Anda di halaman 1dari 2

SEMBAHYANG QASAR/JAMAK

Soalan
Hasilkah sembahyang sunat ihram yang dilakukan di rumah ketika hendak berangkat,
sedangkan niat ihramnya dilakukan kira-kira lapan jam kemudian?
Jawapan
Ya. Hasil pahala sembahyang sunat ihram itu - tetapi kurang afdal.

Soalan
Haruskah bersembahyang jamak dan qasar ketika wukuf di Arafah?
Jawapan
Tidak harus qasar. Hanya sunat jamak takdim Zohor dengan Asar di Arafah dan Maghrib
dengan Isyak - jamak takhir di Muzdalifah.

Soalan
Hasilkah sembahyang sunat ihram yang dilakukan di waktu tahrim?
Jawapan
Tidak hasil dan tidak diharuskan kecuali jika dibuat dalam tanah haram Makkah.

Soalan
Seorang bersembahyang berjemaah di tempat tinggalnya mengikut imam di Masjid Al-
Haram. Hasilkah jemaahnya? Adakah dia memperolehi fadhilat 100,000 kali ganda?
Jawapan
Jawabnya tidak hasil jemaahnya melainkan kalau dia menghadap pintu yang terbuka terus
menghadap ke arah Masjid Al-Haram. Tetapi kalai ia hanya menghadap tingkap atau tembok
di rumah atau di bilik hotelnya tidak sah berjemaahnya. Adapun bersembahyang sendiri atau
berjemaah di rumah dalam kawasan tanah haram Makkah masih diharapkan dapat fadhilat
100,000 kali salat.

Soalan
Mana lebih afdal, sembahyang sunat tahiyatul masjid atau tawaf ketika kita masuk ke
dalam Masjidil Haram?
Jawapan 
Yang afdalnya ialah tawaf. Andainya ia tidak bertawaf bolehlah ia bersembahyang tahiyyatul
masjid.

Soalan
Adakah sembahyang sunat di Jabal Rahmah itu dituntut?
Jawapan
Tidak dituntut, kerana tidak ada keterangan bahawa ada sembahyang yang khusus di situ.

Soalan
Empat puluh sembahyang di Masjid Nabawi yang di antara fadhilatnya terlepas dari api
neraka. Adakah sembahyang itu sembahyang fardu atau sunat?
Jawapan
Sembahyangnya ialah sembahyang fardu empat puluh waktu - kira kira berada selama 8 hari
di Madinah.

Soalan
Bagaimana cara mengerjakan sembahyang menghormati waktu?
Jawapan
Caranya dengan membuat apa yang boleh dibuat daripada syarat dan rukunnya. Yang tidak
dapat dibuat itu dimaafkan. Jika kurang syaratnya dikenakan Qadha.

Soalan
Terangkan cara yang sebaik-baiknya mengerjakan sembahyang semasa berada di
Masya’ir pada hari Tarwiah, Arafah, Nahar dan Tasyrik?
Jawapan
Pada hari Tarwiah adalah afdal bersalat lima waktu di Mina iaitu mulai dari Zohor hari 8
Zulhijjah seterusnya Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Kemudian barulah beredar ke Arafah
untuk sembahyang Zohor dan Asar sebelum masuk ke kawasan bumi Arafah 9 Zulhijjah di
Arafah. Maghrib dan Isyaknya di takhirkan untuk dibuat di Muzdalifah. Subuh dibuat awal
waktu di Muzdalifah pada hari Nahar dibuat di Mina seperti biasa.

Soalan
Apakah hukum jika sembahyang yang dilakukan di Masya’ir dengan tidak berjemaah
beramai-ramai?
Jawapan
Tidak mengapa. Cuma kurang afdal.

Soalan
Adakah digalakkan jemaah haji wanita bershalat Jumaat di Masjiil Haram dan Nabawi
pada masa yang sesak di musim haji terutama pada Jumaat terakhir sebelum Hari
Arafah?
Jawapan
Tidak digalakkan.

Anda mungkin juga menyukai