Anda di halaman 1dari 7

BOLA TAMPAR

1.0 PENGENALAN

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang

dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian

badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada

lawan. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul

bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam

gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal

mengembalikan bola dengan betul.

Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan

memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat

ditekankan dalam permainan ini.

Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang.

Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-

Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.

2.0 KEMAHIRAN MENGUMPAN (SETING)

Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana

pemain 'setter' akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu

kepada rakannya bagi membolehkannya pasukan membuat rejaman untuk

memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat daripada setter, ia akan

menyulitkan perejam. Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap

persefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak

2
lambungan bola yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua

perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan

kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka

dengan ibu jari serta jari jari lain mengucup.

3.0 CARA – CARA MENGUMPAN DALAM BOLA TAMPAR

Kemahiran ini digunakan untuk menhantar bola (in passing), dan menghantar bola yang

tinggi dan jauh (plying long high balls) ke belakang gelaggang lawan. Kadangkala ia juga

digunakan untuk menjatuhkan bola secara ringan melintasi jaring. Mengumpan

menggunakan dua belah tangan untuk memastikan bola dalam posisinya supaya dapat

direjam untuk serangan, atau menghantar bola melintasi jaring

3.1 POSISI BERSEDIA

a. Kaki dijarakkan, satu kaki ke hadapan, luasnya adalah lebih luas

b. sedikit pada bahu.

c. Bengkokkan sedikit lutut dan condong sedikit di hadapan.

d. Trisep hendaklah sejajar dengan lantai.

e. Tangan dihulurkan ke atas di hadapan bahagian dahi.

f.Tapak tangan menghadap keluar dengan jari-jari terbuka luas dan ibu jari

terbuka ke dalam.

g. Siku bengkok ke luar.

h. Ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan masing-masing berjarak

i.dua inci dan empat inci untuk menbentuk satu segi tiga kecil.

j.Pergelangan tangan ditegakkan ke belakang.

3
3.2 PERGERAKKAN

a)Bergerak di bawah bola.

b) Mengambil posisi bersedia sebelum menyentuh bola.

c) Daripada posisi mendekam bagi menpercepatkan bola untuk menbuat

kontak.

d) Menyelaraskan kelajuan ansur maju semua bahagian sendi.

e) Permindahan berat semasa kelajuan harus ke atas bola menuju ke

sasaran.

f) Kaki, lutut dan punggung menghadap ke sasaran.

3.3 KONTAK

a) Kontak dilakukan di atas dahi.

b) Semua jari hendaklah menyentuh bola.

c) Ibu jari dan jari telunjuk menberi kuasa.

d) Jari telunjuk adalah penunjuk arah.

e) Bola dilihat melalui jari-jari telunjuk dan ibu-ibu jari.

4.0 GAMBARAJAH

4
Gambarajah 1: Lengan di buka dengan siku dibengkokkan bersudeut 45 darjah.

: Kepala didongakkan dan mata memandang tepat pada bola.

5
Gambarajah 2: Kaki dibengkokkan dan seterusnya kesemua jari menolak bola

ke atas serta pergerakan ikut lajak dengan kaki diluruskan selepas bola diumpan

ke atas.

REFLEKSI

6
Syukur Alhamdulillah saya dan rakan – rakan telah berjaya menjalani

pengajaran mikro matapelajaran Pendidikan Jasmani iaitu Permainan Bola

Tamapr. Tugasan ini memerlukan kami mengajar dengan teliti berdasarkan

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dibuat dalam kumpulan

berlima.

Kami telah diberi kemahiran mengumpan untuk diajar pada murid – murid

tahun 6. Jadi, kami telah merancang dengan teliti bagaimana cara mengajar

murid – murid cara mengumpan dengan betul. Selain itu, kami juga turut

merancang bahagian permulaan iaitu regangan dan juga kemuncak dan penutup

yang lebih kepada pertandingan dan juga proses menyejukkan badan.

Sepanjang perlaksanaan pengajaran mikro, kelemahan yang dapat dilihat

ialah, kami kurang mahir tentang teknik mengumpan yang betul untuk diajar

kepada murid – murid. Butiran mengajar yang dibuat tidakberapa lengkap dan

kurang jelas. Selain itu, aktiviti yang kami rancang juga kurang variasi.

Pensyarah kami, iaitu Encik Othman b Che Man telah memberi idea cara

penambahbaikkan aktiviti kami dan juga butiran mengajar yang lebih terperinci.

Jadi, pada pengajaran yang sebenar kelak, insyaallah saya akan

memanfaatkan semua ilmu yang telah diberikan semaksimum mungkin agar

pengajaran dan kemahiran yang ingin disampaikan lebih teliti dan jelas.

BIBLIOGRAFI

7
INTERNET

1. www.slideshare.net/hazim7697/bola-tampar

(diakses pada 12 Oktober 2010)

2. http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/bola-

tampar.html

(diakses pada 12 Oktober 2010)

3. www.scribd.com/doc/19129224/Bola-Tampar-Mengumpan

(diakses pada 12 Oktober 2010)

BUKU

1. Bonnie Kenny, Cindy Gregory Bola Tampar Meniti Tangga Kejayaan. Siri

Aktiviti Meniti Tangga Kejayaan

2. BUKU SUMBER SAINS SUKAN TINGKATAN 5 Terbitan Pusat

Perkembangan Kurikulum. Edisi Julai 2002

3. BUKU SUMBER SAINS SUKAN TINGKATAN 4 Terbitan Pusat

Perkembangan Kurikulum. Edisi Julai 2002

Anda mungkin juga menyukai