Anda di halaman 1dari 1

Kuasa Diri

Gagah dari rupa hanyalah suatu tayangan


Gagah dari dalam merupakan suatu kekuatan

Kuasa adalah imej minda


Ia menggambarkan kualiti diri anda
Ia menggambarkan keperibadian anda

Orang yang gagah bagaikan intan


Bersinar dengan kilauan yang berwarna
Orang yang gagah diibaratkan kilat
Menerangkan bumi dan menggegarkan angkasa

Sememangnya
Orang yang gagah terus berjuang
Biar pun ribuan kali mengenal kegagalan
Orang yang gagah terus membina
Biar pun ramai orang tidak restukan perjuangannya
Orang yang gagah tidak mengenal takut
Biar pun tugasan berisiko dan mencabar

Kegagahan menyambar segala ujian


Kegagahan menangkis segala pancaroba
Kegagahan mencetuskan kekuatan yang kental

Kebal, tahan lasak dan bersemangat


Sememangnya orang yang gagah adalah insan yang
luar biasa 。

Hilter Yew
12/7/21 7:15 PM

Anda mungkin juga menyukai