Anda di halaman 1dari 40

papercollection

http://smkpbu.blogspot.com

SULIT*
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
910/1 STPM 2009
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
BAHASA MALAYSIA
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
KERTAS 1
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
(ANEKA PILIHAN)
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
(Dua jam)
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2009

ANJURAN
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
(CAWANGAN PERLIS)

Arahan kepada calon:


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN
BERBUAT DEMIKIAN.
Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat
pilihan jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan
menandakannya pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.
Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.
Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah.
Jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 24 halaman bercetak.
© Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Perlis 2009

STPM 910/1 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
papercollection
SULIT* 2

Soalan-soalan 1 hingga 4 berdasarkan petikan di bawah ini.

Di Malaysia bencana alam jarang-jarang berlaku. Namun begitu, antara bentuk bencana alam
yang kerap direkodkan di negara ini ialah banjir, banjir kilat, dan tanah runtuh. Bencana alam
sebahagian besarnya berlaku akibat daripada proses alam semula jadi. Sepanjang sedekad yang
lalu, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas, seperti Tragedi
Highland Towers (1993), Tragedi Pos Dipang (1996), dan kejadian tanah runtuh di Gombak
(2004). Tragedi hempasan ombak Tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu merupakan yang
pertama kali berlaku dan tidak mungkin kita lupakan.
Kejadian tanah runtuh, banjir lumpur, banjir kilat, atau kebakaran hutan bukan kerana
kesalahan alam ciptaan Tuhan, tetapi disebabkan oleh perbuatan manusia yang tidak
mempedulikan betapa pentingnya mereka memelihara alam sekitar. Sikap rakus yang
mementingkan keuntungan dan kesenangan dengan cara mudah menyebabkan berlaku
penebangan hutan tanpa kawalan, pembuangan sampah merata-rata, pembuangan sisa toksik, dan
sistem perbandaran tidak sistematik.
Fenomena bencana alam bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan
harta benda, tetapi juga telah menjejaskan ekonomi termasuk sektor pelancongan sesebuah
negara. Tamsilannya, bencana ombak Tsunami dan gempa bumi yang melanda Sri Lanka, India,
Thailand, Indonesia, Maldives, Myanmar, dan Malaysia membawa kerosakan yang amat besar.
Tragedi Tsunami yang menggemparkan seluruh dunia wajar dijadikan iktibar kerana bencana ini
bukan sahaja mengorbankan ribuan nyawa, kemusnahan harta benda, malah mengubah peta
dunia. Ada yang hilang dan dijangkakan akan menambahkan angka kematian. Harta benda
seperti rumah, ternakan, dan kenderaan telah musnah dalam sekelip mata. Yang lebih
menyedihkan atau mengharukan ialah kehilangan orang yang tersayang seperti anak dan ahli
keluarga, bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Selain itu, mangsa bencana sering mengalami gangguan emosi dan fizikal. Lebih-lebih
lagi peristiwa yang berlaku buat pertama kali dalam bentuk yang menakutkan, mengerikan, atau
menyayat hati dan datangnya secara mengejut akan mengakibatkan persediaan mental menjadi
kurang mantap. Keyakinan mereka terhadap kehidupan semakin pudar lalu menjadikan aktiviti
kehidupan bertukar hambar. Selain menjejaskan mental, mangsa yang trauma juga akan
mengalami ketidakstabilan emosi. Oleh itu, mereka yang tidak terlibat hendaklah bersyukur dan
mengambil kesempatan untuk membantu mereka yang menjadi mangsa pengalaman traumatik.
Intihanya, alam sekitar merupakan sebahagian daripada elemen penting yang perlu
dipelihara oleh manusia sebagai satu khazanah yang amat berharga. Pengurusan alam semula
jadi yang sistematik perlu diberi perhatian khusus bagi memastikan pembangunan negara secara
lestari dan bersifat mesra alam. Bagi mengukuhkan pengurusan alam sekitar, kerjasama dan
penyelarasan yang bersepadu antara sektor kerajaan, swasta, dan badan bukan kerajaan sangat
diperlukan. Namun begitu, peranan individu juga penting sebagai entiti yang bertanggungjawab
melindungi dan memelihara alam sekitar. Tegasnya, tanggungjawab untuk memelihara alam
sekitar bukan terletak kepada pihak yang berwajib sahaja, tetapi menjadi tanggungjawab semua
pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun secara tidak langsung.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ’Bencana Alam Angkara Siapa’,
Dewan Siswa, September 2006)
910/1 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 3

1 Fokus petikan ini ialah


A kesan-kesan bencana alam
B punca-punca bencana alam
C bencana ialah ketentuan Tuhan
D kesan Tsunami kepada manusia

2 Antara yang berikut, yang manakah bukan kesan bencana alam kepada manusia?
A Bencana alam menyebabkan mangsa kehilangan harta benda.
B Bencana alam menyebabkan mangsa kehilangan orang tersayang.
C Bencana alam menyebabkan mangsa mengalami gangguan emosi dan fizikal.
D Bencana alam menyebabkan sektor pelancongan dan ekonomi negara terjejas.

3 Mengapakah mangsa sesuatu bencana sering mengalami gangguan emosi dan fizikal?
I Mangsa bencana tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka.
II Mangsa bencana tidak mendapat sokongan untuk meneruskan kehidupan.
III Bencana berlaku secara mengejut dan menyebabkan persediaan mental
kurang mantap.
IV Bencana berlaku buat pertama kali dan dalam keadaan yang sungguh
menakutkan, mengerikan atau menyayat hati.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 4

4 Berikut merupakan langkah-langkah yang disarankan oleh penulis untuk memelihara


alam sekitar kecuali
A pengurusan alam semula jadi yang sistematik perlu diberi perhatian
B pelbagai sektor perlu memberi kerjasama untuk mengukuhkan pengurusan alam
sekitar
C pihak yang berwajib dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memelihara alam
sekitar
D setiap individu perlu memainkan peranan untuk melindungi dan memelihara alam
sekitar

Soalan-soalan 5 hingga 7 berdasarkan petikan di bawah ini.

Keengganan pelajar sekolah membawa buku teks dikesan membabitkan pelajar sekolah
menengah antara tingkatan tiga hingga tingkatan lima. Masalah ini tidak ketara dalam kalangan
murid sekolah rendah. Pelajar yang enggan membawa buku teks ini ialah pelajar yang melanggar
disiplin sekolah dan seharusnya dikenakan tindakan oleh pihak sekolah.

Ibu bapa perlu bertanggungjawab kerana tidak prihatin dengan tindakan anak masing-
masing, termasuk tidak memeriksa buku dan jadual pembelajaran anak di sekolah.
Sesungguhnya, jika ibu bapa mengambil berat tentang hal anak-anak, tidak mungkin ada pelajar
ke sekolah tanpa membawa buku teks. Sepatutnya ibu bapa boleh memeriksa dan melihatnya
dengan jelas sama ada beg anak itu nampak tebal atau nipis. Sekiranya nampak nipis dan ringan,
sudah tentu tiada buku di dalamnya. Apabila dibuat pemeriksaan (sportcheck), didapati ada
pelajar yang tidak membawa apa-apa pun ke sekolah walaupun sebatang pen. Hal ini bermakna
pelajar tersebut hanya menghadirkan diri ke sekolah tetapi bukannya untuk belajar. Sepatutnya
kejadian sedemikian tidak berlaku jika ibu bapa mengambil berat tentang soal persekolahan
anak-anak mereka.

