Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu
Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu…
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli
terhadapnya
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya
dengan setia
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih
bisa tersenyum
sambil berkata , ” Aku turut berbahagia untukmu ”
Orang yang terkuat bukanlah orang yang selalu menang dalam segala hal
Tetapi mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh
Entah bagaimana, dalam perjalanan kehidupanmu,
Kamu akan belajar tentang dirimu sendiri dan suatu saat kamu akan
menyadari
Bahwa penyesalan tidak seharusnya ada di dalam hidupmu
Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan pilihan kehidupan yang telah
kau buat
Yang seharusnya ada di dalam hidupmu
Sahabat sejati akan mengerti ketika kamu berkata, ” Aku lupa ”
Sahabat sejati akan tetap setia menunggu ketika kamu berkata, ”
Tunggu sebentar ”
Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal, terikat kepadamu
ketika kamu berkata, ” Tinggalkan aku sendiri ”
Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling
menyakiti hatimu
Dan kadang kala teman yang membawamu di dalam pelukannya
Dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari
Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, namun pengertian cinta itu amat
dalam maknanya.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa
Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah
namanya Cinta.
Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri
kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa
air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang
lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata
kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang
gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu
tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia
tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali
mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.
Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup
telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai,
cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam
jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka
telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka
telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka
telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan
keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia
meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta
itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan
dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang
salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan
melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan
teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi
bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat,
dan kemarahan menjadi rahmat.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang
yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya
menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1
bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah,
makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana
takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana
perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta
juga, prinsip kita menjadi larut dan cair.
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu
bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa.
Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim
berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan
pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke
dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi
sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya
menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para
pecinta palsu.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu
menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu
pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau
dimana sahaja kamu berada.
Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil
kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu.
Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati
pasanganmu
Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan
bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun
bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam.
Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta
kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan
membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke
dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam ,
tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti
gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah
dialami.
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta
kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta
hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya
sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika
tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam
dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia
laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma
tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang
tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu,
langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada
tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi
pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu
melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati
yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang
mendengarnya.
Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala
penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah
melalui kemaafan.
Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman
kamu untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat
demikian, layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yang sejati.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai
saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi
dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut
agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain
tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi
cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai
kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika
perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak
pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk
dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu
istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.
Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk
jatuh berderai
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu
tak pernah hadir.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai
keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan
diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa
pertimbangan.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati
yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak
mengerti perjalananan hati naluri.
Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan
sendirinya cinta itu akan hadir.
Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu
atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu
dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku
itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali
dibiarkan pergi bila ia menghampiri
Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta
yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan
masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu
sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda
dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih
teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama
makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia
juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus
cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam
cakerawala hidup setia jiwa.
Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta.
Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.
Manusia tidak jatuh ‘ke dalam’ cinta, dan tidak juga keluar ‘dari cinta’. Tapi
manusia tumbuh dan besar dalam cinta
Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari
ialah kepalsuan, bukan cinta.
Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta
seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu,
jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan
Yang Maha Agung.
Andai di dunia ini tidak ada cinta, maka hidup akan serasa gersang, hampa dan
tidak ada dinamika. Cinta mampu membuat sesuatu yang berat menjadi ringan,
yang sulit menjadi sederhana, permusuhan menjadi perdamaian dan yang jauh
menjadi dekat. Itulah gambaran kekuatan cinta.
Mencintai tanpa memiliki itu ibarat orang Ethiopia yang kelaparan. Mencinati
penuh dengan ketulusan adalah keharusan. Cinta adalah cinta.
Cinta itu anugerah. Hargailah setiap anugerah yang diberi kerana tak semua
yang diberi akan dapat berulang-ulangkali.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh
lebih indah.
Cinta memang sulit difahami kerana cinta punya sejuta warna sehingga akan
sulit untuk melukisnya
CINTA ! Sekelip mata saja kamu boleh jatuh cinta. Malah dalam sekelip mata
juga hatimu boleh berubah. Cinta menjadi benci, rindu menjadi dendam.
Cinta sering dikatakan ‘buta’ tetapi jangan dijadikan alasan sehingga matahati
tidak dapat menilai harga sebuah cinta.
Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan
atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan,
kekecewaan dan kehancuran.
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan
menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap
orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang
yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar
belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus
dimakan dikhuatiri beracun.
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu
bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan
atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg
tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?
Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan
terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.
Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta. “Cinta
adalah kasih sayang yang melimpah”. Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih
sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua
kasih sayang sama dengan cinta.
Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah
rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada
Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang
ibu mengasihi anaknya.
Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi
kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati
yang memerlukan.
Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal
kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan.
Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.
Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan
seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.
Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -
cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-
cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.
Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan
penghinaan.
Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih tetap
menghargainya.
Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia
akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah,
bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. (Al Hujwiri –Kasyf Al-
Mahjub )
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada
kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,
terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan
kamu.
Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cenderahati, sekali diberi
tidak akan di lupakan , jangan biarkan ia hilang.
Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan
mungkin berakhir dengan perit sekali.
Cinta tidak semestinya membawa kebahagian dan keindahan. Cinta juga adalah
pemusnah dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang. Oleh itu
berhati-hatilah dalam menyambut atau menerima huluran cinta dari
seseorang itu.
Cinta tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak
tahu menghargai atau memahaminya. Apalah erti cinta jika kesetiaan yang
wujud bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci.
Cinta itu satu siksaan jika tiada kepastian. Jiwa pasti gelisah dalam meniti
sebuat kepastian… gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur berbalas
atau hanya bertepuk sebelah tangan. Apa jua keputusan yang bakal diterima,
tabahlah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita menjadi milik
kita.
Untuk bercinta kita mesti berani. Jangan takut pada kegagalan tapi takutlah
pada kemungkaran. Bersedialah menghadapi kegagalan sebelum kegagalan
menghancurkan hidup kita.
Ingat disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan
kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati
Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila
ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin,
walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta
itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam
yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.
Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan
layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana
ianya akan mengalir buat selamanya.
Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib,
apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan.
Semakin jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.
Cinta yang dimulai dengan senyuman,tumbuh dengan dakapan dan seringkali
berakhir dengan air mata.
Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan.
Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir dengan perpisahan.
Cinta itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung GEMENTAR
Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah
membiarkannya jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat untuk
menangkapnya
Jangan pernah membicarakan perasaan yang tidak pernah ada. Jangan pernah
menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya. Jangan
pernah menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya berbohong.
Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda
dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih
teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama
makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia
juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus
cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam
cakerawala hidup setia jiwa.
Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini
adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah
maka selalunya cinta juga akan turut terbang.
Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-
mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti
menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala
yang bernyawa- Innayan Khan
Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun
dinding, bukannya jambatan kasih sayang.
Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu
Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri
orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi
tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri
sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai
hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada dil
l
Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi.
Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan
menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.
Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak
bertemu.
Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan
melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu
berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas
kepala orang lain.
Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan
Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih
dan sayang.
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah
cinta suci itu.
Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan
orkestranya -Pepatah Denmark
Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.
Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap -Peribahasa
Mexico
Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak
bertemu.
Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan
melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu
berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas
kepala orang lain.
Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan
Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih
dan sayang.
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah
cinta suci itu.
Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan
orkestranya -Pepatah Denmark
Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.
Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap -Peribahasa
Mexico
Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk -
Pepatah Belanda
Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar
cinta -Muttanabi
Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang
terlontar daripada rasa cintanya.
Happy Valentine
Bahagialah malammu…
Malam datang…
Kupeluk sepi,lalu datang hening…
Meski ada galau yang mengusik desahmu,
Semoga kamu tetap terlelap dalam buaian mimpi terindah…
Bahagialah malammu…
Berbungalah mimpimu…
Terindah
Tirai-Tirai Cinta
Ruang hati
Key To My Heart
I had closed the door upon my heart
And wouldn’t let anyone in,
I had trusted and loved only to be hurt
But, that would never happen again.
- Marsha Hoyt –
Tirai-Tirai Cinta
Segala cerita tentangmu masih tertinggal di jiwaku…
Mengendap keras dalam lelahnya pengembaraanku,
Sungguh…
Terlalu berat memikul beban rindu ini,
Andai kau tahu itu…
Terlalu indah melewatkan setiap gelisah yang hadir,
Setiap rindu yang mengetuk” di balik temaram senja…
Dan setiap cinta yang mengalir di hembusan nafas…
Di balik Tirai-Tirai Cinta…
Setia adalah suatu perbuatan atau perasaan yang dilakukan atau dikendalikan
oleh pikiran emosional seseorang dengan melihat dan merasakan suatu
kejadian yang berhubungan dengan kehidupan pribadi maupun kelompok.
Setia dalam kehidupan Pribadi adalah suatu bentuk tanggungjawab yang harus
dijalankan karena kepentingan diri sendiri, konsekuensi dari apa yang
diperbuat, dilakukan dan dihasilkan….!!!
Setia dalam kehidupan Kelompok, sama halnya dalam kehidupan Pribadi akan
tetapi lebih bersifat temporer….!!!
” Setia atau Kesetiaan “ dua kata yang hampir mempunyai kesamaan makna,
yaitu mengabdikan keyakinan hati/perasaan terhadap orang lain yang
membuat diri kita merasa aman dan terlindungi, yang membuat kita jadi
bahagia, yang membuat kita bisa bertahan hidup……. yang bisa mengatasi
segala permasalahan hidup kita……..!!!!
itulah Setia yang hanya bisa dimiliki oleh orang-orang yang berhati ” Tulus
dan Konsekuen “