Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN BENGKEL REFLEKSI PRAKTIKUM PISMP AMBILAN JANUARI 2008

Bahan Sumber Mengajar

i) Peralatan Sukan dan Permainan seperti bola, pundi kacang, gelung rotan,
skitel, dan sebagainya.
ii) Buku-buku rujukan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
iii) LCD
iv) Komputer
v) Papan tulis
vi) Kad bergambar
vii) Kad perkataan
viii) Carta gambarajah
ix) Carta proses

Kekuatan

Selama 8 minggu berada di sekolah merupakan satu jangka masa yang amat singkat
untuk mendalami ilmu baru. Namun demikian, masa ini telah dimanfaatkan untuk
membuat perubahan terutamanya aspek perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Sehubungan itu, turut cuba diubah adalah penggunaan sumber
pengajaran. Praktikum kali ini kami cuba untuk mempelbagaikan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran bagi mendedahkan murid kepada pelbagai kemahiran
permainan dan sukan.

Berdasarkan pemerhatian, peralatan untuk aktiviti sukan dan pendidikan jasmani


lengkap disediakan dan memenuhi spesifikasi yang diperlukan. Oleh yang demikian,
pelbagai aktiviti boleh dijalankan. Kemudahan ini telah memudahkan serta
membantu dalam menyediakan pelbagai aktiviti yang baru dan sesuai dengan tahap
murid-murid.

Selain itu, dari aspek pengurusan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
untuk pendidikan jasmani pula adalah sangat baik. Buktinya ialah pengurusan bilik
sukan yang sistematik telah dilaksanakan. Contohnya ialah peralatan yang telah
disusun mengikut jenis, saiz, dan kategori. Peralatan –peralatan ini juga telah
dilabel dan direkodkan kuantiti dalam buku catatan.

Pihak sekolah juga telah menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
untuk plan B pendidikan jasmani. Penggunaan kad bergambar dan carta dapat
membantu guru menerangkan sesuatu proses atau langkah aktiviti yang hendak
dijalankan. Penggunaan ICT pula dapat meningkatkan keseronokan dan
merangsang murid meneruskan pelajaran sama ada menerusi lagu atau tayangan
video.Contohnya ialah permainan dalam serta carta-carta kesihatan. Wujudnya
bahan sumber pengajaran dan pembelajaran seperti ini telah memudahkan
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengaplikasikan
pembelajaran secara meluas berlandaskan bahan yang pelbagai.

Kelemahan

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran sememangnya cukup dan sesuai untuk
aktiviti pendidikan jasmani. Namun, kelemahannya ialah lokasi untuk perlaksanaan
aktiviti tersebut. Contohnya ialah permainan badminton. Permainan ini tidak dapat
dijalankan sepenuhnya kerana tiada dewan. Malah aktiviti juga terpaksa ditukar
kerana faktor cuaca seperti hujan. Aspek infrastruktur ini telah menyebabkan aktiviti
terhad.Kemudahan seperti gelanggang juga tidak mencukupi untuk permainan.

Sehubungan itu, tidak terdapat bilik khas untuk aktiviti permainan dalam seperti bola
ping pong,congkak dan sebagainya.Keadaan ini telah memberi kesan terhadap
aspek pengurusan murid-murid semasa perlaksanaan permainan tersebut.

Selain itu ialah keadaan peralatan juga banyak yang tidak baik. Contohnya ialah bola
yang bocor serta jaring yang telah putus. Terdapat kemudahan LCD di setiap kelas,
namun tidak dapat berfungsi dengan baik.

Cadangan Penambahbaikkan

Dari aspek infrastruktur ,kami cadangkan disediakan tempat untuk aktiviti permainan
dalam seperti bilik khas. Manakala bagi permainan yang perlu dilaksanakan di dalam
dewan pula memerlukan kawasan yang tertutup.Contohnya ialah permainan
badminton. Kebaikkannya apabila terdapat dewan, maka aktiviti tidak terhad malah
faktor cuaca seperti hujan dan panas dapat diatasi.
Selain itu, dicadangkan kemudahan LCD diperbaiki bagi memudahkan serta
mendedahkan murid-murid dengan pendidikan kesihatan melalui teknologi
komputer.Kaedah ini merupakan salah satu cara untuk menarik perhatian murid-
murid untuk terus belajar sesuatu ilmu yang baru.

Akhir sekali ialah bahan sumber rujukan untuk pendidikan jasmani. Dicadangkan
bahan sumber rujukan tambahan seperti buku kerja dan buku rujukan disediakan
untuk mempelbagaikan bahan pengajaran dan pembelajaran supaya tidak terlalu
bergantung kepada buku teks sahaja kerana guru perlu memberikan input yang
pelbagai.

Anda mungkin juga menyukai