Anda di halaman 1dari 25

Sembang Budaya

Sembang budaya - 1

Budaya atau kultur adalah suatu perkataan yang telah sebati dalam kehidupan seharian
seseorang insan mahupun sesuatu masyarakat kerana kehidupan insan itu sendiri adalah berpaut
pada sesuatu ciri-ciri kebudayaan yang dihidupkan atau yang ada dipersekitaran samaada dari
sesuatu ciri yang telah lama wujud atau pun sesuatu yang baharu.

Selama insan itu hidup, selama itulah adanya budaya yang dihidupkan kerana kaitan budaya dengan
insan adalah seperti kaitan bernyawa dengan bergerak, bernafas, berjalan dan lain-lain. Hatta
seseorang insan yang cuba melarikan diri dari segala bentuk budaya kehidupan atau segala aktiviti
kehidupan seperti kehidupan bermasyarakat dan lain-lain juga tanpa disedarinya, ia telah
menghidupkan suatu budaya kehidupan menyendiri atau budaya isolasi diri dari dunia luar.

Ini kerana budaya bukan hanya berkaitan tentang kehidupan bermasyarakat atau berkomunikasi
tetapi lebih dari itu, ia adalah berkaitan dengan setiap insan kerana kehadiran sesuatu budaya
itu sendiri adalah dari kehidupan yang dilalui insan samada dari sudut aktiviti yang dilakukan,
dari pemikiran, dari perasaan, kepercayaan yang dianuti, keadaan alam yang dipenghunikan,
persekitaran yang wujud, tekanan-tekanan kehidupan, arus kehidupan yang dilalui, kesenian
yang dihasilkan dan seterusnya.

Hanya dari itu, untuk budaya yang berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat atau sejumlah
kelompok samaada yang kecil atau besar jumlahnya, ia amat penting kerana kesan berterusan
darinya seperti dari suatu generasi kegenerasi atau suatu kehidupan kepada kehidupan lainnya
dalam penghasilan perilaku, cara pertuturan, cara berpakaian, cara berfikir, cara berkarya-seni, cara-
cara menghasilkan peralatan kehidupan, cara menyusun struktur kehidupan, cara berorganisasi, cara
bertindak dalam menyelesaikan masaalah kehidupan dan seterusnya hatta kepada suatu kehidupan
yang membawa kepada kedamaian atau pergolakan yang berpanjangan.

Ini kerana, perkataan budaya atau kultur itu sendiri terkandung didalamnya suatu pengertian
yang amat luas, kepelbagaian mahupun kompleks dimana unsur-unsurnya meliputi dari segala
kegiatan atau aktiviti kehidupan sekelian insan.

Sebagaimana misalnya dari kewujudan sesuatu kebudayaan kehidupan, maka lahir berbagai-bagai
pengertian akan ciri-ciri khasnya seperti bila diperkatakan berkaitan tentang kepercayaan
maka adanya kebudayaan Islam, kebudayaan Hindu, kebudayaan Kristien dan lain-lain
manakala tentang sesuatu kehidupan masyarakat atau bangsa maka adanya kebudayaan Barat,
kebudayaan Timur, kebudayaan warisan, kebudayaan modern, kebudayaan Melayu, kebudayaan
Cina, kebudayaan India dan lain-lain.
Juga dari perkataan budaya atau kultur dalam kehidupan bermasyarakat atau berbagai-bagai bangsa
ini, maka wujudnya istilah-istilah mengikut proses masing-masing seperti multi-kultur
(Multiculture), inter-kultur (Intercultural), imperialism-kultur (Cultural Imperialism), trans-kultur
(Transculturation), sub-kultur (Subculture), akulturasi (acculturation) dan seterusnya.

Contohnya dari kepelbagaian budaya, wujudkan perkataan multi-kultur iaitu dalam sesuatu
masyarakat, terhasilnya kehidupan budaya yang beraneka jenis dengan ciri-ciri khas masing-
masing yang berbeza antara satu sama lain tetapi semua wujud bersama didalam suatu masyarakat
(Negara atau bangsa iaitu suatu jumlah yang besar) atau kepelbagaian budaya yang ciri-ciri khas
masing-masing disatukan atau diadukan dalam sesuatu masyarakat yang digelar "melting-pot",
manakala sub-kultur pula adalah bentuk-bentuk budaya yang kecil serta tersendiri cirinya tetapi
wujud disamping ciri-ciri kebudayaan dominan sesuatu masyarakat.

Dari kepelbagaian bentuk budaya, adalah juga diperkatakan tentang asimilasi (asimilasi adalah
kemasukan sesuatu budaya kepada budaya yang lain sehingga menghilangkan ciri-ciri khasnya
dengan mengambil ciri-ciri budaya lain atau membentuk suatu kebudayaan yang baru), integrasi
(integrasi adalah kemasukan suatu budaya kepada budaya lain tanpa menghilangkan ciri-ciri khas
masing-masing) dan serta kesan-kesan dari kepelbagaian budaya iaitu samaada yang berbentuk
positif atau negatif, mahupun toleransi atau batas antara budaya-budaya tersebut.

Sembang budaya - 2

Lazimnya perkataan budaya dikaitkan dengan kesenian kerana sesuatu penghasilan kesenian atau
artifak itu wajar sahaja menghasilkan suatu corak budaya hidup yang mempengaruhi akan perilaku
insan, pakaiannya, rentak-rentak kehidupannya, bunyi-bunyian, tutur-bahasa atau kesasteraannya,
kehendak atau keinginannya, penghasilan segala hiasan atau dekoratif dalam keperluaan, reka-
bentuk dari tempat penginapan sehingga kepengangkutan dan seterusnya.

Yang mana juga lumrahnya dari corak hidup yang terhasil dari sesuatu penghasilan kesenian atau
artifak, ianya diwarisi dan sehinggalah kemudiannya menjadi tradisi generasi kegenerasi dan ini
seterusnya merangkakan ciri-ciri khas untuk sesuatu kebudayaan. Malah mungkin juga keperingkat
menjadi suatu adat turun-temurun yang diamalkan dan dipertahankan.

Namun kenyataannya, perkataan budaya sendiri mengandung maksud yang lebih meluas
merangkumi bukan hanya dari penghasilan sesuatu kesenian atau artifak, tetapi dari segala kaitan
dengan aktiviti-aktiviti seperti dari kepercayaan, pegangan hidup, idealism (sesuatu dari dalaman
diri seperti dari pemikiran atau perasaan), realism (sesuatu luaran diri yang wujud bersifat konkrit
dan nyata), pengetahuan, pengaruh hidup dan seterusnya dalam kehidupan insan samada yang
membawa kesan kebaikan atau sebaliknya, samaada suatu yang berlandaskan yang hak atau
yang batil atau pun bercampur-aduk antaranya.

Kesan sesuatu kebudayaan keatas insan adalah seperti seorang pengarah filem yang mengarah
sebuah filem, lalu dilakonkan oleh pelakon-pelakonnya dengan watak-watak dari skrip-skrip yang
telah ditulis, bunyi-bunyian yang dilantunkan, reka-bentuk atau suasana yang melatarkan filem
tersebut dan sehinggalah kepakaian yang dipakai seperti dari warna kainnya mahupun potongan
pakaiannya. Yang mana bahawa dalam misal ini, kebudayaan itu adalah pengarahnya manakala
insan-insan yang mengikuti kebudayaan itu adalah pelakon-pelakonnya.

Kebudayaan yang mengajak kearah kebaikan, ianya seperti suatu filem yang jalan ceritanya adalah
tentang watak pihak yang baik sedang kebudayaan yang mengajak kearah kejahatan adalah seperti
suatu filem yang jalan ceritanya tentang watak pihak yang jahat. Hanya-sanya buat filem tersebut,
segala watak yang diarahkan oleh pengarah filem tersebut, berakhir bila tamatnya lakonan itu tetapi
buat sesuatu kebudayaan yang dihidupkan dalam kehidupan, watak-watak dari kebudayaan tersebut
adalah watak-watak sebenar buat diri atau masyarakat dalam kehidupan yang dilalui.

Ini kerana, dari sesuatu budaya itu, seseorang atau sekelompok masyarakat wajar sahaja
menampilkan cara kehadiran mereka, cara pemikiran, cara berpakaian malah sehingga cara ia
mencipta keadaan suasana dipersekitaran kehidupan mereka disamping mempengaruhi atau
dipengaruhi.

Lantas dari itu, pertanyaannya, bagaimanakah ciri-ciri sesuatu kebudayaan tersebut, apakah ia
mengajak kearah kebaikan atau mengajak kearah kejahatan mahupun kehancuran? Apakah sesuatu
kebudayaan itu hanya menjanjikan kejayaan material atau fizikal tetapi menderitakan rohaniah atau
sebaliknya atau mahupun membawa kejayaan dan kebahagian hakiki? Apakah akibat dari sesuatu
kebudayaan itu bila dibawa atau dihidupkan kedalam kehidupan diri dan masyarakat?

Dalam pada itu, sesuatu kebudayaan itu adalah juga bersifat abstrak yang kehadirannya kekadang
adalah spontan dan pantas mempengaruhi seseorang atau masyarakat atas sesuatu sebab. Dimana
diatas sifat abstraknya itu, lazim juga sesuatu yang diduga membawa kebaikan tetapi sebaliknya ia
membawa keburukan atau diduga ia membawa keburukan tetapi ia membawa kebaikan dan
mahupun kesan darinya yang bercampur-aduk antara yang hak dengan yang batil.

Contohnya seseorang yang usia-usianya hidup dalam aliran budaya yang gemarkan keamanan,
membencikan peperangan, hidup tanpa kebendaan atau secara bersederhana, bersifat merendah
diri, zuhud dunia dan seterusnya, tidak mestinya dia adalah seorang “hippies“ yang pergaulan
mereka bebas antara lelaki dan perempuan dan mengambil dadah serta juga tidak semestinya
dia seorang yang melepaskan segala tanggung-jawabnya sebagai seorang insan didunia seperti
tanggung-jawab seorang ayah kepada anak-anaknya dan lain-lain.

Terdapat juga pertindihan-pertindihan budaya hidup atau bercampur-aduk berbagai budaya dalam
kehidupan seseorang atau sesuatu masyarakat contohnya seorang anak muda yang mendakwahkan
akan cara hidup kebudayaan Islam tetapi dirinya seharian hidup dalam suatu budaya lain seperti
sesuatu budaya hiburan, ia kemungkinan kelihatan suatu kebiasaan dan tidak membawa kesan apa-
apa tetapi bila anak muda tersebut yang mendakwahkan sesuatu yang hak tetapi disamping itu, ia
mendakyahkan juga batil seperti pakaian yang menjolok mata atau pergaulan bebas bukan
muhrim maka ini adalah suatu kategori budaya hipokrit atau budaya kepura-puraan.

Sebagaimana dalam arus politik, biasa juga terjadi budaya hipokrit atau kepura-puraan kerana
terdapatnya golongan yang hanya berkeinginan berkuasa atau menduduki tempat yang tertinggi
dikalangan masyarakat serta sanggup melakukan apa sahaja untuk itu tetapi mereka sebenarnya
tiada abiliti atau berkemampuan diatas tugas sebegitu. Lalu apa yang terjadi, hanyalah kepura-
puraan mereka untuk melakukan sesuatu untuk masyarakat sedangkan apa yang mereka rancangkan
hanyalah pertamanya untuk keuntungan peribadi yang mana kesannya bukanlah sesuatu yang baik.
Dimana masyarakat dibawahnya terpaksa menanggung kesilapan itu dan malah kemungkinan
terpaksa pula kemudiannya dibawah imperialism-kultur penjajah yang menjajah mereka.
Sembang budaya - 3

Budaya adalah sebenarnya suatu proses sepanjang hayat insan dan wajar sahaja berlaku perubahan
atau pembaharuan diatas sesuatu faktor. Ini kerana sesuatu budaya itu adalah suatu cara hidup
seseorang atau sesuatu masyarakat dan merekalah yang menghidupkan, melakukan pindaan,
merombak, menokok-tambah, melengkapkan atau meninggalkannya.

