Konspirasi Dunia
Konspirasi Dunia
By: kumanddie
Editor: e1xtrim
ISI KANDUNGAN MUKASURAT
2. Rahsia Vatican 5
3. Obelisk 9
4. Tower Of Babel 19
6. Artis-artis Dajal 44
8. Harry Potter 68
9. Hollywood 78
_______________________________________________________
Semua artikel adalah kompilasi dari blog holywar-efairy yang telah diban oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab dan disiarkan semula oleh kumanddie, manakala e1xtrim
mengumpulkannya dalam bentuk ebook.
Kali ini post saya berkaitan dengan Codex Alimentarius. Mungkin sudah ada antara
pembaca yang sudah sedia maklum tentang Codex Alimentarius ini dan mungkin
juga masih ada yang belum tahu. Di sini saya akan terangkan serba sedikit tentang
Codex Alimentariusini. Mungkin saya akan detailkan lagi di post selanjutnya. Jika
mahu lebih lanjut tentang Codex Alimentarius ini sila alert dengan post-post terbaru
di blog ini.
Okay, mula-mula kita mesti tahu apa asas Codex Alimentarius. Codex Alimentarius
adalah bahasa latin yang bermaksud Kod Makanan. Ia ditubuhkan pada 1963 oleh
Food And Agriculture Organisation of United Nation (FAO) dan World
Health Organisation (WHO) bertujuan untuk menetapkan standard, nasihat dan
segala yang yang berkaitan dengan makanan, pengeluaran makanan dan keselamatan
makanan.
Jika kita lihat misi dan peranan Codex Alimentarius adalah untuk kebaikan manusia
sejagat kerana ditubuhkan oleh dua badan besar dunia, iaitu WHO dan FAO tetapi
hakikatnya sebaliknya. Projek mega mereka ini adalah untuk mengurangkan populasi
penduduk dunia sebanyak 93%. Ini salah satu pelan Dajal Al-Masih melalui badan-
badan berpengaruh dunia ciptaannya. Anda boleh merujuk blueprint Illuminati unutk
maklumat lanjut tentang population reduction.
Virus H1N1 juga adalah salah satu pelan mereka untuk population reduction ini. Untuk
maklumat lanjut anda boleh rujuk, Sini. Anda boleh baca sendiri tentang vaksin dan
virus yang dicipta sendiri oleh mereka untuk tujuan jahat mereka. Saya mendapat
maklumat bahawa sedikit masa lagi mereka akan menyebarkan satu virus yang jauh
lebih berbahaya dan bakal membunuh jutaan penduduk dunia. Tetapi saya masih
sedang meneliti tentang maklumat virus ini. Mungkin apabila masanya sudah tiba saya
akan tulis artikel tentang virus itu. Virus tersebut adalah Australia Antigen.
Mereka telah lama sebenarnya meracun kita dalam makanan kita seharian tanpa kita
sedari. Contoh paling mudah di sini, ayam. Ayam-ayam disuntik dengan hormon
pembesaran dan ini akan memberi kesan kepada pengguna-pengguna. Contoh lain ialah
penggunaan racun seranggan perosak attau pesticide. Tidak perlulah saya terangkan
lebih lanjut kesan-kesan penggunaan racun terhadap makanan kerana saya percaya
pembaca sudah tahu akan kesan buruk kepada kesihatan kita. Selain itu mereka juga
memanipulasi makanan dan air kita.
Samada kita sedari atau tidak sahaja, masanya kian hari kian hampir. Mereka telah
lalaikan kita dengan hiburan dan sukan untuk mengelakkan kita sedar sebenarnya apa
yang sedang berlaku. Merekalah yang mengawal media. Beruntunglah kepada sesiapa
yang sedar dan membuat persiapan mental dan rohani bagi menghadapi apa-apa
kemungkinan yang bakal berlaku dan rugilah kepada sesiapa yang tidak mahu ambil
sebarang pendekatan perubahan. Kita masih dalam tidur lena sedangkan keadaan
sekarang sudah mencapai tahap yang kritikal.
Di sebelah Barat mereka telah membuat persediaan dengan menyimpan banyak stok-
stok makanan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Seperti mana yang kita maklum, Dajal dengan pertolongan Azazil telah sekian lama
menentang Tuhan dengan merosakkan ajaran yang dibawa oleh Rasul utusan Allah.
Dan contoh yang paling mudah dan nyata adalah agama Kristian yang telah dijadikan
sebagai agama pagan ataupun menyembah matahari. Ajaran asal Nabi Isa telah
dirosakkan dan diselewengkan oleh 'tangan ghaib' dan agama Kristian sekarang
BUKANLAH ajaran asal Nabi Isa a.s. Hanya Al-Quran masih terpelihara kebenaran
dan keasliannya tetapi kitab-kitab suci sebelumnya telah diubah dan diselewengkan.
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai
agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka
pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata
kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang
kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera
hitungan hisabNya.
