Anda di halaman 1dari 3

‫اعوذباهلل من الشيطان الرجيم‬

‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬


‫ اما بعد‬.‫احلمدهلل رب العاملني والصالة والسالم على اشرف األنبياء واملرسلني وعلى آله وصحبه امجعني‬..

Yang berusaha, tuan pengerusi majlis, yang dihormati panel-panel hakim yang
arif lagi bijaksana, penjaga masa yang peka dengan kedatangan masa, guru-guru, serta
para pelajar yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum W.B.T.
Tertegaknya islam kerana asasnya, kukuhnya iman kerana aqidahnya, berdirinya
saya di sini untuk menyampaikan sebuah syarahan yang berkisar di bawah tajuk ‘Akhlaq
Mulia Pencetus Umat Sejahtera’. Sebelum mutiara saya rangkaikan, sebelum bahtera
saya layarkan, sebelum bicara saya utarakan, izinkan saya mendefinisikan tajuk yang
bakal saya sampaikan ini.
Akhlaq mulia adalah sifat peribadi yang mencerminkan ketinggian harga diri dan
maruah seseorang. Pencetus pula bermaksud sesuatu yang menghasilkan atau
menimbulkan sesuatu yang lain. Manakala, umat sejahtera pula boleh diertikan sebagai
umat yang cemerlang dan unggul di dunia dan akhirat. Akhlaq memainkan peranan yang
penting dalam menghasilkan umat sejahtera.

Hadirin sekalian,
Akhlaq yang mulia dapat melahirkan umat islam yang bersatu padu dan hidup
dalam keadaan aman dan sejahtera. Kita susuri sejarah rasulullah dimana baginda dan
para sahabat mempunyai akhlaq yang mulia lantas terbentuklah satu masyarakat yang
sejahtera. Sebaliknya, umat islam pada hari ini sudah tidak lagi mampu bersatu padu
dalam menangangi segala masalah. Natijahnya dapat kita saksikan bagaimana umat islam
tidak dapat berganding bahu dalam membantu menyelamatkan umat palestin daripada
gonggongan anjing-anjing israel. Firman allah taala dalam surah al-hujurat ayat 10.

‫َخ َويْ ُك ْم‬ ِ ‫ن إِخوةٌ فَأ‬7َ ‫إِمَّنَا الْمؤِمنو‬


َ ‫َصل ُحوا َبنْي َ أ‬
ْ َْ ُ ُْ
Yang bermaksud: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,
maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu

Hadirin sekalian, sekiranya ayat ini dihayati, maka, umat islam akan berusaha
memperbaiki akhlaknya lantas dapat melahirkan umat yang sejahtera yang mampu
membantu saudaranya dalam kesusahan.

Hadirin yang saya muliakan,


Akhlak mulia dapat membentuk jati diri ummah agar sentiasa menjaga tatasusila
dalam setiap perlakuannya. Hadis nabi ada menyatakan :
‫احلياء من اإلميان‬
Yang bermaksud, malu itu separuh daripada iman.

Orang yang mempunyai sifat malu kerana allah , akan sentiasa mengawal diri daripada
melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah diri, agama, dan agama.
Sebagaimana yang kita lihat, dewasa kini, masyarakat kita berhadapan dengan krisis
nilai. Begitu banyak budaya luar dan fahaman atau idealogi yang tidak sihat, telah
mempengaruhi cara kehidupan seperti percakapan, gaya berpakaian dan pergaulan.
Malahan, apa yang lebih membimbangkan terdapat segelintir masyarakat yang mula
terpengaruh dan terjebak dengan aliran Islam liberal, dan lebih dasyat lagi pengaruh
Black Metal, dan sebagainya yang mencemarkan nama baik serta identiti umat Islam, dan
ini membawa gambaran negatif kepada imej Islam. Sekiranya masalah ini tidak kita atasi,
maka, tidak akan terbentuklah umat yang sejahtera.

