Anda di halaman 1dari 5

Diceritakan oleh Ibnu Umar r.a bahawa nabi s.a.

w pernah
bersabda ketika perang di Khaibar:”Sesiapa yang memakan buah
ini, iaitu bawang, maka janganlah dia mendekati masjid kita ini.”
 
(al-Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai


manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima
sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah
memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang
diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para
rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah
amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan.” (al-Mukminun:51) “Wahai orang-orang yang beriman!
Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan
kepadamu...”(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW
menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan
kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga
rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah
tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai
Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram,
minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan
dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah
Allah akan memperkenankan doanya.”
 
(Muslim)

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:


“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah
tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan
seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah
seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan
Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.
 
Riwayat Muslim
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tiga Golongan manusia yang Allah tidak akan bercakap dengan
mereka di hari kiamat, tidak menganggap mereka sebagai orang
yang bersih, tidak melihat kepada mereka, dan mereka akan
dimasukkan ke dalam neraka dengan azab yang sangat pedih.
Mereka ialah orang tua yang berzina, raja atau pemimpin yang
suka berbohong dan orang miskin yang sombong”. 

Riwayat Muslim

Dari Ubai bin Ka'ab r.a katanya:…."Ya Rasulullah! Aku banyak


menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku,
sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka
sebanyak mana yang elok aku untukkan?" Baginda s.a.w
menjawab: "Sekadar mana yang engkau suka;" Aku berkata:
"Aku hendak untukkan sesuku dari masaku;" Baginda s.a.w
bersabda: "Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau
lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu;" Aku berkata: "Kalau
begitu aku untukkan setengah dari masaku;" Baginda s.a.w
bersabda: "Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka
itu lebih baik untukmu;" Aku berkata: "Kalau demikian, aku
untukkan dua pertiga dari masa ku;" Baginda s.a.w bersabda:
"Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi maka itu lebih
baik untukmu;" Aku berkata: "(Kalau begitu) aku jadikan masa
berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan;" Baginda
s.a.w bersabda: "Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah
engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbingkanmu,
sama ada perkara dunia mahupun perkara akhirat, dan
diampunkan dosamu….."
 
Ubai bin Ka'ab r.a
 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan


manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari
kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya
selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah
yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan
ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat
dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di
mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat
keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya
lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan
berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah
secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui
apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang
menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam
ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana
mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
 
Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berilah (belanjalah)
dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan
itu nanti Allah akan menutupi rezekimu.”

Riwayat Bukhari & Muslim

Dari Jubair bin Muth’in, katanya:”Aku mempunyai lima nama. Aku


Muhammad (dipuji), aku Ahmad (amat terpuji), aku Mahi
(penghapus) yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan
usahaku, aku Hasyir (pengumpul) di mana dikumpulkan manusia
di belakangku dan aku ‘Aqib (penghabisan).”
 
(Bukhari)
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah
ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W
berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang
sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga
kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk
mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta
memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama
sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu
membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok
lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras
siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu
kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan
kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke
arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya
hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah
cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”
 
(Muslim )

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang


sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap
kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada
cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada
sumber yang tidak disangka-sangka.”
 
Riwayat Abu Daud

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila


dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut
sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin
berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan,
dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang
kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat,
dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu
ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat
dia telah solat.”
 
(al-Bukhari)
 

Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca


surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari
dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia
datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan
mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW
bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun
bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.”
 
al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi
 

Anda mungkin juga menyukai