Kemungkinan buku teks yang tebal dan berat, menjadi punca pelajar tidak suka
membawa buku ke sekolah. Buku teks yang berat sepatutnya tidak dijadikan alasan kerana jadual
pembelajaran yang disusun oleh pihak sekolah adalah anjal dan tidak akan membebankan
pelajar. Selalunya kes tidak membawa buku ini hanya membabitkan pelajar malas, baik di
bandar mahupun di luar bandar. Kes yang melibatkan segelintir pelajar ini perlu ditangani segera
supaya wabaknya tidak menjadi barah yang sukar diubati lagi.

Kementerian Pelajaran perlu mengambil berat tentang kualiti buku teks yang dikeluarkan.
Kualiti buku teks sangat penting untuk menjaga reputasi pendidikan negara. Kementerian
Pelajaran menerusi Unit Penyelidikan, Sektor Penerbitan dan Penyelidikan Bahagian Buku Teks

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 5

hanya melakukan kajian mengenai masalah beg berat dalam kalangan pelajar sekolah rendah,
tetapi tiada kajian khusus mengenai pelajar sekolah menengah.
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Negara, Profesor Madya Datuk Mohamad Ali
Hassan turut mengakui kewujudan masalah tersebut. Berdasarkan pemantauan, kebanyakan
pelajar memberikan alasan buku teks berat dan penyusunan jadual waktu tidak sistematik
menyebabkan mereka tidak membawa buku ke sekolah. Ada pelajar dengan berani mengakui
bahawa mereka malas membawa buku teks ke sekolah. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu
memberikan tunjuk ajar kepada pelajar supaya menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dan
berdisiplin. Guru pula perlu menyuruh pelajar menulis ungkapan “Saya akan membawa buku
teks ke sekolah” dalam beberapa muka surat bagi menyedarkan mereka mengenai kepentingan
buku teks ketika pembelajaran.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian,


8 Februari 2009)

5 Apakah faktor utama pelajar sekolah menengah tidak membawa buku teks ke sekolah?
A Mereka bersikap suka melanggar disiplin.
B Mereka mendakwa buku teks tebal dan berat.
C Mereka merupakan golongan pelajar yang malas.
D Mereka hanya hadir ke sekolah tetapi tidak berminat untuk belajar.

6 Mengapakah gejala tidak membawa buku teks ke sekolah perlu diatasi dengan segera
oleh semua pihak yang terlibat?
A Gejala ini akan berjangkit kepada pelajar cemerlang
B Gejala ini akan terus merebak di desa dan di bandar
C Kemajuan pelajar seluruh negara akan bertambah merosot
D Disiplin pelajar bertambah buruk dan tidak dapat dibendung lagi

7 Apakah cara yang paling berkesan bagi menangani masalah ini?


A Ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah buku teks anak-anak.
B Pihak sekolah harus menyediakan jadual yang tidak membebankan pelajar.
C Guru perlu menyedarkan pelajar tentang kepentingan buku teks ketika pembelajaran.
D Kementerian Pelajaran perlu mengambil berat tentang kualiti buku teks yang
dikeluarkan.
910/1 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 6

Soalan-soalan 8 hingga 10 berdasarkan carta alir di bawah ini.


Kegiatan ekonomi dan
kemajuan pembangunan

Kemerosotan alam
sekitar

Peningkatan gas Gangguan Peningkatan karbon


sulfur dioksida dan atmosfera dioksida
nitrogen

Gangguan proses Peningkatan Perubahan


fisiologi dan Hujan asid suhu global iklim
pertumbuhan
pokok

Perubahan
Pengasidan komposisi
dan struktur
tumbuhan
Tanah Air
Perubahan
populasi
haiwan
Perubahan Kemerosotan
komposisi hutan populasi hidupan
akuatik

Kemerosotan kepelbagaian biologi

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 7

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Era Hijau,


Jabatan Alam Sekitar, Keluaran 2, 2002)
8 Kemerosotan kepelbagaian biologi dalam carta alir berpunca daripada
A pencemaran air
B pencemaran bunyi
C pencemaran tanah
D pencemaran udara

9 Saintis menganggarkan bahawa pada tahun 2080, suhu udara di dunia akan
meningkat kepada 3C

Dengan merujuk carta alir, penyataan di atas membawa kesan paling ketara kepada
A perubahan iklim
B perubahan populasi haiwan
C perubahan komposisi tumbuhan
D perubahan kepelbagaian biologi

10 Apakah tajuk yang sesuai bagi carta alir tersebut?


A Impak kemerosotan kepelbagaian biologi.
B Impak pembangunan terhadap alam sekitar.
C Impak pembangunan terhadap kepelbagaian biologi.
D Impak pencemaran alam sekitar terhadap kepelbagaian biologi.

11 Pilih padanan yang betul dalam jadual di bawah.

Filum Rumpun Keluarga Subkeluarga


A Austris Melanesia Austroasia Fiji, Irian
B Austris Austronesia Nusantara Acheh, Nias
C Autronesia Nusantara Melanesia Makasar, Bugis
D Austroasia Polinesia Mikronesia Hawaii, Tonga

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 8

12 Faktor utama yang menyebabkan mudahnya penyerapan bahasa Sanskrit ke dalam


bahasa Melayu ialah
A kesesuaian kata-kata
B sifat bahasa Melayu yang dinamis
C bahasa Sanskrit lebih tinggi mutunya
D tanggapan bahawa bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana

13 Dalam perkembangannya menjadi bahasa Melayu moden, bahasa Melayu klasik


mengalami perubahan ketara dari segi
I makna
II sistem ejaan
III struktur ayat
IV struktur kata dasar
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14 Kerjasama di antara negara Brunei Darussalam, Indonesia, dan Malaysia melibatkan


usaha
I membentuk istilah
II membakukan sebutan
III menyeragamkan sistem ejaan
IV meluaskan penggunaan bahasa Melayu
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 9

15
Aktiviti
bahasa Tujuan
I Perancangan P Menghasilkan satu variasi bahasa standard yang
sempurna dan seragam
II Pengekodan Q Mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan
‘saling terjemah’ dengan bahasa moden lain
III Pemupukan R Peninjauan kembali terhadap hasil dan kesan
aktiviti untuk memperbaik kelemahan sedia ada
IV Penilaian S Usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk
bahasa ke taraf yang lebih maju

Yang manakah padanan yang betul antara aktiviti bahasa dengan tujuannya dalam
perkembangan bahasa Melayu moden?

I II III IV
A P Q R S
B Q R S P
C R S P Q
D S P Q R

16 Antara yang berikut, yang manakah langkah yang paling berkesan dalam penyeragaman
bahasa?
A Penerbitan kamus
B Pembentukan istilah baharu
C Pembentukan dan penyebaran model pertuturan dan penulisan
D Penubuhan satu badan untuk mengawal perkembangan bahasa

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 10

17 Tujuan meminjam unsur-unsur bahasa asing ke dalam bahasa Melayu adalah untuk
A melancarkan usaha merancang dan membina bahasa Melayu
B meningkatkan penguasaaan bahasa Melayu oleh bangsa asing
C menentukan bahawa bahasa Melayu dapat diterima oleh penutur bahasa lain
D mempererat hubungan antara masyarakat penutur bahasa Melayu dengan masyarakat
penutur bahasa lain

18
 Disebut sebagai bahasa kolokial
 Bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi
 Dipengaruhi oleh bahasa-bahasa daerah atau loghat
 Tidak mementingkan tatabahasa atau kegramatisan ayat

Penyataan di atas menepati ciri-ciri


A bahasa pasar
B bahasa mesra
C bahasa slanga
D bahasa basahan

19
Dengan konsep ibadah yang syumul, terserlahlah makna pengabdian diri kepada
Tuhannya, seperti yang digambarkan dalam al-Quran yang bermaksud “Tidaklah
aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”

Bahasa yang digunakan di dalam petikan di atas tergolong dalam laras bahasa
A doa
B nasihat
C kutbah
D syarahan
910/1 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 11

20

Bersifat formal Menggunakan istilah


dan objektif tertentu

Menggunakan sudut Bersifat kematangan dan


pandangan orang ke-3 keintelektualan

Y dalam gambar rajah di atas menunjukkan ciri-ciri laras bahasa


A biasa
B akademik
C media massa
D undang-undang

21
Y = Israel terus mengepung Gaza

Retorik hujahan terhasil jika Y diikuti oleh ayat di bawah.


