Anda di halaman 1dari 8

BANYAK MEMBACA MINDA BERGELIGA

Terima Kasih kepada pengerusi majlis…

Yang dihormati mudir….guru-guiu,ustaz-uastaz dan ustazah-ustazah seterusnya kepada rakan sahabat


seperjuangan sekalian.Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk:

“BANYAK MEMBACA MINDA BERGELIGA”…

Ketika Nabi kita Muhammad S.A.W hendak menerima wahyu yang pertama dari malaikat Jibrail A.S,
Baginda juga telah diajar membaca sebagaimana Firman Allah didalam surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 :

          
         
   
1. Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian
makhluk),

2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -

5. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

Maka tidak hairanlah kita sebagai umat Nabi Muhammad amat dituntut untuk meningkatkan bacaan
untuk menambah ilmu dan bukankah “Banyak membaca minda bergeliga?”

Adakah anda percaya? Percayalah, umat Islam adalah umat yang paling banyak membaca. Apabila kita
bangun sahaja dari tidur, kita sudah baca doa bangun tidur. Bangkit dari tempat tidur hendak masuk ke
bilik air, baca doa masuk bilik air. Keluar bilik air baca doa keluar bilik air. Keluar rumah hendak ke
masjid/ surau, baca doa keluar rumah dan doa memandu. Sampai di masjid hendak masuk ke masjid
baca doa masuk masjid. Dalam solat lagi baca surah, doa dan bacaan solat yang lainnya. Pendek kata,
umat Islam adalah umat yang paling banyak membaca. Dan kebanyakkan apa yang kita baca itu adalah
dari Al-Quran dan hadith Rasulullah (SAW). Kedua-dua sumber bacaan itu adalah sumber terbaik di
dunia sehingga hari kiamat.

Kenapa kita perlu membaca untuk manjadikan akal kita bergeliga?saya ada beberapa jawapan untuk
persoalan ini,

Pertamanya ,
kita perlu membaca supaya ilmu itu tidak dipertikaikan sebagaimana sebuah hadis menceritakan
bahawa kita sebagai orang Islam amat penting untuk membaca sesuatu bahan sebelum sesuatu bahan
itu dipertikaikan. Daripada Uqbah Bin Amir r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Carilah ilmu sebelum
lahir orang-orang yang suka mempertikaikan nilai-nilai agama”.

Hadis Riwayat Bukhari

Keduanya ,

Kita perlu membaca untuk manjadikan otak kita bergeliga sebelum sesuatu ilmu itu hilang diangkat Allah
S.W.T .Islam juga menyuruh kita mencari Ilmu Sebelum Ia Hilang .Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w: “Belajarlah ilmu fardu ain dan al- Quran, dan ajarkanlah akan dia kepada
orang lain, kerana aku akan meninggal dunia”.

Hadis Riwayat At Tirmizi

Ketiganya ,

Meningkatkan amalan membaca adalah bertujuan untuk mencari ilmu.Dengan mencari ilmu,otak kita
akan bertambah bergeliga. Kenapa kita perlu menjadi pencari ilmu..?kerana kesudahan Pencari Ilmu itu
adalah besar balasannya disisi Allah S.W.T. Daripada Abu Said al-Khudri r.a berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda: “Orang yang berilmu itu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya sehingga
adalah kesudahannya itu di dalam syurga”.

Hadis Riwayat At Tirmizi

Keempatnya ,

Banyak membaca adalah bertujuan untuk mencari hakikat Ilmu .Daripada Abdullah Bin Amru r.a
berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu
yang tidak ada faedahnya. Pertama ayat yang jelas. Kedua sunnah Nabi s.a.w yang ditegakkan (amalkan).
Ketiga kewajipan yang adil”.

Hadis Riwayat Abu Daud

Kelimanya ,

Orang yang banyak membaca pasti ada untung. Daripada Wasilah Bin Asqoq r.a berkata: Bersabda
Rasulullah s.a.w: “ Barangsiapa mencari ilmu lalu ia mendapatkannya maka baginya dapat dua pahala.
Dan barangsiapa mencari ilmu tetapi ia tidak mendapatkannya maka baginya dapat satu pahala”

Hadis Riwayat Al- Darami

Seterusnya minda yang bergeliga itu pastinya sering diasah dengan membaca banyak hadis-hadis
nabi.Hal yang demikian kerana amalan membaca dapat menyerikan Kehidupan Dengan Hadis Rasulullah
S.A.W.
 

ُ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم يَقُو ُل نَض ََّر هَّللا‬


َ ِ ‫ُول هَّللا‬َ ‫ْت َرس‬ ُ ‫ال َس ِمع‬
َ َ‫ت ق‬ ٍ ِ‫َع ْن َز ْي ِد ب ِْن ثَاب‬
ُ‫ا ْم َرأً َس ِم َع ِمنَّا َح ِديثًا فَ َحفِظَهُ َحتَّى يُبَلِّ َغهُ فَرُبَّ َحا ِم ِل فِ ْق ٍه إِلَى َم ْن هُ َو أَ ْفقَهُ ِم ْنه‬
َ ‫َورُبَّ َحا ِم ِل فِ ْق ٍه لَي‬
‫ْس بِفَقِي ٍه‬
Daripada Zaid bin Thabit katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Semoga Allah menyinari
seseorang yang mendengar sesuatu hadis daripada kami lalu dia menyampaikannya mengikut apa yang
didengari. Maka betapa ramai orang yang membawa ilmu lalu menyampaikannya kepada orang yang
lebih faham daripadanya dan berapa ramai orang yang membawa ilmu tetapi ia tidak memahaminya."
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Hadis ini menunjukkan kelebihan menyebarkan ilmu hadis iaitu kehidupan akan menjadi berseri dan
bercahaya. Kata Sufyan bin`Uyainah: "Tidak ada seorangpun dari kalangan ahli Hadis melainkan pada
wajahnya ada sinar berdasarkan kepada hadis ini"
(al-Suyuti, Tadrib al-Rawi Syarh Taqrib al-Nawawi, hal. 360)

Rasulullah sa.w. mendoakan khusus untuk umatnya yang melibatkan diri dengan pengajian hadis. Tidak
ada doa yang dapat menandingi doa baginda kerana ia pasti diterima.

‫ اللهم‬: ‫ سمعت رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يقول‬: ‫عن ابن عباس قال‬
‫ « الذين@ يأتون‬: ‫ وما خلفاؤكم ؟ قال‬، ‫ يا رسول هللا‬: ‫ قلنا‬، » ‫ارحم خلفاءنا‬
‫ ويعلمونها الناس‬، ‫ يروون أحاديثي وسنتي‬، ‫من بعدي‬
Daripada Ibn ‘Abbas katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya Allah, rahmatilah khalifah-
khalifah kami. Kami bertanya. "Siapakah khalifah-khalifahmu? Baginda menjawab: "Mereka yang datang
selepasku dan meriwayatkan hadis-hadisku dan sunnahku serta mengajarkannya kepada orang ramai"
(hadis riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat)

Doa dalam hadis pertama dengan seri dan cahaya manakala dalam hadis kedua doa dengan mendapat
rahmat daripada Allah.

Ilmu hadis adalah ilmu yang mulia kerana ia merupakan penghubung antara kita dengan Rasulullah
s.a.w. Segala perkara yang berkaitan dengan Rasulullah s.a.w. sama ada ucapan, perbuatan, pengakuan
dan sifat akan diketahui bagi sesiapa yang melibatkan diri dengan ilmu hadis. Dengan mempelajari ilmu
ini, kita dapat mengenal pasti kesahihan sesuatu perkara yang dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w.
Sebaliknya, jika tidak ada ketelitian dan kecermatan, pasti akan mendapat ancaman dan amaran
daripada baginda.

‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َكفَى بِ ْال َمرْ ِء‬


َ ِ ‫ال َرسُو ُل هَّللا‬ َ َ‫ال ق‬ َ َ‫اص ٍم ق‬ ِ ‫َع ْن َح ْف‬
ِ ‫ص ب ِْن َع‬
‫ث بِ ُكلِّ َما َس ِم َع‬ َ ‫َك ِذبًا أَ ْن ي َُح ِّد‬
Daripada Hafs bin ‘Asim katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Cukup bagi seseorang itu sebagai
pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar". (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم يَقُو ُل إِ َّن‬ َ ‫ي‬ َّ ِ‫ْت النَّب‬


ُ ‫ال َس ِمع‬ َ َ‫ض َي هَّللا ُ َع ْنهُ ق‬ َ ‫َع ْن ْال ُم ِغ‬
ِ ‫ير ِة َر‬
ْ
ِ َّ‫ي ُمتَ َع ِّم ًدا فَ ْليَتَبَ َّوأ َم ْق َع َدهُ ِم ْن الن‬
‫ار‬ َّ َ‫ب َعل‬ َ ‫ب َعلَى أَ َح ٍد َم ْن َك َذ‬ َ ‫ي لَي‬
ٍ ‫ْس َك َك ِذ‬ َّ َ‫َك ِذبًا َعل‬
Daripada al-Mughirah katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya berdusta
atas namaku bukan seperti berdusta atas nama salah seorang kamu. Maka sesiapa dengan sengaja
berdusta atas namaku, hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selain itu, hadis di atas juga mengisyaratkan beberapa kaedah yang mesti dijaga dalam periwayatan
hadis. Pertama, memastikan kesahihan berita yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Bukanlah
setiap yang dikaitkan dengan baginda boleh diterima terus tanpa diselidiki. Ia mestilah dikaji dan dinilai
mengikut kaedah riwayah dan dirayah.

Kedua, mendengar dengan penuh perhatian supaya lafaz asal dijaga dan diingati. Setiap lafaz perlu
diteliti kerana kesilapan lafaz boleh membawa kepada perubahan makna yang membawa kepada
berlakunya tashif. Tashif adalah kesilapan yang dilakukan oleh perawi dalam menerima dan
menyampaikan hadis yang menyebabkan hadis menjadi dha`if.
Ketiga, setiap hadis yang dipelajari mestilah disampaikan kerana di kalangan yang mendengar itu ada
yang mempunyai kefahaman yang lebih dan hadis itu dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Kefahaman tentang hadis termasuklah mengkaji dan merenung maksud-maksudnya serta
menyimpulkan hukum dan pengajaran daripadanya. Seseorang yang mempelajari hadis akan sentiasa
menyesuaikan dirinya dengan sunnah dan petunjuk Rasulullah s.a.w. Dia menyedari bahawa setiap
aspek kehidupannya akan ada kaitan dengan Rasulullah s.a.w. Ini kerana keperibadian Rasulullah s.a.w.
bukan setakat rasul membawa risalah Allah tetapi meliputi tanggungjawab sebagai guru, pendidik,
pemimpin, hakim, panglima tentera, ketua keluarga, suami, bapa, datuk, jiran tetangga, sahabat kepada
temannya.

Justeru, amat wajarlah, kita mempelajari sunnah Rasulullah s.a.w. kerana tugas hidup setiap individu
tidak terlepas satupun daripada aspek di atas. Berdasarkan kepada hakikat inilah Allah s.w.t. menitahkan
kepada kita supaya menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai suri teladan.
 
Mengapa kehidupan bercahaya dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.?
Rasulullah s.a.w. sendiri adalah cahaya. Allah s.w.t. menyifatkan baginda sebagai cahaya petunjuk dan
juga pembawa rahmat. Pengutusan baginda bersifat dengan cahaya lantaran al-Qur’an yang baginda
diperintahkan supaya menjelaskannya kepada umat adalah cahaya. Allah s.w.t. berfirman:

ِ ‫ون ِم َن ْال ِكتَا‬


‫ب‬ ِ ‫يَا أَ ْه َل ْال ِكتَا‬
َ ُ‫ب قَ ْد َجا َء ُك ْم َرسُولُنَا يُبَي ُِّن لَ ُك ْم َكثِيرًا ِم َّما ُك ْنتُ ْم تُ ْخف‬
‫ يَ ْه ِدي بِ ِه هَّللا ُ َم ِن اتَّبَ َع‬. ‫ين‬ٌ ِ‫ير قَ ْد َجا َء ُك ْم ِم َن هَّللا ِ نُو ٌر َو ِكتَابٌ ُمب‬ ٍ ِ‫َويَ ْعفُو َع ْن َكث‬
‫ور بِإِ ْذنِ ِه َويَ ْه ِدي ِه ْم إِلَى‬
ِ ُّ‫ت إِلَى الن‬ ِ ‫الظلُ َما‬ُّ ‫ِرضْ َوانَهُ ُسب َُل ال َّساَل ِم َوي ُْخ ِر ُجهُ ْم ِم َن‬
‫اط ُم ْستَقِ ٍيم‬
ٍ ‫ص َر‬ ِ
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan
menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu
sembunyikan dari Kitab Suci dan Dia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara
(yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi
Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa
yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada
cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan
mereka ke jalan yang lurus.

