Anda di halaman 1dari 3

Kuasa Minda

Perbezaan antara manusia biasa (ordinary person) dengan manusia luar biasa (a genius) adalah manusia biasa
tidak tahu apakah yang ada pada MINDA SEPARA SEDAR-nya, TETAPI manusia hebat/genius (a genius) telah
menggunakan pengetahuan tersebut.”

Imam Jafar Sadiq (as)

Reference: The Great Muslim Scientist and Philospher,

Segala hal yang pernah dicapai manusia pastilah bermula dari pemikiran. Albert Einstein
memiliki kekuatan fikiran yang membawa kepada penciptaan bom atom  ke tengah peradaban
dan mengakibatkan perubahan secara total bagi umat manusia (Einstein memperkenalkan teori
atom kepada dunia). Adolf Hitler bermatlamat untuk melahirkan satu bangsa yang paling unggul
dan hampir merosakkan dunia. Manakala Beethovan memiliki gambaran-gambaran muzik luar
biasa di otaknya yang telah menghadirkan karya muzik hebat iaitu 5th Symphony.

Jadi…apakah yang ada sebenarnya ditawarkan oleh otak dan pemikiran kepada manusia dan
kehidupan?

Ia mempunyai pelbagai FUNGSI, KEMAMPUAN dan KEKUATAN. Sudah pasti manusai itu
tidak mampu merungkai setiap apa yang mampu disediakan untuk manusia. Ia sebuah kekuatan
yang boleh menjadi  LUAR BIASA Kekuatan yang mampu MEMBANGUNKAN SATU
TAMADUN atau MAMPU MEMUSNAHKAN SATU KEHIDUPAN.

KEKUATAN dan KUASA yang dimiliki oleh MINDA mempunyai  pengaruh yang sangat
besar ke atas kehidupan manusia mahupun pada tubuh badan individu itu sendiri. Dengan
demikian, ia mampu digunakan untuk meningkatkan dan memperbaiki kualiti kehidupan yang
kita lalui setiap hari.

Sebuah kajian yang telah diketahui dan tersebar hampir seluruh dunia tentang kekuatan minda
manusia mendapati bahawa kebanyakan manusia hanya menggunakan sekitar di bawah 10%
saja dari kapasiti kemampuan otak masing-masing. Manakala orang yang berjaya pula telah
menggunakan lebih dari 10% dari kapasiti kemampuan fikirannya. Mereka  ini  telah berjaya
mengaktifkan kekuatan fikirannya.
Otak manusia mempunyai struktur dan fungsi yang sangat kompleks dan belum habis untuk
diketahui. Malahan kajian terbaru menganggarkan angka peratusan yang lebih kecil kegunaan
secara puratanya oleh individu biasa iaitu sekitar 3-5% sahaja kekuatan otak.

Otak adalah Super-Komputer ciptaan Tuhan yang sebenarnya jauh lebih canggih dari komputer
mana-mana buatan manusia. Bersyukurlah kita…. ini karena otak memungkinkan manusia dapat
memilih sendiri keputusannya  sebelum melakukan suatu pemikiran dan tindakan, dimana
pemikiran dan tindakan tersebut akan menghasilkan pancaran energi tertentu ke alam semesta.

Malangnya, ramai individu tidak mengenali dan tahu menggunakan kemampuan dan kekuatan
yang mereka miliki. Malahan POTENSI TERPENDAM ini TERBIAR, TERABAI dan
DILUPAKAN. Manusia menjadikan ciptaan Tuhan Yang Maha Esa ini seperti tidak wujud
dalam kehidupan mereka.

Berikut adalah beberapa manfaat yang anda boleh perolehi apabila anda MEMBANGKITKAN
dan MENJANA kemampuan POTENSI MINDA anda! :-


o Meningkatkan keyakinan dan kemampuan diri untuk berjaya dalam apa sahaja
bidang yang diceburi.
o Mampu mengubah tingkah laku dan sikap yang negatif.
o Meningkatkan kualiti AURA dan PERSONALITI diri anda (lebih berkarisma dan
“attractive”).
o Meningkatkan kemampuan dalam diri anda. Meningkatkan kecerdasan otak dan
daya pemikiran anda.
o Menjana dan meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan yang lebih baik.
o Mencapai impian dan matlamat “BESAR” yang sebelum ini MUSTAHIL untuk
anda capai.
o Meningkatkan situasi kewangan walauapa sahaja situasi yang sedang anda hadapi.
o Lebih berkeyakinan unutk menghadapi kehidupan anda pada hari-hari yang
mendatang.
o Dan banyak, banyak lagi…….

BANGKITKANLAH KEMAMPUAN POTENSI MINDA ANDA SEKARANG!


….kerana apa yang ada di dalam minda anda atau apa yang anda fikirkan HARI INI
akan menjadikan diri anda ESOK HARI. Lebih banyak anda memikirkan masalah  anda
atau lebih kerap anda memikirkan kemiskinan hidup anda; semakin kuat anda membawa
diri anda kepada pekara yang anda fikirkan itu.  Apa yang anda nampak di dalam minda
anda akan di manifestasikan kepada dunia realiti anda!

Nota:-

Amar Mahmood adalah “Mind Power Trainer” dan Jurulatih


Pembangunan Minda. Beliau merupakan “Practitioner of Neuro
Semantics-NLP” dari The International Society of Neuro Semantics
(ISNS). Selain itu beliau juga adalah pengamal Hipnosis dan Time Lines
disamping menguasai teknik-teknik kuasa minda seperti dari aliran Silva
Mind Control Method. Kebanyakan kursus, workshop dan konsultasinya
merangkumi pendekatan sains minda ini.

Anda mungkin juga menyukai