Anda di halaman 1dari 4

ROSSARAZAK 17 JUN 2008

Pengajian Am
Modul Kenegaraan Malaysia
KONSEP KENEGARAAN UMUM

Konsep Negara :
Ciri-ciri sebuah negara :
1. sempadan atau wilayah yang jelas, tetap dan diiktiraf.
2. penduduk yang tetap
3. kerajaan yang sah dan teratur
4. kedaulatan, mempunyai keupayaan untuk mengawal hal ehwal dalam
negara. Bebas mengadakan hubungan dengan negara lain.

Fahaman Utama di Dunia


a) Demokrasi
√ Berasal dari perkataan Yunani demokratia; demo (rakyat), kratia
( perintah)
√ Kuasa pemerintahan di tangan rakyat
√ Persepsi tentang demokrasi : kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat.
b) Fasisme
√ Diperkenal oleh Mussolini di Itali pada 1929
√ Kuasa mutlak terletak pada tangan pemimpin negara.
√ Rakyat dipaksa berkorban untuk pemimpin yang memimpin secara
kuku besi.
c) Nazisme
√ Diperkenal oleh Adolf hitler di Jerman pada 1930-an
√ Menghalalkan kekejaman dan pembunuhan
d) Komunisme
√ Diperkenal oleh Karl Marx (Rusia)
√ Menjadikan faktor pengeluaran dan barang pengguna sebagai milik
negara.
√ Melaungkan slogan sama rata, sama rasa.
√ Menolak kewujudan tuhan.
e) Sosialisme
√ Bermatlamatkan untuk memindahkan hak milik seseorang menjadi
hak milik negara
√ Biasanya mengamalkan polisi pintu tertutup.

Sistem kerajaan
a) Kerajaan kesatuan
√ Gabungan beberapa buah negeri dengan pemusatan kuasa oleh
kerajaan pusat.
√ Kerajaan pusat mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang
yang diluluskan oleh Kerajaan negeri. Kerajaan negeri atau pentadbiran
tempatan mendapat arahan daripada Kerajaan Pusat.
ROSSARAZAK 25 Mei 2009

1
ROSSARAZAK 25 Mei 2009

Kerajaan Pusat

Kerajaan
Negeri

b) Kerajaan konfederasi
√ Kuasa kerajaan terletak dalam tangan kerajaan-kerajaan negeri
√ Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang terhad untuk megawal
pentadbiran
√ Kerajaan konfederasi tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk
dianggap sebagai sebuah kerajaan yang stabil kerana kerajaan ini
diwujudkan melalui perjanjian yang longgar.

Kerajaan negeri

Kerajaan
pusat

c) Kerajaan Persekutuan
√ Gabungan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri atau kerajaan
tempatan.
√ Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangannya
sendiri dalam perkara tertentu.
√ Kerajaan pusat lazimnya bertanggungjawab terhadap perkara umum
seperti pertahanan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
√ Kerajaan negeri pula bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal
dalam negeri seperti agama, tanah, perhutanan dan sebaginya.

Kerajaan Kerajaan
pusat negeri

Bentuk Negara

a) Monarki
√ Raja/sultan/ratu menjadi pemerintah dan berkuasa sepenuhnya
√ Jawatan dipegang seumur hidup dan warisan takhta berdasarkan
keturunan

ROSSARAZAK 25 Mei 2009

2
ROSSARAZAK 25 Mei 2009

√ Pentadbiran dijalankan sendiri oelh raja/ ratu/ sultan.


√ Kaum kerabat memonopoli kuasa eksekutif
√ Pada hari ini kebanyakan kuasa raja dihadkan oleh parlimen dan
perlembagaan.

b) Republik
√ Diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat.
√ Tiada raja, presiden menjadi ketua eksekutif

c) Autokrasi
√ Diterajui oleh golongan tertentu yang mempunyai kuasa mutlak
√ Kebebasan awam terhad. Rakyat dipaksa mematuhi kerajaan.

d) Demokrasi
√ Mengamalkan dktrin pengasingan kuasa
√ Terdiri daripada demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden.
√ Demokrasi berparlimen ; raja/ presiden sebagai ketua negara dan
mempunyai kuasa simbolik. (Malaysia, singapura, Jepun0
√ Demokrasi berpresiden ; presiden menjadi ketua eksekutif negara.
( Amerika Syarikat dan Filipina)
√ Mengadakan pilihanraya untuk memilih pemimpin.
√ Proses pengundian dijalankan secara sulit. Parti yang menang
majoriti akan menjalankan pemerintahan.

Pengasingan kuasa

1. merupakan ciri utama negara demokrasi.


2. diperkenal oleh Montesquieu
3. pembahagian kuasa dibahagikan kepada tiga bahagian iaiatu;
√ badan perundangan
√ badan pentadbiran / eksekutif
√ badan kehakiman
4. Tujuan ;
√ Mengelakkan tumpuan kuas
√ Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
√ Menjamin pentadbiran cekap
√ Menjamin rakyat mendapat keadilan undang-undang.

Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia

1. Malaysia tidak mengamalkan sepenuhnya seperti yang diperkenalkan oleh


Montesquieu. Sebaliknya menekankan kuasa relatif antara ketiga-tiga badan
tersebut.

ROSSARAZAK 25 Mei 2009


3
ROSSARAZAK 25 Mei 2009

eksekutif perundanga
n

kehakima
n
2. pada peringkat persekutuan, YDPA mempunyai kuasa tertinggi dalam ketiga-
tiga badan tersebut.
3. Perdana menteri dan jemaah kabinet mentadbir dan menjadi ahli parlimen
yang terlibat dalam penggubalan dasar dan undang-undang.
4. ciri-ciri lain Kerajaan Malaysia :
√ mengamalkan demokrasi berparlimen dengan Parlimen dwidewan
√ mempunyai raja berperlembagaan, YDPA bertindak sebagai ketua
negara
√ mengamalkan konsep ketertinggian perlembagaan
√ mengamalkan konsep kerajaan persekutuan.

Konsep organisasi dan struktur Pentadbiran

1. Tujuan organisasi pentadbiran ;


√ Mencapai objektif yang ditetapkan
√ Membahagi tugas untuk mengelakkan pertindihan kerja
√ Menetukan bidang kuasa unit-unit pentadbiran agar mudah dikawal
selia.

2. kebanyakan organisasi bersifat birokrasi. Ciri-ciri Birokrasi ;


√ pembahagian dan pengkhususan kerja
√ ada hierarki atau susunan kuasa yang bertingkat
√ mempunyai prosedur dan peraturan
√ mempunyai kakitangan yang berkhidmat secara lantikan sepenuh masa.
Tempoh perkhidmatan tetap dan berpencen.
√ Penyelenggaraan fail dan rekod.

Rossarazak 270502
17 Jun 2008

ROSSARAZAK 25 Mei 2009

Anda mungkin juga menyukai