Ali-Imran 19
Diharap dengan pendedahan artikel ini dapat membuka mata pembaca blog saya yang
bukan beragama Islam khusunya untuk mencari kebenaran hakiki. Saya di sini hanya
sebagai petunjuk jalan, pembuka minda dan selebihnya terpulang kepada anda untuk
menilainya dengan akal yang dikurniakan oleh Tuhan kepada anda.
Petamanya saya ingin menjelaskan bahawa istilah Kristian tidak pernah disebut dan
diperkenalkan oleh Nabi Isa a.s. Ajaran semua rasul utusan Allah adalah untuk
menyembah Tuhan Yang Esa bukan untuk menyembah berhala, menyembah
individu, matahari, pokok, api dan sebagainya. Satu perkataan untuk agama
5 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim
menyembah satu tuhan yang esa ialah Islam.
Nabi Musa a.s telah berkata kepada kaumnya dalam bahasa Hebrew, 'Shamma
israelu addena ilakhin, addena ikhad'. Yang bermaksud, 'Dengarlah wahai
bani Israel, tuhanmu hanyalah SATU'. Lebih kurang 1350 tahun kemudian Nabi
Isa a.s telah mengulangi kata-kata Nabi Musa a.s iaitu tuhan hanyalah satu.
Lebih kurang 600 tahun selepas itu, delegasi Kristian telah datang menemui Rasullulah
s.a.w di Madinah dan mereka telah mengadakan dialog selama 3 hari di Masjid An-
Nabawi dan salah seorang delegasi telah bertanya kepada Rasullulah, 'Apakah konsep
tuhan kamu?' Dan Rasulluah s.a.w telah menjawab, 'QulhuAllahu Ahad'. Tuhanku
ialah Allah Yang Maha Esa (Satu). Jelas di sini semua rasul utusan Allah membawa
ajaran menyembah ajaran Tuhan Yang Esa (Satu).
Katakanlah (wahai Muhammad): '(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang
menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak,
dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya'.
Al-Ikhlas 1-4
Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat
menyesatkan kamu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri,
dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu). Wahai Ahli Kitab! Mengapa
kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan
kebenaranNya? Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan
yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu
mengetahuinya? Al-Imran 69-71
Contoh yang paling nyata di sini ialah watak-watak dewa pagan telah diasimilasikan
dengan agama Kristian dan Hari Matahari (SUNday) dimuliakan. Kemanakah
penganut Kristian pada SUNday? Sudah tentulah ke gereja, pernahkah anda (penganut
Kristian) terfikir kenapa SUNday dijadikan hari mulia bagi agama anda? Contoh lain
paling mudah di sini, Poseidon telah dijadikan sebagai Santa Claus! Poseidon
atau Neptunus dalam bahasa Latin mengikut kepercayaan Rom kuno, ialah Dewa laut.
Poseidon
Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan
Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini.
Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk
juga dikenali dengan nama 'Cleopatra Needle' dan diasaskan dari 'Sun Pillar'.
Sun Pillar
Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan
Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah 'obelisk' hasil dari tiang
yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya
mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan
kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di
Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta
kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa
perlunya membaling batu di Jamratul. Sila rujuk post saya tentang asas-asas binaaan
dajal untuk memahami perkara ini lebih lanjut.
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7
biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula,
Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-
pengikutnya)
Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
Israel (1 buah)
Caesarea obelisk
Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches
Museum und Papyrussammlung, Berlin)
Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul
Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan
perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia
terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web Malaysia Travel
Guide, klik sini.
Sabda Rasullulah:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri
dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).
Hadis Riwayat Abu Daud
London, England
The Great Architect, dajal telah dikurniakan ilmu yang tinggi oleh Allah. Tetapi dia telah
mengambil keputusan untuk menentang penciptanya sendiri dan bersekongkol dengan
Azazil. Sepanjang peradaban manusia, dia telah meninggalkan tanda-tanda
kehadirannya dan salah satu tanda yang ditinggalkannya ialah binaan agung yang
begitu tinggi kejuruteraannya. Taman tergantung Babylon, piramid, Tembok Besar
China, Stonehedge semuanya adalah ilham si genius ini.
Sebelum ini saya sudah mengulas tentang binaan Piramid dan Obelisk. Sila rujuk artikel
saya sebelumnya untuk mengetahui tentang asas-asas binaan dajal di seluruh dunia
yang dibina untuk menyambut kedatangannya dengan kaedah pengumpulan dan
pengaliran tenaga negatif terus ke langit. Piramid, Obelisk itu adalah antara cara
Ketahuilah kita umat akhir zaman, dan ketibaan The False Messiah/ Antichrist/ Dajal
ini semakin hampir. Jika anda perasan, binaan agung pada peradaban terhadulu telah
dibina kembali untuk menyambut kedatangan si laknat ini. Dengan bantuan konco-
konconya yang telah sekian lama berkhidmat untuk Azazil menentang Tuhan Yang Esa.
