12
9 C 13
10 A 17

Anda mungkin juga menyukai