Kontekstual
Kontekstual
Matlamat
Pengenalan
Definisi
Teori
Teori ini juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian
persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Pendekatan konteksual juga merentas pelbagai disiplin ilmu seperti Matematik, Sains,
Komunikasi, Kemanusiaan, Teknikal dan Vokasional.
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih
daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan menjadi
“REACT”
Relating (Menghubungkait):
Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan
pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya
berlaku di kalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih
sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba
menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan
perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya,
taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk
penyelesaian sesuatu masalah.
Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam
sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti
yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal
mereka setiap hari.
Experiencing (Mengalami):
Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta -
merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh
dimotivasikan dengan strategi p&p seperti video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks,
tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya.
Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar dapat memanipulasikan
alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif.
Contoh murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat
latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh
digunakan di rumah apabila berlakunya situasi wayar plug 3 pin seterika tertanggal.
Applying (Mengaplikasi):
Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang
lain. Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti
pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan
sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja.
Contoh murid mempelajari teori dan konsep tuas. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan
apabila bertemu sebuah kereta yang tayarnya pancit dan tidak mempunyai jek. Murid
itu boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi
membolehkan penukaran tayar.
Cooperating (Bekerjasama):
Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan
pelajar lain - merupakan strategi p&p yang utama dalam pembelajaran konteksual.
Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari
bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar
tentang pengajaran konteksual. Majikan mementingkan pekerja yang boleh
berkomunikasi, berkongsi maklumat dan bekerja dengan selesanya dalam pasukan
di tempat kerja.
Justeru itu, adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran bekerjasama di
sekolah.
Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali makmal.
Penyelesaian amali makmal memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan
perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan bergantung
secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya.
Transferring (Memindahkan):
Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau
memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini
menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui.
Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru
tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu
meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat
menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui
pelajar. Contoh murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan
menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga
bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan
gelanggang permaianan.
Motivasi
Bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk
yang akan dibincangkan. Contoh mata pelajaran Sejarah, tajuk darurat – guru boleh
memperdengarkan rakaman bunyi tembak menembak beserta jeritan sebagai motivasi.
Pemahaman
Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah
penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap
sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang
berkaitan. Ini boleh dilakukan dengan bacaan, perbincangan kumpulan dan membuat
kajian.
Kemahiran
Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi mencetuskan
pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan masalah harian. Contoh selepas
muris mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru menanyakan soalan yang akan
mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan.
Penilaian
Penilaian boleh dilakukan dengan cara lisan, pemerhatian, perubahan sikap dan
bertulis. Aktiviti boleh dilakukan dengan cara kuiz, perbincangan kumpulan dan
penyediaan portfolio.
Kesimpulan
Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan
cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan
relevan dalam persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada
kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal,
tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama
ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan.
Pendekatan konteksual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah
pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid.
Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan gabung jalin atau interaksi di antara
kurikulum, kaedah pengajaran, situasi dan masa. Penglibatan masyarakat dan industri
dalam merancang straregi untuk mejayakan wawasan bersama dengan pihak sekolah
sangat penting. Oleh itu sekolah, industri dan masyarakat perlu bersedia menerima
perubahan dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.
Integrasi
1. Adakah pelajar mempunyai peluang untuk meneliti salingan perhubungan antara pelbagai
disiplin atau subjek?
Bagaimanakah pelajar-pelajar meneliti saling perhubungan antara disiplin?
3. Adakah pelajaran menggalakkan perkongsian dengan ahli-ahli dari komuniti yang lebih luas?
Bagaimanakah pelajaran anda menggalakkan perkongsian?
Berfokuskan Konteks
4. Adakah pelajar-pelajar membuat pemerhatian dan manipulasi tentang artifak autentik yang
berasaskan situasi sebenar?
Bagaimanakah pelajar membuat pemerhatian dan manipulasi artifak autentik?
5. Adakah titian atau tetangga untuk mengikatkan isi kandungan dengan konteks?
Apakah titian atau tetangga untuk mengikatkan isi kandungan dengan konteks?
6. Adakah isi kandungan mengekalkan minat pelajar bagi masa yang panjang?
Bagaimanakah isi kandungan mengekalkan minat pelajar?
8. Adakah konteks berasaskan dunia sebenar (misalnya amalan autentik tentang dunia kerja)?
Bagaimanakah konteks berasaskan dunia sebenar?
Berpusatkan Pelajar
Amalan Reflektif
12. Adakah pelajar menilai, memeriksa dan merenung tentang latar belakang dan bahan
konteksual daripada pelbagai sumber untuk membantu dalam interpretasi dan prestasi?
Bagaimanakah pelajar menilai, memeriksa, dan merenung tentang latar belakang dan bahan
konteksual daripada pelbagai sumber untuk membantu dalam interpretasi dan prestasi?
