Anda di halaman 1dari 3

2008/11/16

Kepentingan Dakwah dan Islah.

Dengan nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam
ditujukan khas buat Rasulullah s.a.w, ahli-ahli keluarga dan para sahabat seperjuangan Baginda.

Definasi Dakwah Dan Islah:


Dakwah adalah bermakna 'panggilan' atau 'jemputan'; di mana ia bermaksud menjemput non-
Muslim kepada Islam dan juga bermaksud mengajak Muslim memahami dan mengamalkan
Islam yang sebenar. Secara dasarnya, dakwah ialah sebagai menjemput orang yang masih belum
mempercayai atau menerima Islam sama ada non-Muslim atau Muslim supaya terbuka hati untuk
menerima agama Islam.

‘Islah’ secara literalnya bermaksud 'membaikpulih' atau 'meningkatkan'. Dalam konteks Islam, ia
merujuk kepada usaha untuk membaiki atau memperbetulkan amalan dan masalah dalaman umat
Islam.

Perbezaan antara Dakwah dan Islah:


Dakwah di dalam bahasa Arab sebenarnya memberi maksud satu jemputan, dan jemputan ini
hanyalah merujuk kepada 'orang luar'. Malah di dalam terminologi Islam, Dakwah Islamiah
bermakna jemputan kepada Islam. Maka apabila kita bercakap mengenai Islam kepada non-
Muslim dengan tujuan menjemputnya menganut agama Islam, ia disebut sebagai Dakwah.

Ramai yang menyangka apabila kita bercakap mengenai Islam kepada sesama Muslim, ia
dipanggil sebagai Dakwah, dan mereka menggunakan istilah ini bagi kedua-dua jenis usaha
(kepada Muslim dan non-Muslim). Sedangkan secara asasnya, apabila kita bercakap mengenai
Islam sesama Muslim untuk tujuan mendekati atau mendalami Islam, istilah yang lebih sesuai
digunakan adalah Islah.

Apakah yang menghalang kita untuk berdakwah?

ALASAN PERTAMA: Saya rasa, saya belum cukup ilmu lagi

Ini adalah salah satu daripada alasan yang paling utama diberikan untuk tidak melakukan
Dakwah.
Nabi (saw) telah bersabda:
“Sampaikan (ajaranku) kepada yang lain walaupun hanya satu ayat”
(Sahih Bukhari, Vol.4, Hadis 667)
Pada waktu dahulu, keadaan adalah berbeza. Kemudahan untuk menerima maklumat (ilmu)
adalah sukar. Manusia ketika itu tidak mempunyai media, malah buku-buku mengenai Islam
masih belum wujud. Tetapi kini, keadaan amatlah berbeza di mana kemudahan menerima
maklumat (ilmu) telah menjadi amat mudah. Buku-buku ilmiah mengenai Islam telah ditulis oleh
Muslim dengan begitu banyak. Malah banyak website tentang Islam boleh ditemui. Juga banyak
video/vcd mengenai Islam boleh diperolehi.
Maka, setiap Muslim pada zaman ini sekurang-kurangnya telahpun ketahui satu ayat (mengenai
Islam), dan kita boleh meningkatkan keberkesanan (usaha Dakwah) dengan berusaha menguasai
satu tajuk tertentu sebagai langkah permulaan (dalam berdakwah). Sebagai contohnya tajuk
“Adakah Isa itu Tuhan?” atau “Nabi Muhammad (saw) di dalam Bible” atau ajaran agama-
agama lain atau apa-apa tajuk lain bergantung kepada siapa orang yang hendak kita Dakwahkan.
Jika kita berminat, ia bukanlah satu masalah besar. Bahan-bahan untuk tujuan Dakwah boleh
diperoleh dalam website ini. (Insya-Allah, itulah yang akan cuba saya usahakan=).

ALASAN KEDUA: Diri saya sendiri pun masih teruk, jadi bagaimana saya nak Dakwah kepada
orang lain?

Sememangnya, ini adalah satu kenyataan yang benar-benar ikhlas. Ia menunjukkan betapa
Muslim itu secara umumnya adalah seorang yang amat suka merendah diri (macam saya, I guess
so..Tp,tak bagus merendah diri dalam hal ini.). Ada baik dan buruknya sikap merendah diri
bergantung pada situasi. Kita memang wajib merendahkan diri pada Allah s.w.t. Tetapi dalam
hal berdakwah ini, jangan kita jadikan sikap merendah diri ini untuk tidak berdakwah.

