Anda di halaman 1dari 1

Yang Di Pertua

Majlis Perbandaraan Johor Bahru Tengah


Skudai Johor
81200 Johor 09-11-2010

Tuan,
Permohonan Penggunaan Dewan Raya Masai Untuk Majlis Anugerah Cemerlang 2010 SJK(T)
Masai.

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Sekolah Kami akan mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2010 pada
16.11.2010(Selasa) pada pukul 3.00 petang hingga 11.00 malam. Sehungan ini, Saya YDP PIBG
memohon kebenaran tuan untuk menggunakan Dewan Raya Masai bagi Majlis Anugerah Cemerlang
tersebut.

3. Kami memerlukan Dewan untuk dua hari, iaitu pada 15-11-2010(Isnin) dan 16-11-2010(Selasa).
Pada 15-11-2010(Isnin) kami menggunakan dewan untuk membuat raptai bagi Majlis Anugerah
Cemerlang 2010 yang akan dilangsungkan pada keesokkan harinya.

4. Dengan ini, saya memohon kebenaran tuan untuk menggunakan sebahagian kerusi dan meja yang
sedia ada di dewan dan selebihnya akan dibawa dari sekolah kami SJK(T) Masai. Saya berjanji kami akan
menggunakan dewan dengan baik dan akan membersihkan dewan selepas digunakan dan menjaga
keselamatan bahan-bahan yang ada di dewan.

5. Saya berharap tuan akan memberi penuh kerjasama untuk Anugerah Cemerlang 2010 SJK(T)
Masai dan memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan dewan selama dua hari, iaitu pada
15-11-2010 dan 16-11-2010 serta menggunakan sebahagian kerusi dan meja yang sedia ada di dewan.
Kerjasama tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

…………………........
VP. SEKER
YDP PIBG SJK(T) MASAI

Anda mungkin juga menyukai