Salah satu binaan penting untuk menyambut Messiah Yahudi ini ialah Tower Of
Babel!
Salah satu binaan moden yang berasaskan Tower Of Babel, Parlimen EU.
Sebelum saya membawa pemikiran anda lebih jauh, pasti pembaca tertanya-tanya,
adakah Tower Of Babel ini benar-benar wujud? Atau hanyalah sekadar dongengan dan
hanya fantasi rekaan sahaja. Sebenarnya Tower Of Babel ada disebutkan di dalam Al-
Quran. Firaun telah mengarahkan pembinaan sebuah binaan yang tinggi untuk
mencabar kekuasaan dan memperlekehkan Allah s.w.t:
Dan Firaun pula berkata: 'Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu
Dan Firaun pula berkata: 'Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang
tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya)
'(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya
aku percaya Musa itu seorang pendusta!' Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan)
kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia
dihalangi dari jalan yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan
ke dalam kerugian dan kebinasaan.
Ghaffir 36-37
Bangunan tinggi yang dimaksudkan Firaun itu dengan nama lainnya dikenali sebagai
Tower Of Babel. Cerita tentang Tower of Babel ada juga disebutkan di dalam Bible dan
dipercayai oleh penganut Kabbalah. Tidak perlu saya ceritakan apa yang ditulis di dalam
Bible tentang Tower of Bible kerana hanya Al-Quran yang saya jadikan sebagai rujukan.
Cukuplah kata kunci yang penting di sini ialah menara ini benar-benar wujud dan ia
dibina untuk menentang kuasa Tuhan oleh penentangnya.
Adakah Tower Of Babel zaman moden telah dibina zaman sekarang? Jika dahulu Tower
Of Babel adalah binaan yang tinggi kononnya mencapai pintu-pintu langit bak kata
Firaun. Jadi pastilah Tower Of Babel zaman sekarang adalah binaan tertinggi!
Jika dilihat pada ranking dunia sekarang, bangunan tertinggi di dunia ialah Burj Dubai!
Walaupun belum siap lagi dibina dan semakin hari semakin mencakar langit. Berikut
adalah maklumat tentang Burj Dubai atau Menara Dubai ini yang dapat dilihat dari
segenap penjuru Dubai ini.
Berikutan pembinaan menara ini, satu kejadian aneh iaitu kabus sering menyelubungi
seluruh Dubai. Pakar kaji cuaca tidak dapat menjawab tentang masalah ini dan Dubai
belum pernah mengalami kabus seperti ini sebelum ini. Kemungkinan besar kabus itu
adalah disebabkan oleh pengumpulan tenaga negatif yang telah mengionkan udara
disekeliling menara itu untuk disalurkan terus ke langit.
Dajal tidak akan muncul selagi tahap negatif tenaga tidak sampai kepada tahap tertentu.
Bersediakah kita?
Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan dahsyatnya
pada zaman sekarang? Sila baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui apa
sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita.
'Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah
engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)'. Dalam pada itu ada juga orang-orang
mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang
suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi
itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi
mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang
mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Al-Baqarah 102
Berdasarkan ayat di atas dan tajuk artikel ini, apa yang dapat anda semua kaitkan? Buka
mata, buka hati. Insya Allah anda akan dapat mengungkaikan puzzle ini. Setelah
kewafatan Rasullulah s.a.w dan berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin,
umat Islam sebenarnya telah disihir dengan teruk oleh musuh nombor 1, yang telah
sekian lama diberikan amaran oleh Rasullulah s.a.w.
'Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus
asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.' (Muhammad Bin
Abdullah- 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH,
BUKIT ARAFAH.)
Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang
bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah
lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu?
Adakah Rasullulah s.a.w dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama
Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya
Sabda Rasullulah:
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang
terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri.
Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali
sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan
dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada
kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota
tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God).
Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali.
Ia juga digunakan oleh Freemason!
Ini ialah simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Diambil
dari Grand master terakhir Khingt Of Templar iaitu Jacques DeMolay.
Di Lodge Freemason!
Acapkali kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu
fatamorgana yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang
DISIHIR oleh Dajjal melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang
Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?
Tiada satu mata pun dikalangan Muslim yang mengetengahkan ehwal ini lantaran apa?
Remeh? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul?
Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???
Iblis berkata: ' Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka)
demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan
zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. 'Kecuali di antara
zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik'.
Al-Hijr 39-40
Lihatlah di sekeliling kita sekarang di masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam,
lambang apa yang digunakan? Seolah-olah diagungkan lambang itu. Jika kita lihat
sekarang, di kebanyakan masjid mempunyai lambang ini. Lambang ini sebenarnya
adalah dari Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka untuk menyelewengkan akidah
umat Islam menyembah Allah yang satu.
Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman
kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
Yusuf 106
Katakanlah (wahai Muhammad): 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku,
menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan
bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan
perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah
dengan sesuatu yang lain.
