Anda di halaman 1dari 10

Larian Pecut

Pengenalan

Sukan olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan
lain. lni disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara, baik untuk lelaki mahupun wanita.
Acara-acara ini ada yang dipertandingkan sebagai acara individu ataupun acara berpasukan.
Kalau dalam permainan lain hanya satu pingat emas sahaja yang yang menjadi rebutan dalam
kebanyakan sukan terbesar seperti Sukan Qlimpik , Sukan Asia , atau Sukan SEA sungguhpun
lebih dan seorang pemain dalam sesuatu pasukan. Dalam olahraga setiap acara rnempertaruhkan
pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja , peserta yang bertanding mudah
memenangi satu pingat emas. Ini bermakna dalam kebanyakan kejohanan sukan yang
dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara oiahraga.

Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian . lompatan dan lontaran. Seorang atlit
mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti tetapi adalah sukar bagi seseorang itu
mahir dalam ketiga-tiga acara ini. Kebanyakan atlit Iebih suka mengkhususkan penyertaan dan
penglibatan mereka terutamanya diperigkat antarabangsa. Dengan itu mereka lebih mudah
meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa dengan hanya mengambil bahagiah dalam satu
atau dua acara.

Peralatan Untuk Olahraga

Dalam sukan olahraga, terutamanya acara-acara larian, terdapat beberapa peralatan yang
diperlukan.

1.   Kasut.

Kasut atau spikes merupakan peralatan penting para olahragawan bukan sahaja mereka yang
mengambil bahagian dalam acara lari pecut , tetapi juga untuk kegunaan dalam acara lain,
termasuk acara padang. Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat penting malah
dimestikan bagi acara olahraga masa kini, terutama untuk acara lari pecut. Jenis kasut
bergantung kepada keselesaan atlit secara individu. Bagaimanapun biarlah daripada jenis yang
ringan.

2.   Blok Permulaan

Blok permulaan merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu para pelari pecut
membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Biasanya para pelari tidak diwajibkan
rnenggunakan blok permulaan ini, tetapi begi kebanyakan pelari blok, Ini amat diperlukan,
termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari boleh meminta nasihat guru pengawas
atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang sesuai.

3. Pakaian Sukan

Seperti acara sukan lainnya, para olahragawan juga perlu menggunakan pakaian yang sesuai
untuk setiap acara yang mereka sertai. Dalam kebanyakan perjumpaan sukan  terbesar dunia,
para olahragawan akan memakai singlet yang terdapat nombor peserta, negara atau pasukan yang
mereka wakili serta nama penaja yang menganjurkan perjumpaan itu.bagaimanapun, setiap
peserta di boIehkan memakai pakaian yang mereka gemari asalkan dipersetujui oleh negara dan
pasukan mereka.Contohnya dalam Sukan OIimpik yang dapat kita tontoni menerusi kaca
televisyen, pelbagai jenis dan bentuk pakaian yang dipakai oieh peserta lelaki dan wanita asalkan
pakaian itu selesa dan tidak mengganggu pergerakan dan Iarian mereka.

4.   Peralatan Sampingan

Setiap olahragawan juga digalakkan mempunyai beg peralatan masing-masing. Mungkin ada di
kalangan olahragawan yang menganggap perkara ini sesuatu yang tidak penting, namun sebagai
olahragawan , sesuatu yang mempunyai kaiian dengan mereka hendaklah diberi perhatian.Bagi
peralatan ini pula harus rnengandungi barangan seperti berikut:

1. tuala.

b.   Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut, plaster, aspirin, botol minuman, dan
sebagainya.

1. Seluar pendek dan singlet ( sebaik-baiknya dua pasang )

d.   Kasut jogging dan kasut berlari.

1. Jam randik atau pita pengukur.

f.    Barangan lain yang difikirkan perlu.

Prinsip-Prinsip Mekanik

Setelah melakukan pelepasan dengan baik danpada garisan permulaan, pelumba akan melakukan
larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat sama ada untuk acara 100 meter, 200 meter atau
pun 400 meter. Walaupun purata masa yang diambil oleh pelari terlalu pantas terutamanya untuk
acara 100 meter, namun cara atau teknik larian perlu disesuaikan agar masa yang singkat itu
menjanjikan catatan terbaik bagi seorang pelari pecut.
Ada berapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa melakukan
larian dan pecutan. lni termasuklah pergerakan tangan, pergerakan kaki, kedudukan badan dan
tumpuan fikiran. Perlu diingat juga selain aspek-aspek yang hanya dimunculkan oleh pelari itu
sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang boleh menjejaskan larian dan pecutan jika pelari
tidak dapat menangani masalah tersebut. lni termasuklah saingan dan tekanan psikologi daripada
peserta lain, sorakan dan ejekan penonton, peralatan dan pakaian yang kurang selesa ,
pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan tertentu, serta masalah-masalah lain yang boleh
menjejaskan prestasi pelumba.

