Anda di halaman 1dari 5

indahnya senyum keredhaanmu..

Aku hairan dengan orang Mukmin. Dapat nikmat pun dia memperolehi
pahala. Dan diuji dengan kesusahan pun dapat pahala.

Orang Mukmin yang sejati, bila ALLAH susahkan dia, dia berfikir, tentu
ALLAH mahu beri dia pahala sabar. Pahala sabar itu bighairi hisab tanpa
dihitung-hitung. Kalau kebaikan biasa diberi ganjaran satu persepuluh atau
paling-paling tinggi satu hingga tujuh ratus, tetapi pahala sabar, ALLAH
mungkin balas dengan tujuh juta atau seisi langit dan bumi; terpulang pada
ALLAH untuk memberinya. Patutlah orang Mukmin boleh senyum gembira
dengan ujian kesusahan yang diberikan oleh ALLAH SWT, sebab dia tahu dia
akan diberi pahala. ltulah yang dimaksudkan dengan Hadis di atas

Bila dapat nikmat atau kesenangan seperti sihat badan, ada duit, dapat
suami, dapat isteri, dapat cahayamata, dapat makan minum dan sebagainya,
dia sedar dan insaf bahawa nikmat itu datang daripada ALLAH. Oleh itu dia
sentiasa rasa syukur kepada ALLAH SWT, Aku mesti gunakan nikmat ni
kerana ALLAH. Aku mesti tingkatkan perjuangan, aku mesti tambah
kebaikan, sebab ALLAH beri kebaikan kepada aku. Oleh itu dia dapat pahala.
Yakni pahala syukur atas nikmat yang ALLAH beri.

Sekiranya dia dapat kesusa ュ han pun, dia dapat pahala. Jauh sekali bezanya
dengan kita. Kita bila diberi nikmat, nikmat itu menjadi bala, mendatangkan
dos. BiIa diuji dengan kesusahan pun ia menjadi bala. Yang senang pun kita
dapat bala, yang bala jadi dua kali bala. Kalau seseorang itu memandang
kecil pada ALLAH, waktu senang dia akan lupakan ALLAH. Jangan sangka
kesenangan boleh mendekatkan dia dengan ALLAH. Kesusahan lebih baik
baginya. Dia akan sedar dirinya hamba. Sakit gigi pun dah tak tahan. Selama
ini aku ingat aku ini hebat, gagah. Bila diuji baru terpelengok. Rupanya aku
ni hamba. Baru kita terasa diri kita kecil, dan ALLAH itu besar. Jadi memang
elok kita diuji. Tapi sekiranya memang tak pernah kena uji, kalau diuji pun
hanya dengan ujian yang kecil-kecil, bukan ujian yang besar-besar, bila
diberi ujian lebih sikit, kita rasa kitalah yang paling berat diuji di antara
manusia-manusia. Sakitnya jiwa kita.

JIWA TAUHID

Ubat untuk sakit jiwa tidak lain melainkan tauhid kepada ALLAH SWT.
Kuatkan jiwa dengan ALLAH SWT. Kita boleh kuatkan fizikal dengan
senaman,boleh berjoging tiap-tiap hari ataupun beli alat-alat aerobik, makan
bahan-bahan berzat secukupnya. Semua ini boleh menyihatkan badan. Tapi
makin kuat fizikal, makin lemah jiwa. Kenapa? Kerana jiwa tak dikuatkan
dengan ALLAH.

Sebab itu perlunya ujian kesusahan. Dengan ujian itu, kita sedar ALLAH itu
ada dan kita sedar perbuatan ALLAH pada kita. Kita tahu mengapa ALLAH
lakukan sesuatu kepada kita. Kalau umpamanya ada orang menyusahkan
kita, kita tahu ia merupakan ujian dari ALLAH untuk penghapusan dosa kita.
Mungkin waktu kita muda-muda dulu kita pernah menyusahkan orang lain.
Setidak-tidaknya waktu sekolah menengah dulu, Kita jentik-jentik telinga
kawan, pukul kawan, ejek-ejek kawan. Semua itu menyakitkan hati orang.