(al-Maidah 15-16)

Lafaz-lafaz hadis yang dibaca dan didengar lalu diulang-ulang akan menghasilkan pancaran cahaya dalam
kehidupan seseorang. Mengapa tidak berlaku demikian sedangkan tugas Rasulullah s.a.w. adalah untuk
menjelaskan maksud al-Qur’an yang datang dari Allah yang memberikan cahaya kepada alam semesta.
Dialah yang menciptakan cahaya dan dari-Nya datangnya cahaya itu.

Sejarah mencatatkan pengalaman ulama hadis yang hidup mereka sentiasa diberkati Allah kerana
seluruh hidup mereka diabadikan untuk mengumpulkan hadis-hadis dan menghuraikannya. Walaupun
hidup dalam keadaan kesukaran dan kesempitan, hati mereka sentiasa tenang. Tidak lain dan tidak
bukan kerana yakin, mengharapkan dan menanti ganjaran pahala di akhirat.

Banyak membaca minda bergeliga, Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah yang berdasarkan hadis
soheh mengenai seorang budak yang mindanya amat bergeliga sehingga allah S.W.T mengurniakan
kepadanya kelebihan untuk kita ambil iktibar sepanjang zaman.

Kisah berbunyi begini ,

Dari Suhaib bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita:

Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir
merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: “aku telah tua. Carilah seorang budak (yang
paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir
tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.

Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk
sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap
kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Ahirnya bila tiba
kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata
kepadanya: “Jika kamu takutkan tukang sihir, katakana kepadanya bahawa ububapaku menahanku (di
rumah). Jika kamu takutkan ibubapamu (kerana lewat pulang), katakana kepada mereka berdua tukang
sihir telah menahanku.

Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar yang
menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya, “Pada hari ini, aku akan tahu
siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan,
jika sekiranya rahib lebih Engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan
kepada orang ramai.”

Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati (orang ramai sangat kagum dengan budak
tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya).

Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: “Engkau pada hari ini telah
menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat,
engkau akan diuji nanti. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu
tentang ku.

Budak tersebut berjaya mengubati penyakit kusta dan sopak. Dan juga dapat mengubat semua penyakit
yang dihadapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu
penyakit hingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut, dia telah
membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut: “semua ini untukmu jika engkau
dapat menyembuhkan mataku.”

Budak berkata kepadanya: “Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat
menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan
menyembuhkan penyakitmu.” Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak
tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sedia kala.

Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya: “Siapa yang
mengembalikan penglihatanmu?” Kata pembesar tersebut: “Tuhanku.” Raja sangat marah dan
mengatakan: “Ada ke tuhan lain selain dariku?”

Lalu pembesar tersebut ditangkap dan diseksa hingga dia pun membonngkarkan ajaran budak tersebut.
Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang
kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini.”

Lalu budak itu menjawab: “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan
ialah Allah.” Lalu iapun ditangkap dan terus diseksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib
(kerana tidak tahan dengan seksaan).

Lalu rahib pun ditangkap. Ia diserahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu
dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya
melerai jatuh ke bumi.

Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata: “Balik semula kepada agama asalmu.” Budak
menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: “Bawa budak
ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit. Tiba di sana,
budak berdoa kepada Allah: “Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki.”
Tiba-tiba bukit bergegar dab jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja.
Raja bertanya: “Mana dia kawan-kawanku?” Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi
mereka.” Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: “Bawa budak ini ke tengah
laut. Jika ia enggan, campakkan ia ke dalam laut.”

Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan
semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: “Mana
kawan-kawanku?” Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka.”

