Anda di halaman 1dari 2

AMANAH DIPERSIA-SIAKAN

oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

" :‫َعنْ أَبِ ْي هريرة رضي هللا عنه؛ قال رسول هللا عليه وسلم‬
َ ‫ا‬. ‫ا َعتُ َها ي‬..‫ف إض‬. َّ ‫ا ْنتَ ِظ ِر‬..َ‫ةُ ف‬. َ‫ت ْاألَ َمان‬
َ .‫ال َك ْي‬..‫ ق‬.َ‫ا َعة‬. ‫الس‬ ِ ‫يِّ َع‬. ‫ض‬
ُ ‫إذا‬
ْ ُ‫ إذا أ‬:‫ال‬..‫و َل هللا؟ ق‬..‫رس‬
‫ا ْنتَ ِظ ِر‬..َ‫ ِه؛ ف‬..ِ‫ ِر أَ ْهل‬..‫ ُر إِلَى َغ ْي‬..‫نِ َد األم‬..‫س‬
" ‫سا َعة‬ َّ ‫ال‬
 

Maksudnya :Daripada Abi Hurairah radiyallahu `anhu, sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila amanah dipersia-
siakan, tunggulah berlakunya Qiamat". Abu Hurairah bertanya: "Bagaimanakah amanah yang dipersia-siakan?
Jawab baginda: "Apabila sesuatu urusan diserahkan mandat kepada bukan yang berkelayakan, tunggulah
berlakunya Qiamat".

Huraian

Amanah bermaksud mandat dan kepercayaan untuk melakukan sesuatu tugas. Apabila kepercayaan dan mandat
diberikan kepada yang tidak berkelayakan, mana mungkin tugas tersebut dapat disempurnakan? Apabila tugas
tidak dapat disempurnakan, pemberian amanah dan kepercayaan adalah satu perkara yang sia-sia.

Islam telah menetapkan kaedah untuk memberikan tugas kepada seseorang. Petugas itu mestilah mempunyai dua
syarat iaitu :

Pertama, mempunyai keupayaan untuk menjalankan tugas.

Kedua mempunyai sifat amanah.

Kaedah ini dapat dipetik melalui kisah Nabi Musa dan anak perempuan Nabi Allah Syuaib. Setelah Musa
memberi bantuan kepada kedua anak perempuan Syu`aib untuk mengambil air dari perigi, salah seorang anak
perempuannya membuat cadangan agar di ambil Musa bekerja. Alasan yang diberi ialah seperti mana yang
dirakamkan oleh ALLAH :

 
"‫"إن خير من استأجزت القوي األمين‬

Bermaksud :

"Sesungguhnya sebaik-baik orang yang boleh diambil bekerja ialah yang mempunyai keupayaan dan bersifat
amanah".   Kepandaian dan kebijaksanaan atau kekuatan dan keupayaan melaksanakan tugas sahaja belum
menjamin sesuatu kerja itu sempurna. Tetapi perlu diiringi dengan sifat amanah dan jujur dalam melaksanakan
tugas.”

Seorang jurutera yang hebat dan pandai, mempunyai kepakaran dan pengalaman yang banyak dalam bidang
pekerjaan belum menjamin sesuatu tugas yang diberikan kepadanya berjalan dengan lancar. Apabila sifat
amanah tidak ada dalam dirinya dia mungkin menyalah guna kuasa dan kedudukan serta jawatannya untuk
kepentingan diri sendiri.

Seorang jurutera kerajaan yang tidak amanah mungkin meluluskan pelan pembinaan bangunan yang tidak
menepati syarat kerana telah disogok dengan habuan tertentu. Kesannya mungkin dilihat selepas 20 tahun.
Bangunan tersebut runtuh hingga mengakibatkan kematian banyak jiwa dan kerosakan harta yang mencapai
angka ratusan ribu.

Anda mungkin juga menyukai