A Desakan demi desakan dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan supaya bantuan
segera dihulurkan.
B Kira-kira 1,300 orang terbunuh, lebih 5,000 orang cedera dan 30,000 kediaman
musnah, namun Israel tetap tidak berundur.
C Jika tindakan segera tidak diambil oleh masyarakat antarabangsa, tidak mustahil ia
akan mencetuskan tragedi kemanusiaan yang serius.
D Walaupun pelbagai pihak menyalurkan bantuan kewangan, makanan, pakaian, dan
ubat-ubatan, tetapi bantuan tersebut masih tidak mencukupi.

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 12

22 Penanda wacana

X Y
Walaupun miskin, namun Ali Akhirnya, kami sampai juga ke
tetap tabah menghadapi dugaan. puncak Gunung Kinabalu .

Pilih padanan yang betul untuk penanda penghubung bagi X dan Y.

X Y
A Penghubung tambahan Penghubung tentangan
B Penghubung tempoh Penghubung musabab
C Penghubung musabab Penghubung tambahan
D Penghubung tentangan Penghubung tempoh

.
23 Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa pilihan raya umum negara
ini harus dijalankan dalam masa lima tahun sekali. Semua rakyat
diberikan hak atau kebebasan untuk mengundi bagi memilih wakil
mereka. Mereka bebas bersuara asalkan tidak menyentuh soal-soal
sensitif yang boleh merosakkan ketenteraman awam. Malaysia ialah
negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.

Berdasarkan penyataan di atas, penulis mengemukakan idea menggunakan kaedah


A analogi
B induksi
C deduksi
D takrifan

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 13

24 Ayat 1 : Beta akan berangkat jika keadaan mengizinkan.


Ayat II : Aku harap kauterima keputusan ini dengan hati terbuka.

Perbezaan penggunaan kata ganti diri orang pertama beta dan aku ditentukan oleh faktor
A tempat dan masa
B dialek dan kedudukan
C suasana dan hubungan
D taraf akademik dan status sosial

25 Antara kumpulan fonem di bawah, yang manakah terhasil dengan cara menaikkan
lelangit lembut?
A p, m, l, s
B n, j, w, y
C ŋ, k, g, t
D r, d, c, h

26 Pilih kumpulan perkataan di bawah yang ketika pengeluaran bunyi vokalnya, bibir
dalam keadaan hampar?
A Biru, salai, kelu
B Pinta, jika, meja
C Kalau, botol, kita
D Bubur, kayu, soto

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 14

27 Yang manakah perkataan yang mengandungi vokal depan separuh sempit?


I Tembak
II Telor
III Sebak
IV Serang
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

28
Istilah Takrif
I Fonem P Ketika menghasilkannya udara dari paru - paru
mengalami sekatan
II Konsonan Q Dua vokal yang mempunyai satu puncak
kelantangan
III Vokal R Unit bahasa yang terkecil atau bunyi bahasa
IV Diftong S Ketika menghasilkannya udara tidak mengalami
sekatan

Yang manakah padanan yang betul antara istilah dengan takrifnya ?

I II III IV
A S P R Q
B R P S Q
C R Q P S
D S P R Q

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 15

29 Bunyi diftong terdapat dalam perkataan


A sauh, naik, gerai
B balai, pisau, baloi
C petai, gurau, biasa
D ramai, suara, amboi

30 Pilih kumpulan perkataan di bawah yang mempunyai hentian glotis?


A Kukus, rakus, sepak
B Kurus, kursus, laksa
C Tangkap, rokok, sikap
D Mukmin, balik, bengkuk

31 Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya menepati pola keselarasan vokal
bahasa Melayu [e pepet - a ].
A Rehat, kejar, kelat
B Beras, kebas, lemak
C Bebas, lebar, lempar
D Dekad, bebas, tempang

32 Antara yang berikut, kumpulan kata adjektif manakah yang mempunyai sisipan ‘em’?
A Kemetot, semantan, semangat
B Gemilang, semantan, semerbak
C Gelembung, semangat, semerbak
D Gemuruh, gemilang, gelembung

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 16

33 Pilih ayat yang menggunakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dengan betul?
I Banjir besar itu beransur surut.
II Kami tidur berbantalkan lengan.
III Padi sedang menguning di sawah.
IV Mereka asyik berbual di warung Mak Lijah.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

34 Anak bongsu Hamidah tersengih-sengih kegelian melihat telatah ibu mereka.

Kata ganda tersengih-sengih dalam ayat di atas membawa maksud perbuatan


A berpanjangan
B berulang-ulang
C saling berbalasan
D bersungguh-sungguh

35 Kata akronim jentolak terhasil daripada percantuman


A suku kata awal kata
B huruf-huruf awal kata
C huruf dan suku kata sesedap sebutan
D bahagian awal kata pertama dengan bahagian lain kata yang menyusulinya

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 17

36 Antara ayat berikut, yang manakah mengandungi kata kerja berawalan meN- yang tidak
membawa maksud menuju sasaran?
A Ombak memutih di pantai.
B Penyu itu melaut selepas bertelur di pantai.
C Kapal terbang itu mendarat cemas di padang sekolah.
D Sampan itu menepi ke pangkalan untuk mengambil penumpang.

37 Pilih ayat yang mengandungi kata bantu ragam?


I Kami tidak pernah melihat orang itu.
II Anak kucing Asri dapat memanjat pokok.
III Encik Ganesh hendak mengembara ke China.
IV Semua pemenang pertandingan itu sudah menerima hadiah masing-masing.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

38 Ayat-ayat berikut mengandungi kata bilangan himpunan kecuali


A Setiap penduduk kampung mendapat subsidi baja.
B Ketiga-tiga orang penjenayah itu akan dipenjarakan.
C Beratus-ratus orang telah kehilangan harta benda akibat banjir kilat itu.
D Berguni-guni beras telah diterbangkan ke kawasan kebuluran di Jawa Barat
semalam.

39 Kata praklausa ialah


A kata penyambung ayat
B kata yang digunakan di hadapan frasa
C kata yang digunakan di hadapan klausa dan kata

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 18

D kata tugas ‘nya’ yang diletakkan selepas sesuatu perkataan

40 Pilih ayat yang mengandungi imbuhan memper....kan yang betul.


A Kerani itu mempercepatkan kerjanya supaya dia dibenarkan pulang awal.
B Ibu memperisterikan anak terunanya dengan gadis Timur Tengah yang cantik.
C Majlis Perbandaran Kangar telah memperindahkan kawasan itu sempena lawatan
Perdana Menteri Thailand.
D Usaha memperkembangkan penggunaan bahasa Melayu di rantau Asia
Tenggara perlu digiatusahakan.