13. Adakah isi kandungan relevan kepada pelajar, bersifat kontempori dan praktikal?
Bagaimana anda mengetahui bahawa isi kandungan relevan kepada pelajar, kontemporari dan
praktikal?
14. Adakah pelajar berpeluang untuk mengorganisasikan semula isi kandungan mengikut cara-
cara yang bermakna kepada dirinya?
Bagaimanakah anda mengetahui bahawa pelajar mempunyai kesempatan untuk mengorganisasi
semula isi kandungan dalam cara-cara yang bermakna untuk dirinya?
16. Adakah pelajar dengan sengajanya memeriksa dan merenung tentang prestasinya dan
menghargai kekuatan dan kelemahannya?
Apakah peluang-peluang yang anda sediakan agar pelajar dengan sengajanya memeriksa dan
merenung tentang prestasinya dan menghargai kekuatan dan kelemahannya?
17. Adakah pelajar membina interpretasi tentang pemerhatian dan aktiviti serta membentuk hujah
tentang kesahan interpretasi tersebut?
Apakah peluang-peluang yang anda sediakan agar pelajar dengan sengajanya memeriksa dan
merenung tentang prestasinya dan menghargai kekuatan dan kelemahannya?
18. Adakah disediakan peluang untuk penyemakan dan kolaborasi rakan sebaya?
Apakah peluang yang anda sediakan untuk penyemakan dan kolaborasi rakan sebaya?
Konformasi
19. Apakah matlamat dan ekspektasi yang dikaitkan dengan realiti bersama?
Bagaimanakah pelajaran disesuaikan dengan piawaian kebangsaan?
Berkualiti Tinggi
20. Adakan disediakan proses untuk peningkatan berterusan bagi tugas dan aktiviti
pembelajaran?
Apakah peluang yang disediakan untuk peningkatan berterusan bagi tugas dan aktiviti
pembelajaran?
The majority of students in our schools are unable to make connections between what
they are learning and how that knowledge will be used. This is because the way they
process information and their motivation for learning are not touched by the traditional
methods of classroom teaching. The students have a difficult time understanding
academic concepts (such as math concepts) as they are commonly taught (that is, using
an abstract, lecture method), but they desperately need to understand the concepts as
they relate to the workplace and to the larger society in which they will live and work.
Traditionally, students have been expected to make these connections on their own,
outside the classroom.
Contextual learning is a proven concept that incorporates much of the most recent
research in cognitive science. It is also a reaction to the essentially behaviorist theories
that have dominated American education for many decades. The contextual approach
recognizes that learning is a complex and multifaceted process that goes far beyond
drill-oriented, stimulus-and-response methodologies.
According to contextual learning theory, learning occurs only when students (learners)
process new information or knowledge in such a way that it makes sense to them in their
own frames of reference (their own inner worlds of memory, experience, and response).
This approach to learning and teaching assumes that the mind naturally seeks meaning
in context—that is, in relation to the person’s current environment—and that it does so
by searching for relationships that make sense and appear useful.
Building upon this understanding, contextual learning theory focuses on the multiple
aspects of any learning environment, whether a classroom, a laboratory, a computer lab,
a worksite, or a wheat field. It encourages educators to choose and/or design learning
environments that incorporate as many different forms of experience as possible—
social, cultural, physical, and psychological—in working toward the desired learning
outcomes.
• Most people relate better to concrete, tangible examples and experiences than to
abstract conceptual models.
• Most students learn best through some sort of personal interaction with other
students—through study groups, team learning, and so on.
• use the discoveries of cognitive science to help them achieve enhanced learning,
and
• create learning environments that open their minds and enable them to become
more thoughtful, participative members of society and the workforce.
Clearly, if the thrust of educational reform is on the classroom (and laboratories), the
emphasis should be upon empowering teachers to facilitate these processes. The
"neglected majority" can be successful learners, and they can be vital elements of
America’s new workforce. But, for this to happen on a national level, teachers must be
helped to understand how students learn, teachers and students must be provided with
suitable resources that contain career-oriented motivational elements, and teachers
must be provided with sufficient institutional support (including in-service training) to
allow them to use new material and equipment effectively. In short, teachers and
students must be immersed in contextual teaching and learning, and supported in their
use of the REACT strategy. Tech Prep is one of the most successful frameworks for
contextual teaching and learning, and can help educators bridge the gap between what
is—often static classrooms with bored, "tuned out" students—and what should be—
classrooms alive with dynamic students actively engaged in learning.
Are You Teaching Contextually?
Take this self-test and see. These standards appear to some degree in almost all
texts. But contextual instruction is rich in all ten standards:
Bil Pengajaran 1 2 3 4
Disunting daripada:
Dr. Mark L. Merickel
V3.0 © Copyright 1998
All rights reserved
School of Education
Oregon State University
Corvallis, OR 97331-3502
Renungan