ALLAH balas perbuatan kita itu sekarang, mungkin isteri kita mengejek kita
pula. Hapuslah dosa kita. Di waktu itulah kita kena ingat bahawa kita pernah
mengejek orang, menghina orang. Jadi ALLAH hina kita melalui isteri, melalui
anak, melalui orang lain un ュ tuk menghapuskan dosa. Bila kita terasa dosa
kita terhapus, alangkah bahagianya. Umpama kita diisytiharkan masuk ke
Penjara, tapi tiba-tiba tak jadi dimasukkan ke dalam penjara. Alangkah
bahagianya. Mungkin sebagai tanda kesyukuran, Kita akan sembelih lembu
lima, enam ekor.

ltu baru penjana dunia. Penjara Akhirat (Neraka ALLAH) lebih hebat dan
menakutkan. Patut kita sedar, dengan ujian kesusahan yang ditimpakan
kepada Kita, ALLAH tak mahu hukum kita di Akhinat, Dia mahu hukum kita
di dunia. Tapi kalau kita tak mahu menerima, kita tak faham itu ganjaran
pahala daripada ALLAH, maka jiwa kita akan sakit; itu yang membuat kita
terpelengok.

Mana ada manusia yang lepas dari ujian. Raja atau pemimpin sekalipun,
walau sehebat mana pun dia, pasti tidak lepas dari ujian kesusahan. Kalau
dia seorang yang zalim, ALLAH datangkan orang yang lebih zalim lagi untuk
menghukum dia. Bila orang jahat pukul orang jahat, maka kena buku dengan
ruas. Bagi sesetengah pemimpin, kadang-kadang orang-orangnya sendiri
yang lanyak dia. ALLAH datangkan tokoh-tokoh yang dia didik dan dibelainya
dulu, menyusah dan melanyak dia. Supaya dia sedar, tak ada orang yang
berkuasa. Cuma kalau dia tak sedar, dia tak nampak kuasa ALLAH. Tak
nampak maha berkuasanya ALLAH.

Mungkin dia telah berlaku zalim terhadap sebuah jemaah Islam yang haq.
Dia nak hapuskan jemaah itu. Tapi ALLAH tak izinkan, bahkan jemaah itu
masih terus berjuang dan dari sehari ke sehari makin berkembang;
pendukung serta simpatinya makin bertambah. Bahkan orang-orang
bawahan pemimpin itu pun turut memberi simpati dan mendukung
perjuangan jemaah tersebut. Padahal tidak ada apa-apa pada jemaah itu
kalau dibandingkan dengan pemimpin yang dikawal oleh bodyguard tapi
akhirnya dapat dijatuhkan juga. Kalau mengikut lojik, itu tidak mungkin
berlaku. Tapi ia berlaku dengan izin ALLAH.

Jadi tidak ada manusia yang lepas daripada ujian. Bila didatangkan ujian oleh
ALLAH, kita kena terima. Tak apalah susah sikit-sikit tapi bahagia di Akhirat.
Tapi kalau orang yang kena ujian bukan kerana ALLAH, di dunia lagi parah.
Di Akhirat dapat Neraka. Kalau kita faham ini semua kerja ALLAH, maka
ianya tidak memberi kesan kepada kita. Sa ュ kit memang sakit dan memang
kita rasa teruji, tapi taklah sampai kita hilang pertimbangan.

Katalah ada orang menyusah ュ kan kita. Mungkin suami kita, isteri kita, ibu
ayah, anak atau orang lain. Waktu itu kita perlu rasakan di hati, Rupanya
ALLAH nak berikan pahala kepada aku, jadi buat apa aku susah-susah hati.
Bukan aku yang bersalah, dia yang bersalah.・Jadi kalau kita tak redha dan
tidak sabar, sebenarnya itu satu kepelikan kerana orang lain yang lakukan
kesalahan, kita yang susah hati. Patutnya perkara yang membolehkan kita
masuk Syurga menjadikan kita redha dan sabar. Apabila orang curi duit kita
umpamanya, orang itu yang patut susah hati sebab dia yang bersalah; dia
akan masuk Neraka sedangkan kita akan dibalas dengan Syurga. Tapi kita
pula yang nak marah dengan orang yang nak masuk Neraka. Kerana kita tak
tahu kerja ALLAH!

Bila kawan silap sikit dengan kita, kita pun marah-marah. Patutnya kawan itu
yang marahkan kita, tengok, aku dah termarahkan engkau, kalau tak kena
gaya, boleh masuk Neraka...・Tapi kita pula yang marahkan dia. Sedangkan
kita patut susah hati, Jangan sampai aku yang tersalah dengan orang. Bila
bersalah atau silap dengan orang, aku boleh masuk Neraka. Kalau aku
menjaga daripada membuat kesalahan, aku boleh masuk Syurga. Patutnya
kita sedar tentang hal ini.