41 Perkataan ‘memperlebar’ melalui proses pengimbuhan berikut


A awalan + kata akar
B awalan + awalan + sisipan
C awalan + awalan + sisipan + akhiran
D awalan + kata akar + sisipan + akhiran

42 Pilih kumpulan kata pinjaman yang dieja dengan betul.


A Menskru, membrek, menfitnah
B Mengklip, menstor, menstabilkan
C Memplagiat, memblok, memeroses
D Menafsir, menakrifkan, menyetabilkan

43 Antara ayat yang berikut, yang manakah tidak boleh mengalami pengguguran frasa
keterangan?
I Pembangunan menjadi pesat.
II Penyakitnya beransur sembuh.
III Mereka berkebun di kampungnya.
IV Pak Haji itu berserban setiap masa.
A I dan II
B I dan III

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 19

C II dan IV
D III dan IV

44  Terdiri daripada satu klausa


 Tidak terhad kepada ayat penyata sahaja
 Terdiri daripada ragam ayat aktif dan pasif

Penyataan di atas merupakan ciri


A ayat dasar
B ayat mudah
C ayat tunggal
D ayat terbitan

45 Antara frasa sendi nama dalam ayat berikut, yang manakah yang betul penggunaannya?
I Lokman bukan ke Johor tetapi Kelantan.
II Kekayaannya bertambah dari tahun, ke setahun.
III Encik hendak berpindah ke Thailand atau ke Indonesia?
IV Kekuatan rohaninya semakin meningkat dari tahun ke tahun.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

46 Pilih ayat yang mengandungi frasa nama dengan binaan ‘inti + inti’ yang membawa
maksud sama erti?
A Tuan puan diminta bersabar.
B Warna merah tua ialah warna pilihan Tika.
C Kita janganlah menjadi hamba wang ringgit.
D Ibu bapa mesti mengawasi anak-anak mereka.

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 20

47
Ayat 1 : Saya menggoreng ikan.
Ayat II : Saya goreng ikan.

Pilih padanan yang betul antara contoh ayat dengan jenisnya.

I II
A Ayat aktif transitif Ayat pasif songsang
B Ayat aktif tak transitif Ayat pasif
C Ayat penyata Ayat dasar
D Ayat songsang Ayat pasif

48 Pilih ayat transitif yang betul.


I Ali terpijak tangan Abu.
II Lori itu membelok ke kanan.
III Dia tertelan biji cempedak madu.
IV Adiknya menjadi pegawai polis di Ipoh.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

49 Antara yang berikut, ayat yang manakah mengandungi kata berapitan meN....kan yang
membawa makna kausatif?
I Pengakap itu menaikkan bendera pasukan yang menang.
II Perbuatan Halimah memalukan seluruh penduduk kampung.
III Adlina menjahitkan adik bongsunya sepasang baju kurung moden.
IV Puan Siti Salmah memasakkan tetamunya makanan yang istimewa.

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 21

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

50 Jelima membuatkan Wan Chik secawan teh.

Tukarkan ayat di atas menjadi satu objek sahaja.


A Jelima membuat Wan Chik secawan teh.
B Wan Chik dibuat secawan teh oleh Jelima.
C Jelima membuat secawan teh untuk Wan Chik.
D Jelima membuatkan secawan teh untuk Wan Chik.

51
Kopi saya minum dan mi awak makan.

Pilih penyataan yang benar tentang ayat di atas.


I Ayat pasif
II Ayat aktif
III Ayat majmuk
IV Ayat tunggal
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

52 Pilih penyataan yang benar tentang ayat pasif transitif?


I Mengandungi kata kerja transitif
II Mengutamakan objek asal sebagai judul ayat
III Mengutamakan subjek asal sebagai judul ayat
IV Mengandungi frasa nama sebagai unsur keterangan

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 22

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
53 Antara ayat yang berikut, yang manakah bukan ayat majmuk komplemen frasa nama
objek tepat?
A Bomba melaporkan bahawa jambatan itu sudah roboh.
B Sara berpendirian bahawa rumah itu tidak patut dijual.
C Yang dituduh mengakui bahawa dia telah dipaksa melakukan penipuan itu.
D Kerajaan mengumumkan bahawa harga minyak petrol akan diturunkan bulan depan.

54
Pesilat handalan daripada Perguruan Silat Sabil Seri Indera Sakti itu telah
memenangi tempat pertama dalam Festival Silat Kebangsaan 2008.

Ayat di atas terdiri daripada


A ayat tunggal
B ayat majmuk gabungan
C ayat majmuk campuran
D ayat majmuk pancangan

55 Antara ayat yang berikut, yang manakah yang menunjukkan keterangan perubahan
keadaan?
A Sisa makanan itu diberikan kepada monyet.
B Peserta kursus dipecahkan kepada dua kumpulan.
C Suhu badannya menurun kepada 37C selepas pengambilan ubat.
D Waktu persekolahan dibahagikan kepada sesi pagi dan sesi petang.

56 Ayat 1 : Orang tua yang memakai serban itu bapa saya.


Ayat II : Yang memakai serban itu bapa saya.

Ayat II di atas telah mengalami proses

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 23

A pengguguran frasa nama objek


B pengguguran frasa nama subjek
C pengguguran frasa nama predikat
D pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif
57 Antara kumpulan perkataan dalam jadual di bawah ini yang manakah berhomograf ?

A Peram perang kemas


B Sepak perak pedal
C Serak kelat perah
D Semak telor Lemak

58
Ayat 1 : Pasangan suami isteri itu berhijrah ke kota untuk memulakan
hidup baru dengan harapan untung sabut timbul , untung
batu tenggelam.

Ayat I1 : Malu bertanya sesat jalan, pesanan orang dahulu kala kepada
anak cucu mereka.

Yang manakah padanan yang betul antara ayat I dan ayat II?

I II
A Kiasan Bidalan
B Pepatah Perbilangan
C Perumpamaan Kata hikmat
D Bidalan Pepatah

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
SULIT* 24

59
Ayat 1 : Setelah dia tersedar daripada pengsan dia masih pening lalat.

Ayat II : Penduduk Palestin menentang rejim Israel di Gaza dengan


semangat merah menyala-nyala.

Jenis kiasan yang berhuruf condong dalam ayat I dan ayat II ialah

I II
A kiasan terus kiasan asal
B kiasan sandar kiasan melarat
C kiasan berpindah kiasan pemanis
D kiasan sandar kiasan berbunga

60

Anak Che Yah mandi di paya,


Sayang mandi bersabun tidak,
Orang bergaya dia bergaya,
Orang berhasil dia yang tidak.

Maksud puisi di atas dapat dikaitkan dengan peribahasa


A bagai rambutan jantan
B bagai resmi daun lalang
C bagai kera mendapat bunga
D bagai anjing menyalak bukit

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection

SULIT*
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
910/2 STPM 2009
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
BAHASA MELAYU
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
KERTAS 2
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
(ESEI)
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
(Tiga jam)
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2009

ANJURAN
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
(CAWANGAN PERLIS)

Arahan kepada calon:

Jawab satu soalan daripada Bahagian A, soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada
Bahagian C, dan soalan dalam Bahagian D.
Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan.
Markah maksimum bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam kurungan [ ].

______________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak.
© Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia 2009

STPM 910/2 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
papercollection

SULIT* 2

Bahagian A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan
berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [50]

1 Perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sehingga kini.
Sebahagian doktor juga mengakui keberkesanan perubatan tradisional dalam mengubati
beberapa penyakit. Jelaskan kepentingan-kepentingan perubatan tradisional kepada masyarakat
dan negara.

2 Sikap masyarakat kita yang mementingkan kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan


awam telah mendorong kewujudan pusat tuisyen di mana-mana sahaja. Bincangkan kesan-kesan
akibat kewujudan pusat tuisyen tersebut.

3 Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, anda diminta untuk
menyampaikan ucapan bersempena dengan pelancaran Bulan “Bijak Berbelanja”. Tajuk ucapan
anda ialah “Ke Arah Amalan Berjimat Cermat yang Efektif dalam Kalangan Masyarakat.” Tulis
teks ucapan anda itu.