Kepada para Muslim yang merasakan dirinya belum cukup sempurna, sedarilah bahawa usaha
Dakwah akan membantu kita menjadi pengamal Islam yang lebih baik. Setiap kali kita berkongsi
sesuatu maklumat dengan orang lain (yang didakwah), dalam masa yang sama kita akan cuba
memastikan juga peningkatan dalam amalan kita sendiri. Kita sudah tentu tidak mahu menjadi
seperti "ketam mengajar anaknya berjalan betul".

ALASAN KETIGA: Saya khuatir, dakwah saya tidak akan berkesan.

Seperti yang telah dinyatakan, tugas kita bukanlah untuk menukarkan agama seseorang. Tugas
kita hanyalah menyampaikan peringatan Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t yang memberikan
petunjuk dan hidayah. Al-Quran ada menyatakan :

“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul
pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka.”
(Al-Quran Surah ke-88:21-22)

Pada hari pembalasan nanti, Allah s.w.t tidak akan bertanya sama ada kita berjaya mengislamkan
mereka atau tidak. Sebaliknya Allah s.w.t akan menyoal kita sama ada kita telah menyampaikan
peringatan atau tidak.
ALASAN KEEMPAT: Apabila kita melakukan dakwah, orang bukan islam menyatakan “ jaga
urusan kamu sendiri”

Ini adalah alasan biasa yang diberikan oleh muslim. Jawapannya ialah, menjadi urusan setiap
muslim untuk mengingatkan orang lain tentang kebenaran. Dakwah adalah menjadi tugas yang
wajib bagi setiap muslim. Oleh itu, apabila ada yang berkata “ jaga urusan kamu sendiri” dia
adalah betul, itu adalah apa yang kita sedang lakukan. Kita sedang menjaga urusan kita sendiri
iaitu berdakwah.

ALASAN KELIMA: The person gets hurt if I do Dawah, it affects the friendship, and I do not
want to hurt anybody. Orang akan sakit hati jika saya berdakwah. Ini hanya akan memberi kesan
kepada hubungan persahabatan. Saya tidak mahu menyakiti sesiapa.

The Question arises, does it hurt you when you see your friend or anyone doing blasphemy?
Don’t you realize that these people are going to hell? Kita patut simpati pada mereka kerana,
kebanyakan mereka tidak mengetahui kebenaran..percayalah.. Boleh jadi mereka tidak
mengetahui.. Malahan, percayakah sahabat-sahabat semua jika saya katakan bahawa mereka
tidak dapat menjelaskan "Trinity" secara jelas dalam agama mereka.

Persoalan yang timbul, adakah ianya menyakitkan kita apabila kita lihat kawan kita atau sesiapa
melakukan kekufuran? Adakah kita sedar bahawa mereka akan ke neraka?
Doesn’t it hurt you when they say that God has a son?

Tidakkah ianya menyakitkan kita apabila mereka memberikan perjanjian yang salah dengan
Allah s.w.t?
Al- Quran menyatakan bahawa jika gunung-ganang mempunyai perasaan yang sama seperti
sahabat-sahabat dan saya sendiri, nescaya gunung-ganang akan runtuh ranap, bumi pula nyaris
terbelah dan langit nyaris-nyaris pecah lantaran anggapan mereka bahawa Tuhan mempunyai
anak.

Tambahan lagi, adalah menjadi salah tanggapan apabila kita bahawa berfikir melakukan dakwah
akan memutuskan hubungan persahabatan. Apa yang penting, kita mestilah mengambil
pendekatan yang betul. Jika kita memulakan dengan persenda agama mereka, itu boleh
menyebabkan perselisihan, tapi jika memulakan dengan pendekatan lemah lembut, Insya-Allah
kita tidak akan menyakiti hati sesiapa dan hubungan kita dengan Allah s.w.t itu lebih penting
daripada hubungan kita dengan kawan bukan Islam. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita
untuk membetulkan salah tanggapan mereka terhadap Islam dan menerangkan gambaran yang
sebenar tentang Islam. It all depends upon how strong your Eeman (faith) is.

Dan..janganlah terburu-buru... Sedikit-sedikit, tetapi kerap. Tenang... Insya-Allah.

Anda mungkin juga menyukai