DIDIKAN UNTUK WANITA


Bagi seorang isteri, kalau dia sedar perkara ini, hatinya tidak akan susah.
Umpamanya kalau suami lambat balik sikit, mungkin seminggu sekali baru
balik, kita tak akan marah-marah. Kita akan bersabar dengan tindakan suami
kita. tak apalah suami aku buat macam in mudah-mudahan dengan cara
inilah dosa aku terampun・ Jadi kita tak akan marah-manahkan suami kita.

Yang hairannya, kita ini terlalu pentingkan diri sendiri. Kalau kita buat pada
orang tak apa, tapi kalau orang buat pada kita, kita tak boleh terima. Orang
silap dengan kita, kita ambil tahu, tapi kalau kita silap dengan orang, kita
make don’t know sahaja; buat tak tahu. Suami tersilap dengan kita, kita
ambil kira. Kita silap dengan suami, tak apa. Bagi si suami pula, isteri
tersilap dirasakan terlalu menyakitkan, tapi bila suami yang silap, dia tak
sedar. Dia buat don;t know sahaja.

Sebab itu pentingnya tauhid. Bukan tauhid sekadar percaya ALLAH itu ada,
ALLAH menjadikan alam ini. Cuba tanya orang bukan Islam, ni dunia siapa
yang bikin?・Tentu dia jawab, tuhan ALLAH la...Tauhid macam itu, orang
kafir pun miliki. Jadi kita mesti faham akan kerja Tuhan. Bila diberi pangkat,
harta dan duit sebanyak-banyaknya, ALLAH seolah-olah berkata, ni Aku beri
peluang untuk engkau membuat pahala kebajikan sebanyak-banyaknya. Tapi
me ュ ngapa tak ambil peluang? Waktu diberi peluang keistimewaan, kita tak
ambil peluang untuk cari pahala.

Patutlah sekali-sekala ALLAH tarik nikmat itu untuk menguji kita pula.
Supaya ALLAH dapat berikan pahala sabar pula. Tadi diberi peluang dapat
pahala syukur, sekarang diberi peluang merebut pahala sabar pula. Di masa-
masa lain mungkin diberi peluang mendapat pahala memberi maaf, pahala
meminta maaf, pahala tawakkal, pahala pemurah dan sebagainya. Kalau tak
ada ke ュ jadian yang berlaku pada diri kita, mana ada ruang nak dapat
pahala?

Pahala sabar diberi waktu susah. Kalau tak mahu terima kesusahan, mana
ruang untuk kita dapat pahala sabar? Jadi setiap kejadian yang menimpa diri
kita itu, sebenarnya ALLAH nak berikan pelbagai benda ke ュ pada kita.

AMARAN ALLAH
Menjaga hubungan hati dengan ALLAH itu penting. Sekiranya ujian-ujian
yang ALLAH timpakan membuatkan kita merasa tidak senang, maknanya kita
tidak senang dengan ALLAH. Kita tidak senang dengan Dia yang mencipta
diri kita. Gambarkan bagaimana. Tentulah ALLAH murka. Di dalam Hadis
Qudsi ada disebut:

Kalau engkau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan Aku, maka carilah
bumi selain daripada bumi Aku, carilah langit selain dari langit Aku. Dan
carilah Tuhan selain daripada Aku.

Bolehkah Kita cari Tuhan lain? Bolehkah kita berpijak di bumi selain daripada
bumi ALLAH? Katalah Kita nak pergi ke bulan. Bulan pun hak ALLAH juga.
Seluruh isi langit dan bumi serta yang berada di antara kedua-duanya adaIah
kepunyaan ALLAH. Demikian murkanya ALLAH SWT hingga Dia berfirman
demikian. Kalau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan-Nya, Dia menyuruh
kita mencari bumi selain daripada bumi-Nya. Maknanya bumi yang di
atasnya tidak ada ujian; hanya penuh dengan keindahan sahaja. Sedangkan
ALLAH sudah tentukan, kehidu ュ pan di bumi-Nya ini ada payah dan ada
senang.