Proses budaya adalah seperti berlaku pindaan-pindaan keatasnya samaada untuk memperbaharuinya
atau pun kerana sesuatu sebab yang lain seperti proses kepelbagaian budaya disatukan (melting-
port), proses imperialism-kulture iaitu pemaksaan budaya pihak penjajah keatas budaya tanah
jajahannya, perasaan inferio iaitu perasaan rendah terhadap budaya sendiri lalu mengambil budaya
lain (cultural-cringe), penetrasi-kultur iaitu kemasukan pengaruh suatu kebudayaan kedalam
kebudayaan yang lain seperti dengan jalan damai lantaran komunikasi antaranya dan dari faktor-
faktor lain seterusnya.

Akulturasi iaitu proses sosial suatu kebudayaan masyarakat yang didatangi dengan unsur-unsur
kebudayaan asing yang mana kemudiannya diterima dan diolah kedalam kebudayaannya tanpa
menghilangkan unsur-unsur kebudayaan aslinya sendiri. Disudut lain, proses kedatangan budaya
asing adalah seperti pengaruh sesuatu gaya hidup (trend/fad) yang melanda atau mahupun
pengenalan sebahagian elemen budaya oleh berbagai-bagai kelompok masyarakat (cultural
appropriation).

Terdapat juga kebudayaan yang ciri-ciri khasnya tidak akan berubah atau tidak boleh dirombak
seperti kebudayaan Islam tetapi ia hanya mengalami proses pasang-surut dalam peredaran zaman
bergantung kepada pengamalan, kefahaman, komunikasi dalam penyebarannya serta keadaan
individu atau masyarakat disesuatu tempat untuk menghidupkan atau meninggalkannya.

Dalam proses pindaan atau perubahan keatas sesuatu kebudayaan, penghijrahan atau pergerakan
sekelompok masyarakat dari suatu benua kebenua yang lain atau dari suatu daerah kedaerah yang
lain, memainkan peranan utama. Ini kerana selain berhijrah, mereka juga membawa kebudayaan
mereka bersama dan dengan ini, terjadinya perubahan sosial budaya bila sesuatu kebudayaan
melakukan hubungan dengan suatu kebudayaan yang lain.

Penghijrahan sekelompok masyarakat ini sentiasa berlaku, dari dahulu-kala sehinggalah kini dan
penghijrahan ini adalah kerana beberapa faktor seperti tekanan hidup ditempat asal contohnya
peperangan, kebuluran dan lain-lain mahupun kerana faktor-faktor ekonomi atau juga kerana
keinginan untuk meneroka kehidupan ditempat lain. Diabad ini, pelancong-pelancong yang
melancong diseluruh dunia adalah juga sebahagian faktor darinya.

Manakala gejala globalisasi iaitu seakan dunia hari ini tiada lagi sempadan dalam mana mudahnya
komunikasi antara insan tidak kira dimana sahaja mereka berada seperti melalui alat-alat
komunikasi contohnya internet, pengaruh media-media samaada berita-berita mahupun hiburan-
hiburan, ekonomi seperti perjanjian perdagangan bebas atau mahupun kemasukan secara drastik
barang-barang produk dari suatu negara kenegara yang lain atas permintaan-permintaan seperti dari
suatu gaya hidup dan lain-lain, adalah juga menyumbangkan kepada proses-proses pindaan atau
perubahan keatas sesuatu budaya.

Proses budaya melalui gejala globalisasi tidak dinafikan ada kebaikannya bila-mana pintu
komunikasi antara budaya diseluruh dunia terbuka yang mana membuat mudahnya antara satu sama
lain berkenalan, memahami akan kewujudan berbagai-bagai kebudayaan penghuni dunia lalu
menghormati antara satu sama lain dan disamping penambahan pengetahuan yang lebih luas dari
berbagai aspek. Terutama dizaman ini yang mana mudah untuk insan bergerak dengan pantas
kemana-mana sahaja sudut dunia disamping atmospera dunia yang lebih aman dari waktu-waktu
dahulu.

Bagaimana pun, terdapat juga kesan keburukannya dari gejala globalisasi terutamanya dari sudut
komercial atau perdagangan bila-mana hanya keuntungan sahaja yang diutamakan tanpa
mengendahkan faktor-faktor lain. Ini membuat budaya-budaya negatif mudah memasuki setiap
daerah tanpa mengira ciri-ciri positif kebudayaan asli disesuatu daerah, apatah lagi sesuatu daerah
itu belum bersedia diatas perubahan-perubahan yang mendatang, membuat terutama kaum
remajaanya mudah terjebak dalam arus budaya-budaya negatif.

Sebagaimana contohnya perubahan budaya hidup petani-petani kecil atau negara-negara yang masih
diarus ketinggalan dari serba-serbi dan belum bersedia untuk memasuki pasaran terbuka, namun
terpaksa menghadapi semuanya itu, menyebabkan samaada mereka akhirnya kehilangan segala-
galanya kerana produk mereka yang dari seginya kurang kuatiti dan kualiti jika dibandingkan
dengan produk-produk luar atau pun mereka terpaksa menanggung hutang demi hutang bersama
interest yang perlu dibayar dalam percubaan mereka untuk berdepan dengan syarikat-syarikat
gergasi dari luar.

Sembang budaya - 4

Bahasa memainkan elemen penting dalam sesuatu kebudayaan kerana ia adalah suatu alat utama
dalam komunikasi mahupun dalam catitan-catitan atau gambaran-gambaran tentang segala yang
berkaitan tentang sesuatu kehidupan atau sesuatu kebudayaan. Bahasa juga dikatakan jambatan
antara peradaban dengan kebudayaan.

Bahasa iaitu samaada berbentuk tulisan, lisan (bunyi-bunyian), gerakan bahasa isyarat, gambaran-
gambaran, lakaran-lakaran dan seterusnya yang berkaitan dengan komunikasi dalam tujuan
menyampaikan sesuatu maksud atau menampilkan sesuatu, kini telah berada diera yang mana
segala bentuk-bentuk tersebut dapat disatukan seperti melalui filem-filem, slide-show dan lain-lain,
dan dapat disebarkan melalui internet dalam beberapa saat sahaja keseluruh penjuru dunia.

Bagaimana pun, asas utama bahasa adalah yang diungkapkan melalui lisan (bunyi-bunyian) atau
tulisan merupakan suatu warisan asas dalam pengenalan akan kebudayaan bersama untuk sesebuah
bangsa atau kaum. Dalam kata lain, penggunaan sesuatu bahasa wajar sahaja mencerminkan
gambaran rupa akan kebudayaan sesebuah bangsa.

Lazimnya sesebuah bangsa mempunyai suatu bahasa induk untuk menyatukan mereka dalam suatu
masyarakat biarpun didalamnya terdapat berbagai-bagai bentuk budaya seperti multi-kultur, yang
mana bahasa induk tersebut memainkan peranan sebagai penyatuan buat semua budaya dibawahnya
hingga terbentuk suatu kebudayaan bangsa sesebuah negara. (Hanya terkecuali negara Switzerland
kerana sesejak awal pembentukann negaranya yang kini telah berusia lebih 700 tahun, ia adalah
gabungan daerah berbahasa German, daerah berbahasa Perancis, daerah berbahasa Itali dan Suise
Romance membuatnya memiliki 4 bahasa kebangsaan dan sebagai negara neutral ditengah-tengah
Eropa)

Ini kerana bahasa memainkan suatu elemen penting dalam membantu pembentukan peradaban
kebudayaan sesebuah bangsa yang sebagaimana contohnya diEropa, buku-buku berbahasa Yunani
dan Latin diterjemahkan kedalam bahasa-bahasa Eropa yang lain sehingga banyak perkataan Yunani
dan Latin dipinjam kedalam bahasa Inggris, German dan sebagainya serta kemudiannya juga buku-
buku ilmiah dari dunia Islam yang berbahasa Arab diterjemahkan kedalam bahasa-bahasa Eropa
yang mana ini semua membantu membentuk peradaban proses kebudayaan baru Eropa.

Sebegitu juga dengan bangsa Jepun yang membawa buku-buku ilmiah dari dunia Eropa dan
diterjemahkan kedalam bahasa Jepun sehingga membantu proses kebangkitan peradaban buat
kebudayaan bangsa Jepun dan seterusnya mampu setanding mahupun mengatasi peradaban Eropa.

Contoh lain adalah Korea atau China, menggunakan bahasa mereka dalam proses mengekalkan
serta meningkatkan kebudayaan mereka. Mungkin China berbeza sedikit kerana kebudayaannya
yang ada hari ini lebih kepada kebudayaan yang wujud dari ideologi Komunis, dimana sewaktu
awal revolusi Komunisnya, kaum muda ditanah China begitu keras untuk menghapuskan segala
kebudayaan warisan mereka sehingga banyaknya pertumpahan darah serta penyiksaan dilakukan
kepada mereka yang dipanggil kaum tua, iaitu pihak yang cuba mempertahankan kebudayaan
warisan China. Dalam begitu pun, ideologi Komunis diserapkan dalam kebudayaan China dengan
perantaraan bahasa Cina sehingga menghasilkan suatu peradaban kebudayaan komunis China.

Langkah-langkah mengekalkan bahan-bahan ilmiah kekal didalam bahasa asing tanpa


menterjemahkannya kedalam bahasa sendiri, menyebabkan hanya sekelompok yang boleh
berbahasa asing sahaja dapat mengakses bahan ilmiahnya manakala yang lain hanya bergantung
kepada yang memahami bahasa asing tersebut dan ini wajar membuat sesuatu proses peningkatan
peradaban dalam rangka kebudayaan sendiri bergerak perlahan atau ketinggalan dalam arus dunia
yang semakin pantas bersaing antara satu sama lain.

Atau disudut lain, (contohnya dalam menanam budaya membaca) kesilapan adalah menterjemahkan
banyaknya buku-buku dari bahasa asing yang bukan bahan ilmiah seperti novel cinta, novel seram
dan lain-lain yang mana bahan bacaan ini kurang membantu peningkatan proses peradaban dalam
rangka kebudayaan sendiri dikalangan rakyat marhain, sedangkan yang membantu proses
peningkatan kebudayaan seperti buku-buku yang mengandungi bahan ilmiah atau juga seperti kitab-
kitab agama contohnya karangan ulama-ulama tersohor Ahlu Sunnah wa Jamaah, tidak
diterjemahkan dengan banyak, mahu pun diletakkan harga yang terlalu tinggi untuk buku yang
diterjemahkan, membuat hanya segelintir sahaja yang berpeluang memiliki buku-buku tersebut.

Maka kesan seterusnya iaitu pihak awam yang tidak memahami bahasa Arab atau bahasa-bahasa
asing yang lain serta tidak berkemampuan untuk memiliki buku-buku terjemahan bahan ilmiah yang
tinggi harganya akan meminggirkan usaha untuk menggali bahan ilmiah dari dunia luar mereka dan
ini jelas telah merugikan proses peradaban kebudayaan bangsa Melayu.

