Keutuhan Wacana
Definisi
SATU ASPEK YANG PENTING KERANA INI MENENTUKAN APAKAH SESUATU ITU BOLEH
DIANGGAP SEBAGAI WACANA ATAU HANYA MERUPAKAN KUMPULAN AYAT YANG
TIDAK TERATUR.
Keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis yang menyumbang ke arah
menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam
berkomunikasi
(Asmah Haji Omar, 1986)
Hubungan wacana dari aspek fonologi berdasarkan hentian , intonasi atau nada suara . Unsur-
unsur tersebut dapat membezakan sesuatu wacana.
Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui nada suara semasa penutur menuturkannya.
Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal, titik
bertindih dan sebagainya. Dalam wacana lisan pula, ekspresi wajah , iaitu keadaan air muka
serta gerakan tangan dan badan merupakan alat-alat untuk membantu memahami ujaran.
a)PENANDA RUJUKAN
1. Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk untuk
menghasilkan perkaitan. 2. Contoh penggunaan kata ganti nama diri orang : Radiah
merupakan pelajar yang amat rajin. Dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
(Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai penanda rujukan ialah dia .)
3. Contoh penggunaan kata ganti nama tunjuk : Mangsa-mangsa banjir di Kampung Seri Murni
itu telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Murni. Mereka tinggal di sana sejak
seminggu yang lalu. (Penanda rujukan yang digunakan ialah di sana .)
b)PENANDA PENGGANTIAN
1. Penanda penggantian bermaksud menggantikan sesuatu unsur bahasa dengan unsur yang
lain . 2. Contoh penggunaan penanda penggantian ialah : Pelajar-pelajar itu sering
ponteng sekolah . Perbuatan tersebut hanya merugikan mereka.
c)PENANDA PENGHUBUNG
Rencana ini bertujuan melihat perkaitan antara kepakaran individu dengan pembahagian tugas
di tempat kerja. Selain itu , rencana ini juga akan menghuraikan amalan pengurusan dan
pentadbiran di pejabat.
d)ELIPSIS
1. Elipsis ialah pengguguran kata , frasa , dan klausa yang telah disebut dalam ayat
sebelumnya. Pengguguran dilakukan kerana pendengar atau pembaca sudah memahami
maklumat tersebut. 2. Contoh elipsis : Ani : Awak kerja di mana ? (Awak bekerja di
mana ?) Abu : Taman Universiti. (Saya bekerja di Taman Universiti.) Ani : Dah lama ?
(Sudah berapa lama ?) Abu : Tiga tahun. (Saya sudah bekerja di sana selama tiga tahun.)