Anda di halaman 1dari 5

Peranan dan Tanggung Jawab Ahli Keluarga.

Tanggung jawab bapa


1. Menyediakan tempat tinggal.
2. Memberikan pendidikan.
3. Memberikan makanan.
4. Memberikan kasih sayang dan menjaga keharmonian.

Tanggung jawab Ibu


1. Memberikan kasih sayang dan didikan kepada anak.
2. Membersihkan rumah.
3. Memasak makanan.
4. Menjaga keperluan anak.

Tanggung jawab Anak


1. Menghormati ibu bapa.
2. Belajar bersungguh-sungguh.
3. Membantu ibu bapa.
4. Belajar bersungguh-sungguh.
5. Membantu ibu bapa.
6. Menjaga kebersihan rumah.

Perubahan dalam keluarga


Faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan dalam keluarga
1. Perkahwinan
2. Kelahiran
3. Perpindahan
4. Kematian
5. Perceraian

Pentingnya hidup berjiran


1. Menjadi rakan untuk berbual-bual dan melakukan aktiviti lain bersama-
sama.
2. Jika berlaku kecemasan seperti sakit, dialah orang pertama kamu akan
meminta pertolongan.
3. Jika memerlukan pertolongan untuk membuat apa-apa kerja, dialah orang
yang paling baik untuk memberikannya.

Cara Hidup Jiran


1. Hari Raya Aidilfitri
2. Krismas.
3. Tahun Baru cina
4. Deepavali

Cara hidup berkeluarga.


1. Adab makan
- Membaca doa sebelum makan
- Mempelawa orang lain makan.
- Mendahulukan orang tua.
- Makan dengan tertib
- Mencuci tangan sebelum dan selepas makan.

2. Adab melayan tetamu


- Bersalam dan menjemput tetamu masuk.
- Mempersilakan tetamu duduk.
- Menghidangkan makanan dan minuman.
- Melayan tetamu dengan hormat dan mesra.
- Mempelawatetamu berkunjung lagi sebelum dia pulang.
- Menghantar tetamu ke pintu rumah atau pintu pagar sewaktu dia pulang.

3. Adab berbahasa
- Menggunakan bahasa yang lembut.
- Jangan menyinggung perasaan orang.
- Mendengar dan menghormati pendapat orang.
- Tidak menyampuk perbualan orang tua.
- Menyahut panggilan dengan segera apabila dipanggil.
- Menggunakan bahasa yang bersopan apabila memberi arahan.

4. Adab berziarah
- Berpakaian yang sesuai.
- Membuka kasut sebelum masuk ke rumah.
- Memberikan salam sebelum masuk.
- Duduk dengan sopan selepas dipersilakan duduk.
- Menjamah makanan yang dihidangkan dengan sopan.
- Mengucapkan terima ksih dan mempelawa orang menziarahi rumah kita sebelum
pulang.

5. Cara Berinteraksi
- Bersopan dan bertatasusila.
- Saling bertolak ansur dan bekerjasama.
- Berusaha mengeratkan silaturahim.
- Saling membantu untuk kebajikan dan keselesaan keluarga.

Cara Hidup Berkeluarga


1. Sebagai anggota keluarga, cara hidup yang bersopan dan bertatasusila hendaklah
kita amalkan sepanjang masa.
Semasa makan
i. Tidak gelogoh.
ii. Kurang berbual.
iii. Mempelawa orang lain makan.
iv. Tidak berebut-rebut.
v. Mendahulukan orang tua dan kanak-kanak mengambil makanan.
vi. Duduk dengan tertib.

Semasa berbahasa
1 Menggunakan bahasa yang lembut.
2. Tidak menyinggung perasaan orang.
3. Mendengar dan menghormati pendapat orang.
4. Tidak menyampuk pendapat orang tua.
5. Menyahut panggilan dengan segera apabila dipanggil.
6. Menggunakan bahasa yang bersopan apabila memberikan arahan.

