Anda di halaman 1dari 2

BEBAN LAGI…………..

“ TO BE OR NOT TO BE THAT’S THE WAY IT’S SHOULD BE ”

SYOK-SYOK SEMBANG JE
ABU SAMAH BIN ZAINAL ABIDIN

Apabila kita berbincang tentang beban tugas guru, guru terbeban dan segala jenis
bebanan guru, ungkapan yang sering digunakan ialah “ sejak akhir-akhir ini….. ”
“ sekarang ini ……” “ kebelakangan ini ….” Kenapa tidak disebut “ sejak dahulu lagi …”
Mungkin ramai dikalangan kita kurang pasti masa sebenar isu itu diperkatakan. Tetapi
kita yakin dan tidak boleh dinafikan ada juga di kalangan kita yang tahu titik permulaan
isu itu mula dibincangkan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM )

Mari kita imbas kembali Teras 5 dalam PIPP ( 2006 – 2010 ) “ Memartabat Profesion
Keguruan ”. Antara dasar dan matlamatnya adalah meningkatkan kualiti guru, kerjaya
guru dan kebajikan guru. Hasrat KPM bukan sahaja melahirkan guru berkualiti tetapi
juga memastikan mereka yang berkualiti kekal di dalam sistem pendidikan Negara
sepanjang perkhidmatan.

Apa yang diperkatakan oleh Guru C2 1976 Batu Pahat,Johor di dalam Berita Harian
13 Mei 2010 mungkin ada kebenarannya. Sebagai guru berpengalaman mengajar lebih
34 tahun, pasti telah melalui banyak perubahan , penambahbaikan , transformasi dalam
sistem pendidikan yang kadang-kadang anda merasa kurang selesa.
Walaubagaimanapun kita perlu akur bahawa transformasi tersebut akan terus berlaku
tanpa dapat dihalang. Untuk menjadi sebuah Negara yang mempunyai sistem
pendidikan bertaraf dunia bukannya mudah. Apa yang penting, kita mesti bersama-
sama berubah mengikut arus tersebut barulah kita boleh berada bersama-sama di
dalam Teras 5 PIPP tersebut.

Pengujudan jawatan-jawatan baru serta pertambahan pegawai samada di KPM, JPN,


PPD, sekolah mahupun di PKG adalah sangat penting. Mereka ini adalah agen-agen
perubahan yang diharapkan. Walaubagaimanapun Norma guru 1.5n yang digunapakai
sejak 1982 kepada 1.7n( n ialah bilangan kelas) masih belum terlaksana sepenuhnya.
Pertambahan perjawatan dan pegawai adalah tidak seimbang dengan Norma guru.
Ini adalah antara faktor yang menyebabkan guru terbeban dengan tugas-tugas yang
semakin rencam disamping tugas utama yang semakin mencabar.
Tambahan pula strategi pelaksanaan PIPP untuk menyediakan persekitaran kerja yang
kondusif dengan mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi
mengurangkan beban tugas guru dalam kerja-kerja pentadbiran dan perkeranian belum
dapat dilaksanakan. Sekiranya perkara ini berterusan maka satu daripada strategi PIPP
tersebut telah gagal. Tetapi “ walaupun masa singkat tetapi masih sempat ”
( PIPP 2006 – 2010 )
Bagi guru-guru lama yang usia perkhidmatannya sudah melampaui dua puluh tahun
mungkin anda berada di dalam situasi “ Fikiran Orang Tua, Tenaga Orang Muda ”.
Golongan guru-guru muda inginkan perubahan dan pergerakan mereka adalah lebih
agresif sementara guru lama mencari akal mempertahankan tuanya. Sekiranya anda
kurang berminat atau tidak berdaya menyertai perubahan tersebut lebih elok anda
duduk di tepi sebagai penyokong setia sebelum anda diketepikan. Sekiranya tidak
mampu menjadi garam janganlah menjadi langau.

“ GURU PEMBINA NEGARA BANGSA ”

Anda mungkin juga menyukai