Katakanlah, kita berdoa kepada ALLAH, minta nikmat sahaja. Kalau kita
diberi nikmat, adakah kita mampu bersyukur setiap ketika? ALLAH tambah
sahaja rezeki seringgit, Kita tambah sem ュ bahyang sunat dua rakaat.
Bertambah sahaja sepuluh ringgit rezeki kita, Kita tambah 20 rakaat
sembahyang sunat. Begitulah seterusnya, untuk menunjukkan syukur kita
terhadap nikmat ALLAH. Mampukah kita berbuat begitu? Kalau tidak mampu,
terimalah sedikit ujian daripada ALLAH, untuk dapat pahala. Sebab kalau kita
dapat banyak nikmat daripada ALLAH pun, bukannya kita boleh menambah
bakti. Bukannya kita boleh menambah kebaikan. Jangan-jangan kita
bertambah jahat!

Kalau selama ini kita kurang duit, kita rajin juga sembahyang. Tapi bila duit
bertambah banyak, sembahyang pun tunggang-langgang. Bolehkah kita
berjanji dengan Tuhan; bila bertambahnya rezeki, kita akan tambah
kebajikan yang dibuat. Kita akan tambah sembahyang sunat, tambah
khidmat kepada orang, tambah sifat pemurah dan sebagainya. Apakah kita
mampu berbuat demikian? Kalau tak mampu, apa yang ALLAH timpakan
kepada kita, kita terima sahaja. Jangan bangkang, kerana ALLAH bermaksud
untuk memberikan pahala kepada kita, cuma kita yang tak faham.
Waktu anak-anak kita main tepi jalan, kereta pula lalu-lalang, Kita rasa
bimbang, lalu kita panggil dia balik. Kita jentik dan piat telinganya. Dia
berkata dalam hati, tak ada otak ibu ayah aku ni, sakit telinga aku
dipiatnya.・Tapi sekiranya anak kita faham, dia berterima kasih kerana
tindakan kita boleh menyelamatkan dia daripada kena langgar. Mana lebih
sakit kena piat telinga atau dilanggar lori?

Tapi anak itu tak faham didikan ibu dan ayahnya, lalu dia jadi marah.
Padahal cuma dijentik sahaja; kalau dibiarkan diIanggar lori, lagi parah.
Kalau dia faham, tak apalah dijentik sikit sebagai mengingatkan aku jangan
main di tengah jalan. Sebab kalau aku lalai, tak diingatkan dengan jentikan
tadi, terus main di tengah jalan, mungkin dilanggar lori. Kalau tak mati pun,
patah kaki, patah tangan. LaIu dia akan berfikir, baiknya ayah dan ibu aku
ini bertanggungjawab. Rupanya begitu sayangnya dia dengan aku. BiIa si
anak berfikir begitu, taklah rasa sakit hati, nak marah dan memberontak.

Bayangkan pula, kalaulah sejak dulu hingga ke hari, seluruh guru di dalam
dunia ni, kerana nak menjaga ketenangan hati dan fikiran anak muridnya,
mereka pun biarkan anak muridnya berbuat apa saja. Apa yang muridnya
buat walaupun salah, mereka tak marah, mereka tak akan pukul atau rotan.
Anak muridnya nak mentelaah atau tidak, nak baca buku atau tidak, mereka
tak tegur. Marah tidak, rotan pun tidak. Agak-agaknya bagai ュ mana manusia
ini keadaannya?

Begitu juga kalau kita sebagai ibu bapanya, dia tak buat kerja rumah, dia
malas baca buku dan sebagainya, kita tak tegur atau rotan. Bagaimana agak
keadaannya? Sebab kalau jentik atau tegur tentu budak itu akan sakit hati.
Kalau kita berfikir begitu, apa akan jadi? Akhirnya guru tak akan ke sekolah,
anak-anak murid pun tak akan ke sekolah. Kita dulu pun pergi ke sekolah
kerana mak ayah yang suruh. Kalau tak pergi, dipiatnya telinga kita. Cuma
baru sekarang kita tahu nilai harga ilmu. Kalau di waktu sekolah rendah kita
biarkan anak kita tanpa ditegur, sampai sekarang ini pun dia tak mahu
sekolah. Apa akan jadi dengan manusia yang seperti ini?

Begitulah kalau ALLAH tak jentik-jentik kita, tak disusah-susahkan kita, apa
akan jadi pada kita ini? Jadi begitulah, ALLAH susahkan kita sedikit untuk
melepaskan kita dari penderitaan yang besar di Akhirat kelak. Kalau kita
faham seperti fahamnya si anak tadi terhadap tindakan ibu dan ayahnya,
masyaALLAH, kita akan berterima kasih dan bersyukur kepada ALLAH SWT.

minda PBT-

Anda mungkin juga menyukai