Sidang pendengar sekalian,


Akhlaq mahmudah merupakan teras kepada kecemerlangan umat. Antara akhlaq
mahmudah yang diajar oleh rasulullah ialah kerana beramal dengan ilmu yang dipelajari..
Dengan penghayatan ilmu serta bersungguh-sungguh akan melahirkan ummah yang maju
dan sejahtera. Dunia dihormati, akhirat dirahmati. Berpegang kepada prinsip inilah maka,
negara iran berusaha untuk merealisasikan ilmu sains dan teknologi yang dipelajari
dengan melancarkan satelit atas usaha mereka sendiri. Di sini, jelaslah bahawa setiap
umat islam mempunyai akhlaq yang mahmudah, maka, akan lahirlah manusia yang
beramal dengan ilmunya, lantas terbentuklah satu umat yang sejahtera dan cemerlang di
dunia dan akhirat. Tepatlah firman allah dalam surah al-mujadalah ayat 11

ِ ‫مِب‬ ٍ ِ ِ َّ ِ ِ َّ
ٌ‫ن َخبري‬7َ ‫ين أُوتُوا الْع ْل َم َد َر َجات َواللَّهُ َا َت ْع َملُو‬ َ ‫َي ْرفَ ِع اللَّهُ الذ‬
َ ‫ين َآمنُوا من ُك ْم َوالذ‬
Yang bermaksud: Maksudnya: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara
kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.”.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,


Akhlaq mulia juga mencerminkan kepada keberkesanan ibadah seseorang. Orang
yang melaksanakan solat lima waktu disertakan dengan solat sunat akan melahirkan
seseorang yang tidak mudah putus asa . Sebagai contoh, pelajar terbaik spm kita, Nik nur
madihah yang memperoleh 20A. Apabila ditanya resepi kejayaan, beliau menjawab solat
lima waktu, solat tahajjud dan membaca al-quran. Tepatlah firman allah dalam surah al-
mukminun, ayat 1-2.
ِ ‫]الَّ ِذين هم يِف صاَل هِتِم خ‬1[ ‫قَ ْد أَْفلَح الْم ْؤِمنُو َن‬
]2[ ‫اشعُو َن‬ َ ْ َ ُْ َ ُ َ
Yang bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.Iaitu mereka
yang khusyuk dalam sembahyangnya.

Ayat diatas menegaskan bahawa umat islam yang berjaya adalah umat islam yang
menjaga solatnya. Sekiranya umat islam dapat sama-sama menjaga ibadah solatnya, akan
terhasillah akhlaq yang mulia, lantas tercetuslah umat yang cemerlang, gemilang, dan
terbilang.

Sidang dewan yang saya muliakan,


Kesejahteraan yang kita impikan bukan sahaja di dunia, malahan juga di akhirat.
Seperti yang sering kita doakan dalam firman allah dari surah al-baqarah, ayat 201.
ِ ِ ُّ ‫َربَّنَا آتِنَا يِف‬
َ ‫الد ْنيَا َح َسنَةً َويِف اآلخَر ِة َح َسنَةً َوقنَا َع َذ‬
‫اب النَّا ِر‬
Wahai Tuhan kami ! kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta
peliharalah kamia daripada azab neraka".
Antara mereka yang akan mendapat kebahagiaan di akhirat adalah mereka yang
berakhlaq mulia, yang menghormati ibu bapanya, guru-guru, dan antara satu sama lain.
Namun, sayang seribu kali sayang, apa yang dapat kita saksikan di media massa pada hari
ini, bagaiman pelajar-pelajar sendiri sanggup menendang guru mereka sendiri. Soalan
saya, adakah orang yang berperibadi seperti ini akan mendapat kesejahteraan di akhirat?
Kalau di dunia dicaci, apatah lagi di akhirat.

Sidang dewan yang saya hormati sekalian,


Orang yang mempunyai akhlaq yang mulia akan sentiasa berubah dan berhijrah
untuk memperbaiki diri mereka menjadi lebih baik. Firman Allah dalam surah ar-Ra’du,
ayat 11 yang berbunyi;

‫إِ َّن اللّهَ الَ يُغَِّيُر َما بَِق ْوٍم َحىَّت يُغَِّيُرواْ َما بِأَْن ُف ِس ِه ْم‬

maksudnya: ”Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu
kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”.

Guru-guru dan para pelajar sekalian,


Marilah kita sama-sama berusaha untuk mengembalikan akhlaq yang terpuji
dalam kehidupan kita. Sesungguhnya akhlaq terpuji yang dimiliki dan diamalkan oleh
seseorang itu adalah menjadi kesempurnaan kepada imannya. Kesempurnaan iman itulah
yang akan menjadikan kita sebagai satu masyarakat yang sentiasa diredhai oleh Allah.
Cemerlang di dunia, akhirat sejahtera. Sekian dahulu dari saya, wabillahi taufik wal
hidayah wassalamualaikum warahmatullahi w.bt.

Anda mungkin juga menyukai