Anda di halaman 1dari 2

Bukan Kerana Agung, Tetapi Kerana Lim

Berdasarkan beberapa sumber, nama Lim Guan Eng memang disebut dalam
khutbah Jumaat di masjid tertentu di Pulau Pinang. Walau pun ada pihak yang
menafikannya, tetapi penafian itu tidak berfakta berbanding pihak yang
mengiakannya.

Nama Lim disebut kerana mendoakannya supaya mendapat petunjuk. Tentulah


Khatib itu orang PAS.

Mengapa Umno terkejut dengan doa ini? Kerana, pemimpin Umno termasuk Zahid
tidak pernah mendengar khatib Umno mendoakan Koh Tsu Koon semasa beliau
menjadi KM dulu.

Sama macam orang DAP baca ayat al-Quran dalam ceramah. Pemimpin Umno
bising macam nak meletup dunia. Puncanya kerana pemimpin Umno tidak pernah
mendengar pemimpin MCA dan MIC melakukannya.

Bagi sebahagian pemimpin Umno, apa yang mereka tidak lakukan sebelum ini,
apabila dilakukan oleh orang lain, itu adalah salah.

Zahid gunakan hujah khatib tidak menyebut nama SPB YDP Agung. Rasanya, ini
cuma ‘alasan’ untuk menyalahkan sebutan nama Lim sahaja.

Berlambak khatib yang tidak menyebut nama SBP YDP Agong, tidak pula
dibisingkan sebagai salah oleh pemimpin Umno. Khatib Umno juga turut melakukan
begitu, tidak bising pun.
Maknanya tidak menyebut SBP YDP Agong tidak penting sangat bagi pemimpin
Umno, tetapi menyebut nama Lim itu yang salah.

Betul, secara etikanya, tidak menyebut nama SBP YDP Agung dalam khutbah
adalah salah. Tetapi itu tidak menjadi salah jika tidak disebut nama Lim.
Masalahnya ialah menyebut nama Lim, bukan tidak menyebut nama SBP YDP
Agong.

Bagaimana kalau ada khatib yang tidak menyebut nama SBP YDP Agong, tetapi
disebut nama Najib pula, adakah itu dikira salah juga?

Secara tidak langsung, doa untuk SBP YDP Agong memang wujud dalam doa untuk
semua orang Islam. Tidak dikhususkan sebutan namanya bukan bermakna tidak
ada doa untuknya.

Sementara mendoakan orang orang bukan Islam supaya menerima hidayah


memang dibenarkan. Nabi pernah mendoakan salah seorang daripada dua Umar
agar mendapat hidayah untuk mengukuhkan kedudukan Islam.

Apa kata ulama muda Umno mengenai perkara ini?

Anda mungkin juga menyukai