Sedang bila sebaliknya banyak usaha-usaha menterjemahkan bahan-bahan ilmiah kedalam bahasa
Melayu seperti contohnya menterjemahkan Al Quran kedalam bahasa Melayu sewaktu dahulu,
maka ia telah mendorong kepada peningkatan kefahaman agama Islam serta membantu penyebaran
agama Islam itu sendiri dirantau Nusantara dalam mana juga, banyaknya perkataan-perkataan Arab
dipinjam dalam kamus bahasa Melayu. Dan ini membantu membentuk peradaban kebudayaan
Melayu-Islam sebagaimana yang dikenali hari ini.
Sembang budaya - 5

Budaya berfikir adalah antara tunjak kepada kewujudan sesuatu kebudayaan kerana asal perkataan
budaya itu sendiri iaitu buddhayah, yang diambil dari bahasa Sanskrit (bermakna perkara-perkara
yang berkaitan dengan budi dan akal insan), boleh diberikan erti juga bahawa kehadiran sesuatu
kebudayaan adalah sebabnya dari pemikiran insan.

Budaya berfikir bukanlah bermaksud angan-angan kosong, termenung membuang waktu atau
berfikir atas sesuatu sebab seperti rindu, dendam, benci, dengki dan sebagainya tetapi lebih
diertikan kepada pemikiran yang membina sesuatu seperti penghasilan idea-idea mahupun
pandangan-pandangan yang bernas, mencari penyelesaian keatas sesuatu masaalah (brainstorming),
menghuraikan sesuatu yang bermakna buat kehidupan, visionari, daya kreatif, innovasi, pemikiran
yang menghasilkan bahan-bahan penulisan ilmiah, memikirkan cara menyelamatkan umat dan
seterusnya.

Budaya berfikir kenyataannya juga bukanlah milik segelintir masyarakat seperti golongan elit, para
seniman, think-tank, pihak atasan dan sebagainya tetapi ia adalah milik setiap insan hatta kanak-
kanak seharusnya dilatih agar memiliki budaya berfikir dalam konsep yang membawa kearah hidup
yang positif. Memperkatakan budaya berfikir hanya milik sekelompok insan atau hanya buat
segelintir masyarakat samalah dengan seorang pelukis yang memperkatakan bahawa seni itu
hanyalah berbentuk lukisan, sedangkan apa yang diperkatakan adalah suatu kesilapan diatas
ketiada-fahamannya akan erti sebenar seni.

Berfikir hakikatnya adalah fitrah insan, dalam mana tanpa menggunakan fikiranya saban waktu,
jadilah kewujudannya seperti haiwanat didunia ini. Menegah budaya berfikir adalah suatu
kezaliman yang amat besar, kerana budaya berfikir itu adalah hak setiap insan. Hanya apa yang
wajar diusahakan adalah sempadan atau pedoman buat budaya berfikir kerana tanpa sempadan atau
pedoman, insan akan mencipta kehancuran demi kehancuran dari pemikirannya biarpun pada
awalnya ia menyangka itu membawa kebaikan, sebagaimana telah termaktub dalam sejarah demi
sejarah kehidupan insan.

Apa yang difikir insan adalah asasnya dari pandangan semesta (Weltanshauung), iaitu persepsi
terhadap dunia yang dipenghunikan atau kefahamannya akan apa dan bagaimana kewujudan segala
dalam alam hidupnya, dalam mana dari situlah insan membina seterusnya suatu kebudayaan dan
kebudayaan ini kemudiannya mampu mempengaruhi serta memberi kesan pada pemikiran mahupun
cara hidup pada insan lain atau generasi seterusnya.

Seperti suatu pusingan ekologi sistem contohnya awan yang menurunkan hujan, lalu airnya yang
mengalir atau bertakung akan membantu kehidupan dialam ini, kemudiannya tersejat keudara
menjadi awan dan awan ini menurunkan kembali air tersebut sebagai hujan dalam pusingan
ekologinya, sebegitulah misalnya akan fikir insan itu mampu mencipta suatu budaya dan budaya ini
pula kemudianya mampu mempengaruhi akan cara insan untuk berfikir seterusnya.

Pandangan semesta samaada dari individu mahupun masyarakat adalah dari keunikan gabungan
pengalaman-pengalaman buat alam yang diduduki dimana pengalaman-pengalaman ini
kemudiannya menjadi kutipan-kutipan yang bersambung-sambung dari satu masa kesatu masa atau
dari suatu generasi kesuatu generasi. Dalam kata lain, apa yang diketahui hari ini serta apa yang
terbina hari ini, asalnya adalah dari pengalaman-pengalaman insan-insan yang lepas terutama bila
adanya catitan-catitan atau data-data yang tersimpan dan dapat disampaikan seterusnya kepada
generasi-generasi kemudian.

Seperti contohnya peta dunia atau rupa akan bentuk muka bumi yang diduduki, suatu waktu dahulu,
insan dari pengalamannya hanya mengetahui apa yang dapat dicapai oleh pandangan mata-
kasarnya, kerana itu ada yang menganggap dunia ini bentuknya seperti diatas sebuah papan yang
mana bila seseorang berjalan kehujung dunia, ia akan terjatuh dari papan tersebut, namun kemudian
diatas pengalaman bahawa tiada pula berlaku kejatuhan bila insan mengembara atau berlayar
ketempat apa yng dianggap dahulunya hujung dunia, mengubah akan persepsinya tentang keadaan
dunia ini. Lalu juga kemudiannya dari pengalaman-pengalaman insan yang kerap bergerak
keseluruh sudut dunia maka terciptanya peta-peta akan rupa bentuk dunia ini. Proses sebegini
akhirnya menghasilkan suatu persepsi yang pasti akan rupa-bentuk alam ini, apatah lagi buat
generasi kini yang dapat melihat bentuk alam ini dari sudut jauh diangkasa.

Pandangan semesta atau persepsi tentang alam ini buat individu mahupun masyarakat akan sentiasa
berkembang atau menjadi luas akan pengertian setiap sesuatu dialam ini terutamanya dizaman ini
yang mana dunia semakin mengecil dengan segala kemudahan modern seperti dari sudut mudahnya
mengakses data berkenaan sesuatu bahan, mudahnya untuk berkomunikasi dari segala penjuru
dunia, adanya pengangkutan untuk bergerak kemana-mana dan pantas, sudut teknologi yang
semakin maju dimana-mana dan seterusnya.

Namun apakah semua itu membantu insan mencapai suatu pemikiran yang tinggi, maju bertamadun
dan membina segala kebaikan buat diri juga buat alam yang diduduki sedangkan apa yang terjadi
adalah sebaliknya iaitu pencemaran misalnya dari sudut pemikiran mahupun budaya hidup yang
dicipta oleh insan dari masa kesemasa. Alam yang didudukinya ini pun semakin tenat diatas
pencemaran yang berterusan dilakukan insan, dalam mana biarpun ada usaha untuk memulihkannya
atau meminimumkan pencemaran tersebut namun aktiviti-aktiviti terutamanya dari sudut komercial
(yang berterusan melakukan pencemaran seperti pencemaran udara, air dan lain-lain) adalah saban
hari lebih besar dari usaha pemulihannya.

Sebagaimana biarpun ada aktiviti-aktiviti insan untuk memulihkan budaya berfikir dikalangan
insan, namun jiwa kebendaan atau jiwa tamak insan lain wajar memusnahkan atau
menenggelamkan proses-proses pemulihan ini. Seperti contohnya, ada kalangan para seniman yang
berusaha menggunakan wadah seni dalam memperkatakan mahupun memperjuangkan sesuatu yang
hak, tetapi terpaksa berdepan dengan berjuta-juta pihak yang lain yang menggunakan wadah seni
hanya untuk mengaut keuntungan atau kepopulariti semata-mata dengan menghalalkan apa sahaja
cara untuk itu biarpun caranya adalah menghancurkan serta merendahkan sendiri tentang apa itu erti
sebenar suatu seni.

Justeru itu, dalam menghidupkan budaya berfikir, perlunya suatu garisan sempadan atau pedoman
buat insan yang mana dengan itu, dapat ia seperti menilai pandangan semestanya dengan sesuatu
yang hak lalu membaiki, membentuk, menapis unsur-unsur negatif disamping memahami
kebenaran dan berdiri diatas kebenaran. Dan didalam ajaran agama Islam, telah ditunjukkan akan
apa itu sempadan serta pedoman untuk insan menghadirkan budaya fikirnya.

Sembang budaya - 6
Fad, gaya atau trend adalah membudayakan sesuatu corak atau rentak hidup yang lazimnya hadir
dalam keadaan menyemangatkan seseorang atau sesuatu kelompok masyrakat namun kemudiannya
setelah waktu berlalu ia ditinggalkan mahupun diganti kepada corak atau rentak hidup yang lain.

Ia adalah suatu tingkah-laku yang timbul dari kecenderongan perasaan diatas sesuatu sebab seperti
usia, minat atas sesuatu pengaruh, perasaan dalam mencuba meneroka suatu corak kehidupan,
pendorong untuk menghasilkan suatu bentuk kreativiti, terkesan dengan suasana sekitar yang
berlaku, perasaan seperti kehadapan atau maju atas kelainan gaya hidup, perasaan memberontak
keatas sesuatu dan lain-lain.

Lazimnya juga, ia wajar sahaja dianggap bahawa itulah satu-satunya cara hidup yang hendak dituju
dan itulah satu-satu cara hidup yang paling kehadapan seperti seorang anak muda yang hidup
ditahun 80an dan mula berjinak-jinak dengan musik rock, maka padanya, tiadalah kehidupan tanpa
berambut panjang dan bergitar, namun setelah waktu berlalu seperti setelah berusia dan melalui fasa
kehidupan yang lain, terasa pula baginya suatu kelucuan bila anak-anaknya terkejut melihat
gambar-gambar dirinya diwaktu muda berambut panjang.

Kesan dari fad,gaya atau trend adalah seperti sekumpulan anak muda yang mengikuti sesuatu aliran
musik, maka terbentuklah budaya hidup mengikut fashion-fashion dari aliran musik tersebut dimana
kecenderongan wajar sahaja mengubah segala perilaku, penampilan, cara bertutur bahasa, cara
menghabiskan usia-usia seharian, cara bersosial, cara pemikiran yang dibentuk dan malah ia mampu
memberi kesan kepada kepercayaan yang dipegangi bergantung bagaimana mendalamnya ia
mengikuti aliran musik tersebut, kepada latar-belakang seperti keluarga yang mendidiknya serta
suasana kehidupannya.

Contohnya, mungkin pada anak-muda berlatarkan keluarga yang beragama serta suasana
kehidupannya dipenuhi mereka-mereka yang sentiasa berpesan-pesan kearah kebaikan, maka
padanya, sesuatu aliran musik itu hanya suatu gaya mahupun minat dan bukan suatu pegangan
hidup tetapi untuk anak muda lain yang tiada berlatarkan keluarga yang beragama yang membuat
dirinya tidak tahu apa-apa tentang pegangan kepercayaannya serta dimana jiwanya kosong, maka
aliran musik ini wajar sahaja mengambil tempat bukan sahaja sebagai budaya hidupnya tetapi
sebagai pegangan kepercayaan hidupnya.

Ini kerana kenyataannya yang mana kesan dari sesuatu budaya yang dihidupkan didalam kehidupan
seharian, bukan hanya pada lahiriah tetapi kepada rohaniah, dalam mana sesuatu kesan buruk
darinya wajar meninggalkan padah seterusnya didalam kehidupan seseorang seperti contohnya
anak-anak gadis yang mengikut suatu aliran kehidupan bebas dengan fashion dan musik terkini dan
hidup penuh hiburan didiskotek-diskotek atau dikonsert-konsert dimana bercampur-gaul bebas
antara bukan muhrim, berakhir dengan kehancuran moral yang menyebabkan dia mengandung
anak-luar nikah atau diperhambakan oleh anasir-anasir jahat.

Disudut lain, ia wajar sahaja membawa kearah materialism atau jiwa kebendaan sebagai contoh
budaya pop kultur (popular culture) iaitu penghasilan bahan-bahan yang tujuannya hanya untuk
diperkenalkan (popular) dan dikonsumi oleh ramai pengguna. Dihasilkan dengan berbagai-bagai
tarikan dalam mana kurang dititik-beratkan pada nilai dari sudut penghasilan suatu kesenian
mahupun dari fitrah insaniah kerana lazimnya tujuan utamanya adalah mengaut keuntungan
disamping memeriahkan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat biarpun kebanyakan produk-produknya
tiada bernilai langsung untuk suatu kehidupan.

Budaya popular juga disebut budaya plastik yang mana ringan, murah, berbagai-bagai warna
"memancar" namun ia mudah rosak atau menjadi tidak menarik dalam waktu yang singkat biasanya
diperkenalkan secara drastik oleh madia massa (mass media) dengan tujuan mencapai maksimum
pelanggan diatas sesuatu produk-produknya.

Tidak dinafikan bahawa dari fad, gaya atau trend adanya kebaikan kerana ia mendorong suatu
kreativiti, suatu semangat kehadapan, suatu yang membuat waktu-waktu hidup tidak dihabiskan
dengan kosong serta malah sesuatu yang menjadi sumber pendapatan namun masaalahnya, ia
lazimnya membuat individu atau masyarakat yang mengkonsumi sesuatu produk atau sesuatu aliran
darinya, bakal menjadi mangsa-mangsa yang mana disumbatkan kepada mereka setiap waktu
produk-produk yang wajar dimiliki atau dibeli sedang itu sebenarnya sesuatu yang tidak
bermanfaat.

Contohnya, keluaran-keluaran berbagai aliran musik telah menghasilkan berpuluh juta jenis irama
diseluruh dunia, yang lazim objeknya hanyalah untuk mengaut keuntungan atau untuk
mempopularkan sesebuah band serta individu dimana kebanyakannya samaada tiada nilai disudut
penghasilan sesuatu seni mahupun membawa pengaruh-pengaruh negatif, tetapi diatas drastiknya
sesuatu media massa memperkenalkannya dikalangan masyarakat umum, maka ramailah yang
kehidupannya hanya digunakan untuk mengikut perkembangan-perkembangan musik-musik
tersebut dimana segala tenaga, fikiran serta kewangan dikorbankan keatas itu dan ini jelaslah adalah
suatu pembaziran yang amat besar serta mensia-siakan waktu kehidupan yang singkat didunia fana
ini.

Sembang budaya - 7

Keadaan atau suasana yang membentuk sesuatu kebudayaan hidup adalah bermakna kesan dari
persekitaran samaada masyarakatnya, dari taraf kehidupannya, dari bentuk muka-bumi yang
diduduki, dari iklim setempat, dari keadaan yang aman atau huru-hara dan seterusnya. Dalam mana,
impak dari keadaan atau suasana yang membentuk sesuatu budaya hidup, samaada disedari atau
tidak, ia lazimnya menjadi sebati dalam diri buat menghadapi kehidupan seharian, sehingga bahkan
membentuk mentaliti yang dimiliki.

Seperti contohnya masyarakat asal yang menetap diMalaysia iaitu masyarakat Melayu
dibandingkan dengan masyarakat dari benua lain yang datang keMalaysia, dimana budaya bekerja
masyarakat yang datang dari benua lain lebih rajin atau gigih dari masyarakat Melayu, bukan
kerana mentaliti masyarakat Melayu pemalas, tetapi kerana kesuburan bumi Malaysia yang
diduduki sejak beribu-ribu tahun yang mana kehidupan disitu adalah amat mudah, selesa cuacanya
serta tanahnya yang subur membuat budaya kerja masyarakat Melayu bersederhana sahaja
berbanding masyarakat yang datang dari benua lain yang lazimnya mereka mengalami banyak
kepayahan ditempat asal mereka atas berbagai sebab dan ini menzahirkan kesungguhan mereka
dalam mencari rezeki.

Sebagaimana negara-negara yang mempunyai empat musim setahun iaitu musim panas, musim
gugur, musim sejuk dan musim bunga, yang mana masyarakat disitu bekerja keras mengatur hasil
pendapatan bergantung pada musimnya seperti persedian dimusim panas sebelum kedatangan
musim sejuk. Juga dari sudut cermatnya menjaga simpanan hasil yang didapati untuk menghadapi
musim-musim yang mana tiada apa hasil diperolehi berbanding dinegara-negara beriklim tropika
yang sepanjang tahun hampir sama sahaja iklimnya dan tidak memerlukan persedian besar untuk
menghadapi musim-musim yang lain.

Manakala negara-negara beriklim panas mahupun berpadang pasir, kebiasaannya dikatakan negara
yang mundur atau rakyat yang tidak progresif sebenarnya bukan kerana mentaliti masyarakatnya
primitif atau ketinggalan, tetapi kerana iklim disitu membuat segala aktiviti-aktiviti sehariannya
terhad. Segala kehidupan disitu adalah dalam rythmus yang perlahan terutama ditengah-hari hingga
beberapa jam sebelum matahari terbenam. Ini seterusnya membawa kesan kepada corak budaya
kehidupan yang amat perlahan. (Kenyataan ini jelas bila singgah atau menetap dinegara yang
suhunya melebihi 40 darjah dan hidup disitu tanpa kemudahan-kemudahan modern seperti
penghawa dingin dan sebagainya)

Mungkin kini, diatas faktor budaya kehidupan modern yang menular disetiap benua dengan
membawa suatu iklim kehidupan yang hampir sama diseluruh dunia dimana kehidupan hari ini
dipenuhi dengan segala kemudahan-kemudahan yang wujud dari dunia modern seperti contohnya
dari segala barang-barang elektronik yang memudahkan kehidupan seharian, keperluaan hidup
mudah didapati samaada dari bahan makanan, pakaian-pakaian mahupun segala peralatan yang
diperlukan, media-media yang membawa segala berita-berita dan seterusnya. Samaada seseorang
itu berkemampuan memiliki kemudahan-kemudahan tersebut dengan cara tunai atau hutang, ia
persoalan yang sama dimana-mana penjuru dunia hatta dinegara-negara maju.

Dari suatu sudut, dunia modern hari ini telah mengubah pola pemikiran insan dan cara hidupnya
menuju suatu budaya globalisasi. Yang mana disetiap penjuru dunia, insan cuba mencapai apa yang
dikatakan produk budaya terkini atau kehidupan yang dikatakan “update”, tetapi dari sudut lain,
faktor ini juga membuka ruang untuk hegemoni atau dominasi budaya negara-negara maju terhadap
negara yang membangun atau negara yang mundur. Dalam mana, masyarakat-masyarakat negara-
negara yang membangun atau mundur biasanya bertindak mengambil apa sahaja dari negara-negara
maju dan menganggap itu suatu corak hidup terkini yang wajar dicontohi (mungkin diatas sebab
kesan dominasi budaya hidup dari zaman penjajahan) tanpa memahami dari apakah latar sesuatu
budaya tersebut.

Contohnya budaya dari aliran musik rock & roll, rock dan seterusnya kepada aliran musik lain yang
lahir darinya, ramai masyarakat diluar benua Amerika menganggap itu suatu budaya terkini,
tambahan diatas kecenderongan sesetengah pihak kepada kehidupan masyarakat kulit putih yang
dikatakan sentiasa terkini (update) kerana pengaruh hegemoni masyarakat kulit putih keatas dunia
sesejak zaman penjajahan, sedangkan disebalik semuanya itu, irama musik-musik ini adalah berasal
dari irama musik blues iaitu dari masyarakat kulit hitam yang merupakan hamba-sahaya dibenua
Amerika suatu waktu dahulu. Aliran musik blues ini adalah irama yang berasal dari budaya hidup
dipadang-padang kapas tempat masyarakat kulit hitam ditindas serta diperhambakan, sebagaimana
juga irama musik jazz yang kini telah menguasai suatu taraf yang tinggi antara musik-musik dunia.

Hegemoni sesuatu budaya keatas budaya lainnya berlaku antaranya kerana perasaan inferio iaitu
perasaan rendah terhadap budaya sendiri lalu mengambil budaya lain (cultural-cringe), seperti
contohnya terdapat kalangan masyarakat Islam yang segan keatas kebudayaan Islamnya sendiri, lalu
menganggap segala budaya yang datang dari luar, terutama dari masyarakat kulit putih adalah
budaya terbaik membuat mereka meninggalkan kebudayaan Islamnya dan mengambil sepenuhnya
corak hidup budaya lain, sedangkan ini menyebabkan mereka kehilangan pegangan mahupun jati-
diri.

Berbalik kepada keadaan atau suasana mampu membentuk sesuatu kebudayaan, sebegitulah dunia
modern hari ini yang tiada sempadan, telah membentuk suatu budaya hidup yang berlainan dari
sebelumnya dimana-mana sahaja dipenjuru alam dan ini juga mempengaruhi mentaliti insan didunia
hari ini. Hatta diMekah hari ini, keadaannya amat berbeza dari suatu waktu dahulu yang mana kini
segalanya dalam bentuk budaya pasca-modenisme (post-modernism) tersendiri, sedang rohaniah
beribadat masih kekal dikalangan hamba-hamba yang sentiasa ingin menuju kepada Penciptanya.

- Pasca-modenisme (Post-modernism) adalah dari perkataan: pasca bermaksud selepas, sesudah


atau setelah manakala modernisme ialah konsep berkaitan hubungan insan dengan lingkungan
sekitarnya di zaman modern.

Sembang budaya - 8

Pemaknaan budaya adalah bergantung dari perspektif mana ia dilihat dan ditafsir. Contohnya
pemaknaan yang wujud dari sudut bahasa telah ada perbezaannya walaupun lazimnya
dimengertikan sebagai makna yang sama seperti dari bahasa Melayu yang diambil dari bahasa
Sanskrit bererti antara budi dan akal dimana pemaknaan kebudayaan itu lebih cenderong kepada
perkara-perkara positif atau kesenian, dari bahasa Latin yang digunakan didalam bahasa Inggeris
disebut kultur bererti pengolahan cara hidup dalam aktiviti kehidupan samaada membawa kepada
bentuk positif atau negatif sedang dalam bahasa Arab, ia disebut tsaqaafah iaitu ertinya cenderong
kepada sesuatu aktiviti atau kehidupan insan yang membina kepada peradaban hidup.

Manakala dari perspektif erti budaya secara menyeluruh, ia adalah bersangkutan kepada kehidupan
insan iaitu berkaitan dengan perasaan, pemikiran, perilaku, penampilan, struktur kehidupan, hasil-
kerja dan seterusnya dalam mana merangkumi tindakan-tindakan dari kehidupan seperti keadaan
kehidupan yang dilalui, amalan seharian seperti cara disiplin hidup, kerja atau usaha yang dilakukan
sehingga pada cara pemakanan, pemikiran saban waktu dan penghasilan yang dilakukan seperti
bahan artifak sehingga kepada segala peralatan yang diperlukan.

Dari itu, perubahan-perubahan sosial yang berlaku dalam sesuatu kelompok masyarakat mahupun
individu-individu adalah berkaitan dengan perubahan-perubahan kebudayaan yang dihidupkan atau
telah sedia-ada dipersekitaran seperti samaada sesuatu perubahan yang membawa kearah peradaban
yang membina atau perubahan yang membawa kepada kehancuran mahupun gejala kemerosotan
moral dikalangan masyarakat atau individu-individu.

Contohnya, mengikut kebudayaan dari sesuatu kepercayaan atau adat tradisi setempat, perkara-
perkara yang merangsangkan pada perilaku perbuatan seks, adalah begitu dikawal (tabu) samaada
tidak langsung membicarakannya atau hanya kalangan pasangan yang bernikah tetapi hari ini, ia
telah menjadi suatu yang lumrah dimana-mana samaada dalam bentuk tulisan, kata-kata (seperti
gurauan, maki-makian dan lain-lain), gambar-gambaran dan seterusnya apatah lagi dengan fungsi
internet yang mana sesiapa sahaja yang tiada idea, akan menggunakan ini sebagai daya penarik
seperti untuk pembaca kepada ruangan tulisan mereka dan ini semuanya membawa kesan
keruntuhan moral diatas ransangan yang terbuka keatas perilaku tersebut.

Sebegitu juga contohnya perkara-perkara lain seperti berjudi atau minuman-minuman yang
memabukkan dalam masyarakat contohnya yang mengamalkan kebudayaan Islam seperti Malaysia
atau Indonesia, ia lazimnya sesuatu yang dicegah namun kini ia menjadi sebahagian dari budaya
hidup disitu samaada bentuk loteri sehingga pembinaan besar-besaran kasino-kasino mahupun dari
jualan todi-todi murah-murahan sehingga kepada pembukaan bar-bar atau kelab-kelab malam dan
ini semua wajarnya mampu mengubah perspektif masyarakat umum atau individu sesuatu tempat
tentang apakah itu sesuatu yang benar-benar ditegah dan amat merbahaya atau masih ada lagi ruang
bertolak-ansur terhadap perkara-perkara tersebut.

Ini seterusnya menyebabkan berlakunya perubahan sosial dikalangan masyrakatnya kerana


perubahan budaya hidup yang dialami dimana suatu waktu dahulu, budaya hidupnya amat tabu atau
mengawal akan perkara-perkara yang mengundang kepada kerosakan moral namun kini, apa yang
dikatakan unsur-unsur kerosakan moral itu telah menjadi suatu budaya yang lumrah pula. Dalam
mana, krisis kejutan budaya (culture shock) terutamanya buat anak-anak muda-mudi yang kurang
pengetahuan agama atau pegangan hidup akan terjadi.

Disudut lain, perubahan-perubahan sosial kearah yang positif juga berlaku diatas perubahan-
perubahan kebudayaan hidup seperti budaya hidup sesetengah masyarakat Eropa atau Jepun yang
berdisplin serta teratur struktur masyarakatnya mempengaruhi masyarakat-masyrakat ditempat lain
untuk menjejaki budaya hidup sebegitu dan membangun masyarakatnya dalam bentuk yang lebih
teratur.

Contohnya, disesetengah tempat, pemandu kereta tidak akan memberi laluan pejalan kaki untuk
melintas biarpun ada garisan untuk pejalan kaki melintas, sedang dikebanyakkan negara Eropa,
adalah suatu kemestian buat pemandu kereta berhenti dan memberi laluan pada pejalan kaki
(budaya pemandu yang berdedikasi mengurangkan kemalangan dijalan-raya). Atau contohnya
adalah menjadi kewajipan pada kerajaan-kerajaan dinegara-negara Eropa untuk memberi sara-hidup
bulanan pada mereka yang tidak berkemampuan atau tiada kerja (dengan ini mengurangkan juga
jenayah-jenayah seperti ragut, samun, pecah-rumah dan lain-lain), sedangkan dinegara-negara lain,
mereka yang tidak berkemampuan atau miskin, lazimnya tiada bantuan langsung keatas mereka,
hanya bergantung kepada sedekah-sedekah insan lain yang prihati.

Contoh lain adalah seperti dengan kedatangan kebudayaan Islam yang sebenar disesuatu tempat,
maka perubahan sosial besar-besaran kearah positif berlaku seperti kurangnya maksiat-maksiat atau
perkara-perkara yang membawa kearah maksiat, kewujudan baitul-mal yang membantu mereka
yang miskin, semangat tolong-menolong dan berpesan-pesan kearah kebaikan, penghapusan riba-
riba yang menekan mereka yang berhutang, bersopan-santun dan perasaan hormat-menghormati
antara muda dengan tua, bertimbang-rasa hatta kepada haiwan dan seterusnya. (Selari dengan
perkataan budaya iaitu tsaqaafah yang membina peradaban)

Sembang budaya - 9

Hakikatnya, agama Islam yang melahirkan kebudayaan Islam bukan sebaliknya. Sebagaimana dari
segala yang termaktub didalam al-Quran dan hadith, maka lahirlah suatu budaya hidup cara Islam
samaada dari sesuatu yang berunsur perintah atau larangan, dari segala cara hidup Nabi Muhamad
s.a.w, atau mahupun sesuatu selari dengan garis-garis panduan yang ada didalam ajaran agama
Islam.

Kerana itu, adanya perbezaan antara penganut agama Islam yang menghidupkan kebudayaan Islam
dalam kehidupan mereka dengan mereka yang bukan Islam tetapi hidup dalam budaya yang selari
dengan agama Islam. Mahupun pihak yang ketiga iaitu mereka yang beragama Islam tetapi tidak
hidup dalam budaya hidup cara Islam atau bercampur-campur kebudayaaan hidupnya yang mana,
ada lebih cenderong kepada budaya hidup cara Islam, manakala ada cenderong kepada budaya
hidup yang diluar konteks ajaran agama Islam.

Lantas dari itu, pertanyaannya, apakah kebudayaan Islam atau ciri-ciri budaya hidup yang lahir dari
agama Islam, apakah yang dikatakan budaya yang selari dengan garis-garis panduan yang ada
didalam ajaran agama Islam (seperti dari tradisi tempatan atau adat penduduk Islam disesuatu
daerah) serta apakah budaya hidup yang selari dengan kehendak agama Islam sedang budaya hidup
tersebut bukan dari agama Islam atau daerah penduduk agama Islam?

Pertama-tamanya haruslah difahami akan hubung-kait antara agama Islam dengan fitrah asli
kejadian insan itu sendiri yang mana, agama Islam adalah agama hanif, iaitu cenderong kepada
kebenaran serta kebaikan. Manakala fitrah asli insan itu sendiri sebenarnya cenderong kepada
kebenaran dan cenderong untuk menuju kepada Pencipta dirinya. (Agama Islam ini sebenarnya
wujud seawal kewujudan insan didunia ini sendiri iaitu dari Nabi Adam a.s. Dan kedatangan Nabi
Muhamad s.a.w yang merupakan Nabi terakhir adalah pelengkap kepada segalanya)

Tetapi, biarpun keadaan insan itu secara fitrah aslinya cenderong kepada kebenaran, namun diri
insan itu juga adalah bersifat naif yang mana biar sehebat mana ilmunya, sekaya mana hartanya,
sekuat mana dirinya, namun hakikat ia adalah penuh kekurangan dan kelemahan sebagaimana
perkataan insan itu sendiri berkait dengan perkataan nisyan iaitu lupa.

Naifnya insan adalah seperti lazimnya ramai yang hidup mengharungi sesuatu pengaruh
kebudayaan hidup dipersekitarannya, dalam mana masing-masing mahu dikatakan hidup dalam
budaya yang terkini sedangkan budaya yang dikatakan terkini itu adalah suatu yang akan
ketinggalan zaman juga akhirnya. Dalam kata lain, naifnya insan adalah kerana ramai yang tidak
mengerti apakah atau kemanakah budaya kehidupan yang dilalui, hanya mengikuti apa sahaja
dipersekitarannya, biarpun itu membawa kearah kehancuran. (Berbeza dengan para anbiya, mereka
sentiasa sedar dan peka tentang keadaan kehidupan dipersekitaran mereka)

Dalam mana, masing-masing sanggup menghabiskan segala tenaga, fikiran serta kewangan untuk
mencapai kehidupan mengikut aliran budaya yang diminati atau diri dipengaruhi, namun akhirnya,
usianya berlalu kosong tanpa disisi dengan sesuatu yang benar-benar berfaedah dan malah dari itu,
fikiran serta hatinya terbelenggu dalam kegelapan sebagaimana seorang yang begitu mencintai
musik, hatinya sentiasa terdendang irama musik yang diminati sedangkan hakikatnya, hatinya mati
kerana tidak digunakan untuk berzikir kepada Allah.

Dan dari itu juga, insan bukan sahaja membawa dirinya melangkah setiap hari kedalam budaya
hidup yang membawa kehancuran atau membawa kearah kekosongan jiwa, tetapi juga
meninggalkan kesan-kesan atau pengaruh yang negatif pada insan-insan lain untuk mengikuti
langkah-langkah kearah kehancuran.

Ini kerana sesuatu bentuk budaya kehidupan, mampu mengubah akan pendirian seseorang mahupun
sekelompok masyarakat samaada berbentuk positif atau negatif. Contohnya budaya atas mengikut
suatu aliran musik atau suatu gaya hidup yang bertunjak kepada sesuatu hiburan semata-mata maka
akan melahirkan jiwa yang ujub serta hipokrit. Dalam mana seseorang itu wajar sahaja merasa ujub
diatas kehebatan dirinya apatah lagi bila seseorang tersebut, namanya terkenal dimana-mana dalam
mana juga, segala upayanya adalah semata-mata dibawah perkataan berhibur sedangkan segala
yang dibawanya hanyalah kekosongan makna hidup atau tidak membawa apa-apa faedah pun.

Sebegitu juga mereka-mereka yang terpengaruh diatas gaya sesuatu budaya hidup mahupun sebagai
peminat setia contohnya dari sesuatu aliran musik atau fashion, akan mereka begitu bangga dengan
keadaan diri mereka yang disangkakan paling kehadapan serta terkini dan segala tindakan keatas
bentuk budaya hidup tersebut adalah semata-mata untuk berhibur, berpoya-poya mahupun
menunjuk-nunjuk yang mana ini semua melahirkan jiwa yang ujub, hipokrit mahupun jumud
biarpun dirasakan hebat diatas dorongan semangat-semangat palsu.

Ini berbeza bila seseorang mengambil atau mengikuti sesuatu budaya hidup namun bukan semata-
mata sebagai “Pak Turut“ atau bukan semata-mata dalam bentuk hiburan seharian, tetapi didalami
akan pengertian mengapa dibawa sesuatu budaya tersebut kedalam kehidupan seharian, yang mana
ini dapat membantu membina jiwa serta fikiran. Seperti samaada untuk suatu perjuangan hidup,
suatu kelangsungan hidup, suatu yang membawa kehidupan kearah kebenaran, suatu yang
membawa jiwa kearah ketenangan hakiki, suatu yang membawa kedamaian, suatu yang membawa
jawapan kepada pencarian diatas makna kehidupan didunia ini, suatu yang dapat membantu
mencapai tahap fikiran yang benar dan seterusnya.

Sembang budaya - 10

Ungkapan seorang bayi yang lahir, fitrahnya suci bak kain putih yang kemudiannya dicorak-
warnakan oleh keadaan sekitar, seperti orang-tuanya, teman-teman dan lain-lain adalah misal yang
paling baik untuk menyatakan bagaimana budaya hidup disesuatu tempat mahupun dari sesuatu
keadaan dapat mencorak akan penampilan dari sudut lahiriah seperti cara berpakaian, bertutur-kata
dan sebagainya, serta juga mempengaruhi jiwa dan fikiran sekelompok masyarakat mahupun
individu-individu dalam masyarakat tersebut.

Seperti mereka-mereka yang dalam suatu persekitaran budaya kehidupan yang sihat atau positif
adalah lazimnya menuju kearah membentuk ketenangan jiwa serta kecerdasan fikiran, disamping
dapat membantu antara satu sama lain menuju kearah suatu kehidupan yang lebih damai, biar pun
kekadang timbulnya masaalah-masaalah yang lumrah terjadi dimana-mana, namun dapat
diselesaikan atau dapat diminimumkan sesuatu permasaalahan tersebut.

Sedang sebaliknya atas faktor-faktor budaya kehidupan dalam gejala tidak sihat atau negatif maka
akan terjadinya banyak tekanan-tekanan jiwa yang dialami dalam sesuatu masyarakat, biarpun
masyarakat tersebut kelihatan begitu maju serta modernnya hidup mereka (terdapat perbezaan
makna antara tekanan jiwa dengan tidak waras, kecuali pada tahap tekanan jiwa yang teramat berat
sehingga mencapai tahap hilang kewarasan), seperti tekanan jiwa dari bentuk kegelisahan jiwa,
kemurungan, kebingungan, kesedihan yang berlanjutan dan seterusnya malah sehingga tahap
membunuh diri mahupun menampilkan segala tingkah-laku yang menyalahi norma kehidupan
seperti hubungan sejenis, penagihan dadah, kelahiran anak luar nikah yang meningkat dan
sebagainya.

Ini kerana, bila seseorang insan terjebak dalam budaya hidup gejala tidak sihat, wajar membuat
dirinya saban waktu dalam keadaan melakukan perkara-perkara yang terlarang atau terperangkap
dalam kehidupan yang cenderung kepada kemungkaran, dalam mana semakin lumrah perbuatan
terlarang atau kemungkaran dalam hidupnya, semakin gelap hatinya dan ini akan bercanggah
dengan fitrah aslinya yang mana menghasilkan konflik dalaman sehinggalah terjadinya tekanan-
tekanan jiwa dalam dirinya samada disedari atau tidak. Keadaan negatif sebegini menular dan
berkembang dengan lebih meluas dikalangan masyarakat, bila dikatakan ia terjadi untuk jumlah
kelompok individu-individu yang besar.

Sebagaimana juga budaya hidup sekitar yang mencabar dimana kezaliman, penindasan, ketidak-
adilan, keegoan dan seterusnya wajar membuat tekanan-tekanan yang darinya lahirlah personaliti-
personaliti yang resah mahupun mentaliti-mentaliti mementingkan diri sendiri, diatas nama untuk
hidup. Atau pun sebagaimana insan-insan yang lahir dizon-zon peperangan adalah berbeza dengan
insan-insan yang tinggal dizon-zon aman, atau kawasan yang padat dan penuh jenayah adalah
berbeza dengan insan-insan yang tinggal dikawasan yang aman dan selamat dari jenayah-jenayah.

Dalam mana, tidak kira apa taraf atau keadaan sekelompok masyarakat tersebut mahupun
untuk individu-individu, selagi tiadanya usaha-usaha saban waktu untuk membentuk budaya
hidup yang membawa kearah kebaikan, atau usaha-usaha mengekang mahupun meminimunkan
gejala-gejala budaya negatif, maka kesan samaada untuk diri mahupun untuk generasi
seterusnya adalah dalam suatu risiko yang besar.

Memang diakui, hakikatnya, ramai yang lahir dalam gejala budaya persekitaran yang tidak sihat
atau negatif adalah bukan pilihan mereka, sebagaimana seseorang yang lahir dari keluarga yang
berpecah-belah tentunya bukan pilihan dirinya, kerana tiada siapa yang dapat menentukan atau
menukar taqdir akan dimana dan bagaimana dia dilahirkan, hanya-sanya usaha perlu dilakukan oleh
setiap pihak untuk menuju kepada suatu kehidupan yang lebih baik terutamanya buat jiwa dan
fikirannya. (Segalanya adalah taqdir, namun insan diberi ikhtiar kerana dunia ini adalah medan
ujian)

Justeru dari itu, budaya mendakwahkan kebenaran dalam kehidupan seharian, tidak kira apa
keadaannya, contohnya samaada dalam keadaan aman atau tidak, adalah suatu usaha yang benar-
benar membantu kearah kebaikan bila ianya dilakukan secara ikhlas dan berhikmah, dalam mana
yang berdakwah mendapat faedah dari sudut kerohanian seperti jiwa dan fikirannya serta
lahiriahnya lebih terlindung dari melakukan kemungkaran, manakala insan lain juga mendapat
faedah dari usaha dakwah tesebut. Dan disamping itu, dapat mewujudkan dimana-mana samada
dikota besar atau pun kawasan pendalaman, suasana-suasana persekitaran dalam budaya hidup yang
sihat atau positif.

Sembang budaya - 11

Tekanan budaya bermaksud budaya kehidupan yang menghasilkan tekanan dan dari situ timbulnya
impak positif atau negatif, contohnya impak negatif adalah seperti "anorexia nervosa" iaitu
menahan lapar atau hilang selera atas beberapa sebab seperti salah satu darinya, keterlaluan
menjaga kelansingan tubuh-badan untuk kelihatan menarik kerana dari tekanan budaya
persekitarannya yang menghendaki penampilan bertubuh langsing.

Mahupun sesuatu yang menyebabkan timbulnya gejala-gejala social diatas kesulitan-kesulitan yang
timbul dari tekanan sesuatu budaya contohnya perhubungan seks sebelum nikah kerana adat-adat
setempat yang menyebabkan kesulitan untuk bernikah sedangkan kehidupan dipersekitaran adalah
terlalu bebas bercampurnya antara lelaki dan wanita bukan muhrim, disamping unsur-unsur yang
membawa kepada ransangan untuk seks seperti dari media-media atau internet adalah berleluasan.
Sebegitu juga dengan kepercayaan karut serta khurafat yang telah menjadi umum kerana tekanan
budaya dari sesuatu kepercayaan, atau rasuah-rasuah yang diperas oleh pihak tertentu mahupun
peniaga-peniaga yang melakukan penipuan dalam perniagaan mereka adalah dari tekanan budaya
hidup yang mengejar kebendaan.

Disamping itu, tekanan budaya bermaksud juga dimana atas sebab sesuatu tekanan, maka
terwujudnya suatu budaya kehidupan yang baru atau menyebabkan sesuatu budaya tersebut
berlanjutan dihidupkan dalam rangka-rangkanya tersendiri contohnya sub-budaya yang wujud
disamping budaya induk. Dalam mana, dari tekanan kerana faktor-faktor tertentu keatas sesuatu
budaya hidup, ia juga memungkinkan kehadiran sesuatu tindak-balas yang positif atau yang
membawa kebaikan.

Tidak dinafikan, banyaknya kehadiran budaya-budaya yang wujud dipersekitaran dunia hari ini
adalah berkaitan dengan tindak-balas dari tekanan keatas budaya hidup yang dilalui. Contohnya
seperti revolusi keatas sesuatu kehidupan yang menekan, mewujudkan berbagai bentuk budaya baru
yang lebih merdeka bentuknya diseluruh dunia, atau kebangkitan-kebangkitan perjuangan untuk
mempertahankan budaya hidup setempat dari dipengaruhi oleh budaya sipenjajah dalam mana
sekaligus, proses ini lazimnya adalah juga proses memperbaharui budaya hidup setempat untuk
bersaing dengan budaya-budaya penjajah atau bekas penjajah yang bersifat negatif.

Sebegitu juga dengan kewujudan beribu jenis sub-kultur diseluruh dunia, terutamanya jenis sub-
kultur yang dikategorikan sebagai budaya tandingan kepada budaya induk disesuatu tempat adalah
lazimnya berkaitan dengan tekanan-tekanan keatas budaya hidup yang dimiliki lalu samada
dirancang mahupun tidak, ditampilkan secara terbuka atau bergerak dalam senyap, ia membawa
impak kepada berbagai-bagai bentuk penampilan samada dari cara berpakaian, bertutur-kata,
berfikir, tulisan-tulisan, bunyi-bunyian, penghasilan bahan artifak dan seterusnya.

Kewujudan sub-kultur dalam budaya induk setempat kebiasaanya adalah kerana perbezaan usia,
jantina, bangsa atau kaum, kelas social, perbezaan agama, perbezaan ideologi, perbezaan minat atau
hajat dan seterusnya, manakala sub-kultur yang dikategorikan sebagai budaya tandingan kepada
budaya induk adalah dimana suatu pihak seperti pihak budaya induk tidak dapat memberikan apa
yang dihajati untuk dijadikan sebagai suatu cara hidup, lalu atas perbezaan pandangan ini, maka
wujudnya sub-kultur atau suatu budaya yang menawarkan cara hidup yang lebih baik, mahupun
juga sebagai cara hidup yang dihajati.

Contohnya, sesuatu masyarakat yang budaya induknya terlalu mengejar kebendaan sehingga
wujudnya tekanan kerja yang stress setiap hari, institusi keluarga yang runtuh dengan meningkatnya
jumlah perceraian, ramainya remaja yang rosak moral kerana orang tuanya sibuk bekerja siang-
malam dalam mana tiada masa mendidik anak-anak mereka, menyebabkan sekelompok insan
mewujudkan sub-kultur iaitu cara budaya hidup yang berbeza dari budaya induk tersebut, untuk
melindungi mereka dan ahli keluarga mereka dari kehancuran seperti yang terjadi kepada
masyarakat yang mengikuti arus budaya induk tersebut.

Sembang budaya - 12

Budaya bangsa terbahagi kepada dua pengertian iaitu pengertian pertama adalah dimana suatu
kelompok masyarakat yang menghuni disebuah negara yang bersempadan, berkongsi akan cara
budaya hidup seperti dari bahasa resmi yang dipertuturkan sehingga pada cara struktur kehidupan
seharian, biarpun dalam bentuk multi-kultur kerana terdapat berbagai-bagai kaum dibawahnya.

Contohnya perkataan budaya bangsa Indonesia atau budaya bangsa Malaysia sedangkan
hakikatnya, kaum-kaum yang berasal dari Nusantara adalah hampir sama akar budayanya.
Perbezaan atas penamaan ini adalah kerana geo-politik yang menjelaskan sempadan sesebuah
negara dan dari itu, dirujuk erti bangsa kepada negara yang dimukimi (nation state). Segalanya
dipisahkan diatas nama sesuatu bangsa yang berkaitan dengan sesebuah negara atau sempadan
negara, bukan pada bangsa yang berkaitan dengan keturunan atau sesuatu kaum.

Manakala pengertian kedua budaya bangsa adalah berkaitan kepada keturunan, etnik atau sesuatu
kaum, biarpun bukan dalam satu negara atau mahupun terpisah tempat mukim mereka dari sudut
geografi dan politik namun mereka tetap disatukan atas nama etnik atau kaum mereka seperti
contohnya budaya bangsa Tuareg dipadang sahara yang mana kedudukan mereka adalah antara
negara Algeria, Mauritania serta Moroko atau juga seperti bangsa Kurdish yang mana adalah bangsa
yang menduduki wilayah yang termasuk dalam negara Iraq, Iran dan Turkei.

Budaya induk bangsa sekiranya dikatakan budaya bangsa sesebuah negara (nation state), maka
lazimnya ia merupakan budaya pihak majoriti dalam sesebuah negara. Yang mana, unsur-unsur
budaya bangsa ini adalah budaya induk yang mendominan disesuatu tempat, tidak kira samaada dari
masyarakat yang berasal dari situ sesejak beribu tahun, atau berhijrah dari tempat lain lalu menetap
disitu atau mahupun dominan sesuatu budaya bangsa keatas bangsa lain dengan pengaruh seperti
ketenteraan, ideologi, komunikasi seperti mass-media dan lain-lain serta juga pengaruh sesuatu
pegangan seperti agama yang dianuti dan seterusnya.

Seperti benua Eropa yang budaya induknya adalah dari budaya penduduk asal benua Eropa yang
merupakan pihak majoriti dalam mana begitu banyak sub-kultur didalamnya hari ini terutamanya
dengan penghijrahan penduduk dari benua lain kesitu, manakala benua Amerika yang budaya
induknya adalah lebih kepada penduduk yang berasal dari luar benua Amerika seperti dari Eropa
mahupun dari Afrika dalam mana budaya induk bangsanya bukan budaya kaum asli seperti Red-
Indian yang merupakan pihak minoriti disitu, sebagaimana juga dengan Singapora yang budaya
induknya bukan lagi budaya penduduk asal iaitu budaya orang Melayu-Islam tetapi budaya
induknya adalah budaya penduduk Singapora yang berasal dari Tanah Besar Cina.

Kesan budaya induk sesuatu bangsa adalah contohnya, biarpun sesebuah negara itu digelar negara
Islam, tetapi pihak majoriti dalam negara tersebut tidak mengamalkan ajaran Islam, malah wujud
banyak unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti tiada larangan berjudi, makan
ditempat terbuka dibulan Ramadan, pasangan yang belum bernikah bebas tinggal bersama dan
seterusnya, maka negara itu hakikatnya bukanlah negara Islam kerana ciri-ciri utama budaya induk
bangsa tersebut tiada langsung mengambarkan ciri-ciri keIslaman.

Namun sebaliknya, biarpun sesetengah pihak tidak bersetuju akan sesebuah negara itu disebut
sebagai negara Islam, tetapi pihak majoriti dalam negara tersebut adalah beragama Islam dan jelas
melaksanakan banyaknya unsur-unsur ajaran agama Islam atau mahupun perkara-perkara yang
selari dengan ajaran agama Islam, maka negara tersebut tetap layak disebut negara Islam kerana
budaya induknya cenderung kepada ciri-ciri keIslaman biarpun negara tersebut belum sampai tahap
melaksanakan sepenuhnya hukum-hukum dari ajaran agama Islam.

Sebagaimana jelas melalui fakta akan kebenaran bahawa Malaysia adalah negara Islam diatas ciri-
ciri budaya induk Melayu-Islam, ditambah lagi akan dari sejarah-sejarah yang telah beratus-ratus
tahun usianya akan kewujudan Kekerajaan yang berdaulat yang mengamalkan sistem bercirikan
ajaran Islam. Membantah akan kebenaran bahawa Malaysia adalah negara Islam diatas fakta budaya
induk bangsanya bercirikan budaya Islam (Melayu-Islam) adalah seperti seorang peguam yang
membantah akan sesuatu fakta kebenaran, biarpun peguam tersebut tahu akan kebenaran tersebut
namun tetap cuba diputar-belitkan fakta kebenaran dengan segala kepakarannya melalui undang-
undang kerana membela anak guamannya yang bersalah.

Justeru itu, sekiranya Malaysia dikuasai oleh majoriti masyarakat bukan Islam, melalui sistem
pilihanraya demokrasi dan tiadanya sistem berpelembagaan beraja, maka budaya induknya akan
berubah kepada budaya masyarakat bukan Islam, dalam mana budaya Melayu-Islam akan menjadi
salah satu sub-kultur iaitu budaya sampingan dengan budaya induk tersebut. Dalam erti kata yang
lain, budaya induk yang mendominan lebih berkuasa untuk menyusun struktur kehidupan
masyarakat disesuatu tempat tersebut seperti contohnya, tiada lagi undang-undang syariat atau
terbatas hanya untuk perkara-perkara seperti perkahwinan atau kematian sedang segala yang lain
diurus dibawah undang-undang sivil dan sekiranya begitu, Malaysia tidak layak lagi digelar sebagai
negara Islam.

Sembang budaya - 13

Hari ini pertembungan budaya bukan antara Timur dengan Barat tetapi pertembungan budaya
adalah dimana bertemunya perbezaan-perbezaan ciri-ciri sesuatu budaya diatas nilai-nilai yang
didukung mahupun unsur-unsur yang dibawa serta dipertengahkan dan pertembungan budaya ini
berlaku dimana-mana hatta didalam suatu kelompok masyarakat yang sama.

Masing-masing mengadili akan kebenaran budaya hidupnya diatas dasar keadaan seperti suasana
atau persekitaran yang mempengaruhi, keadaan dalam memenuhi keperluan hidup, keadaan dari
tekanan-tekanan hidup, akal mahupun nafsu yang berperanan melahirkan hajat atau keinginan akan
sesuatu cara hidup, adat atau tradisi dari jalur keturunan, agama yang dianuti, pengetahuan atau
pengalaman yang dimiliki, taraf kehidupan dan seterusnya.

Biarpun perbezaan ciri-ciri sesuatu budaya dengan budaya yang lain sebenarnya adalah bergantung
kepada nilai-nilai yang ada pada sesuatu budaya, namun pada asasnya, nilai-nilai diatas fitrah insan
dimana sahaja adalah sama, hanya-sanya segalanya berubah dalam ruang dan waktu akan
kewujudan insan mengikut apa yang dialaminya, apa yang mengolah jiwa dirinya, fikirannya serta
kehendak nafsu diri dalam mana perkara -perkara ini mampu mempengaruhi akan keadaan individu
atau mahupun suatu kelompok masyarakat samaada kecil atau besar jumlahnya.

Lazimnya masyarakat dunia membahagikan pertembungan budaya kepada zon seperti zon Timur
dengan zon Barat sedangkan hakikatnya, terutama dizaman penjajahan bentuk kuno telah berakhir
dan bermulanya zaman globalisasi, fakta akan pertembungan budaya antara Timur dan Barat tidak
lagi begitu releven. Mungkin dominan akan sesuatu kekuatan seperti ketenteraan dan ekonomi dari
sesuatu zon, maka penamaan diberi seperti zon Timur atau Barat, namun hakikatnya, budaya hidup
yang ada disesuatu zon adalah tidak jauh berubahnya dengan zon lain terutama bila dimana-mana
wujudnya multi-kultur atau percampuran kepelbagaian bentuk budaya.

Seperti bila memperkatakan budaya Amerika Syarikat dan benua Eropa yang berada dalam zon
Barat, dalam mana hakikatnya hari ini, budaya hidup diAmerika Syarikat benua Eropa adalah tidak
jauh bezanya dengan budaya-budaya yang hidup ditempat lain, malah contohnya kebudayaan Islam
hari ini adalah juga merupakan sebahagian dari multi-kultur diAmerika Syarikat dan benua Eropa,
yang mana ramainya jumlah penduduk Islam disitu hidup dengan cara kebudayaan Islam. Mahupun
dunia zon Timur, apa yang dikatakan budaya pihak barat, lazimnya hari ini merupakan sebahagian
dari corak budaya hidup disitu, contohnya kebudayaan Kristian yang hari ini telah tersebar luas
dalam kehidupan seharian samaada disedari atau tidak, serta malah ramainya jumlah penduduk
yang menganut agama Kristian seperti dinegara Filipine dan tempat lain-lain.

Pertembungan budaya dunia hari ini adalah lebih wajar dinamakan diatas pembahagian seperti
antara negara maju, membangun atau mundur, kepada kuatnya pegangan nilai-nilai kemanusian
atau tidak, kepada kuatnya pegangan moral mahupun tata-susila kehidupan sesuatu masyarakat atau
tidak, peranan dari segala bentuk produk aktiviti insan samada membawa kebaikan atau tidak,
antara yang mempunyai kekuatan pengaruh atau sebaliknya dan seterusnya. Terutamanya budaya
hidup dalam bentuk globalisasi samada datangnya dari sudut ideologi, pandangan hidup,
pengetahuan dari pusat-pusat pengajian, maklumat-maklumat dari mass media atau internet,
tekanan-tekanan hidup, cara berpakaian, musik-musik hiburan, filem-filem yang tersebar luas dan
seterusnya, adalah kenyataannya tiada jauh berbeza dimana sahaja disudut dunia hari ini.

Contohnya pertembungan budaya yang berlaku disesuatu tempat atau dalam kelompok masyarakat
yang sama adalah seperti kaum Cina diMalaysia yang hanya terikat pada undang-undang sivil lalu
bebas meminum arak, berjudi mahupun perlakuan zina, bertembung dengan budaya kehidupan
kaum Melayu yang mana perkara-perkara tersebut adalah merupakan perkara terlarang (tabu)
sesejak dahulu, dalam mana juga kaum Melayu terikat bukan sahaja dengan undang-undang sivil
tetapi juga dengan undang-undang syariat. (tidak dinafikan kaum Cina juga mempunyai budaya
kehidupan berunsur kebaikan-kebaikan yang lain serta ramai kaum Cina menghindari budaya hidup
bebas ini, sebagaimana ramai juga kalangan kaum Melayu yang terbabit dalam gejala social, namun
yang diperkatakan disini adalah akan pertembungan budaya hidup yang ketara disamping
kewujudan undang-undang yang berbeza diatas pertembungan budaya disesuatu tempat)

Pergelisihan dari pertembungan budaya yang memperkatakan antara hak dengan yang batil (yang
membawa unsur-unsur kebaikan dengan sebaliknya) sentiasa berlaku setiap zaman serta tempat dan
sejarah telah menyaksikan bahawa pihak-pihak yang mendokong hak atau kebenaran akan sentiasa
berada dipihak yang menang biarpun kekadang ia mengambil tempoh masa yang lama dan
pengorbanan yang tinggi untuk usaha itu. Ini adalah diatas dasar setiap insan, fitrahnya ingin
menuju kearah kebenaran, mencari kebenaran dan menyedari apa itu kebenaran biarpun pada
awalnya, dikaburi kebatilan atas sesuatu sebab dalam keadaan atau masa yang dilalui.

Justeru itu, persoalannya apakah pihak yang berada dipihak budaya yang benar sentiasa berlanjutan
memperjuangkan kebenaran dan mempertahankan kebenaran atau ia menyerah kalah lalu
mengasimilasikan diri kedalam budaya pihak yang penuh kebatilan? Sebegitu juga, apakah pihak
yang berada dipihak budaya yang benar bersedia memperbaiki kelemahan mahupun kesilapan atau
tetap berkeras dalam mana kelemahan mahupun kesilapan, disertai sikap ekstrem, memudahkan
pihak batil menghancurkannya?

Sembang budaya - 14
Mangkuk salad (salad bowl) atau mosaik budaya (Cultural mosaic) adalah suatu konsep dimana
integrasi berbagai-bagai jenis budaya dalam masyarakat multi-kultur. Ia adalah amat berbeza
dengan konsep mencampurkan segala budaya menjadi satu (melting pot).

Mosaik budaya adalah dimana masing-masing mengekalkan identiti budaya masing-masing namun
dapat hidup bersama antara berbagai-bagai budaya dalam keadaan bertoleransi antara satu sama lain
disamping menerima akan kewujudan budaya lain.

Biarpun adanya unsur-unsur plurarlisme dalam mozaik budaya iaitu suatu struktur yang wujudnya
interaksi antara berbagai budaya yang menunjukkan rasa saling menghormati dan toleransi serta
tidak menghasilkan konflik asimilasi antara satu sama lain namun untuk penganut Islam, terdapat
perbezaan akan erti pluralisme yang mana setiap agama tidak dianggap sama atau kata lain, tiada
pluralisme untuk agama.

Sebagaimana agama Islam bersikap toleransi terhadap agama-agama selain Islam, namun dalam
pada itu, agama Islam tidak menganggap semua agama adalah sama. Mengikut pandangan agama
Islam, jelas wujudnya perbezaan antara agama Islam dengan agama-agama yang lain, iaitu agama
Islam tidak menganggap Tuhan yang disembah oleh penganut agama Islam adalah Tuhan yang
sama disembah oleh penganut agama-agama lain (lakum diinukum wa liya diin - untuk kamu agama
kamu dan untuk aku agamaku).

Prinsip mosaik budaya ini telah melahirkan kejayaan dalam proses multi-kultur dimana berbagai-
bagai budaya dapat hidup bersama dengan suasana yang aman. Dimana juga, nilai-nilai yang baik
atau positif dari kewujudan berbagai budaya dapat diharmonikan dibawah kelompok-kelompok
masyarakat yang hidup bersama dalam bentuk kepelbagaian budaya.

Kelompok-kelompok berbagai masyarakat yang tinggal diKanada atau Malaysia dalam keadaan
lebih aman dibandingkan ditempat-tempat lain yang kerap berlaku permusuhan atau pergeseran
antara masyarakatnya, adalah contoh proses mozaik budaya yang mana adanya permuafakatan atau
kesefahaman untuk hidup bersama dalam suatu keadaan wujudnya berbagai-bagai kebudayaan.

Dalam pada itu, untuk mengekalkan keharmonian dalam kepelbagaian budaya terutama didaerah
wujudnya masyarakat asal yang telah mempunyai kekerajaan yang berdaulat, maka lazim adanya
kontrakt social (Social contract) iaitu suatu perjanjian kesefahaman akan hak-hak penduduk asal
serta juga hak-hak penduduk yang datang berhijrah kesitu, samada dalam bentuk bertulis atau tidak.

Kontrakt social ini bukan menafikan atau menolak kehadiran budaya mereka yang berhijrah kesitu,
tetapi melindungi agar budaya penduduk asal tidak tergugat contohnya bahasa asal disesuatu tempat
serta juga kenyataan akan kedatangan penduduk yang berhijrah kesitu bukan dalam bentuk
penjajahan atau sebagai bangsa yang ingin mendominan budaya dan kuasa tetapi kedatangan adalah
dari faktor-faktor seperti untuk mencari rezeki, untuk mencari penempatan baru, untuk mencari
perlindungan (contohnya pelarian-pelarian politik atau ekonomi) dan seterusnya dalam keadaan
aman dibawah naugan negara baru yang dimukimi.

Keruntuhan budaya (Culture collapse) pula adalah bilamana tiadanya ciri-ciri yang positif atau yang
mendukung kearah kebenaran didalam budaya sesuatu masyarakat. Mahupun didalam sesuatu
budaya yang ciri-ciri positifnya bercampur dengan banyaknya ciri-ciri negatif. Ianya berkaitan juga
dengan kerendahan moral (moral decline) iaitu semakin berkurangnya nilai-nilai yang baik dalam
sesuatu kebudayaan dan tersebarnya perilaku penampilan masyarakat yang melanggar tata-susila
kehidupan atau melanggar kesopanan.
Contohnya, suatu negara yang begitu pesat dengan segala kemodernan serta kemakmuran hidup
rakyatnya, namun majoriti rakyatnya mempunyai moral yang rendah dengan banyaknya maksiat,
perjudian, rasuah dan lain-lain, maka negara itu sebenarnya mengalami keruntuhan budaya biarpun
penduduk negara tersebut menganggap sebaliknya. Dalam mana, akan menjadi begitu tingginya
kes-kes jenayah, kes buli, kes ragut dan lain-lain mahupun sehingga kepada kes-kes bunuh diri.

Keruntuhan budaya membawa kepada keruntuhan masyarakat (Social collapse) dan seterusnya
membawa kepada kebinasaan atas segala yang dibina sebagaimana lazimnya sebagai punca akan
kehancuran atau kejatuhan tamadun-tamadun yang silam.

Sembang budaya - 15

Memisahkan secara total antara budaya dengan agama adalah sebahagian proses sekularisasi
(Secularization), dimana segala unsur-unsur agama cuba diasingkan daripada aktiviti kehidupan
seharian atau dalam kata lain, menuju kepada suatu kehidupan yang bukan berlandaskan unsur-
unsur agama. Mereka yang berpegang pada pendapat sekularism, berpendapat bahawa dalam proses
modernisasi dan rasionalisasi, segala autoriti atau keutamaan agama, wajar dihapuskan.

Proses sekularisasi ini bermula dibenua Eropa kerana kegagalan agama Kristian untuk diselaraskan
dengan kebangkitan tamadun dunia baru diEropa terutama dizaman pencerahan (Enlightenment).
Contohnya pergeseran antara agama dengan kebangkitan dunia baru Eropa adalah seperti Galileo
(1564-642 M) yang berpendapat bahawa bumi bukan pusat universe tetapi pendapat ini ditentang
pihak gereja dan kerana autoriti yang dimiliki oleh pihak gereja, maka Galileo dihumban kedalam
penjara dan segala kajian dan pendapat Galileo tersebut cuba dihapuskan.

Lalu, dalam proses sekularisasi, usaha pertama yang dilakukan adalah menukar tampok
pemerintahan kepada sekularism iaitu konsep dimana antara agama dan kuasa pemerintah atau yang
mempunyai autoriti tertinggi wajar dipisahkan agar suara-suara yang mengancam proses
modernisasi dan rasionalisasi dapat dikawal.

Proses sekularisasi ini kemudiannya tersebar keseluruh alam dalam berbagai keadaan seperti
contohnya Parti Komunis diChina yang melakukan proses menghapuskan segala kepercayaan silam
atau karut orang Cina lalu ditukarkan kepada pegangan tidak beragamanya iaitu ideologi Komunis.
Prose sekularisasi ini biarpun dikaitkan dengan sistem penjajah namun hakikatnya, ia bukan proses
penjajahan tetapi ia proses perubahan sebagaimana yang terjadi dibenua Eropa, benua China dan
seterusnya. Ia dikaitkan dengan penjajahan adalah kerana yang memperkenalkannya adalah pihak
dari benua Eropa yang mana dizaman itu, lazimnya pihak penjajah adalah dari benua Eropa.

Namun bila proses sekularisasi ini cuba diserapkan kedalam dunia Islam, maka terjadinya proses
kemunduran buat dunia Islam (kemunduran bukan sahaja dari sudut duniawi, malah lebih teruk
adalah kemunduran dari sudut fikiran dan kerohanian) kerana hakikatnya, ajaran agama Islam yang
sekiranya difahami dan diamalkan dengan cara yang sebenar, adalah mengatasi segala unsur-unsur
yang dikatakan kebaikan dari sekularism. Malah dizaman keemasan kekerajaan Islam, dunia
mengalami proses kearah modernisasi dan pemikiran rationalism yang dikatakan lazimnya disangka
bermula dizaman Yunani, dapat diterjemahkan akan ertinya yang sebenar oleh pemikir-pemikir
Islam diwaktu itu.
Hatta teleskop yang digunakan oleh Galileo (meninggal - 1442M) untuk mengkaji angkasa-raya dan
peredaran bumi, telah dimulai oleh Abu Ishaq ibn Jundub (meninggal - 767M) yang juga mengkaji
akan alam semesta diwaktunya. Untuk memerhati alam angkasa-raya yang begitu jauh jaraknya,
Abu Ishak ibn Jundub telah menemui prinsip-prinsip untuk mencipta alat-alat asas untuk teleskop.
Dan dari alat-alat asas inilah, ia berkembang sehinggalah kepada teleskop-telesop modern yang
terdapat hari ini. (Muslim Contributions to science)

Sebegitu juga ahli-ahli falak yang lain seperti Al-Battani (meninggal – 929M) yang dikenali
diEropa sebagai Albategni atau Albatenius dan pengarang kitab al-Zij al-Sabi, Abd Rahman Al-Sufi
(903-986 M), Al-Biruni dan Ibn Yunus (meninggal – 1009M) yang mengkaji alam cekrawala. Dan
ini disokong oleh pemerintah-pemerintah Islam atau yang memegang autoriti seperti dizaman
keemasan Islam iaitu zaman Khalifah Al Maimun diBaghdad (830M), yang terkenal dengan Bayt Al
Hikmahnya, yang merupakan sebuah perpustakaan besar buat kutipan kitab-kitab dari berbagai-
bagai ilmu pengetahuan serta juga dari berbagai-bagai kajian.

Yang jelas, asas dari ajaran agama Islam bukan menghalang insan menggunakan semaksimum
fikirannya, menggunakan segala alat-alat untuk memudahkan kehidupannya didunia, menggunakan
tenaganya untuk mengurus alam kehidupannya, tetapi asas dari ajaran agama Islam adalah sebagai
sempadan atau pedoman buat insan untuk bagaimana terus meneroka kehidupannya saban detik
dialam dunia yang dianggap sementara ini, dengan keadaan yang sewajar sebagai hamba kepada
Pencipta alam.

Kerana itu, tiada kata proses sekularisasi iaitu memisahkan budaya kehidupan seharian atau aktiviti-
aktiviti harian dengan agama dalam dunia Islam. Malah sebaliknya, bagaimana setiap amalan dari
ajaran agama Islam dapat dihidupkan dalam budaya kehidupan seharian agar dapat membantu insan
meneruskan kehidupannya dalam keadaan yang terlindung dari segala keburukan mahupun
kesilapan jalan hidup yang diambil.

Contohnya, solat lima waktu yang diwajibkan buat setiap muslim, disamping terutamanya insan itu
sendiri sentiasa berhubung dengan Penciptanya, ia dapat menumpukan tumpuannya yang mana ini
membantu menenangkan jiwa serta fikiran, membahagikan jadual waktu sehariannya kerana setiap
solat adalah mengikut tertib peredaran alam (seperti dari waktu subuh kepada waktu matahari
tenggelam), menjaga kebersihan diri kerana solat mewajibkan kebersihan diri disetiap waktu solat
didirikan. Semua ini amatlah membawa kesan positif atau kebaikan pada setiap insan bila
dihidupkan dalam budaya kehidupan sehariannya, apatah lagi dari sudut mendapat keredhaan dari
Penciptanya.

Sebagaimana juga contohnya dengan solat Jumaat seminggu sekali yang diwajibkan kepada kaum
lelaki muslimin (kecuali ada sesuatu keuzuran atau perkara-perkara yang menghalang seperti
bermusafir dan lain-lain) mahupun solat berjemaah setiap hari atau juga musim Haji diMekah untuk
lelaki dan wanita muslim, dimana setiap lapisan masyarakat tidak kira dari sudut hartanya,
statusnya, warna kulitnya, perbezaan pandangan-pandangan yang dimilikinya dan seterusnya
bertemu dalam suasana bersama-sama sujud mencecahkan dahi kebumi, yang mana ini membantu
membina suatu budaya pemikiran yang positif iaitu akan kefahaman bahawa insan semuanya adalah
sama.

Justeru itu, lantaran tiada pengasingan antara budaya kehidupan seharian dengan ajaran agama
Islam buat penganutnya, maka usaha wajar dikerahkan agar ajaran agama Islam dapat dihidupkan
dimana-mana ceruk kehidupan, samaada dirumah-rumah, diladang-ladang, dikedai-kedai, dipejabat-
pejabat, ditempat-tempat pengajian dan seterusnya kerana segala yang berkaitan dengan ajaran
agama Islam (samaada berbentuk fardu, sunnah, harus mahupun berbentuk larangan dan seterusnya)
sekiranya dilakukan dengan cara yang benar dan dihidupkan dalam budaya kehidupan seharian, ia
membantu penganut agama Islam itu sendiri samaada untuk individu mahupun buat kelompok-
kelompok masyarakat dimana-mana sahaja mereka berada.

--------------------------------------------------------------------------------------------------- Zarch, zürich


http://zar4art.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai