________________________________________
Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D
´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan
kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin
adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.
Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan
jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996
menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap
individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis
darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan
perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan
jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu
antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.
Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana
ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah
mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu
pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat
mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.
Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil
tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan
mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim
tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam
jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu
kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-
buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan
siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan
industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk,
pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori
Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan
beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan
berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh
herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan
golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi
telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang
dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu
fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya,
minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh
dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu,
udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan
pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh
herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak
mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan
pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran
yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan
buah-buahan.
Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr.
Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti
sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah
jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh
telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah
jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat,
seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang
diambil tidak bersesuaian
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru
dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat
kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang
sihat.
p/s Rasulullah sendiri pun melarang kita minum susu ngan makan daging
kan?..rupanya ada hikmahnya..