Pergerakan Tangan

Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting. Dalam hal ini pelari hendaklah
menghayun tangan , khususnya sikunya ke belakang dan ayunan tangan ke hadapan tidak
semestinya melepasi bahu. Ada juga pelari yang meluruskan tangan semasa menghayun ke
belakang. Walau apa cara pun ayunan tangan dapat mempengaruhi kepantasan pecutan dan
larian.Tanpa ayunan tangan sepenuhnya seorang pelari tidak akan berjaya menggerak kakin.ya
dengan pantas.Ini bermakna pergerakan tangan dan kaki adalah gabungan penting dalam
menentukan kederasan larian pecut.

Tangan pelari terayun kebelakang, akan membawa ke arah siku semasa pelari memecut. liii
kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang. Sudut ini akan berkurangan sehingga
mencapai 90 darjah. Ayunan tangan juga membantu mengelakkan peredaran yang tidak
diperlukan akibat pergerakan kaki. Pergerakan pantas serta cergas danpada paha menyebabkan
badan pelari berputar ke arah belakang, dan ini harus dielakkan atau dikurangkan oleh
pergerakan tepi siku.

Bahagian Ieher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa memecut. Kedudukan
tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ini boleh membantu pelari merehatkan badan.
Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam keadaan yang menegang kerana ketegangan
ini  boleh dipindahkan ke dada dan bahu. Pelari boleh memilih sama ada jan-jan tangan terbuka
atau digenggam semasa membuat ayunan ketika berlari. Perkara yang penting sebarang
kedudukan tangan pelari hendaklah menjadikannya semesa untuk berlan dan memecut.

Pergerakan Kaki

Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian pelari. Dalam pergerakan
kaki terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam lariari pecul. Pertama ialah
mengangkat lutut pada kedudukan yang tinggi dan kedua ialah penamatan atau penghabisan
perlakuan drive semasa melangkah. Perlu diingat iaitu keseluruhan drive adalah berpunca
daripada bahagian belakang badan. Kaki yang membuat drive hendaklah direnggang penuh ke
belakang badan.

Selain itu pclari juga hendaklah berlari dengan mengangkat pinggangnya ke atas bagi membantu
melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki daripada tanah
apabila pmggang berada dalam kedudukan yang tinggi. Kedudukan badan hendaldah condong
sedikit ke hadapan semasa berlari. Pelan seharusnya menggunakan bahagian hadapan tapak kaki
untuk mendarat dan memecut.

Menamatkan Larian Pecut

Matlamat setiap pelari termasuklah menghabiskan larian dalam masa yang sesingkat yang boleh
dan lebih dahullu daripada pelari lain yang sama-sama bertanding. Semasa menuju ke garisan
penamat pelari tidak seharusnya cuba memperlahankan larian atau membuat lompatan untuk
nlencapai pita penamat.Pelari hendaklah terus berlari dengan lebih pantas dan tidak perlu sama
sekali memperlahankan larianya. Dengan membuat diving juga tidak akan membantu pelari
sebaliknya perbuatan itu belum menjamin penamatannya malah mungkin akan membahayakan
diri sendiri sahaja.

Apabila tiba ke garisan penamat , biasanya pelari akan mendepakan tangannya ke belakang
dengan membiarkan bahagian dadanya ditonjolkan ke hadapan. Cara ini adalah digalakkan untuk
larian pecut. Sesetengah pelari pula gemar menamatkan larian dengan menundukkan kepalanya
untuk memcecah pita penamat. Tindakan begini mungkin akan menghalang penglihatan pelari
atau memudahkan pclari terjatuh. Satu cara lagi pelari menamatkan lariannya ialah dengan
mmemusingkan salah satu bahunya untuk mencecah garisart penamat. Cara ini juga mungkin
akan melambatkann larian kerana mungkin pelari akan mengambil masa untuk memusingkan
bahunya.

Sudah tentulah pelari yang lebih awal mencecah garisan penamat akan dikira pemenang,
manakala pemenang kedua, ketiga dan seterusnya ditentukan oleh pencatat masa atau pegawai
penamat. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga khususnya dipenngkat antarabangsa, sering
berlaku pemenang acara pecut tidak dapat diputuskan oleh pencatat masa atau pcgawai penamat
disebabkan beberapa pekari niencecah garisan penamat pada masa yang hampir sama. Jika
berlaku perkara sedemikian pemenang acara tersebut terpaksa ditentukan dengan menggunakan
kaedah photofinish. Menerusi kaedah ml pemenang acara iru akan diputuskan setelah pegawai
meneliti rakaman foto yang dikeluarkan selepas Iarian itu. Kini penggunaan peralatan elektronik
menggantikan penggunaan catatan tangan yang mungkin kurang tepat. hal mi perlu khususnya
untuk acara seperti 100 meter dan 200 meter.

Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian oleh pelari pecut ialah mereka tidak seharusnya
terus berhenti sebaik sahaja melepasi garisan penamat. Sebaliknya mereka hendaklah terus
berlari secara perlahan demi perlahan untuk berapa meter diikuti dengan berjalan. Ada juga
pelari yang terus berlari sejauh 100 meter lagi sebagai cam untuk mengatasai sebarang
kemungkinan berlaku ketegangan otot atau masalah lain.

Seperti dalam permulaan pecutan dan larian hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang
larian semasa menamatkan larian. Sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai mengganggu
atau menipu hendaklah dielakkan. Jika pelari memenangi perlumbaan yang diadakan, dia
hendaklah mengganggapnya sebagai suatu kelebihan tanpa merendah-rendahkan pelari yang
kalah. Pelari yang kalah pula haruslah menerima kekalahannya dengan semangat kesukanan.
Larian Pecut

Kini kita akan bincangkan secara khusus setiap acara yang tergolong dalam kategori lan pecut
mi. Walaupun secara umumnya kita telah ketahui tentang aspek-aspek lan pecut, adalah perlu
kita mengetahui lebih mendalam beberapa perbezaan antara ketiga-tiga acara pecut ini.

Acara 100 meter

Acara 100 meter adalah dianggap sebagai acara untuk menentukan manusia yang terpantas
dalam sesuatu kejohanan atau negara atau wilayah, malah di dunia secara tidak rasmi. Acara ini
dianggap sebagai acara yang paling istimewa dan diminati ramai terutamanya dikalangan
peminat sukan olahraga. Tidak hairanlah sesiapa yang mahu menceburi did dalam bidang larian
mi akan terlebili dahulu didedahkan dengan acara ini. Oleh kerana masa yang diambil dalam
acara ini terlalu singkat maka segala aspek lariannya perlu diberikan perhatian oleh setiap pelari.

Boleh dikatakan seniua pelari 100 meter memberi tumpuan utama kepada acara memulakan
larian iaitu suatu aspek yang paling penting dalam acara lari pecut. Pelari akan melonjak
daripada blok permulaan sebaik sahaja isyarat diberikan oleh pegawai pelepas. Kemudiannya
pelari akan mula memecut dan mengekalkan pecutan itu sehingga ke garisan penamat. Sebelum
berlepas pelari akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pegawai pelepas untuk
membunyikan pistol. Pelari juga harus bijak dan pantas bertindak terhadap kemungkinan pelepas
yang agak awal atau lewat melepaskan tembakan pistol.

Peringkat dalam larian pecut biasanya bermula dengan pecutan atau lonjakan daripada blok
permulaan. Selepas itu barulah perrnulaan larian pelari yang akan membawa kepada peningkatan
dalam kelajuan sehingga kelajuannya mencapai ke tingkat maksimum sehinggalah ke garisan
penamat. Peringkat mi biasanya terdapat dikalangan pelari yang sudah terlatih , manakala pelari
baru lebih gemar mengekalkan kelajuan yang sama sepanjang larian, kecuali dicabar oleh pelari
lain. Walaupun pelari lain juga boleh memberi larian, seseorang pelari seharusnya menumpukan
perhatian kepada lariannya sendiri, dan tidak mudah terpengaruh dengan corak dan gaya larian
lawan.
Acara 200 meter

Oleh kerana dalam larian 100 meter pelari hanya berlari di lorong atau dalam arah yang lurus dan
awal hingga ke akhir perlumbaan, tidak banyak taktik atau teknik Iarian diperlukan, berbanding
dengan larian 200 meter atau 400 meter. Dalam acara 100 meter kepantasan, kekuatan dan
penumpuan adalah diperlukan daripada seseorang pelari. Tetapi dalam acara 200 meter
disamping harus mempunyai kekuatan dan kepantasan pelari juga memerlukan pengawalan dan
keseimbangan badan dan kemahiran berlari di selekoh.

Permulaan acara 200 meter adalah hampir sama dengnan permulaan 100 meter kecuali
kedudukan blok permulaan yang hams diletakkan pada sudut 90 darjah daripada garisan
permulaan, dan bukan daripada garisan lorongnya. Gaya. dekam sering digunakan dan dianggap
sesuai untuk acara ini

Umumnya larian 200 meter mempunyai empat fasa larian seperti berikut:

1.   Permulaan yang dilakukan di garisan permulaan yang disediakan khas untuk acara ini ,
dengan pelari yang berlari di lorong luar paling luar kelihatan berada pada kedudukan yang
paling hadapan, walaupun pad hakikatnyajarak untuk semua pelari adalah sama.

2.   Kemahiran berlari di selekoh harus ada pada setiap pelari 200 meter. Ketika melakukan
pecutan di selekoh pelari cenderung mencondongkan badannya ke dalam sehingga menyebabkan
sudut kedudukan tubuhnya dengan aras padang menjadi lebih kecil. Caranya ialah kaki kanan
disokong dan dibantu oleh kaki kin semasa mengambil selekoh. mi.

3.   Selepas melepasi selekoh pelari akan berlan di lorong lurus pula yang jaraknya lebih kurang
120 meter. Ini bermakna pelari perlu mengimbangi semula badannya supaya keseimbangan
tengah badan dapat dipcrolehi. lni merupakan satu situasi yang sukar kerana gaya larian terpaksa
diubah. Di situ kaedah larian untuk 100 meter boleh digunakan, walaupun kebanyakan pelari
mula memperlahankan lariannya disebabkan tidak dapat mengekalkan kelajuan yang tinggi
sepanjang Iariannya.
4.   Lorong lurus untuk 200 meter adalah bahagian yang rnemerlukan kemantapan atau kekuatan
mental yang tinggi. Sebaiknya pelari bendaklah mengekalkan kelajuan lariannya supaya
kepantasan tertinggi dicapai sehingg ke gansan penamat. Cara menamatkan larian adalah sama
seperti acara 100 meter, iaitu dengan menghulurkan bahagian dada pelari ke hadapan seboleh
mungkin.

Acara 400 meter

Mungkin ada dikalangan kita serta peminat sukan olahraga seluruhnya beranggapan bahawa
acara 400 meter tergolong dalam kumpulan larianjarak sederhana dan bukan kategori larian
pecut. Bagaimana pun sebenarnya acara ml tergolong sebagai acara peout, walaupun mempunyai
cara larian yang tersendiri yang agak berlainan daripada acara 100 meter dan 200 meter.

Disebabkanjarak larian yang agak jauh pelari harus dapat merancang lariannya dengan baik. Ini
penting kerana tidak mungkin seorang pelari dapat berlari pada kelajuan yang sama sepanjang
jarak itu.Pelari harus dapat mengawal penggunaan tenaganya supaya dia boleh dan mampu
berlari dengan kederasan yang optimum dan memecut pada jarak yang tertentu. Dalam
perlumbaan pelari juga harus dapat mengukur kekiuatannya berbanding dengan pelari lam.

Bagi memudahkan larian kita bahagikan jarak 400 meter im kepada dua peringkat iaitu 200
meter pertama dan 200 meter kedua. Pelari harusmemperuntukkan masa yang wajar untuk
sesuatu peringkat jarak mi, misalnya 25 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk jarak
200 meter yang kedua atau masa yang sama untuk setiap jarak 200 meter. Perancangan masa
begini adalah lebih baik dibandingkan dengan masa 30 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat
untuk 200 meter kedua.

Biasanya seseorang pelari 400 meter akan cuba mendapatkan suatu permulaan dan larian pada
selokoh pertama dengan baik, larian yang selesa pada lororig lurus yang pertama memngkatkan
kelajuan pada selekoh ke dua dan akhir, diikuti dengan meningkatkan kelajuan pada bahagian
lurus terakhir sehingga ke garisan penamat. Dalam berlan untuk acara liii pelari harus dapat
mengekalkan lariannya walaupun dalam keadaan tertekan, sama ada daripada pelari lain atau pun
daripada penonton. Sebagai kesimpulan, menggunakan strategi Iarian yang bersesuaian terutama
dalam acara pecut seperti 400 meter adalah perlu dan penting. Sekali ditegaskan bahawa adalah
tidak mungkin seorang pelari yang baik sekalipun mampu mengekalkan pada kelajuan yang
sama sepanjangjarak itu.

Latihan Ansur Maju

Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut,
latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan.

a) Latihan mendorong
 Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan
 Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan
 Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari
untuk mengelakkan diri disentuh
 Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan
b) Larian teknik pecut
 Berlari dengan melangkah panjang
 Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut
 Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan
 Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan
 Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan
 Berlari menyepak ke belakang
 Berlari dengan lutut tinggi dan memecut
 Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di
siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung
c) Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan
 Melonjak untuk jarak
 Melangkah panjang ( bounding )
 Melonjak dan melangkah melepasi halangan
 Melompat, memusing, mendekam, dan memecut

Anda mungkin juga menyukai