Anda di halaman 1dari 2

HATI DAN PERASAAN

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui
insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu
bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian
tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi
lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita
tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan
berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan
perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar
yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan
juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan
menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk
mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam
hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam
untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil
masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar
kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda
tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari
yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di
dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin
menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang
ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang
anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik,
percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk
memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda
bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya
menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik.
Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam
perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka
yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta
bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum.
Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum
dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda peringatan anda pada
mereka.

Wallahu A'lam.

Anda mungkin juga menyukai