Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam
memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah
kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia ada tetapi
sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa
hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak.Dengan
melihat masa hadapan,pemimpin dapat meletakkan harapan yang mungkin hanya akan berlaku
selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi
tersebut.Keadaan ini dapat disaksikan bagaimana Allahyarham Mat Saman telah membina tali air
di Kedah.Pendek kata,pemimpin perlu mempunyai keupayaan mendahului zamannya,caranya
ialah dengan mempertajamkan kemahiran melihat masa hadapan.
Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seseorang pemimpin itu juga
mestilah berpengetahuan. Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu akan terikat untuk
dipindahkan kepada pekerja-pekerja.Sebagai contoh,seseorang perlulah mengetahui tentang
teknologi kerana ia merupakan sesuatu yang penting.Ramai yang beranggapan apabila kita
membicarakan tentang teknologi,kita akan merujuk kepada teknologi semata-mata tetapi
seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan tentang teknologi dalam erti kata beliau
memiliki teknologi yang boleh membantu didalam mempercepatkan kerja dan memberi
keberkesanan terhadap kerja didalam organisasinya.Dari sinilah beliau akan di tanggapi sebagai
pemimpin yang berkebolehan dalam melakukan kerja-kerja yang biasanya memakan masa yang
lama berbanding dengan pengurus-pengurus yang lain.Oleh yang demikian,apabila seseorang
pemimpin mempunyai pengetahuan , beliau boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh
penjelasan tentang perilaku melakukannya bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja
konpleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.