Yusuf 108
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan
kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
Al-Imran 100
Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat
mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul
dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).
Al-Baqarah 109
Artikel saya sebelum ini mendedahkan tentang bagaimana lambang bulan bintang telah
dijadikan lambang Islam yang kini telah sinonim dengan Islam. Jika anda masih belum
membacanya, saya sarankan anda membacanya terlebih dahulu sebelum membaca
artikel ini untuk mengelakkan kekeliruan.
Lambang Bulan Sabit dan Bintang ini sebenarnya digunakan secara meluas di tamadun
purba seperti Mesir Purba dan Babylon. Freemason juga menggunakan lambang ini
sebagai salah satu lambang mereka dan tidak ketinggalan lambang ini digunakan untuk
pemujaan kepada Lucifer/Iblis oleh penyihir-penyihir (withcraft).
Tamadun Purba
Perhatikan Fezz (topi) yang dipakai oleh Shriner di bawah. Bulan dan bintang.
Wiccan
Ini adalah alat yang digunakan oleh para Wiccan (withcraft) untuk menjalankan ritual
mereka. Perhatikan bulan dan bintang yang jelas kelihatan.
Iblis berkata: ' Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka)
demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan
zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
'Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari
sebarang syirik'. Al-Hijr 39-40
Dewa 19. Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan musik terkenal dari seberang ini.
Lagu-lagu mereka seperti Laskar Cinta, Pupus, Sedang Ingin Bercinta, Roman Picisan
dan lain-lain sudah sebati dengan jiwa anak muda zaman sekarang. Persoalannya
sekarang adakah mereka tergolong dalam golongan artis pilihan Si Pendusta Besar
(Dajal) yang ditugaskan untuk mengawal minda (mind control) kita khususnya di
kawasan Nusantara ini?
Micheal Jackson! MJ boleh dikategorikan sebagai artis terhebat sepanjang zaman dan
mungkin tiada pengganti. Siapa sangka MJ adalah mangsa mind control dan
berkhidmat untuk 'The Elite' sejal kecil lagi. Bakat yang dikurniakan kepada MJ telah
digunakan 'The Elite' dan menjadikan MJ sebagai seorang penghibur yang hebat tiada
tanding.
Hal ini tidak berpanjangan kerana MJ telah membelot dan menentang mereka. Sejak
dari itu, imej MJ telah diburukkan dengan skandal seks dan bermacam-macam lagi.
Sehinggalah akhirnya beliau mati dibunuh baru-baru ini. Hanya 2 pilihan diberikan
kepada mereka, samada mengecapi kemewahan dan kemasyuran berterusan dengan
terus berkhidmat untuk mereka atau akan mengalami kejatuhan dan kisah hidup
berakhir dengan tragis. Inilah permainan The Hidden Hand!
'The Elite' tidak menghiraukan nyawa kita semua. Mereka hanya pentingkan pelan
mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun banyak nyawa terkorban
dengan selaga bentuk penindasan dan peperangan.
Menerangkan kepada kita bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dan
semangat beliau tidak akan luntur menentang mereka
Banyak lagi lagu-lagu beliau yang mempunyai mesej-mesej kepada kita semua. Secara
tidak langsung beliau telah memberi amaran kepada kita siapa musuh kita sebenar.
Inilah Peace, Love And Harmony yang diperjuangkan oleh Micheal Jackson ini.
Dengan sedikit pendedahan tentang MJ, diharap minda anda lebih bersedia untuk
menerima maklumat-maklumat selepas ini dengan lebih baik. Dewa 19. Kumpulan
Musik ini telah ditubuhkan pada 1986 dan dianggotai 5 sahabat terdiri dari Ahmad
Dhani, Andra, Tyo, Once dan Yuke. Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun
1992 berjudul Dewa 19 dan selepas itu mereka telah mengeluarkan banyak lagi album-
album yang lain dan menempa nama di seluruh pelusuk Nusantara. Antara album
mereka yang berjaya ialah Laskar Cinta, Republik Cinta dan Kerajaan Cinta. Tokoh
Budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi telah membuat aduan kepada kerajaan
Indonesia untuk membuat siasatan ke atas kumpulan ini kerana disyaki Agen Penyebar
Propaganda Zionis pada 2005.
Sekilas pandang kumpulan ini tiada perbezaan dengan kumpulan musik yang lain.
Tetapi jika diteliti dengan lebih lanjut ada 'something' dengan band terkenal ini. Elok
kiranya jika kita berkenalan lebih lanjut dengan vokalis utama kumpulan ini, Ahmad
Dewa 19 1992
Lambang Sayap pada kulit album Atas Nama Cinta yang turut digunakan
oleh Theosophy (Pertubuhan Keagamaan Yahudi)
Berikut saya sertakan video klip Satu dari Dewa 19. Banyak 'subliminal message' di
dalam video klip ini jika kita mengkaji dan meneliti video ini.
Intro video ini, tompok hitam mengalir dari atas ke bawah umpama mata
Horus.
'Unfinished' Piramid
One Eye
Adakah semua ini hanya kebetulan atau semuanya sudah dirancang? Buka
minda anda, jawapannya ada di situ.
'Mind Control'. Protocols of The Elders of Mindcontrol ini adalah senjata Dajal untuk
merosakkan umat manusia khususnya umat Islam. Tanpa kita sedari 'senjata' ini
menyusup masuk ke dalam kehidupan seharian kita. Anak-anak kecillah yang paling
mudah untuk di'mind control' kan oleh mereka kerana minda mereka masih mudah
untuk dibentuk. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Pelbagai medium digunakan untuk menjalankan rancangan jahat lagi keji ini. Antara
cara yang paling berkesan digunakan kepada kita semua khususnya adik-adik dan anak-
anak kecil kita ialah melalui buku-buku, filem, televisyen, iklan, musik dan sebagainya
dengan memasukkan mesej tersembunyi 'subliminal message'.
666
Bagaimana kawalan minda ini menjadi satu senjata ampuh untuk menjadikan
seseorang itu tergolong dalam golongan mereka? Untuk menjawap persoalan ini kita
kembali kepada asas diri kita. Dan semuanya berkaitan dengan ROH kita. Saya
sarankan anda menonton video di bawah ini untuk memahami perkara ini secara lebih
lanjut. Alhamdulilah video dari Siri The Arrival ini telah disarikatakan Bahasa Melayu
dan saya percaya tiada masalah untuk memahami mesej yang ingin disampaikan dalam
video di bawah ini.
Untuk melaksanakan program ini, Dajal memerlukan pasukan tentera yang mantap.
Antara organisasi dan individu yang terlibat dengan program ini ialah Central
Intelligent Agency (CIA), Illuminati, Disney, Cisco Wheeler, Nickelodeon, Joseph
Mengele dan banyak lagi. Program ini juga tidak terlepas dari penglibatan occult atau
kegiatan kerohanian. Satanic Ritual Abuse (SRA), Illuminati occult, New Age occult,
Yoga and Chakras, Secret Doctrin dan Necronomicon adalah antara occult yang terlibat
dalam program ini.
Diharap dengan sedikit pendedahan tentang kawalan minda ini, anda dapat memahami
sedikit sebanyak apa yang akan saya dedahkan selepas ini. Jika mahu diulas tentang
program mind control secara menyeluruh, mungkin agak panjang kerana ia melibatkan
banyak medium seperti filem, musik, iklan, buku dan segainya jadi elok kiranya untuk
Dan apa yang mahu saya dedahkan kepada anda untuk kali ini ialah berkenaan mind
control melalui buku-buku bacaan khususnya buku bacaan kanak-kanak yang sering
dibeli oleh ibu bapa untuk anak-anak kecil tanpa mengetahui buku itu sebenarnya
adalah alat untuk 'kawalan minda' Dajal. Pengalaman ini telah dialami oleh seorang
kawan saya, yang juga adalah krew Free Our Mind.
Ceritanya bermula apabila bapa beliau secara tidak sedar telah membeli buku-buku
tulisan Madonna untuk adiknya yang berumur 9 tahun. Seperti yang mana kita tahu
Madonna adalah salah seorang 'tentera dajal' yang begitu berpengaruh di seluruh dunia.
Madonna tidak menganut sebarang agama tetapi seorang yang percaya kepada
Kabbalah. Apa itu Kabbalah?
'Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah
engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)'. Dalam pada itu ada juga orang-orang
mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang
suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi
mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin
Allah.
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi
itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi
mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang
mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Al-Baqarah 102
Berbalik kepada buku tulisan Madonna tadi, di dalam satu set, ada 3 buah buku yang
bertajuk The English Roses, Mr. Peabody's Apples, dan juga Yakov And The Seven
Thieves. Buku-buku ini adalah buku cerita kanak-kanak dan ianya telahpun masuk ke
pasaran Malaysia. Dan apa yang membuat beliau kurang senang adalah buku Yakov
And The Seven Thieves. Menurut beliau dari apa yang beliau baca, buku itu berkisarkan
Yakov adalah seorang tukang kasut dan mempunyai seorang anak bernama Mikhail
yang mengalami penyakit misteri, tidak dapat bangun malah langsung tidak dapat
memberi apa-apa respon jika ditanya apa-apa. Jadi isteri kepada Yakov sangat sedih
dan sarankan Yakov supaya berjumpa dengan seorang tua dipinggir kampung yang
katanya boleh berbicara dengan malaikat. Maka Yakov pergi ke rumah si tua tersebut
dan nyatakan hasratnya dan si tua kata Mikhail susah untuk diselamatkan kerana
malaikat maut sedang menghampirinya. Namun dia berkata akan cuba untuk berdoa
dan berbicara kepada malaikat untuk menyembuhkan Mikhail.
Keesokan harinya Yakov kembali ke rumah si tua untuk bertanya mengenai doanya.
Dan si tua kata dia berdoa dan hampir sampai ke pintu syurga namun pintu syurga
dikunci dengan ketat. Maka bermakna dia tidak dapat berbicara dengan malaikat.
Yakov makin susah hati dan akhirnya si tua berkata dia ada satu cadangan dan
menyuruh Yakov balik ke rumah dahulu dan orang tua menyuruh cucu nya
kumpulkan 7 orang penjahat yg terdiri daripada penyamun,peragut,kaki
pukul,gangster dan sebagainya datang ke rumahnya dan berdoa bersama supaya
Mikhail kembali sihat.
Dan hasilnya Mikhail kembali sihat. Cucu si tua bertanya kenapa orang tua itu
mengajak orang jahat supaya berdoa bersama dan si tua hanya berkata penjahat
yang bagus memang pandai melakukan kejahatan dengan membuka segala jenis
kunci ketika mencuri. Jadi kali ini mereka berjaya membuka pintu syurga dengan
doa. Kiranya jika orang jahat berubah membuat perkara baik nescaya doa mereka
mungkin didengar dan berlaku keajaiban. dan kemudian kunci syurga dapat dibuka
dan si tua dapat berkata-kata dengan malaikat untuk menyelamatkan Mikhail.
Sekali baca mungkin anda mengatakan cerita ini ada pengajaran iaitu untuk menasihati
budak jahat menjadi baik. Tetapi tidakkah kita terfikir jika cerita sebegini jika
diceritakan kepada mereka, akan mengakibatkan kepercayaan mereka turut sama
berubah? Apa yang tersirat di dalam cerita ini?
Adakah kita dapat menangguhkan kematian kita dengan doa penjahat sedangkan kita
semua tahu bahawa kematian kita tidak diawalkan dan dilewatkan walau satu saat oleh
Allah s.w.t.
Adakah kerana penjahat tadi pandai membuka pelbagai jenis pintu ketika mencuri, doa
mereka dapat membuka kunci syurga?
Tidakkah semua ini MENGARUT dan jika dibacakan kepada kanak-kanak mereka akan
terus percaya tanpa mempersoalkannya seperti orang dewasa. Inilah rancangan-
rancangan jahat mereka yang telah dilaksanakan untuk kita. Jika kita peka dan tahu
tentang rancangan-rancangan jahat ini, Insya Allah kita dapat menghindarkannya
berlaku kepada kita, keluarga dan kawan-kawan kita.
Untuk maklumat lanjut tentang buku ini anda boleh Klik Sini!
Yakov and the Seven Thieves
Released: April 26 2004
Book Description:
Sometimes, upright deeds come from crooked criminals... Yakov, a kindly
cobbler desperate to find a cure for his dying son, seeks advice from the
wise old man at the edge of the village. This sage enlists the help of seven
thieves, who humorously prove that miracles can occur if we renounce our
wicked ways and embrace good behavior.
Interesting Tidbits:
• Published in 37 languages and released in more than 110 countries
worldwide.
• Yakov is Madonna's third children's book in a series of five.
The critics say:
Siri Harry Potter yang menjadi bacaan dan tontonan ramai ini sebenarnya penuh
dengan unsur-unsur Masonic dan Kabbalah. Mungkin ada di antara kita yang perasan
dengan perkara ini dan mungkin ada juga yang langsung tidak ambil endah dan tidak
perasan, yang penting siri Harry Potter ini menghiburkan. Jika saya adalah The Hidden
Hand, sudah pastilah saya akan rosakkan pemikiran kanak-kanak dan remaja dengan
pelbagai unsur-unsur sihir dan mistik yang secara tidak langsung akan mempengaruhi
pemikiran mereka. Tetapi saya tidak boleh merosakkan pemikiran mereka secara terus
terang, sudah pastilah saya akan menggunakan medium tertentu seperti Harry Potter
yang diminati dan dipuja ini. Mesej tersembunyi di sebalik jalan cerita yang menarik.
Pasti ada yang tertanya-tanya apakah itu Kabbalah? Sebelum ini saya sudah jelaskan
sexara ringkas tentang Kabbalah atau Sihir Kuno Yahudi ini. Sebelum membicarakan
lebih lanjut tentang Harry Potter, elok kiranya jika kita menyelidiki biodata penulis siri
ni, JK Rowling. Nama sebenarnya ialah Joanne 'Jo' Murray. JK Rowling ini adalah
nama penanya. Dia dilahirkan di Chipping Sodbury, England pada 31 Julai 1965.
Semasa kecil minatnya dalam bidang penulisan sudah terserlah apabila dia telah
menulis cerita pada usia 5 tahun. Ketika dia berusia 4 tahun, keluarganya berpindah
Winterbourne dan di sinilah dia mempunyai seorang jiran bernama Potter yang
kemudian dijadikan nama watak utama bukunya.
