Anda di halaman 1dari 2

BAB 9 : KESIMPULAN

Saya telah menjalani Latihan Industri di Syarikat Perunding MME, Kuching


selama lima bulan. Dalam tempoh itu, saya telah dapat memahami betapa pentingnya
program latihan industri terhadap seseorang pelajar yang menuntut di Politeknik atau di
mana-mana pusat pengajian yang lain. Ini adalah kerana ianya dapat mendedahkan
pelajar-pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar, meluaskan dan menambahkan
pengetahuan teknikal dan kemahiran seseorang pelajar Bahagian Kejuruteraan Awam
serta memperkenalkan diri para pelajar sendiri dari segi kebolehan,disiplin,
kesanggupan dan sikap kepada bakal majikan.

Selain daripada itu, program latihan industri ini juga dapat menimbulkan
kesedaran dan meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran yang selanjutnya di
Politeknik, meluaskan pergaulan kumpulan masyarakat pekerja di industri serta menilai
kebolehan diri pelajar sendiri dalam pekerjaan selepas lulus nanti.

117
Dalam tempoh lima bulan saya menjalani Latihan Industri di Syarikat Perunding
MME, telah banyak pengetahuan saya pelajari seperti melakar, mengira kos bagi
sesuatu projek, juga kesesuaian peralatan elektrik yang harus digunakan dalam lukisan
dan di site (tapak projek ). Selain daripada itu, saya juga dapat mengetahui selok belok
kerja- kerja yang berkaitan dengan penghitungan teknikal, mengkaji sistem elektrik
atau mekanikal, menyelidik jenis sistem yang paling sesuai pada sesebuah bangunan,
penafsiran kos, melukis pelan sistem perkhidmatan bangunan dan lain-lain lagi perkara
yang berkaitan dengan kursus saya ini.

Latihan dan kerja yang dilakukan di Syarikat Perunding MME ini amat berbeza
dengan pelajaran teori yang di pelajari di Politeknik. Pada mulanya saya di beri tempoh
satu hingga dua minggu untuk menyesuaikan diri dengan projek yang sebenar. Dalam
tempoh ini, saya cuba bergaul dengan semua pekerja yang ada dan memerhatikan
kerja-kerja yang mereka lakukan.

Dalam proses menjalani latihan industri, saya sering berhadapan dengan


pelbagai cabaran yang berbeza setiap hari. Ke semua cabaran yang saya harungi
dapat menolong saya sedikit sebanyak dalam menjayakan latihan industri saya di
Syarikat Perunding MME. Ini secara tidak langsung telah melebarkan minda saya
tentang fungsi sebenar sesebuah syarikat pakar runding.

118

Anda mungkin juga menyukai