Anda di halaman 1dari 1

Penyataan Sebelum PBS

Saya mengenalpasti fokus utama aktiviti sebelum menghadiri PBS.


Tujuan utama Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ialah untuk
melaksanakan kerja kursus yang diberikan kepada saya. Saya diberi tugasan
untuk subjek major iaitu Sains. Saya harus melaksanakan tugasan yang
diberikan dalam masa 4 hari kerana satu hari jatuh kepada cuti umum. Tugasan
ini memerlukan saya untuk membuat pemerhatian di dalam kelas sains.

Saya merancang pelbagai strategi untuk melaksanaan aktiviti yang telah


diberikan kepada saya. Saya harus memerhati sebuah kelas sains dengan baik.
Saya perlu menerangkan kurikulum yang terkandung dalam pelajaran yang akan
diajar oleh guru di sekolah. Saya perlu mengambil nota mengenai jumlah pelajar
yang hadir dan cara pemecahan kumpulan. Saya juga perlu mengambil catatan
beberapa perkara yang akan berlaku semasa membuat pemerhatian di dalam
kelas. Contohnya, saya harus memastikan alat bantu mengajar yang digunakan
oleh guru semasa mengajar.

Selain itu, saya dikehendaki untuk mengenalpasti kaedah atau strategi


yang digunakan oleh guru semasa mengajar di dalam kelas. Saya perlu memberi
fokus kepada pemecahan kumpulan ketika aktiviti kumpulan dijalankan. Saya
harus melihat bagaimana guru yang mengajar kelas itu memastikan semua
murid dalam keadaan yang senyap. Saya juga harus melihat tumpuan yang
diberikan oleh para pelajar ketika belajar di dalam kelas.

Sebagai seorang guru, saya perlu memikirkan pelbagai cara untuk


menambahbaikkan pengajaran guru sains yang dibuat pemerhatian.
Penggunaan ICT perlu diberi tekanan oleh saya ketika mengambil kira faktor
penambahbaikan. Saya harus melaksanakan tugasan ini dengan bersungguh-
sungguh. Saya harus berkolaborasi dengan kakitangan sekolah untuk
mengumpul maklumat bagi menyiapkan tugasan saya.

Akhir kata, saya boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk membuat


tugasan yang diberikan dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai