Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Dalam konteks sejarah kepulauan Asia Tenggara , tidak dapat tidak kita harus mengakui

bahawa Sejarah Filipina merupakan sebahagian daripada cakupan yang harus berada dalam

lingkungan kajian oleh para sejarawan khususnya serta para peminat sejarah amnya khusunya

dalam konteks sejarah kepulauan Asia tenggara itu sendiri. Oleh itu, secara dasarnya, kita

juga harus meneliti tentang keadaan yang berlaku kepada Sosioekonomi Filipina terutamanya

selepas penjajahan Sepanyol keatas negara Filipina yang sudahpun bermula sejak tahun 1521

lagi.1 Tetapi sebelum itu, kita juga harus mengkaji tentang apa itu Sosioekonomi agar mudah

bagi kita untuk membahaskan isu sejarah ini dengan lebih kritis lagi.Oleh itu secara

umumnya Sosioekonomi itu bermaksud suatu pengkajian tentang isu-isu yang berkaitan

dengan masyarakat dan ekonomi. Selain itu, Sosioekonomi secara lebih khusus juga bererti

suatu bidang yang berkaitan dengan keadaan sosial dan ekonomi yang digabungkan serentak

dan antara cabangnya seperti kesihatan, pendidikan, kesihatan, pengangkutan , perusahaan

dan sebagainya. Oleh itu, dengan secara kritis kita akan melihat suatu persoalan yang sering

bermain dalam pemikiran kita terutama tentang sejauhmanakah penjajahan Sepanyol berjaya

mengubah keadaan Sosioekonomi masyarakat Filipina dan adakah kita wajar bersetuju

tentang kebaikan penjajahan Sepanyol terhadap Sosio-ekonomi masyarakat Filipina ?oleh itu

kita akan mengupasnya dengan lebih lanjut pada bahagian yang berikutnya2

Kedatangan Sepanyol berjaya mengubah Keadaan Sosio-ekonomi masyarakat

Filipina.Bahaskan secara kritis.

Perkembangan Sosio-ekonomi di Filipina sebenarnya berkaitan rapat dengan dasar pada masa

itu iaitu pemerintahan Sepanyol yang mempunyai keinginan untuk menjadikan kehidupan

masyarakat di Filipiina supaya berteraskan kristian serta menjadikan mereka taat kepada

1
Zaide, Philipine Political And Cultural History Vol 1, Manila: Philipine Education Compony,1949 ms 113
2
Teuku Iskandar, Kamus Dewan edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998, hlm1281

1
kekuasaan kristian Sepanyol di kepulauan San Lazores dan mereka amat menyedari bahawa

pendidikan merupakan suatu aspek sosio-ekonomi yang amat penting bagi menjayakan

rancangan tersebut. Tambahan pula, Penguasaan Sepanyol di Filipina bukan hanya

bermotifkan keuntungan ekonomi semata-mata tetapi juga untuk menyebarkan agama kristian

serta ketamadunan barat kepada penduduk peribumi3. Tambahan pula pada tahun 1555,

sebuah piagam diraja telah digubal oleh pemerintah Sepanyol di Madrid yang menekankan

peranan kerajaan kolonial untuk menggalakkan pendidikan bagi tanah jajahan.4 Sehubungan

dengan itu, pihak penjajah Sepanyol telah menubuhkan institusi pendidikan di Filipina bagi

memenuhi hasrat tersebut. Oleh itu, sebuah sekolah pertama telah ditubuhkan oleh kerajaan

pada tahum 1565 di cebu yang menggunakan kurikulum yang berteraskan ajaran kristian

katholik yang menjadi anutan pihak penjajah pada masa itu. Selain itu, penjajah juga turut

menubuhkan beberapa sekolah lain di sekitar kepulauan Filipina agar sistem pendidikan

dapat dikembangkan kepada tahap yang lebih tinggi lagi, sebagai contoh, pada tahun 1589,

Kolej San Ignacio telah ditubuhkan di Manila pada tahun 1589 yang dikendalikan oleh para

paderi Sepanyol serta penubuhan beberapa kolej lain di sekitar Filipina serta penubuhan kolej

untuk wanita pada tahun 1534 di Manila yang seterusnya menjadi asas kepada pembentukan

beberapa buah kolej untuk wanita di Filipina antara tahun1534 hinggalah tahun 1892.

Penubuhan sekolah –sekolah ini berkaitan rapat dengan dasar –dasar pendidikan pada masa

itu yang menggalakkan pendidikan kepada semua orang di Filipina serta penerapan kepada

ajaran kristian oleh penduduk filipina. Malah di Filipina juga , telah tertubuh sebuah

universiti yang mungkin boleh dianggap sebagai universiti pertama di Asia Tenggara iaitu

Universiti San Ignacio yang ditubuhkan pada 1589 oleh pertubuhan yang digelar Society Of
5
Jesus. Kesan daripada kesemua tindakan ini telah memberikan kesan positif kepada

mayarakat Filipna iaitu mereka telah mempunyai golongan yang boleh membaca dan menulis
3
Onofre D. Corpuz, The Philipines, Englewood Cliffs: Prentice Hall Inc,1965, hlm 26-27
4
Zaide, Philipine Political and Culture History Volume 2, Manila: Philipine Education compony 1949, ms 89-92
5
Zaide. Philipine Political and Cultural History Vol2, Manila: Philipine Education Compony,1949,hlm93.

2
serta juga mempunyai golongan cerdik pandai yang boleh memahami bahasa Sepanyol.

Disamping itu, ianya juga turut melahirkan golongan profesional yang mampu menjadi paderi

serta saintis daripada kalangan rakyat Filipina sendiri seperti Jose Rizal, Rodriguez dan

sebagainya .6 Kesan lain yang boleh kita lihat adalah kita juga dapat melihat keadaan sosio-

ekonomi baru yang berteraskan kepada Pendidikan serta kemampuan rakyat Filipina

memahami sesuatu yang baru berasasakan pemikiran moden berbanding dengan masyarakat

lain yang masih terbelenggu kepada pemikiran tradisional semasa pada waktu itu.7 Ini juga

turut membuktikan kejayaan sepanyol dalam mengubah sosioekonomi masyarakat di Filipina

itu sendiri melalui bidang pendidikan.

Dalam melihat kepada bidang sejarah yang mencakupi ilmu sosioekonomi, kita harus

melihat kepada subbidang sosio-ekonomi yang seterusnya iaitu yang berkaitan dengan

kesihatan awam khususnya bagi kawasan Filipina itu sendiri. Secara umumnya, pihak

penjajah Sepanyol di Kepulauan San Lazores atau Filipina telah berjaya meningkatkan kadar

kesihatan awam di Filipina. Hal ini kerana, pihak Sepanyol terutamanya para paderi Sepanyol

amat menyedari kepentingan kesihatan yang baik kepada para penduduk Filipina.Oleh itu,

bagi memudahkan langkah-langkah berkesan ini dapat diambil, beberapa buah Hospital telah

dibina agar penjagaan kesihatan awam dapat diberikan secara teratur. Antaranya, pada tahun

1578, seorang Paderi bernama Juan Clemente telah membina sebuah Hospital di Manila.

Disamping itu, beberapa buah hospital turut dibina dalam jangka masa yang sama seperti

Hospital De San Gabriel, (1588), Hospital Real (1612). Malah, terdapat juga penubuhan

Hospital diluar Manila yang juga mempunyai fungsi yang sama seperti hospital-hospital di

Manila iaitu memudahkan penjagaan kesihatan awam yang teratur bagi seluruh penduduk di

Filipina dan tidak terhad kepada tempat-tempat tertentu sahaja.8 Kesan daripada kesemua

6
Ibid.
7
Ibid
8
Zaide, Philipine Political and cultural History Vol2, Manila: Philipine Education Compony,1949. Hlm 86

3
tindakan-tindakan ini adalah Filipina bukan sahaja berjaya mengatasi wabak penyakit yang

melanda penduduknya pada masa itu tetapi juga berjaya memperkenalkan sistem kesihatan

moden yang pertama di Asia Tenggara khususnya dan dunia amnya.9

Selain itu, perkara utama yang boleh dilihat sebagai suatu kejayaan penjajah Sepanyol

didalam mengubah keadaan sosio-ekonomi masyarakat di Filipina adalah dengan bermulanya

perkembangan perusahaan baru di Filipina yang dijalankan oleh golongan paderi-paderi

kristian yang datang ke Sepanyol bagi tujuan dakwah kepada penduduk Filipina. Antara

perusahaan yang diperkenalkan Sepanyol kepada penduduk adalah seperti industri peternakan

haiwan seperti lembu , itik, ayam dan serta penghasilan ulat sutera serta tanaman –tanaman

baru seperti pisang, Jagung dan Sebagainya. Misalnya pada tahun 1581. Paderi Jesuit yang

bernama Antonio Sadena yang tiba pada tahun tersebut telah membawa masuk penghasilan

ulat sutera ke dalam Filipina. Disamping itu, terdapat juga orang lain yang turut membawa

penanaman tumbuhan kontan yang tidak ada di Filipina sebelum ini seperti Fr Augustin

Jimmanez yang mengajar penduduk Marilao untuk menanam kopi serta juga menemui hasil

galian besi dan tembaga di Gunung Laguna. Oleh itu, kesan daripada perkara tersebut adalah

telah berlaku suatu perubahan dalam sosioekonomi masyarakat Filipina iaitu masyarakat

Filipina berjaya menambah hasil pendapatan mereka hasil daripada pengenalan tanaman dan

perusahaan baru tersebut serta membolehkan mereka memperbaiki taraf sosial dan ekonomi

mereka sungguhpun tidak seratus peratus berjaya tetapi sekurang-kurangnya mereka mampu

memiliki pilihan dalam mencari sumber rezeki yang dapat meningkatkan taraf ekonomi

mereka.10 Selain itu, tindakan ini juga turut memberi suatu bukti bahawa Penjajahan Sepanyol

tidak hanya fokus kepada usaha meningkatkan keuntungan sendiri tetapi juga turut

menekankan soal kehidupan masyarakat dan sosioekonomi penduduknya. Semua langkah

9
Zaide, History Of The Filipino People, Manila: The Modern Book Compony, 1969 hlm 46
10
Zaide, Philipine Political and Cultural History volume 1, Manila: Philipine education Compony1949,hlm 192-
193

4
ini berjaya kerana terdapat suatu suatu dasar yang meletakkan institusi gereja bersama-sama

dengan kerajaan penjajah Sepanyol dikepulauan San Lazarus ini. Dan dengan tiada gangguan

kerajaan disamping sumber serta keikhlasan Gereja dalam membantu masyarakat Filipina,

Kita akan dapati dalam aspek perusahaan ini banyak yang telah dijalankan melalui program-

program gereja .Kesannya, kita akhirnya akan dapat melihat kejayaan dalam mengubah

sosioekonomi rakyat Filipina ekoran daripada usaha-usaha gereja ini.

Sungguhpun kita tahu bahawa kerajaan penjajah Sepanyol telah berjaya mengubah

sosioekonomi masyarakat Filipina semasa era penjajahan mereka tetapi dalam masa yang

sama mereka juga telah gagal dalam beberapa aspek penting yang melibatkan soal

sosioekonomi di Filipina. Antara yang boleh kita perhatikan adalah dari segi pemilikan

kekayaan terutamanya dalam sektor pertanian. Hal ini berlaku kerana pihak penjajah telah

melaksanakan dasar monopoli yang pada teorinya adalah baik serta membantu ekonomi dam

masyarakat Filipina tetapi dari segi pelaksanaannya telah membawa kesan buruk kepada

mayarakat Filipina terutamanya dengan dasar ekonomi Juan Basco Vargas yang bermula

pada tahun 1785 hingga hujung kurun ke 19 ini yang sememangnya berteraskan sistem

monopoli .11 Hal ini kerana, dengan adanya dasar ini telah menyebabkan ketirisan dalam

urusan jual beli sumber pertanian iaitu sikap pegawai-pegawai penjajah yang menipu

penduduk Filipina dengan tidak membayar hasil pertanian yang dijual oleh para petani, sikap

berat sebelah dalam menjalankan urusan dengan hanya memberi tumpuan kepada golongan

tertentu sahaja dan sebagainya.12 Kesan daripada sikap tersebut telah menyebabkan

kemiskinan kepada masyarakat di Filipina dan ada antara mereka telah lari ke kawasan lain

kerana tidak mahu lagi terlibat dengan dasar monopoli yang dijalankan oleh kerajaan serta

mencari kehidupan yang lebih menguntungkan taraf sosial dan ekonomi mereka.Misalnya di

Cagayan Valley dan Illocos yang terkenal dengan pertanian tembakau pada masa itu berlaku
11
Zaide,Philipine Political anad Culutral History Volume 2,Manila: Philipine Education Compony,1949,hlm29-31
12
Zaide, History of Filipino People,Manila: Modern Book Compony, 1946.hlm50

5
kekurangan penduduk yang ketara selepas dasar ini dijalankan 13 Dan kesan daripada

kekurangan penduduk ini pastinya kita akan lihat berlakunya kegagalan dalam usaha

sosioekonomi yang ingin dijalankan melalui dasar ekonomi Juan Basco Bargas ini akibat

daripada sikap para pegawai yang menjalankan dasar ini dan dalam kajian sosioekonomi

apabila berlakunya pergerakan penduduk ke kawasan lain ini telah memberi bukti bahawa

terdapat kegagalan dalam dasar ekonomi yang dijalankan oleh sesuatu pentadbiran dan

penjajahan Sepanyol telah gagal daripada usaha ini yang pada mulanya dianggap berkesan

bagi membantu ekonomi dan masyarakat Filipina. Tetapi malangnya dasar ini meruntuhkan

lagi taraf ekonomi dan sosial penduduk Filipina itu sendiri.14

Kesimpulan

Kesimpulan yang boleh diambil daripada perbahasan kita tentang kejayaan kerajaan penjajah

Sepanyol dalam mengubah sosioekonomi masyarakat yang dikuasai iaitu masyarakat Filipina

ialah kerajaan penjajah Sepanyol telah berjaya mengubah sosioekonomi masyarakat di

Filipina khususnya dari aspek pendidikan, perusahaan dan kesihatan awam kerana dasar

penjajah yang amat menitikberatkan soal tersebut kepada orang Filipina disamping peranan

para mubaligh yang turut memberikan perhatian keatas sosioekonomi orang Filipina. Namun

begitu, dalam masa yang sama, mereka juga gagal dalam beberapa segi kerana

mereka(Sepanyol) cuba untuk mencari keuntungan ekonomi sehingga memberi kesan buruk

kepada kehidupan sosioekonomi orang Filipina itu sendiri. Namun begitu, secara

keseluruhannya , Penjajah Sepanyol telah berjaya mengubah keadaan Sosioekonomi

masyarakat Filipina sungguhpun tidak semua aspek sosioekonomi masyarakat Filipina

berjaya dibantu oleh sebab kekangan serta dasar Sepanyol itu sendiri mengagalkan matlamat

tersebut.

13
Zaide, Philipine Political and Cultural History volume2, Manila: Philipine Education Compony, 1949, hlm 30
14
Onofre D. Corpuz, The Philipines, Englewood Cliffs: Prentice Hall Inc,1965.hlm 36

6
Bibliografi.

Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971

Onofre D. Corpuz, The Philipines, Englewood Cliffs: Prentice Hall Inc,1965,

Teuku Iskandar, Kamus Dewan edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1998,
Zaide, History of Filipino People,Manila: Modern Book Compony, 1946.

Zaide, Philipine Political and cultural History Vol2, Manila: Philipine Education
Compony,1949.

Zaide, Philipine Political and Cultural History volume1, Manila: Philipine Education
Compony,1949

7
8

Anda mungkin juga menyukai