Dari maklumat-maklumat di atas, di sini kita dapat 2 kata kunci iaitu Edinburgh,
Scotland dan University Of Exeter.
Mungkin ada di antara pembaca yang sudah dapat mencantumkan kata kunci ini,
mungkin ada yang masih mencari-carinya. Tidak mengapa, mari sama-sama kita
menyelesaikan kata kunci ini.
Edinburg adalah kota terletak di barat Scotland. Kota ini adalah tanah penyelamat
pendatang atau pelarian Knight Of Templar yang telah diburu oleh Pope Clement V dan
Raja Philip (Raja Perancis) pada 1307. Pada ketika ini, Scotland adalah satu-satunya
wilayah di Eropah yang berada di luar kekuasaan Vatican dan tanah inilah yang paling
sesuai dipilih oleh Templar untuk menyelamatkan diri dan meneruskan agenda rahsia
mereka.
Kahadiran mereka telah diterima secara terbuka oleh Raja Scotland masa itu iaitu,
Robert de Bruce. Dan mereka telah mewujudkan pertubuhan rahsia dari sisa-sisa
Knight Of Templar itu yang dikenali sebagai Freemason. Mendukung misi yang sama,
tetapi nama yang berlainan. Sehingga ke hari ini, Freemason telah mengawal dunia dari
segala aspek ekonomi, saintifik, ketenteraan dan banyak lagi. Pertubuhan rahsia ini
berselindung di sebalik Pertubuhan Persaudaraan dan ahlinya terdapat di seluruh
dunia, termasuklah di Malaysia sendiri. Sila rujuk post-post saya sebelum ini untuk
maklumat Freemason di Malaysia.
Rosslyn Chapel
JK Rowling pernah menuntut di sini selama 4 tahun. Jika kita lihat moto universiti ini
sendiri Lucem Sequimur yang bermaksud We Follow The Light. Mungkin rata-
rata kita menganggap Light itu adalah ilmu tetapi dalam paganism-codex light itu
adalah Lucifer/ Iblis.
Jadi jelaslah di sini JK Rowling bukanlah ibu tunggal yang berbakat menulis cerita
kura-kura dan arnab, tetapi jauh lebih hebat dari itu. Dengan pengetahuan yang ditimba
semasa di universiti beliau telah memasukkan unsur-unsur Masonic dan Kabbalah
dalam cerita fantasi rekaannya itu. Karyanya boleh diibaratkan seperti 'The Handbook
Of Occult' tetapi dalam versinya sendiri dengan lebih 400 juta naskhah terjual di
seluruh dunia. Novelnya begitu banyak istilah sihir, simbol, binatang dan ritual
okultisme sihir seperti Minerva McGoganall, Mirror Of Erised, Quidditch dan banyak
lagi. Secara tidak langsung mendedahkan kepada kita tentang sihir-sihir yang dilarang
Tentang jalan cerita Harry Potter rasanya tidak perlu saya ulaskan di sini kerana jalan
ceritanya terlalu panjang untuk diulas. Rasanya elok juga jika didedahkan asal nama
watak-watak dalam cerita ini yang saya yakin ada kaitan dengan okultisme dan
paganisme.
Harry Potter
Harry Potter adalah watak utama dalam cerita fantasi ini. Harry bermaksud 'Panglima
Perang' dan Potter diambil konon-kononnya bekas jiran JK Rowling
Ron Weasley
Hermione Granger
Hermione adalah kawan baik Harry Potter bersama Ron. Namanya bermaksud
Pembawa Pesan dan dalam mitos Yunani adalah Messenger Of Gods yang juga dikenali
sebagai Hermes.
Albus membawa makna Putih dan Dumbledore adalah dari bahasa Inggeris Kuno yang
bermaksud lebah besar yang berbulu.
Minerva McGonagall
Minerva adalah nama Dewi Kebijaksanaan, Kesenian, Sihir, Perdagangan dan Seni
Perang bagi masyarakat Rom. Manakala McGonagall bermaksud berani.
Sirius adalah bintang berbentuk anjing yang paling terang di angkasa. Hampir semua
ahli keluarga Sirius Black dinamakan sempena nama bintang, Bellatrix, Regulus,
Andromeda dan Draco. Bintang-bintang memainkan peranan penting dalam ritual
Kabbalah dan Mesir Kuno.
Lucius Malfoy
Lucius juga adalah nama lain bagi Lucifer/Iblis. Namun bagi penyembahnya, Lucifer
bermaksud Sang Cahaya, begitu juga dengan Illuminati.
'Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah
engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)'. Dalam pada itu ada juga orang-orang
mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang
suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi
mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin
Allah.
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi
itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi
mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang
mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Al-Baqarah 102
“Kami pada zaman jahiliah dahulu mengamalkan jampi, lalu kami bertanya: “Wahai
Pernahkah anda terfikir kenapa sesetengah artis berada di puncak dan kekal di atas
sedangkan bakatnya hanya boleh dikatakan sederhana. Dan kenapa sesetengah artis
yang mempunyai bakat yang besar tidak mencapai kejayaan sedemikian? Sesetengah
dari mereka dilahirkan untuk menjadi 'puppet' kepada The Elite sahaja dan sesetengah
dari mereka diambil untuk menjadi 'puppet' kerana mempunyai ciri-ciri yang sesuai.
Bagaimana The Elite menggunakan industri hiburan untuk menjayakan pelan agung
mereka? Mari kita berkenalan serba sedikit dengan pelan-pelan The Elite berkenaan
industri hiburan ini.
2. Mewujudkan 'The Trend-Makers' seperti The Beatles, Stones, Hendrix, Jim Morrison,
Sex Pistols, Eminem, Curt Cubain, Black Sabbath, Led Zeppelin dan sebagainya. Dan
78 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim
inilah yang menjadi punca kerosakan akhlak remaja dulu dan kini dengan pelbagai
budaya kurang sihat yang diambil dari idol mereka ini. Punk, skinhead, hip hop dan
sebagainya adalah dari idol mereka ini.
3. Ada juga artis yang betul-betul mempunyai bakat dan menjadi 'puppet' secara tidak
mereka sedari kerana mereka telah mengikut landasan sedia ada yang telah
ditinggalkan oleh The Elite sebelum ini.
4. Artis yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka dan mempunyai idea yang tidak
sehaluan atau berlawanan tidak akan dapat menyampaikan idea yang ingin
diketengahkan itu kerana mereka lah yang mengawal industri ini.
5. Ada artis yang hebat seperti John Lennon, Jim Morrison, Kurt Cobain, Jimi Hendrix
dan Micheal Jackson yang telah melalui pelbagai program 'Mind Control' seperti MK
Ultra, Monarch dan sebagainya bertindak menentang kembali mereka. Dan
kesudahannya, saya pasti anda tahu apa yang terjadi kepada mereka ini.
Rihanna
Sting
Iron Maiden
Enrique Iglesias
Gwen Stefani
The Beatles
(Perhatikan lelaki dalam bulatan itu ialah Aleister Crowley yang telah mewujudkan OTO
(Ordo Templi Orientis) dan juga adalah ahli Golden Dawn.
Dewa 19
Freemason adalah salah satu daripada organisasi rahsia Yahudi yang bekerja bersama
Dajjal laknatullah dalam melaksanakan misi mereka mengawal dunia (New World
Order). Selain daripada Freemason, banyak lagi organisasi-organisasi rahsia yang
mempunyai misi yang sama seperti Illuminati (Illuminati menggunakan lambang
piramid yang mengandungi MATA SATU/all-seeing eye didalamnya), Skull and Bones,
Opus Dei, Priory of Sion, the Bilderberg Group, agensi-agensi Hollywood (CW Chanel,
Columbia TriStar, etc..) dan bermacam-macam lagi. Tujuan mereka menubuhkan
berbagai organisasi dalam mencapai satu misi yang sama hanyalah semata-mata untuk
mengelirukan dan membutakan mata hati umat-umat manusia seluruh dunia dan
menanamkan sifat Dajjal yang buta satu matanya (celik mata penglihatan tapi buta
mata hati).
Tak perlulah rasanya saya terangkan unsur masonic yang telah saya highlightkan
dengan garisan berwarna kuning. Menara KLCC yang terkenal di serata dunia dengan
nama Menara Berkembar Petronas telah menepati ciri ini. Dua tiang ini adalah Jachin
dan Boaz yang menjadi lambang kebanggaan Freemason. Bekas-bekas Presiden
Amerika yang menjadi ahli tertinggi Freemason seperti George Washington telah
meletakkan kedua-dua tiang ini di hadapan kubur masing-masing sebagai tanda
kebanggaan mereka.
Suria KLCC
Dah terang lagi bersuluh, gambar ini membuktikan lantai berpetak Freemason di Suria
KLCC. Nama ‘Suria’ juga diambil daripada objek sembahan agama-agama pagan iaitu
matahari.
*Sekiranya anda masih belum mengetahui bagaimana Peperangan Akhir akan kembali
berkuda dan pedang sila baca artikel MO (temubual bersama Lonecryer tentang
EMP). Klik Sini!
Inilah bukti besar dan jelas yang menunjukkan negara kita masih dibawah jajahan kafir
laknatullah. Kita selama ini telah dibutakan dengan tipu daya syaitan. Sesungguhnya
dajjal telah berjaya menanamkan sifatnya dalam diri kita. Dia telah berjaya
Sekian, segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada
kelemahan diri saya sendiri. wAllahua’lam.
Warfeel Efairy
Bagi mereka yang sangsi tentang Razaksat sebagai All Seeing Eye dalam simbol
Freemason di KLCC, maka di sini saya lampirkan gambar Eye On Malaysia di Tasek
Titiwangsa sebagai All Seeing Eye bagi KLCC.