4 Anda sebagai pegawai kesihatan negeri ditugaskan untuk mengkaji tahap kebersihan di
tempat-tempat awam. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, anda diminta untuk melaporkan
punca-punca kurangnya tahap kebersihan di tempat-tempat awam dan cadangkan langkah-
langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

910/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
papercollection

SULIT* 3

Bahagian B

5 Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas
tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak
lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah
perkataan dalam kurungan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20]

Satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai iklim
menunjukkan bahawa dekad 1990-an suhu bumi merakam titik panas yang tertinggi dalam
sejarahnya. Namun begitu, tahun 2004 dan 2005 direkodkan sebagai tahun paling panas sejak
pencatatan suhu bumi bermula pada tahun 1861. Menurut data yang dikeluarkan oleh Bank
Dunia, Amerika Syarikat menjadi pengeluar gas karbon dioksida, iaitu penyebab utama
pemanasan global yang terbesar di dunia dengan 6,0005 bilion tan, diikuti oleh China dengan
5,017 bilion tan, dan Indonesia dengan 3,104 bilion tan. Sehubungan dengan itu, Bank Dunia
telah menyenaraikan beberapa buah negara yang bertanggungjawab dalam menyebabkan
pemanasan suhu bumi.

Perubahan cuaca ini menuntut penduduk dunia mengubah cara hidup. Mereka tidak
seharusnya leka dengan hidup sekarang. Dalam hal ini, sumbangan mereka walaupun sedikit
mampu melambatkan kemusnahan bumi. Sebagai contoh, penggunaan kenderaan memudahkan
pergerakan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Namun begitu, kadangkala manusia
terlupa bahawa asap yang dikeluarkan oleh kenderaan menjadi penyebab utama terhadap
pemanasan global. Selain kenderaan, tindakan sesetengah orang yang melakukan pembakaran
terbuka juga menyebabkan masalah ini bertambah buruk. Walaupun dalam kalangan petani,
pembakaran terbuka ini merupakan pilihan yang paling murah dan berkesan, tetapi bayangkan
musibah yang berlaku kepada bumi jika mereka terus berdegil. Kepulan asap yang dihasilkan
melalui pembakaran terbuka telah mencemarkan alam sekitar. Fenomena jerebu yang berlaku di
rantau ini merupakan akibat pembakaran terbuka yang dilakukan oleh para petani. Sekiranya
kesan hijau dapat dielakkan, suhu bumi dan aras laut akan menurun sebanyak 16 darjah celcius
berbanding dengan suhu sekarang. Sejak 100 tahun lalu, dilaporkan suhu atmosfera meningkat
1.1 darjah Fahrenheit (0.6 darjah celcius) dan keadaan yang sama berlaku pada aras laut, iaitu
naik sebanyak 10 sentimeter.

Pemanasan global bukan sahaja memusnahkan harta benda tetapi juga nyawa manusia,
selain mengundang pelbagai malapetaka yang berbahaya dan tidak dapat dijangka oleh manusia.
Sebagai contoh, Afrika diletakkan dalam keadaan paling berbahaya apabila kira-kira 800 juta
orang rakyatnya diancam oleh keadaan cuaca yang tidak menentu, banjir, musim sejuk, dan
kebuluran. Pada tahun lalu misalnya, beberapa kawasan di Afrika Selatan seperti Johannesburg
dan Seweto, yang selama ini bercuaca panas telah dilanda musim sejuk melampau sehingga satu
darjah celcius. Kawasan lain di benua itu pula menghadapi krisis bekalan air bersih yang
mengancam nyawa 480 juta penduduk.

910/2 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
papercollection

SULIT* 4

Laporan PBB itu juga menganggarkan sebanyak 25 hingga 40 peratus spesies flora dan
fauna di dunia akan kehilangan habitat pada tahun 2085 akibat pemanasan global. Pemanasan
global mengakibatkan tumbesaran tanaman terganggu dan sekali lagi manusia terpaksa
menanggung kerugian. Pertumbuhan pokok tidak subur dan mengakibatkan harga hasil tanaman
meningkat beberapa kali ganda di pasaran. Misalnya, beberapa tahun lalu negara kita mengalami
kenaikan mendadak harga runcit cili merah di pasaran berikutan banyak tanaman itu musnah
akibat cuaca yang tidak menentu. Kenaikan harga sayur-sayuran tentulah akan membebankan
pengguna. Manusia juga akan diserang oleh pelbagai penyakit yang berbahaya akibat daripada
pemanasan global. Penyakit yang sering menyerang manusia disebabkan pemanasan global ialah
katarak dan kanser kulit. Selain itu, perubahan cuaca yang ekstrem pula menyebabkan
peningkatan kes penyakit yang berkaitan dengan vektor, seperti taun, malaria, dan denggi. Cuaca
yang panas memudahkan vektor-vektor ini membiak. Negara-negara yang pada asalnya
mengalami musim sejuk berubah keadaan cuacanya menjadi panas dan fenomena ini memberi
ruang kepada vektor-vektor ini untuk menyebarkan penyakit. Negara-negara di dunia telah
menyedari hakikat ini dan terdapat tindakan-tindakan tertentu yang diambil untuk mengatasi
kesan pemanasan global ini. Pada peringkat dunia, antara tindakan tersebut ialah perisytiharan 10
buah negara mengenai pembangunan dan alam sekitar pada tahun 1992 untuk mengurangkan
kesan pemanasan global. Oleh itu, Protokol Kyoto yang ditandatangani di Jepun menyatakan
tekad kebanyakan negara di dunia untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.

Pada peringkat negara kita, rakyat negara ini perlu memahami bahawa aktiviti mereka turut
menyumbang pemanasan global. Oleh sebab itu, mereka perlu mengurangkan pembaziran
elektrik, lebih kerap menggunakan pengangkutan awam, menggelakkan pembakaran terbuka,
dan yang lebih penting menjadi mata dan telinga kerajaan dalam usaha menghalang pembalakan
haram dan pewujudan kilang tanpa lesen supaya kesejahteraan alam sekitar terpelihara. Sebagai
rakyat yang bertanggungjawab, kita hendaklah berusaha untuk mengurangkan pembebasan gas-
gas rumah hijau ke atmosfera. Langkah ini boleh dilakukan dengan cara mengamalkan kitar
semula dan menanam pokok-pokok.

Dipetik dan diubah suai daripada


Dewan Masyarakat, Julai 2007.

910/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
papercollection

SULIT* 5

Bahagian C

6 Alih bentuk puisi di bawah ini kepada bahasa prosa Melayu moden. [15]

Mambang Molek marah berapi,


Muka merah membunga raya,
Menghunus keris bernama si Pukal,
Berpamor perak tiga persegi,
Seraya menerkam menikam Seri Paduka.

Seri Paduka melompat ke kanan,


Tikaman Mambang terlepas ke kiri,
Ditikam pula iringan ke kiri,
Baginda melompat ke kanan lagi,
Ditikamnya lagi berulang kali,
Terbabas juga sekian lagi.

Mambang menyarungkan keris ke pinggang,


Dihunusnya pedang berbentuk alang,
Tajam mencukur, bisa mengupas,
Diparangkan pula bertubi-tubi.

Diparang ke kanan baginda ke kiri,


Diparang ke kiri baginda ke kanan,
Ditetak ke bawah, melompat ke atas,
Ditetak ke atas menyusup ke bawah,
Selaku rama-rama baginda ketinting,
Kaki bagai tak jejak di bumi,
Mambang Molek mengetam bibir,
Baginda senyum seperti menyindir.

Seri Paduka berseru hebat,


Mambang Molek, wei, ingatlah engkau!
Sekarang giliran beta membalas,
Bersiaplah engkau menghadap maut!

Baginda menghunus si Jalak Jantan,


Ditunjuk ke Mambang sambil berkata:
Inilah keris si Jalak Jantan,
Berkerawang pamor di pangkal,
Di hujungnya kalimah Subhanallah.

(Dipetik dan diubah suai daripada Puisi Melayu Tradisi,


Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1968)

910/2 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
papercollection

SULIT* 6

7 Alih bahasa petikan di bawah ini kepada bahasa prosa biasa. [15]

Dr. Karim : Kalau Cik Mira minta jururawat telefon saya di rumah tadi, tentu saya
datang serta-merta. Kata jururawat Cik Mira tunggu dari pukul 8 pagi. Dua
jam!
Mira : Saya tak terfikir nak telefon.
Dr. Karim : Cik Mira apa khabar? Tak mengajar pagi ni?
Mira : Alhamdulillah... (membuka tutup beg tangannya) Bagaimana saya akan
mengajar? Tuan doktor, dari semalam tuan mengelak-elak tidak menjawab
soalan saya.
Dr. Karim : (Tunduk menguris-guris sembarangan di meja, serba salah) Cik Mira, dulu
sudah saya katakan harapan sentiasa ada ...
Mira : (Sedih) Tuan doktor, saya tahu benar, itu hanya kenyataan umum seorang
doktor untuk menyenangkan hati. Tolonglah katakan benar-benar, kira-kira
berapa peratuskah kemungkinan suami saya akan ... (suaranya menggeletar)
akan sihat semula.
Dr. Karim : Cik Mira, saya tidak bersetuju membuat ramalan begitu.
Mira : Tuan doktor, meskipun tidak bersetuju, tolonglah katakan ramalan itu.
Dr. Karim : Mengapa? Untuk apa?
Mira : Nanti saya terangkan. Tuan jawablah dulu, tolonglah.
Dr. Karim : (Mengeluh) Baiklah! Ingat, Cik Mira saya tidak yakin dengan ramalan. (Tak
tergamak) Mengikut kebiasaannya ... harapan tetap ada.
Mira : Katakan tuan doktor, saya sedia menerima apa saja. (Doktor Karim tetap
membisu) Saya dapat meneka. Dia hanya ada harapan hidup ... sebulan lagi?

910/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
papercollection

SULIT* 7

Bahagian D

8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan
sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15]

Masalah anak sering hilang minat membaca sebenarnya dapat diatasi jika ibu bapa
mengetahui cara menarik minat mereka membaca. Membaca bukan bererti mengeja huruf dan
suku kata sahaja, malah termasuk konsep memahami perkara yang dibaca dalam buku atau bahan
bacaan. Ibu bapa perlu membuat pendedahan sebelum memperkenalkan kepada anak-anak
pelbagai bahan bacaan. Selain itu, ibu bapa tidak boleh mencampur aduk bahan bacaan kerana
boleh mengelirukan anak-anak. Apabila berusia dua tahun ke atas, anak-anak lebih suka melihat
gambar dan mereka menganggap huruf dalam buku sebagai gambar. Apabila mereka mula
pandai bercakap, ibu bapa boleh memperkenalkan buku bergambar dan menggunakan teknik
bercerita untuk menerangkan gambar. Dalam usia tiga tahun ke atas, anak-anak sudah
memahami dan membezakan huruf dengan gambar. Dalam usia empat tahun ke atas, biasanya
anak-anak sudah mengenal huruf dan boleh membeli buku cerita-buku cerita untuk mengajar
mereka membaca. Ibu bapa akan merasai perkembangan anak-anaknya sama ada secara sedar
mahupun secara tidak sedar. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu peka tentang pemilihan
bahan bacaan yang dibeli.

910/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
papercollection
http:/./smkpbu.blogspot.com

SKEMA JAWAPAN SOALAN BAHASA MALAYSIA 1


PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA STPM NEGERI PERLIS TAHUN 2009

No. Soalan Jawapan No. soalan Jawapan


1 A 31 B
2 D 32 B
3 D 33 D
4 C 34 B
5 A 35 D
6 D 36 A
7 C 37 C
8 D 38 A
9 A 39 C
10 C 40 B
11 B 41 A
12 B 42 B
13 C 43 A
14 A 44 C
15 D 45 D
16 C 46 C
17 A 47 A
18 D 48 B
19 C 49 A
20 B 50 C
21 C 51 B
22 D 52 A
23 C 53 B
24 C 54 A
25 D 55 C
26 B 56 D
27 A 57 B
28 B 58 D
29 B 59 D
30 D 60 A

A = 15
B = 15
C = 15
D = 15
papercollection

TERHAD

Kod Kertas : 910/2

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA


SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
(CAWANGAN PERLIS)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA


STPM 2009

SKEMA JAWAPAN

BAHASA MELAYU
KERTAS 2

PERINGATAN :
Skema jawapan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada
pihak yang tidak berkenaan.

______________________________________________________________________________
Skema ini terdiri daripada halaman 8 bercetak.
© Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia 2009

TERHAD

http://smkpbu.blogspot.com
papercollection

TERHAD 2

Skema Jawapan
Bahagian A

1 Perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sehingga kini. Sebahagian
doktor juga mengakui keberkesanan perubatan tradisional dalam mengubati beberapa penyakit. Jelaskan
kepentingan-kepentingan perubatan tradisional kepada masyarakat dan negara.

Pendahuluan
– Perubatan tradisional masih diperlukan oleh masyarakat, terutama di kawasan kampung.
– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa 80% penduduk dunia bergantung pada
perubatan tradisional.
– Faktor kemiskinan menyebabkan mereka tidak mampu mendapatkan rawatan moden.

IS1 : Dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan ilmu ghaib atau hitam kerana ubat moden
sesuai untuk penyakit tertentu sahaja
IS2 : Perbelanjaannya lebih murah kerana menggunakan bahan alam semula jadi
IS3 : Sumber pendapatan/menambahkan pendapatan rakyat yang menjadi pengamal perubatan
tradisional
IS4 : Keselamatannya terjamin disebabkan tiadanya penggunaan bahan kimia yang membahayakan
IS5 : Menimbulkan persaingan yang sihat dengan pengamal perubatan moden
IS6 : Lebih mujarab dan berkhasiat kerana ubat tradisional mampu mengesan dan merawat punca
penyakit
IS7 : Wujudnya hubungan erat antara pengamal dengan pesakit
IS8 : Menggalakkan atau meningkatkan industri berasaskan herba
IS9 : Setiap kaum dapat mengekalkan perubatan tradisional masing-masing

Penutup
– Oleh sebab perubatan tradisional mempunyai kepentingannya yang tersendiri, maka usaha perlu
dilakukan untuk meningkatkan kualiti perubatan tradisional.
– Ubat-ubatan tradisional boleh dijadikan bahan eksport yang menguntungkan masyarakat dan negara

2 Sikap masyarakat kita yang mementingkan kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan awam telah
mendorong kewujudan pusat tuisyen di mana-mana sahaja. Bincangkan kesan-kesan akibat kewujudan
pusat tuisyen tersebut.

Pendahuluan
– Pusat tuisyen merupakan kelas tambahan berbayar dan diadakan di luar waktu persekolahan
– Kelas tambahan atau tuisyen merupakan alternatif bagi para pelajar yang ingin mendapatkan
pelajaran tambahan dan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
– Pengajaran dan pembelajaran diadakan di pusat tuisyen atau di rumah

Kesan positif

IS1 : Pelajar dapat memahami pelajaran dengan lebih berkesan kerana guru mampu menumpukan
perhatian terhadap setiap pelajar
IS2 : Memberikan peluang untuk pelajar mempelajari mata pelajaran yang sukar dikuasai
IS3 : Pelajar dapat membuat ulang kaji dengan lebih banyak dan sistematik
IS4 : Guru dapat memberi tumpuan kepada topik-topik yang menjadi masalah kepada pelajar
IS5 : Dapat mewujudkan persaingan sihat dengan sekolah biasa
IS6 : Kekurangan atau kelemahan di sekolah akibat kekerapan ketiadaan atau kesibukan guru dapat
diatasi

TERHAD

http://smkpbu.blogspot.com
papercollection

Kesan negatif

IS1 : Ada pusat tuisyen yang mementingkan keuntungan semata-mata – yuran tinggi dan kualiti
pengajaran yang tidak terjamin
IS2 : Pelajar hilang tumpuan di dalam kelas apabila ia lebih mempercayai pengajaran guru di pusat
tuisyen
IS3 : Guru kurang bertauliah dan tidak berpengalaman – mengelirukan pelajar kerana cara atau
pendekatan yang digunakan berbeza
IS4 : Kecenderungan kepada peperiksaan sahaja
IS5 : Pelajar akan mengabaikan aktiviti kokurikulum kerana masa belajar di pusat tuisyen adalah pada
waktu petang

Penutup
– Pusat tuisyen masih diperlukan selagi sistem pendidikan negara mementingkan kelulusan dalam
peperiksaan.
– Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa, mereka perlulah bertimbang rasa dan prihatin tentang
kemampuan anak-anak agar anak-anak tidak menjadi mangsa keadaan.
– Walaupun pusat tuisyen menjadi pilihan utama pelajar untuk memperoleh kecemerlangan, namun
sikap dan kesungguhan belajar mereka lebih utama.
– Pemantauan pihak berwajib perlu bagi memastikan pusat tuisyen menjalankan tanggungjawab mereka
dengan berkesan.

3 Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, anda diminta untuk
menyampaikan ucapan bersempena dengan pelancaran Bulan “Bijak Berbelanja”. Tajuk ucapan anda
ialah “Ke Arah Amalan Berjimat Cermat yang Efektif dalam Kalangan Masyarakat.” Tulis teks ucapan
anda itu.

Format ucapan

Maksimum tolak 3 markah (Tolak daripada markah kerelevanan) :


Tiada kata aluan – 1 markah, tiada kata sapaan – 1 markah, dan tiada penutup ucapan – 1 markah

Pendahuluan
– Definisi berjimat cermat ialah perbelanjaan wang secara berhemat atau berhati-hati dalam
penggunaan sesuatu
– Masyarakat Malaysia kurang mengamalkan sikap berjimat cermat, terutama apabila menjelang musim
perayaan.
– Kempen-kempen kesedaran telah dianjurkan untuk menerapkan amalan berjimat cermat dalam
kalangan masyarakat.
– Malangnya, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak dapat mengubah sikap boros berbelanja
mereka.
– Berjimat cermat perlu dijadikan budaya hidup dan dapat meningkatkan ekonomi negara serta
mencegah inflasi

IS1 : Mengamalkan perbelanjaan berhemah dengan merancang perbelanjaan seharian – bersikap


sederhana semasa berbelanja
IS2 : Membeli barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya sambil mengurangkan
pembelian barang import dan berjenama
IS3 : Berbelanja di kedai-kedai yang diiktiraf sebagai kedai harga patut oleh kerajaan

TERHAD

http://smkpbu.blogspot.com
papercollection

IS4 : Peranan ibu bapa sebagai suri teladan dalam mengamalkan sikap berjimat cermat di mana-mana
sahaja – menyimpan sebahagian pendapatan untuk pelaburan yang menguntungkan dan
mengawal perbelanjaan anak-anak
IS5 : Pihak bank atau institusi kewangan mengadakan kempen menabung
IS6 : Kerajaan mengawal iklan yang mengalakkan masyarakat berbelanja secara boros
IS7 : Pendidikan pengurusan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah
IS8 : Program Buku Wang Saku dijalankan secara menyeluruh kepada semua pelajar
IS9 : Mengurangkan amalan membazir dalam kehidupan seharian, seperti penggunaan elektrik, air,
kenderaan, dan sebagainya
IS10 : Menanam sayuran atau menternak haiwan sendiri
IS11 : Menggunakan sesuatu barangan secara maksimum atau membelinya secara pukal

Penutup
– Langkah-langkah yang dicadangkan perlu dipraktikkan dengan bersungguh-sungguh.
– Semoga amalan ini menjadi budaya dalam kehidupan seharian masyarakat.
– Ibu bapa perlu bersungguh-sungguh untuk menyemai amalan ini.
– Sikap boros berbelanja yang keterlaluan boleh mengakibatkan berlakunya inflasi.
– Apabila masyarakat menerapkan amalan berjimat cermat dalam kehidupan, mereka akan dapat
menikmati kehidupan yang lebih selesa.

4 Anda sebagai pegawai kesihatan negeri ditugaskan untuk mengkaji tahap kebersihan di tempat-tempat
awam. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, anda diminta untuk melaporkan punca-punca kurangnya
tahap kebersihan di tempat-tempat awam dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah
tersebut.

Format laporan

Maksimum tolak 4 markah (Tolak daripada markah kerelevanan) :


Tiada tajuk – 1 markah, tiada penomboran – 1 markah, tiada subtajuk – 1 markah, dan tiada tandatangan –
1 markah.

Tajuk Laporan

1.0 Pendahuluan
2.0 Punca-punca kurangnya tahap kebersihan di tempat-tempat awam
2.1 .....
2.2 .....
3.0 Langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut
3.1 .....
3.2 .....
3.3 .....
4.0 Penutup/Kesimpulan

Laporan disediakan oleh,

.............................
(Nama Pegawai)
Pegawai Kesihatan Negeri Perlis

http://smkpbu.blogspot.com
papercollection

Pendahuluan

– Masyarakat yang mementingkan aspek kebersihan dianggap mempunyai nilai atau kualiti hidup yang
tinggi
– Tahap kebersihan di negara kita masih rendah, terutama di tempat-tempat awam
– Hal ini menjejaskan imej negara kita
– Terdapat banyak sebab fenomena ini berlaku dan langkah-langkah untuk menanganinya perlu
dilakukan dengan segera

Sebab

IS1 : Kurangnya kesedaran sivik dalam diri masyarakat yang lebih mementingkan diri sendiri
IS2 : Kurangnya didikan agama dan moral kerana semua agama mementingkan kebersihan
IS3 : Penguatkuasaan undang-undang tidak tegas kerana kurang tindakan dijalankan
IS4 : Kelemahan institusi keluarga kerana ada segelintirnya tidak menunjukkan teladan yang baik
IS5 : Menganggap bahawa menjaga kebersihan sebagai tugas pihak lain

Langkah

IS1 : Menguatkuasakan undang-undang dengan berkesan seperti di negara-negara lain di samping


membuat pemantauan secara berkala – peraturan dan garis panduan menjaga kebersihan kepada
penjaja dan peniaga
IS2 : Pentingnya menerapkan pendidikan agama dan moral dengan sempurna agar wujud sikap
mementingkan kebersihan
IS3 : Peranan institusi keluarga dengan menerapkan amalan kebersihan kepada anak-anak sejak kecil
IS4 : Peranan pihak sekolah dalam memupuk amalan kebersihan dalam kalangan pelajar
IS5 : Menjalankan kempen-kempen kesedaran dengan lebih giat dan berkesan
IS6 : Masyarakat menjalankan aktiviti bergotong-royong untuk membersihkan kawasan
IS7 : Melabel gerai-gerai dan tandas-tandas awam mengikut gred

Penutup
– Amalan menjaga kebersihan merupakan tanggungjawab semua pihak.
– Kehidupan masyarakat akan lebih selesa dan terjamin apabila mereka mengambil berat tentang
kebersihan, sama ada berkaitan dengan kebersihan diri atau persekitaran.
– Kualiti kesihatan juga akan meningkat seandainya masyarakat gemar menjaga kebersihan sepanjang
masa.

TERHAD

http://smkpbu.blogspot.com
papercollection

5 Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa
menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada
tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam
kurungan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20]

Skema jawapan

Idea utama :
Satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan bahawa pada dekad 1990-an
suhu mencatatkan titik panas paling tinggi dalam sejarahnya, / manakala tahun 2004 dan 2005
merupakan tahun paling panas. / Bank Dunia pula telah menyenaraikan beberapa negara utama
yang menyebabkan pemanasan suhu bumi..

Isi sokongan

IS1 : Perubahan cuaca ini menuntut penduduk dunia mengubah cara hidup. / Mereka harus ingat
bahawa asap yang dikeluarkan oleh kenderaan dan pembakaran terbuka menjadi
penyumbang terbesar pemanasan global.
IS2 : Sekiranya kesan rumah hijau dapat dielakkan, / suhu bumi dan aras laut akan menurun.
IS3 : Pemanasan global memusnahkan harta benda dan nyawa manusia, / selain mengundang
pelbagai malapetaka yang berbahaya.
IS4 : Pemanasan global juga menyebabkan spesies flora dan fauna di dunia mengalami
kemusnahan habibat, / pembesaran tanaman terganggu / dan manusia terpaksa
menanggung kerugian.
IS5 : Penyakit juga akan menyerang manusia / disebabkan pemanasan global / kerana perubahan
cuaca yang ekstrem.
IS6 : Negara-negara di dunia telah mengambil tindakan untuk menangani kesan pemanasan global
/ dan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.

Kesimpulan :
Rakyat negara ini perlu memahami bahawa aktiviti mereka turut menyumbang pemanasan global. /
Rakyat juga perlu menjadi menjadi mata dan telinga kerajaan (pemerhati dan pemberi maklumat
kepada kerajaan). / Kita hendaklah berusaha untuk mengurangkan pembebasan gas-gas rumah
hijau ke atmosfera.

Catatan:
IU tepat – 2 atau 3 isi tepat
IS tepat – 2 isi tepat (2 isi) atau 2 atau 3 isi tepat (3 isi)
K tepat – 2 atau 3 isi tepat

TERHAD

http://smkpbu.blogspot.com
papercollection

6 Alih bentuk puisi di bawah ini kepada bahasa prosa Melayu moden. [15]

Mambang Molek begitu marah. Mukanya merah seperti bunga raya. Mambang Molek menghunus
keris yang bernama Si Pukal yang bersalut / berpamor dengan perak tiga persegi sambil menerkam dan
menikam Seri Paduka. Seri Paduka melompat ke kanan dan menyebabkan tikaman Mambang tersasar ke
arah kiri. Mambang Molek menikam Seri Paduka pula di sebelah kiri dan Seri Paduka melompat ke
kanan. Mambang Molek menikam Seri Paduka berulang kali, tetapi semua tikamannya tersasar.
Mambang Molek menyarung kerisnya ke pinggang dan menghunus pedang (yang) berbentuk alang.
Pedang itu tajam sehingga boleh mencukur dan mengupas sesuatu. Mambang Molek memarang/menetak
baginda bertubi-tubi.

Mambang Molek memarang/menetak baginda di sebelah kanan, tetapi baginda mengelak ke sebelah
kiri. Mambang Molek menetak baginda di sebelah kiri, tetapi baginda mengelak ke sebelah kanan.
Mambang Molek menetak baginda di bahagian bawah, tetapi baginda melompat ke atas. Mambang Molek
menetak baginda di bahagian atas, tetapi baginda tunduk ke bawah. Baginda ketinting/melompat seperti
rama-rama. Kaki baginda bagai tidak menjejak bumi. Mambang Molek mengetam bibir dan baginda
tersenyum seperti menyindirnya. Seri Paduka berseru dengan hebat meminta Mambang Molek supaya
beringat. Seri Paduka bertitah bahawa pada masa itu tibalah giliran baginda untuk membalas serangan
Mambang Molek. Seri Paduka meminta Mambang Molek supaya bersedia untuk menghadapi maut. Seri
Paduka menghunus (keris) si Jalak Jantan. Seri Paduka/Baginda menunjukkan keris itu kepada Mambang
Molek sambil berkata bahawa keris itu bernama si Jalak Jantan. Keris itu berkerawang dan bersalut pada
pangkalnya serta ditulis kalimah Subhanallah pada hujungnya.

7 Alih bahasa petikan di bawah ini kepada bahasa prosa biasa. [15]

Dr. Karim mengatakan sekiranya Mira meminta jururawat menelefonnya di rumah, sudah tentu dia
akan datang dengan serta-merta. Menurut Dr. Karim lagi, jururawat memberitahu bahawa Mira
menunggunya dari pukul 8/lapan pagi, iaitu selama dua jam. Mira memberitahu bahawa dia tidak terfikir
untuk menelefon Dr. Karim. Dr. Karim bertanyakan khabar dan ingin tahu sama ada Mira mengajar atau
tidak pada pagi itu. Mira mengucap syukur sambil membuka dan menutup beg tangannya. Mira
mengatakan bahawa dia tidak dapat mengajar kerana sejak semalam Dr. Karim mengelak-elak diri
daripada menjawab soalannya/pertanyaannya. Dr. Karim tunduk sambil mengguris-guris sembarangan di
meja dalam keadaan serba salah. Dr. Karim memberitahu Mira bahawa dia pernah mengatakan harapan
sentiasa ada. Dengan sedih, Mira mengatakan dia faham bahawa perkara itu hanya kenyataan umum
seorang doktor untuk menyenangkan hati.
Dengan suara yang menggeletar, Mira meminta Dr. Karim supaya menyatakan perkara yang sebenar,
iaitu peratus kemungkinan suaminya akan sihat semula. Dr. Karim mengatakan bahawa dia tidak
bersetuju untuk membuat ramalan begitu. Mira merayu Dr. Karim agar memberitahu ramalan itu,
walaupun Dr. Karim tidak bersetuju. Dr. Karim bertanya tentang sebab dan tujuan Mira ingin tahu
ramalan itu. Mira memberitahu bahawa dia akan menerangkannya kemudian, dan meminta Dr. Karim
menjawab pertanyaannya dahulu. Sambil mengeluh, Dr. Karim bersetuju tetapi dia mengingatkan Mira
bahawa dia tidak yakin akan ramalan itu. Dr. Karim tidak tergamak untuk menyatakan ramalan itu.
Menurutnya lagi, mengikut kebiasaannya harapan tetap ada. Mira meminta Dr. Karim supaya
memberitahunya dan dia sedia menerima apa-apa sahaja. Dr. Karim tetap membisu. Mira mengatakan
bahawa dia dapat meneka suaminya hanya ada harapan untuk hidup sebulan lagi.

TERHAD

http://smkpbu.blogspot.com
papercollection

8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan
sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15]

Bil. Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan


1. mengetahui cara menarik
Kata hubung komplemen perlu mengetahui cara untuk
digunakan dalam ayat majmuk menarik
komplemen.
2. memperkenalkan kepada Kata kerja transitif (aktif) perlu memperkenalkan anak-anak
anak-anak diikuti oleh objek atau penyambut.
3. dan boleh membeli Ayat (tergantung) tiada subjek. dan ibu bapa/penjaga boleh
membeli
4. buku cerita-buku cerita Kata majmuk yang dieja terpisah buku-buku cerita
hanya pada bahagian awal kata yang
digandakan.
5. anak-anaknya Kesalahan kata ganti nama diri “nya” anak-anak mereka
yang tidak menunjukkan jamak./Kata
ganti nama diri “nya” menunjukkan
makna tunggal.
6. sama ada ... mahupun Kesalahan kata hubung berpasangan sama ada ... atau
kerana “sama ada” berpasangan
dengan “atau”.

TERHAD

http://smkpbu.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai