Anda di halaman 1dari 18

Rahsia Disebalik

Senyuman
“Ukirlah senyuman yang paling manis
kerana selain sedekah, senyuman itu
ibarat lukisan rahsia hati…Senyuman
itu tidak menyakitkan tapi menjadi
penawar hati yang sakit..”
Rahsia disebalik senyuman..
 Mampukah kita senyum atau ketawa
walaupun anda dalam kesedihan?
Tentu sukar rasanya untuk berbuat
demikian. Jika kita mampu , tentu ada
orang di sekeliling akan mengganggap
anda seorang yang "superperson".
Cuba amati antara wajah orang yang
sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa
murung dan perhatikan juga mereka yang
sentiasa tersenyum dan mereka yang tak
pernah senyum ataupun payah untuk senyum
apalagi untuk ketawa. Tentu sekali kita
dapat melihat perbezaan. Wajah mereka
yang ceria, sering tersenyum dan ketawa
tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak
keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari
usianya yang sebenar.
15 fakta menarik tentang SENYUM

1. Para saintis mendapati senyum dan


ketawa merupakan satu senaman
berbentuk jogging dalaman di mana
dapat merangsang seluruh tubuh dan
mampu memberi manfaat berguna kepada
sistem saraf otak dan juga hormon-
hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya
dengan memulakan hari dengan senyuman
bukan sahaja berupaya menceriakan
hidup kita tetapi memberi banyak
kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita
tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan
menganggap kita gembira. Kajian
menunjukkan senyuman memperlahankan
aliran darah yang melalui sinus
ke otak. 
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk'
ini sampai ke hipotalamus (bahagian
yang mengawal suhu badan dan
emosi) ia menghasilkan kesan
'gembira'. Selain itu, apabila kita
tersenyum, kita hanya menggunakan
17 otot muka berbanding 43 ketika
mengerutkan dahi. 
4. Senyuman bukan sekadar reaksi
gerak muka, tetapi turut
mempunyai kaitan dengan
penghasilan endorphin dalam otak
yang mengurangkan kesakitan fizikal
dan emosi menjadikan seseorang
itu rasa lebih selesa dengan diri
sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang
ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam
mendapat manfaat kardiovaskular sama
seperti bersenam 10 minit. Hal ini
terjadi kerana apabila kita ketawa,
tekanan darah dan kadar degupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua
kadar ini akan turun iaitu lebih rendah
daripada paras sebelum kita ketawa.
6. kita juga perlu sedar bahawa kanak-
kanak lebih banyak ketawa dari orang
dewasa. Kanak-kanak berumur antara
empat hingga enam tahun ketawa 400
kali sehari berbanding hanya 15 kali
sehari di kalangan orang dewasa.
Justeru, tidak hairan jika orang dewasa
lebih mudah diserang penyakit serta
mengalami masalah tekanan dan
kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan
saintis dari Universiti Pusat Perubatan
California menjelaskan terdapat dua
jenis 'stress' iaitu stress yang baik
dan stress yang tidak baik. Senyum
dan ketawa dikategorikan sebagai
stress yang baik. Stress yang tidak
baik akan memberi tekanan kepada
sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang
dewasa telah digunakan sebagai eksperimen.
Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita
lucu manakala kumpulan kedua diletakkan
disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel
darah diambil 10 minit sebelum dan selepas
kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah
tersebut, kumpulan pertama didapati
peningkatan hormon semakin baik seperti
hormon 'endorphins' dan hormon
'neurotransmitters' dan penurunan tahap
hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh
tumor dan virus semulajadi dalam badan
akan bertambah selaras dengan
pertambahan Gamma-inteferon (protein
melawan penyakit), sel T (yang penting
untuk sistem pertahanan badan) dan sel
B (yang menghasilkan antibodi melawan
penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan
tekanan darah, menambah kemasukan
oksigen dalam darah dan ini secara
tidak langsung merangsang proses
penyembuhan. Banyak kajian terbukti
bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan
mempunyai kaitan dengan
sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan
ketawa mengaktifkan kimia badan dan
secara tidak langsung merendahkan
risiko penyakit jantung, tekanan darah
tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat
Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300
responden dan mendapati 40 peratus
orang yang mengidap penyakit jantung
kurang ketawa berbanding orang yang
sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman
yang baik kerana ia membabitkan diafragma,
abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan
otot belakang badan. Ketawa 'mengurut'
organ dalam abdomen dan menguatkan otot
abdomen, merangsang kedua-dua belah otak
dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia
melegakan ketegangan otot dan tekanan
psikologi; membuatkan otak lebih peka serta
bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan
mampu memperbaiki fungsi usus,
sekali gus meningkatkan
pencernaan dan penyerapan
nutrient dalam badan. Ada juga
yang percaya ketawa boleh
membakar kalori seperti kita
bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada
tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan
senyum itu satu sedekah. Senyum mampu
menjadi penawar pada penyakit rohani yang
kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan
senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan
mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin
juga mampu menyejukkan hati yang sedang
marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.


KETAWA ITU BUNGA YANG
SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi
rakan sekalian, jangan lupa untuk
senyum.... Semasa bekerja, belajar,
SENYUMlah, kerana ia akan
menggembirakan dan menceriakan hidup
kita....

Anda mungkin juga menyukai