Semasa menerima tetamu


1. Mengalu-alukan kedatangan tetamu
2. Melayan tetamu dengan hormat dan mesra.
3. Menghidangkan makanan dan minuman.
4. Mempelawa tetamu berkunjung lagi sebelum dia pulang.
5. Menghantar tetamu ke pintu rumah atau pintu pagar sewaktu dia pulang.

Semasa berziarah
1. Berpakaian yang sesuai
2. Membawa buah tangan jika dapat.
3. Membawa kasut sebelum masuk ke rumah.
4. Tidak duduk atau makan sebelum dipelawa.
5. Mengucapkan terima kasih dan mempelawa orang menziarahi rumahkita sebelum
pulang.
6. Saling membantu untuk kebajikan dan keselesaan keluarga.

Cara Berinteraksi
1. Bersopan dan bertatasusila.
2. Saling bertolak ansur dan bekerjasama.
3. Berusaha mengeratkan silaturahim.
4. Saling membantu untuk kebajikan dan keselesaan keluarga.
Perubahan dalam keluarga
1. Perubahan dalam keluarga boleh disebabkan oleh.
a) Pertambahan atau pengurangan ahli keluarga.
b) Perubahan tempat tinggal dan cara hidup
c) Perkahwinan anggota keluarga.

2. Kelahiran menyebabkan anggota keluarga bertambah manakala kematian


menyebabkan anggota keluarga berkurangan.
3. Perubahan tempat tinggal dan cara hidup disebabkan oleh:
i) Berpindah ke tempat baru.
- Daripada mendiami rumah lama kepada mendiami rumah baru.
-Daripada jiran lama ke jiran baru.
- Daripada persekitaran lama ke persekitaran baru.

ii) Peningkatan pendapatan


- Dapat menikmati cara hidup yang lebih sempurna berbanding dengan cara
hidup lama.

iii) Semasa menerima tetamu


Peranan Anggota Keluarga
Bapaku ketua keluarga
Bapa saya adalah ketua keluarga saya. Bapa saya seorang yang bertanggungjawab
terhadap keluarga. Situasi-situasi di bawah ini menunjukkan antara tanggungjawab yang
dilaksanakan oleh bapa saya.

1. Bapa saya menyediakan keperluan asas untuk kami sekeluarga seperti menyediakan
tempat tinggal, pakaian, makanan dan keperluan-keperluan lain.
2. Bapa saya penyanyang,Dia selalu mendampingi saya dan adik-adik sewaktu di rumah.
Kalau bapa pulang dari pecan, dia biasanya akan membawa buah tangan untuk kami
sekeluarga. Pada masa-masa tertentu pula, bapa akan membawa kami sekeluarga bersiar-
siar.

2.Bapa saya juga mengambil berat tentang keselamatan kami sekeluarga. Bapa
menghantar saya dan adik saya ke sekolah. Sewaktu pulang, bapa akan pulang bersama-
sama kami. Kalau ada anggota keluarga kami yang sakit, bapa akan membawanya ke
klnik untuk mendapat rawatan. Bapa juga sentiasa menjaga keselamatan di dalam dan di
luar rumah.

3. Bapa saya juga banyak memberi didikan dan asuhan kepada saya dan adik-adik. Bapa
sering menasihati kami agar belajar rajin-rajin, mengamalkan perlakuan yang bersopan
dan janganmembazir.

4. Sebagai ketua keluarga, saya dapati bapa saya banyak membuat keputusan sewaktu
menyelesaikan masalah keluarga kami. Kalau saya atau anggota keluarga yang lain
mempunyai masalah, kami akan merujuk kepada bapa.

Ibu saya
Ibu saya adalah suri rumah tangga. Sebagai ibu yang penyanyang, dia sentiasa
menjalankan pelbagai tugas dalam rumah saya. Antara tugas yang dilakukan oleh ibu
saya adalah seperti memasak, mengemas rumah, membasuh pakaian kami dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai