Anda di halaman 1dari 3

1.

Guru Permulaan
1) Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan di IPG
atau universiti.

2) Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara individu dalam


konteks sosial sekolah selepas penempatan baru.

3) Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi. 

Fokus isu :
-    Guru baru sering menghadapi masalah :
: guru besar dan guru
: mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar
: masalah pembelajaran dan disiplin murid

Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan :


-    Kurang mahir urus Koku
-    Kurang mahir urus aktiviti sukan
-    Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah
-    Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah
-    Kurang teori dan amalan latihan
-    Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber
-    Kurang kemahiran social

2. Guru Cekap
Menjadi guru cekap :
-    Kecekapan profesionalisme
-    Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
-    Keutuhan peribadi
-    Kecekapan menggunakan teknologi maklumat

Ciri-ciri guru cekap :


1)    Ciri peribadi – bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar
2)    Ciri mengajar – gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi
3)    Ciri intelektual – suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, mempunyai
kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.

Prinsip Guru Cekap :


-    Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap
-    Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid semangat
belajar bersungguh-sungguh
-    Berkongsi visi yang sama
-    Bakti disemai bukti dituai
-    Penambahbaikan berterusan
-    Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif

3. Guru Berkesan

Ciri guru berkesan :


- Profesional
- Mempamer kekuatan teori
- Kaya ilmu
- Bertindak atas landasan etika kerja
- Morality yang teguh
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
- Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah
- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa
- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan
- Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya
- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian
- Professional dengan PNP di sekolah
- Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai ilmu,
berpesonaliti sihat dan serba boleh.

4. Guru Mahir
-    Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan sehingga
ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksima
-    Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.
Guru Berintelek
-    Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri mempelajari dan
menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah (up to date)
Guru mahir perlulah :
-    Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengananak muridnya akan
mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik
-    Dapat memberikan motivasi yang berkesan
-    Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.
-    Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti dengan cara
sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi computer.
Kesimpulan :
Kemahiran guru yang perlu ada :
-    Kemahiran penyampaian
-    Kemahiran penilaian
-    Kemahiran merangsang
-    Kemahiran pengurusan bilik darjah

5. Guru Pakar
Definisi Guru Pakar :
-    Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi
dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP.

Sahsiah guru pakar :


-    Sahsiah terpuji
-    Berketrampilan
-    Berpegang eguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam
-    Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar
-    ‘role model’ kepada warga pendidikan

Pengetahuan guru pakar :


-    Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran
-    Menjadi pakar rujuk PNP
-    Bijak mengurus masa, bahan dan sumber
-    Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar
 
Hasil kerja :
-    Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)
-    Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan mesej yang
berkesan.

Potensi :
-    Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai
pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara
-    Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan
berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.

Anda mungkin juga menyukai