Lalu budak tersebut berkata kepada raja: “Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah
kamu menurut apa yang aku minta.” Tanya raja: “Apa dia?” Kata budak: “Engkau kumpulkan semua
orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari
panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah,
tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat
membunuhku.

Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon
kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama
Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-
lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia. (Tiba-tiba
orang ramai berkata: “Budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* “Kami percaya kepada
Tuhan budak ini.”

Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan: “Telah berlaku apa yang aku tidak mahu ianya berlaku.” Lalu
raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa
yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak, akan dicampakkan ke
dalam parit tersebut.

Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut
dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: “Wahai ibu,
sabarlah. Engkau berada di atas kebenaran!”

Hadis riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq), Tarmizi (No.3263 Kitab Tafseer al-Quran) dan
Imam Ahmad. Hadis disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab Riyadhus Solihin di bawah bab Sabar.

*di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yang ada dalam riwayat Tarmizi

Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa:

Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Sayyidina Omar r.a telah ditemui mayatnya
dalam keadaan tangannya masih diletakkan di bawah telinganya yang masih luka. ALLAHU AKBAR!
Akhir sekali ,

Membaca merupakan suatu cabang ilmu yang sangat penting kepada masyarakat pada hari ini. Hal ini
disebabkan banyak perkara yang tidak dapat kita ketahui hanya melalui pengalaman. Kebanyakan
perkara yang berlaku di dunia ini dapat kita ketahui melalui pembacaan. Semakin banyak kita membaca
bahan bacaan yang berfaedah semakin banyak pengetahuan yang bakal kita peroleh. Sesungguhnya
amat tepat sekali slogan yang menyatakan “Membaca Jambatan Ilmu”.

Selain itu, dengan ilmu yang telah kita peroleh melalui pembacaan, pemikiran kita akan menjadi lebih
matang. Kematangan membolehkan kita berfikir secara mendalam. Hal ini dapat mengelakkan kita
daripada menjadi orang yang jumud dan beku. Umpamanya orang yang banyak membaca lebih matang
walaupun pada usia yang muda. Perkara ini menjadi bukti sahih kepada kita bahawa pembacaan dapat
mematangkan seseorang dalam sebarang tindakannya sama ada pertuturan dan perbuatannya.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Aktiviti banyak membaca juga dapat menjadikan seseorang itu berfikir terlebih dahulu sebelum
bertindak. Keadaan ini membolehkan sebarang tindakannya rasional dan tidak mengikut perasaan. Ilmu
pengetahuan melalui pembacaan yang diperolehnya akan memandunya mengambil tindakan yang tepat
dan betul. Umpamanya, sewaktu membuat sebarang keputusan yang penting. Jelaslah bahawa ilmu
pengetahuan yang dimilikinya dapat mengawal dirinya daripada sebarang tindakan yang melulu.

Membaca bukan sahaja memberikan ilmu kepada seseorang malah dapat memajukan diri, masyarakat
dan bangsa. Hal ini demikian kerana ilmu yang ada padanya yang diperoleh melalui pembacaan dapat
digunakan untuk faedah dan manfaat banyak pihak. Tanpa ilmu pengetahuan, amat sukar seseorang itu
untuk mengubah keadaan dirinya, masyarakat, dan negaranya. Hal ini menunjukkan pada kita bahawa
ilmu daripada tabiat membaca boleh membawa perubahan pada masyarakat.

Hadirin yang disanjungi sekalian,

Jelas kepada kita bahawa tajuk “Banyak membaca minda bergeliga” amat tepat. Kecenderungan
membaca amat penting kepada masyarakat dan negara menuju ke arah pembentukan negara maju
pada masa yang akan datang. Ringkasnya kemajuan sesebuah negara tidak dapat dipisahkan daripada
tabiat membaca dalam kalangan rakyatnya.

Sebagai penutup , saya sudahi syarahan saya dengan sebuah kata-kata hikmah yang boleh kita renung-
renungkan bersama :Bacalah yang terbaik dari yang kamu jumpa. Tuliskan yang terbaik dari apa yang
kamu baca. Hafalkan yang terbaik dari yang kamu tulis. Berbicaralah dengan yang terbaik dari apa yang
kamu hafal.Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai