Anda di halaman 1dari 14

Produk sejarah

Bab 1

Apakah insan suatu waktu dahulu dipermulaannya adalah berada dalam tahap primitif iaitu tidak
tahu apa-apa malah menyembah benda yang mati seperti batu-batu, pokok-pokok mahupun patung-
patung lalu kemudiannya menjadi berpemikiran yang tinggi atau insan itu sendiri sebenarnya adalah
suatu mahluk yang sentiasa berpemikiran tinggi malah mengenal Penciptanya, namun kemudian
insan itu sendiri merendahkan pemikirannya atas sesuatu faktor serta menghancurkan apa yang
dibina dahulunya?

Sekiranya dilihat akan tamadun-tamadun lepas, insan dari suatu kurun kesuatu kurun sentiasa
berjaya mendirikan tamadun mereka namun kemudian atas sesuatu kesilapan seperti pemujaan
kepada selain dari Pencipta alam yang esa, keruntuhan moral atau akhlak kerana melanggar fitrah
insaniah yang wajar patuh kepada Penciptanya, lalu mereka dimusnahkan atau mereka sendiri
memusnahkan segala yang dibina.

Contohnya, Teotihuacan (dianggarkan pada 300 S.M), salah satu tamadun ulung dibenua Amerika
dan menjadi pengaruh kepada tamadun lain disekitarnya seperti Zapotek dan Maya dengan
pembinaan piramid bulan dan matahari dalam mana rakyatnya hidup dikota tersebut dalam keadaan
harmoni, pembinaan kota-kota yang sistematik, serta kreatif sebagaimana yang didapati dari ukiran-
ukiran mereka. Sedang penduduk atau pembina bandar Teotihuacan sendiri tidak dikenali serta tidak
diketahui apa bahasa mereka malah nama Teotihuacan juga diberikan nama oleh kaum Aztec.

Sehingga hari ini berbagai-bagai teori yang ada namun segalanya tidak pasti kerana tamadun ini
tidak meninggalkan sebarang tinggalan sejarahnya seperti sesuatu yang bertulis, malah kubur raja-
rajanya pun tidak ditemui. Yang pasti adalah mereka telah membina suatu struktur kehidupan
bermasyarakat yang begitu hebat dengan suatu kebudayaan yang ulung sehinggalah kepada
kejatuhannya.

Ada teori menyebut masyarakat disitu kemudiannya mula mengamalkan kepercayaan karut-marut
yang mana ada penduduknya dikorbankan, adalah penyebab akan kejatuhannya. Atau juga terdapat
sekelompok penduduknya menyembah berhala lalu mereka dihukum bersama penemuan bekas-
bekas berhala yang dihancurkan dan dibakar. Apa pun, bandar yang sebegitu besar dan unik,
akhirnya ditinggal kekosongan dan penuh tanda-tanya kerana tiada kesan apa dijumpai, hanya
tulang serta berhala yang dihancurkan ditemui.

Ini adalah lumrah dimana-mana, setelah waktu berlalu, generasi kemudiannya terkeluar dari arus
yang benar mahupun mereka merubah-rubah segala yang asli hatta banyak sejarah menunjukkan,
sepeninggalan insan-insan dikalangan mereka yang dahulunya menunjukkan jalan kebenaran
kepada mereka, akhirnya setelah waktu berlalu, insan tersebut pula dianggap sebagai Tuhan dan
mereka menyembahnya atau mereka menyembah lain dari yang diajar.

Sebagaimana contohnya Zarathustra (Persia) yang mengajar akan Tuhan yang satu namun generasi
kemudiannya menyembah api, Laozi (Lao Tzu, China), yang menyatakan Tuhan adalah terlalu
agung sehingga tak dapat dibayangkan, namun kemudian sepeninggalannya, beliau pula disembah
sebagai Tuhan, mahupun Nabi Isa, memperkatakan akan keesaan Pencipta alam, mengajar akan
kalimah yang satu, dianggap pula sebagai anak Tuhan oleh generasi kemudiannya dan kalimah
mereka menjadi tiga
Bab – 2

Disebelah pantai Timur semenanjung Arab hari ini menyaksikan banyaknya bandar-bandar baru
dibina dengan bangunan-bangunan pencakar langit dan seakan tiada henti kepesatan tamadun-
tamadun disitu, dari Dubai, Doha, Muscat dan seterusnya yang mana berdekatan dengan daerah ini,
pernah wujud suatu ketika dahulu, tamadun insan yang begitu maju dengan lembah yang subur.

Kaum Aad yang dinyatakan didalam Al Quran akan keadaan mereka iaitu kaum yang membina kota
Iram, kota bangunan bersama tiang sari yang sebegitu besar dan tidak pernah ada seperti kota-kota
sebegini selepasnya. Ibukota bagi kaum Aad dipercayai bernama Ubar yang terletak didaerah Oman
(Al Ahqaf antara Hadramaut dan Oman).

Berbahasa Arab-Arabiah juga terkenal dengan tubuh fizikal mereka yang sangat besar dan kuat
disamping kemahiran serta kepintaran yang mereka ada. Setelah sekian lama generasi berlalu
selepas ditinggalkan oleh Nabi Nuh dan mereka selepasnya , kaum Aad kemudiannya menjadi
penyembah berhala-berhala bernama Shamud, Shada dan Al Haba.

Kaum Aad yang diketahui adanya seorang utusan Allah bernama Nabi Hud yang diutus pada kaum
tersebut untuk kembali kejalan kebenaran sebelum mereka dibinasakan. Tidak dapat dipastikan
tarikh sebenar antara mereka dengan zaman ini dan juga kemuncak ketamadun mereka, hanya
diketahui Nabi Hud yang diutus kepada mereka adalah dari keturunan Sam iaitu anak Nabi Nuh.
(Hud ibn Shalik ibn Arfakhshand ibn Sam ibn Nuh - riwayat Ibn Jarir, kisah Anbiya Ibn Kathir)

Dengan kepesatan kota yang diduduki dan begitu melimpahnya kemewahan, Kaum Aad akhirnya
menjadi kaum yang sombong lagi angkuh diatas kehebatan mereka serta menjadi sebegitu rendah
moral mereka. Kedatangan Nabi Hud adalah untuk membimbing mereka kembali kepada kebenaran
dan mengkhabarkan akan kemusnahan kepada mereka sekiranya mereka berdegil mengikut jalan
yang salah.

Nabi Hud berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Sesungguhnya Tuhan yang aku serukan ini
kepada kamu untuk menyembah-Nya walaupun kamu tidak dapat menjangkau-Nya dengan
pancainderamu namun kamu dapat melihat dan merasakan wujudnya dalam diri kamu sendiri
sebagai ciptaannya dan dalam alam semesta yang mengelilingimu beberapa langit dengan matahari,
bulan dan bintang-bintangnya, bumi dengan gunung-ganangnya, sungai, tumbuh-tumbuhan dan
binatang-binatang yang kesemuanya dapat bermanfaat bagi kamu sebagai manusia.

Dan (Tuhan) membuat kamu dapat menikmati kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Tuhan itulah
yang harus kamu sembah dan menundukkan kepala kamu kepada-Nya. Tuhan Yang Maha Esa tiada
bersekutu, tidak beranak dan diperanakan yang walaupun kamu tidak dapat menjangkau-Nya
dengan pancainderamu, Dia dekat daripada kamu mengetahui segala gerak-geri tingkah-lakumu,
mengetahui isi-hatimu, denyut jantungmu dan jalan fikiranmu.

Tuhan itulah yang harus disembah oleh manusia dengan kepercayaan penuh kepada KeEsaan-Nya
dan kekuasaan-Nya dan bukan patung-patung yang kamu perbuat pahat dan ukir dengan tangan
kamu sendiri kemudian kamu sembah sebagai tuhan padahal ia suatu barang yang pasif tidak dapat
berbuat sesuatu yang menguntungkan atau merugikan kamu. Alangkah bodoh dan dangkalnya
fikiranmu jika kamu tetap mempertahankan agamamu yang sesat dan menolak ajaran dan agama
yang telah diwahyukan kepadaku oleh Allah Tuhan Yang Maha Esa."

Adapun, kaum Aad tetap tidak mahu mendengar dakwah-dakwah Nabi Hud lalu Allah menghantar
angin yang begitu dahsyat yang memusnahkan mereka. Tahap pertama adalah bermulanya dengan
kekeringan yang mana memusnahkan segala tanaman mereka, dalam mana Nabi Hud tetap
menasihatkan mereka agar bertaubat namun mereka tetap membangkang dakwah Nabi Hud.

Kemudian datang awan tebal yang pada mulanya kaum Aad menyangka bahawa itu adalah hujan
rahmat tetapi sebaliknya yang datang adalah azab yang menghancurkan kaum Aad yang durhaka.
Angin taufan yang kencang bersusuli bunyi gemuruh telah memusnahkan segala yang ada berserta
kaum Aad yang durhaka selama tujuh hari dan tujuh malam tanpa henti.

Timbul pertanyaan, apakah insan sesejak awal sentiasa bersaiz kecil fizikalnya kemudian dengan
peredaran zaman mengalami evolusi menjadi fizikal yang lebih besar dan stabil atau sebaliknya
mahupun ada yang sedari awalnya bersaiz besar?

Bab – 3

Kedudukan Mekah sendiri secara geografinya adalah dikelilingi oleh tamadun-tamadun besar dalam
sejarah insan seperti Mesopotamia iaitu terdiri daripada Sumeria, Akkad, Babylonia, Persian iaitu
Medes dan Achaemenid disebelah utara-timur, Kaum Aad dengan kota Iramnya disebelah timur
selatan, kaum Tsamud, Saba, Abysinia disebelah selatan-barat, Eygpt disebelah Barat, Kanaan
(Phoenician), Empayer Sulaiman, Yunani, Rom dan lain-lain disebelah barat-utara.

Salah-satu antara tamadun lama yang dianggap sebagai yang pertama memiliki bahan penulisan
lengkap adalah Sumeria. Sumeria yang merupakan tamadun awal didaerah Mesopotamia
dianggarkan bermula seawal 6000 tahun sebelum masehi. Mendirikan tamadun mereka diantara
Sungai Tigris dan Furat. (Hari ini dinamakan Iraq)

Dari Tamadun Sumeria ini kemudiannya dalam lebih kurang 4000 SM, lahir seperti Empayer
Akkad, dan selepas itu Empayer Babylon dimana Nabi Ibrahim adalah berasal dari situ dan ketika
itu Babylon adalah dibawah pemerintahan Raja Namrud bin Kanaan (hidup sekitar 2275SM – 1943
SM)

Raja Namrud yang terkenal kerana membuka banyaknya bandar-bandar baru semasa
pemerintahannya dan membina suatu bangunan indah dan hebat yang tercatit dalam catatan sejarah
biarpun bangunan tersebut kini telah musnah,bernama Menara Babel (taman tergantung) berserta
kompleks istananya yang begitu hebat.(Ada yang menyatakan taman tergantung ini dibuat selepas
zamannya iaitu zaman Nebuchadnezzar, namun ada catatan `Tablet`mereka yang menyatakan sejak
zaman Namrud lagi ia telah wujud)

Nabi Ibrahim telah diutus untuk mengajak masyarakat disitu untuk menyembah Pencipta alam yang
sebenar dan menjalani kehidupan yang diredhai oleh Pencipta. Nabi Ibrahim melakukan usaha
dakwahnya tidak henti-henti biarpun dakwahnya ditolak.

Suatu hari, ketika masyarakat disitu keluar dari kota untuk berpesta, Nabi ibrahim mengambil
kesempatan ini untuk menghancurkan segala berhala disitu, hanya satu berhala yang terbesar
ditinggalkan dengan kapak yang digunakan untuk memecah berhala yang lain dikalung pada
berhala tersebut.

Terperanjat masyarakat disitu, melihat patung-patung, berhala-berhala yang mereka sembah, hancur
berantakan dan bertaburan diatas lantai sewaktu kembalinya mereka dari tempat pesta. Mereka
berkata: "Siapakah yang begitu berani melakukan perbuatan yang jahat dan keji terhadap tuhan-
tuhan kita?"
Salah seorang diantara mereka berkata dengan nada pasti:"Sudah tentu Ibrahim yang selalu
membangkang sembahan-sembahan kita ini yang menghancurkannya." Lalu mereka menangkap
Nabi Ibrahim dan membawanya kehadapan Raja Namrud. Raja Namrud bertanya kepada Nabi
Ibrahim:"Apakah engkau yang menghancurkan berhala-berhala dan merosakkan Tuhan-Tuhan
kami?"

Nabi Ibrahim menjawab:"Patung besar yang berkalungkan kapak dilehernya itulah yang
melakukannya. Cuba tanya saja kepada patung tersebut, siapakah yang menghancurkannya."

Raja Namrud terdiam sejenak lalu berkata:" Engkaukan tahu bahawa patung tersebut tidak dapat
berkata-kata, mengapa engkau meminta kami bertanya kepadanya?"

Kesempatan inilah yang dinanti-nanti, lalu Nabi Ibrahim menjawab: "Jika demikian, mengapa kamu
sekelian menyembah patung-patung tersebut, yang tidak dapat berkata, tidak dapat melihat dan
tidak dapat mendengar, tidak dapat membawa manfaat atau menolak mudharat, bahkan tidak dapat
menolong dirinya sendiri dari kehancuran dan kebinasaan? Tidakkah kamu sekelian dapat berfikir
dengan akal yang sihat bahawa persembahan kamu adalah perbuatan yang keliru yang dipesongkan
oleh syaitan. Mengapa kamu sekelian tidak menyembah Tuhan sebenar yang menciptakan
segalanya dan memberi kamu sekelian di atas bumi ini dengan segala isi dan kekayaan."

Biarpun benar lagi logik kata-kata Nabi Ibrahim, mereka tetap menolak akan kebenaran. Raja
Namrud kemudiannya memerintahkan agar Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup dengan melontarnya
kedalam api namun bila dilontar kedalam api, Nabi Ibrahim masih selamat, bahkan tiada sedikitpun
tubuh badannya terbakar dan ini amat memeranjatkan Raja Namrud serta masyarakat disitu.

Namun atas kesesatan mereka, mereka tetap berpaling dari kebenaran, hanya-sanya selepas melihat
mukjizat nabi Ibrahim, tidaklah berani mereka melakukan apa-apa lagi kepada Nabi Ibrahim
sehinggalah Nabi Ibrahim mengambil keputusan mengembara keluar dari situ. Raja Namrud juga
akhirnya menjadi seorang yang tertekan jiwanya malah hendak berperang dengan Tuhan,
sehinggalah diberitakan mati dalam keadaan yang hina lagi menyeksakannya.

Berbalik pada Ketamadunan Sumeria, merekalah yang dikatakan pertama menggunakan roda,
membahagikan detik saat pada masa, bahasa yang bertata-tertib dan tercatat sebagai tulisan,
pedagang yang hebat, pembina empangan juga terusan-terusan untuk tanam-tanaman mereka yang
begitu modern disamping juga kreatif dalam kesenian.

Bab – 4

Mesir (Egypt) dikenali bukan sahaja kerana ia merupakan antara tamadun terawal, malah lebih dari
itu, banyak data-data tentangnya masih boleh didapati seperti kota mahupun piramid-piramidnya,
tulisan atau ukiran-ukirannya, harta perhiasannya mahupun juga kalangan Firaunnya yang dapat
dilihat sehingga kehari ini kerana dimumia.

Mesir adalah antara tamadun yang unik dan dibangunkan sepanjang sungai Nile yang merupakan
sungai terpanjang didunia. Juga adalah yang terawal dalam sejarah insan menggunakan kertas, iaitu
dibuat dari pohon papyrus yang tumbuh subur disepanjang sungai Nile. Batangnya dilembutkan dan
ditekapkkan dalam keadaan dianyam dengan keadaan bersilang dan dikeringkan.

Proses pengunaan kertas inilah salah satu sebab yang telah merubah warna dunia dimana bahan
tulisan kemudiannya mudah dihasilkan dimana-mana dibandingkan sebelumnya iaitu ditulis diatas
batu, kulit dan lain-lain. Juga sesiapa sahaja mudah mendapat bahan tulisan dan mengajar kemudian
pada yang lain kerana kertas adalah ringan, murah, mudah untuk menulis dan seterusnya.

Sejarah paling awal tamadun Mesir dianggarkan lebih kurang 5000 sebelum Masehi. Manakala
seawal 8000SM telah dipercayai telah adanya penduduk dikawasan sempadan Mesir dengan Sudan
yang suatu waktu dahulu adalah merupakan lembah yang subur sebelum bertukar menjadi
sebahagian dari Sahara.

Firaun bukanlah nama seorang raja diMesir tetapi ia adalah gelaran raja pada semua pemerintah
diMesir yang dianggarkan lebih dari 250 orang termasuk 3 Ratu mereka (dari Dinasti yang terawal
sehingga kedinasti ke31, juga zaman dibawah jajahan Parsi 404SM dan seterusnya pada Dinasti
jajahan Yunani 332SM, Dinasti Ptolemy 305) yang merupakan salah satu pemerintahan dalam
sejarah dunia bertahan sebegitu lama sebelum dijajah sepenuhnya oleh Rom pada 30SM.

Diantara Firaun-Firaun tersebut, tercatit seorang Firaun yang amat berbeza dengan Firaun-Firaun
lain bernama Amenhotep IV / Akhenaten (1352-1334). Beliau mempercayai akan Tuhan yang satu,
bukan pada agama pagan kaum Mesir waktu itu iaitu menyembah patung-patung mahupun kalangan
Firaun itu sendiri dianggap Tuhan. Beliau juga berusaha membawa kembali masyarakat Egypt
untuk mempercayai akan Tuhan yang satu dan merubah kebudayaan Mesir waktu itu.

Namun sebegitu, dia mendapat tentangan-tentangan dari para-para sami Mesir yang berpegang
teguh kepada kepercayaan Pagan lama mereka iaitu mempercayai banyaknya Tuhan serta
kepercayaan karut-marut disertai dengan ilmu-ilmu sihir. Firaun Akhenaten adalah seorang yang
cintakan kedamaian dan keamanan disamping mimpikan kehidupan yang harmoni dikalangan
rakyatnya telah memindahkan istananya jauh kepadang pasir.

Firaun Akhenaten adalah salah seorang Firaun diabad dinasti ke18, yang mana merupakan zaman
tamadun Mesir mencapai zenith (zaman kemuncaknya). Kemuncaknya tamadun Mesir adalah pada
era Kekerajaan Baru (New Kingdom 1570-1070SM) adalah belum pernah dilihat sebelum itu dan
juga Empayer Mesir telah berkembang besar. (Selepas Nabi Yusuf menjadi wazir kepada Firaun
Mesir, tarikh Nabi Yusuf adalah kemungkinan dalam lingkungan 1600SM-1500SM, sebelum
kedatangan Nabi Musa)

Waktu itu dunia keseluruhannya dibawah prinsip yang kuat berkuasa dan ini amat bercanggah
dengan prinsip Firaun Akhenaten yang gemarkan kedamaian, yang mana beliau telah melakukan
hubungan diplomasi dengan kuasa-kuasa jiran Mesir dan tidak menghantar bala-tenteranya keluar
berperang membuat rakyat Mesir sendiri dibawahnya dapat hidup dalam aman damai.

Seterusnya kerajaan Mesir jatuh kepada generasi kemudian iaitu Tutankhamun (King Tut)yang
mendurhaka akan adanya Tuhan yang satu dalam mana Tutankhamun (mumianya dapat dilihat
sehingga hari ini) telah membawa kembali agama lama pagan Mesir iaitu mempercayai banyak
tuhan, malah meletakkan Firaun sebegai Tuhan.

Selepas beberapa Firaun iaitu lebih kurang yang 6 orang Firaun dari waktu Firaun Akhenaten, kuasa
diambil alih oleh Firaun Ramsses II (1279-1213SM) yang terkenal kerana waktunya itu, Nabi Musa
diutus Allah untuk mengajak insan kembali menyembah Tuhan yang satu.

Mayat Firaun Ramsses II yang terapung dilautan Merah setelah dirinya serta segala bala tenteranya
ditenggelamkan oleh Allah (sewaktu dia cuba mengejar Nabi Musa bersama umatnya menyeberangi
Lautan Merah), juga sehingga kini dapat dilihat kerana dimumia dan disimpan.

Sehingga kini, Firaun Akhenaten menjadi tanda-tanya kerana dia adalah seorang Firaun yang amat
berbeza dengan Firaun lain terutama kerana dia menyembah Tuhan yang satu yang memberi cahaya
menerangi kegelapan (dan beliau bukan penyembah matahari). Tarikh Firaun Akhenaten adalah
antara Nabi Yusuf dan Nabi Musa. Kini setelah lebih 3000 tahun jaraknya, majoriti penduduk Mesir
beragama Islam iaitu mempercayai Tuhan yang satu sebagaimana yang diusahakan dan diharapkan
oleh Firaun Akhenaten.

Bab – 5

Tamadun Indus adalah salah satu tamadun yang terawal yang bermula sejak 7000SM dahulu
diMehrgarh, dengan penempatan kaum petani yang bercucuk-tanam dan membina kediaman
mereka dengan bata yang diperbuat dari tanah liat.

Tamadun Indus ini adalah terletak disepanjang sungai Indus dibenua India yang kedudukannya
adalah dinegara yang dipanggil Pakistan hari ini. Antara tahun 3300-1300SM, terbinanya tamadun
Harappa yang setanding dengan tamadun Mesopotamia juga Mesir dengan 2 kota terbesarnya iaitu
kota Mohenjo-Daro dan Harappa. (Tamadun ini diambil namanya dari kota ini)

Pada tahun 1920, telah ditemui sejarah tamadun Indus ini yang mana dianggarkan dengan
keluasannya adalah merangkumi Himalaya, utara India, Punjab, Gujarat sehingga keBalochistan.
(Sehingga kehari ini ia masih menjadi perdebatan antara teori samaada Aryan yang pertama
memulakan tamadun disitu atau tidak)

Dizaman tamadun Indus ini, telah ada tulisan, ilmu kira-kira (contohnya angka sifar; sebagaimana
Al-Khwarizmi iaitu bapa mathematik dunia, mengaji dan memperbaiki penggunaan angka sifar ini,
Kitab al-jam’wal tafriq bi hisab al-Hindi), sistem kota yang tersusun, undang-undang negara,
peradaban kota yang pertama dengan pengetahuan sistem aliran serta sistem kumbahan seperti
parit-parit dalam kotanya , kesenian yang tinggi dan seterusnya.

Bahasa yang digunakan adalah bahasa Dravidian, iaitu dipercayai ibu kepada semua rumpun bahasa
atau dialek yang digunakan diIndia hari ini seperti Telugu, Gondi, Tamil, Malayalam, Brahui dan
seterusnya.

Lembah Indus ini juga menyaksikan kemasukan Islam kebenua India dibawah Muhammad bin
Qassim (695-715) yang berasal dari Kota Thaif. Beliau telah menawan wilayah Sindh dan Punjab
disepanjang sungai Indus yang mana sebelumnya disebelah barat telah berada dibawah Empayer
Islam diwaktu Syaidina Umar. Waktu itu beliau hanya berumur 17 tahun.

Terdapat juga sejarah yang diriwayatkan oleh Haji Mohamed Kandahary dalam Kholasut-ul
Hikayat yang menyatakan bahawa sekumpulan 7 buah kapal dari Selandeep (Sri Lanka) yang terdiri
dari mereka yang telah memeluk Islam (termasuk kaum wanita), belayar untuk mengerjakan Haji
namun dipertengahan jalan dipelabuhan lembah Indus, iaitu pelabuhan Debal, mereka ditawan oleh
Raja Deebul. Ini menyebabkan peperangan keatas Raja Deebul dan seterusnya merupakan faktor
kemasukan Islam kebenua India.

Dari lembah Indus ini juga, Islam tersebar seterusnya kepelabuhan Melaka apabila pendakwah dari
Gujarat telah sampai keMelaka sebelum tahun 1409. Raja Melaka yang pertama, Parameswara,
memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Shah. Yang mana dalam
tempuh sebulan kemudiannya, seluruh penduduk bandar Melaka memeluk Islam dan dari situ Islam
dikembangan jauh keNusantara.

Berbagai-bagai pendapat akan tarikh sebenarnya Raja Melaka yang pertama memeluk Islam serta
bagaimana Islam sampai disitu seperti dari pedagang Arab mahupun kemungkinan atas pengaruh
Zheng Ho, panglima dari Tanah Besar China yang beragama Islam yang kerap berulang belayar
kesitu. (Bagaimana pun terdapat laporan semasa Zheng Ho sampai kesitu, iaitu tahun 1409, Melaka
telah pun menjadi tanah Islam)

Yang pasti, Raja pertama Melaka bukanlah menganut Islam kerana perkahwinan, malah yang
bernikah dengan puteri Pasai adalah Sultan Megat Iskandar Shah pada tahun 1414, iaitu anakanda
kepada Raja pertama Melaka (Sultan Iskandar Shah), sebagaimana laporan dari penulis China, Ma
Huan.

Bab – 6

Jericho yang terletak dalam wilayah Palestin adalah dianggarkan pada 9000SM, telah ada
penempatan disitu sebelum berubah menjadi kota. Kawasan Tebing Barat ini juga telah berada
dibawah banyak kuasa-kuasa besar seperti Assyrians, Egypt, Babylon, Cyrus the Great, Kekerajaan
Israel, Alexandra the Great mahupun Parsi.

Penduduk asalnya adalah orang Palestin sendiri biarpun fakta ini cuba diubah dan sejarah cuba
ditukar oleh kaum Yahudi dengan menyatakan bahawa Palestine bukan berasal dari situ atas dasar-
dasar politik monopoli dan penjajahan Kaum Yahudi.

Kedatangan kaum Yahudi hanyalah dalam lingkungan 1800SM iaitu ketika Nabi Ibrahim berhijrah
kesitu dari Babylon sedangkan sebelum itu, wilayah ini telah lama diduduki dan malah penduduk
asal disitu telah membina tamadun berserta kebudayaaannya sedari tempuh yang awal.

Sedangkan kaum Yahudi ini hanya mula membina kekerajaannya disitu adalah lewat kemudiannya
dari keturunan Benyamin iaitu adik kepada Nabi Yusuf, yang mana keturunannya menjadi Raja
yang pertama pada Bani Israel dan seterusnya disambung oleh Nabi Daud serta Nabi Sulaiman
(Kekerajaan Israel: 1050-930SM).

Selepas Nabi Sulaiman, mereka berpecah sebelum dimusnahkan oleh Nebuchadnezzar (Babylon)
keseluruhan kekerajaan Israel sehinggalah dibangunkan kembali oleh Zionis pada awal abad ke20
dan menjadi negara Israel hari ini.

Yang jelasnya, sebelum kedatangan kaum Yahudi disitu, wilayah ini adalah daerah yang telah lama
ada penduduknya berserta kebudayaan mereka dan diantara tamadun yang terkenal adalah Tamadun
Canaan ataupun Phoenicia yang dikenali merupakan ahli laut yang hebat.

Mereka menguasai seluruh lautan Mediterrenian dan juga merupakan pedagang yang terkenal. Hatta
mereka telah belayar jauh keAfrika lebih beribu tahun sebelum Vasco Da Gama dan mereka juga
lebih awal lagi telah belayar keutara Eropa.

Zaman zenith Tamadun Canaan (zaman kemuncak) adalah waktu bila Empayernya telah
menjangkau seluruh Afrika Utara mahupun selatan Eropa, yang mana menjadikan Tamadun Canaan
ini meliputi berbagai-bagai kacukan dari berbilang bangsa mahupun kebudayaan (multi-culture).
Kota Tyre yang hari ini terletak dalam negara Lebonan, adalah merupakan bandar terbesar serta
pelabuhan utamanya.

Menggunakan bahasa Canaan iaitu dari rumpun bahasa-bahasa semitik. Bahasa-bahasa Semitik
yang menjangkau lebih dari 300 juta insan yang menggunakannya hari ini terdiri dari bahasa Arab,
Amaric/Tigrinya (Ethiopia), Ibrani (Hebrew-Yahudi).
Bahasa Semitik ini dipercayai adalah bahasa yang paling awal digunakan iaitu dari keturunan Nabi
Nuh, Shem dan merupakan bahasa yang terawal dicatit dalam bentuk tulisan, iaitu penulisan
Akkadia yang digunakan diMesopotamia.

Canaan juga telah memperkenalkan abjad-abjad yang digunakan kemudiannya oleh latin dan kini ia
meluas digunakan diseluruh dunia seperti tulisan Inggris, Turki, Melayu dan seterusnya.

Kebudayaan Yarmukian iaitu dalam 6000SM yang terletak hari ini dilembah Jordan adalah salah
satu budaya yang tertua sebagaimana ditemui objek-objek seni mereka di Shaar HaGolan. Manakala
kebudayaan Ghassulian yang mengusul kemudiannya adalah yang membentuk seterusnya Tamadun
Canaan.

Tebing Barat ini mula diperkenalkan pada Islam dizaman Syaidina Umar yang mana kisah terkenal
tentang Syaidina Umar berjalan kaki dari Madinah keJerusalem untuk mengambil kunci kota
tersebut.

Bab – 7

Susa adalah salah sebuah bandar lama yang dianggarkan 5000SM dan merupakan ibukota bagi
Elamite iaitu tamadun terawal ditanah Parsi. Tarikh adanya penempatan berserta kebudayaan
sebelum menjadi kota adalah mungkin lebih lama iaitu dianggarkan 7000SM.

Dari situ seterusnya terbina tamadun seperti Kassites, Median, Achaemenid, Sassanid sebelum
ianya berada dibawah kekerajaan Islam pada kurun ke8. Keseluruhan Empayer Parsi ini meliputi
dari Sungai Indus diTimur, Teluk Persi, Teluk Oman, Sungai Furat, Kaukasus, Lautan Kaspian dan
Lautan Aral disebelah utara.

Rumpun asal-usul bangsa Aryan (Sanskrit – Arya) atau Indo-Aryan/Indo Eropa adalah suatu bangsa
asal yang merangkumi Eropah, Iran serta utara India yang mana dikatakan antara tarikh 2500SM,
mereka berhijrah kesitu secara besar-besaran lalu membina Tamadun-tamadun Median, Achemenid
dan seterusnya sehinggalah kehari ini yang dikenali sebagai negara Iran. (Ada pendapat Aryan
adalah dari Tanah Parsi terutama bahagian utara, kemudian berhijrah keluar sehingga kedaerah
Eropah)

Empayer Sassanid (224-651) merupakan Empayer terakhir Parsi yang mana pernah merangkumi
dari Mesir, semenanjung Arab (kecuali bahagian tengah yang mana terletak Mekah dan Madinah)
dan seluruh Asia tengah ini sentiasa berperang dengan Rom dalam merebut kekuasaan dirantau
tersebut.

Empayer Parsi ini kemudiannya jatuh ketangan Islam diwaktu Syaidina Umar. Selepas Syaidina
Umar dan Syaidina Usman, jawatan Khalifah beralih kepada Syaidina Ali namun, berlaku
pergolakan diantara umat Islam waktu itu. Diantara Khalifah Syaidina Ali dengan Muawiyah,
terjadinya fitnah dikalangan umat Islam.

Selepas kematian Syaidina Ali, Syaidina Hassan dibunuh lantaran perebutan kuasa, dan kemudian
adiknya pula iaitu Syaidina Hussien dibunuh. Syaidina Hussein dibunuh diKarbala atas arahan
Yazid, Khalifah Umaiyah diwaktu itu. Kepala Syaidina Hussien dipancung untuk dibawa kepada
Yazid dan bila sampai pada Yazid, dia telah memperolok-olokkannya. Yazid kemudiannya
meninggal dunia tidak lama dari peristiwa itu dalam keadaan yang amat tersiksa, iaitu hanya 3
tahun setelah dia menjadi Khalifa.
Pihak pengikut dibahagian Syaidina Hussien terutama kalangan dari Parsi yang seolah berada
disuatu ikatan kekeluargaan dengan Syaidina Hussien tetap berjuang untuk kebenaran. Dikatakan
suatu ikatan kekeluargaan adalah kerana Syaidina Umar telah menikahkan Syaidina Hussein dengan
Shahrbanu iaitu puteri kepada Mahajara Yazdegerd III yang merupakan Maharaja terakhir bagi
Parsi.

Dari perkahwinan Syaidina Hussien dengan Shahrbanu, lahirlah Zainul Abidin (Ali bin Hussein)
seorang yang terkenal waraknya dan terselamat dari kejadian massakar, pembunuhan keatas
Syaidina Hussein, pengikut serta keluarganya diKarbala.

Suasana politik yang tidak menentu waktu itu, tambahan ramainya mereka yang baru memeluk
Islam dan belum mengerti mendalam akan ajaran Islam seperti dari kalangan penduduk Parsi,
memudahkan untuk musuh-musuh Islam memesongkan mereka.

Dalam mana, pihak musuh Islam secara perlahan berjaya menanam benih-benih perbezaan kalangan
Islam iaitu fahaman Syiah yang bertentangan dengan fahaman Sunni. Terutama dalam keadaan
tersebut yang mana emosi adalah lebih digunakan dari rasional. Ibn Saba iaitu Rahib Yahudi yang
dikatakan berpura-pura memeluk Islam dizaman Syaidina Usman, adalah dipertanggung-jawabkan
diatas terbentuknya fahaman Syiah.

Dari Tanah Parsi ini juga telah lahir ramainya alim-ulamak serta para cendekiawan Islam yang
menjadi asbab akan dunia modern hari ini. Terutamanya bila dibawah kekerajaan Sunni Abbasid
(750-1258) keturunan Abbas (pakcik kepada Nabi Muhamad) berpusat diBaghdad, sewaktu
menguasai rantau Islam termasuk Tanah Parsi, iaitu selepas zaman Umaiyah.

Antara ulamak-ulamak kalangan Mahzab Syafii yang terkenal berasal dari Tanah Parsi adalah: Ibnu
Majah (824-887, Qazvin/Iran, Sunan Ibn Majah), Imam Al Bayhaqi (994-1066, Bayhaq/Khurasan),
Imam Tirmizi (824-892, Khurasan, Sunan al-Tirmizi), Imam Muslim (821-875-Nishapur, Sahih
Muslim) dan Imam Ghazali (1058-1111, Tus/Khorasan).

Bab – 8

Kaum Tsamud adalah dari kalangan bangsa Arab iaitu mereka yang menghuni diutara Semenanjung
Arab. Dipercayai seawal tahun 2300 SM, mereka telah membina tamadun dikawasan Jabal Athlab
dengan kota utamanya bernama Al-Hijr (Madian Sholeh).

Kaum Tsamud ini terkenal dalam memahat dibukit-bukit batu untuk dijadikan bangunan-bangunan
yang hebat, pedagang-pedagang yang mahir disamping kesenian-kesenian yang tinggi nilainya
dengan kota Al-Hijr menjadi pusat perdagangan dirantau tersebut.

Kekerajaan kaum Tsamud ini mengikut penelitian arkeologi dari sejumlah besar batu-batu yang
bertulis dan bergambar hasilan kaum Tsamud ini, tidak hanya diJabal Athlab atau sekitar kota Al-
Hijr (sehingga kehari ini masih dapat dilihat disitu sebahagian dari bekasan bangunan-bangunan
yang dipahat ditebing-tebing bukit batu) tetapi menyeluruh ditengah Semenanjung Arab.

Sebagaimana yang dicatit oleh Empayer Assyrian akan Kekerajaan kaum Tsamud ini, iaitu pada
tahun 715 SM, menyatakan kaum Tsamud ini adalah dari suatu kekerajaan yang merangkumi pantai
barat serta bahagian tengah Semenanjung Arab.

Manakala dari pengaruh tamadun kaum Tsamud ini disambung seterusnya oleh kaum Nabasia yang
juga dari kalangan bangsa Arab dan berkembang sehingga kesempadan Syria dengan membina
tamadun Al Anbaat (Nabataeans) yang mana sehingga kehari ini dapat dilihat hasil pahatan mereka
dibukit-bukit seperti diibu-kota mereka iaitu Al Khazneh, Petra (Jordan) sebelum mereka
kemudiannya dijajah oleh Rom pada tahun 100 SM.

Nabi Sholeh diutus kepada kaumnya, kaum Tsamud ini untuk mengajak mereka kembali kepada
jalan kebenaran setelah kaum Tsamud ini menjadi kaum yang sombong diatas tamadun yang dibina
disamping juga mereka ini telah menjadi pemuja berhala-berhala.

Kaum Tsamud tidak mahu mendengar dakwah Nabi Soleh lantaran kesombongan mereka. Mereka
menuntut bukti akan kebenaran kata-kata Nabi Soleh, maka Allah keluarkan dari batu bukit yang
mati, batu bukit yang mereka pahat untuk dijadikan bangunan-bangunan, sesuatu yang hidup iaitu
seekor unta dengan anaknya.

Nabi Sholeh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu
selainNya, sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah
ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan dibumi Allah dan janganlah kamu
menganggunya, dengan gangguan apa pun, (yang kerananya) kamu akan ditimpa siksaan yang
pedih. Dan ingatlah olehmu diwaktu Tuhan menjadikan kamu penganti-penganti (yang berkuasa)
sesudah kaum Aad dan memberikan tempat bagimu dibumi. Kamu dirikan istana-istana ditanah-
tanah yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-
nikmat Allah dan janganlah kamu bermaharajalela dimuka bumi membuat kerosakkan“. (Surah Al-
Araf, ayat 73-74)

Bagaimana pun kaum Tsamud tetap mengingkari malah membunuh unta tersebut kemudiannya.
Nabi Sholeh telah memberi mereka tempoh selama 3 hari untuk kembali bertaubat dan kembali
kepada jalan kebenaran.

Namun tanpa gentar, kaum Tsamud memperolok-olokkan pula amaran Nabi Sholeh serta menuntut
dipercepatkan azab yang dijanjikan. Mereka malah juga merancang untuk membunuh Nabi Sholeh
dalam mana selepas tempoh 3 hari, sebagaimana yang diamarankan, datangnya petir yang maha
dahsyat yang disertai bunyi yang amat keras sehingga memecahkan gegendang telinga, dan mereka
seterusnya dimusnahkan.

Bab – 9

Kekerajaan Saba adalah dikatakan bermula 1700 SM terkenal dengan pembinaan empangan airnya
yang telah menghijaukan daerah tersebut serta seterusnya memajukannya menjadi salah satu pusat
pertanian serta perdagangan utama.

Kekerajaan Saba ini adalah terletak diselatan Semenanjung Arab (hari ini bergelar negara Yemen)
dengan kota utamanya Maarib, yang terhasil dari suatu tamadun yang tinggi dari segi pembinaan
serta kebudayaannya.

Kaum yang menguasai Kekerajaan Saba ini adalah dari rumpun Arab yang mana kemudiannya,
Ratu Saba iaitu Ratu Balqis diberitakan telah bernikah dengan Nabi Sulaiman (1011 SM – 931 SM)
dan dari situ, generasi kacukan ini seterusnya membina Empayer Abisinai yang merangkumi
Yemen, Ethiopia, Eritrea mahupun Somalia.

Pada zaman permulaan Empayer Abisinai ini, mereka adalah terdiri daripada mereka yang
menyembah Tuhan yang satu, dibawah ajaran Nabi Sulaiman, namun setelah mengecap zaman
zenithnya, mereka mula melupai ajarannya dan mula melakukan kemungkaran.
Manakala dibahagian Ethiopia, tetap mereka dengan agama ahli kitab yang dibawa oleh Nabi
Sulaiman (sehingga kini ada digelar Judah Ethiopia) dan juga yang kemudiannya menukar kepada
agama Nasrani (Ortodok Kristian).

Berbalik kepada kisah Kaum Saba, setelah waktu berlalu, penduduk kota Maarib mula terpesong
dari kebenaran dan berpaling dari menyembah Tuhan yang satu serta juga melakukan banyaknya
kemungkaran yang mengundang kemusnahan kepada mereka.

Kisah kemusnahan yang menimpa mereka ada dinyatakan dalam Al Quran:

"Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu
dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Kepada mereka dikatakan): Makanlah
olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya.
(Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun. Tetapi
mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua
kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl
dan sedikit dari pohon Sidr. Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka karena kekafiran
mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-
orang yang sangat kafir." (QS. Saba, 34:15-17)

Kesesatan serta kemungkaran terjadi pada mereka adalah lantaran kemakmuran dan kemewahan
yang dikecapi menyebabkan mereka ditimpa mala-petaka. Seluruh kota dimusnahkan oleh banjir
dahsyat bila tiba-tiba empangan besar mereka dikota Maarib pecah.

Lalu musnah segala perkebunan anggur, tamar serta kebun-kebun kaum Saba, termasuk juga
kediaman-kediaman ditambah kematian dimana-mana. Azab yang menimpa kaum Saba dijelaskan
dalam Al Qur’an dengan ungkapan, "Sailul ‘Arim," atau Banjir ‘Arim. Istilah Al Qur’an ini juga
menerangkan bagaimana bencana ini terjadi iaitu perkataan "’Arim" berarti "empangan". Yang
mana banjir berlaku bukan dari ribut hujan tetapi dari empangannya yang pecah.

Manakala Empayer Abisinai yang diteruskan disebelah Ethiopia pula terkenal akan Raja Negusnya
yang menerima pelarian Islam yang ditindas diMekah diwaktu permulaan Islam. Asbab
penghijrahan ini juga membuat Raja Negus kemudiannya memeluk Islam apabila melihat akan
kebenaran agama Islam. Sehingga hari ini, lebih dari 40% penduduknya adalah beragama Islam.

Raja Negus cuba membawa rakyatnya juga pada agama Islam namun ditentang oleh paderi-paderi
disitu dan apabila beliau meninggal dunia, anaknya yang beragama Nasrani kemudiannya
mengambil-alih sebagai raja dan mengekalkan kembali agama Nasrani disitu. (jenazah Raja Negus
disolatkan oleh Nabi Muhamad secara solat ghaib jenazah diatas penghormatan kepada beliau)

Bab – 10

Boleh dikatakan setiap yang terbina, yang hadir atau wujud hari ini adalah terhasil dari produk
sejarah. Kerana kehidupan yang diikat pada lipatan waktu-tarikh, tempat serta ruang yang mana dari
yang lalu memungkinkan apa yang berlaku hari ini.

Yang mana juga bermakna, sejarah yang lepas wajar sahaja menjadi asbab atau penyebab akan
keputusan pada hari ini mahupun seterusnya samaada baik atau sebaliknya. Dalam mana samaada
sejarah lepas mengajar menjadi lebih matang atau sejarah yang lepas, seperti kesilapan silam
diulang kembali, lalu membawa kemudaratan atau kecelakaan.
Sejarah mungkin sahaja dikatakan sebagai maklumat, pengetahuan atau pengalaman, namun selebih
dari itu, ia juga sebenarnya sebagai suatu sumber ilmu kerana menafikan sejarah atau peranan
sejarah seperti menafikan pokok yang berbuah yang asalnya dulu hanyalah suatu benih, membiak,
membesar dalam senario waktunya sebelum menghasilkan buah-buahannya.

Sejarah sewajarnya menjadi iktibar atau pengajaran dan juga menjadi pemangkin untuk hari
kemudian kerana tanpa menoleh padanya, insan tersebut seperti berdiri bukan dialam nyata atau
berulang-ulang melakukan kesilapan yang sama. Sebagaimana kata seorang tokoh pemikir, George
Santayana; "Mereka yang tidak mengenal masa lalunya, dikutuk untuk mengulanginya."

Insan atau sesebuah masyarakat bilamana membina kehidupannya mahupun juga ketamadunnya
tanpa menoleh akan sejarah silam adalah mereka yang membina suatu kehancuran. Mahupun
bilamana sesuatu sejarah itu diubah-ubah mengikut hawa nafsu atau kepentingan sesuatu kaum
seperti kaum Yahudi mengubah ajaran anbiya, maka sentiasalah mereka disetiap kurun dihancurkan
mahupun dinyah dimana-mana.

Contohnya, seperti kitab Zabur serta Taurat adalah untuk pedoman, tetapi diatas sifat hawa nafsu
untuk mementingkan kaum Yahudi, maka diubah ajaran mereka sehingga adanya ayat yang
menyatakan bahawa insan yang bukan berketurunan Yahudi (goy, gentile) adalah binatang yang
mana dari situ, sentiasa kaum Yahudi membuat onar dengan menindas kaum lain sehingga telah
beberapa kali dalam sejarah, kaum Yahudi cuba dihapuskan kerana peranan mereka terlebih dahulu
menghancurkan kaum lain.

Sebagaimana dalam ajaran Talmud Jerusalem mereka tertulis:

"Yahudi adalah dipanggil insan, manakala goy (selain dari Yahudi) bukan insan. Meraka adalah
binatang." (Baba mezia, 114b)

"Selain dari Yahudi adalah seperti anjing. Malah anjing adalah lebih mulia dari mereka yang bukan
Yahudi" (Ereget Raschi Erod, 22 30)

"Wanita yang mengandung bukan dari kalangan kaum Yahudi lebih hina dari binatang" (Coschen
hamischpat 405)

"Ruh kepada mereka yang bukan kaum Yahudi adalah tidak suci dan dipanggil babi" (Jalkut Rubeni
gadol 12b)

"Sekiranya kamu makan bersama Gentile (selain dari Yahudi), seperti kamu makan dengan anjing"
(Tosapoth, Jebamoth 94b)

Sehingga hari ini, kaum Yahudi tidak pernah belajar dari sejarah kehancuran mereka (mungkin
hanya segolongan kecil dari mereka yang setia pada ajaran asalnya). Bila mereka berjaya dan
dipuncak kekuasaan, mereka menindas kaum lain sebagaimana terjadi hari ini pada pihak Palestin
yang ditindas oleh kaum Yahudi.

Sedangkan sesejak awal sejarah mereka diEropah, setelah mereka berkembang dan mula menguasai
ekonomi disitu, mereka kemudiannya dibunuh, dihalau oleh pihak Nasrani sehingga mereka
dilindungi dibawah kerajaan Andalusia. Zaman perang Salib yang pertama (1096) juga kedua
(1147), kaum Yahudi telah dibunuh beramai-ramai diGerman dan Perancis. Tahun 1290 diharamkan
Kaum Yahudi diEngland dan begitulah seterusnya sehingga zaman Hitler, yang mana sebelum
Hitler berkuasa, kaum Yahudi ini hampir sahaja menguasai keseluruhan ekonomi Jerman mahupun
Jerman itu sendiri.

Bab – 11

Dalam Al Quran sendiri, kisah-kisah lepas atau sejarah lepas seperti sejarah kehancuran sesuatu
kaum, kisah mereka yang durhaka (seperti Qarun, Abu Jahal dll), sejarah para-para anbiya
(termasuk anbiya kalangan bani Israel), sejarah akan kehebatan mereka yang bukan anbiya tetapi
kalangan hamba yang soleh-solehan (seperti Zulkarnain, Ahlul Kahf, Mariam dll), sejarah tentang
pengajaran (seperti Lokman Al-Hakim) dan seterusnya adalah merupakan satu pertiga dari isi Al
Quran.

Sebagimana juga sejarah Nabi Muhamad, merupakan hanya seorang insan didunia ini yang
dirakamkan segala sejarah gerak-gerinya, perkataan mahupun tingkah-lakunya saban detik agar
iainya dapat menjadi bimbingan untuk umat seterusnya.

Mungkin ada juga insan lain yang dirakam kata-katanya mahupun pun tingkah-laku, namun tiada
yang selengkap Nabi Muhamad dan dari kisah kehidupan Nabi Muhamad, tiada apa yang
disembunyikan kerana yang dibawanya adalah suatu contoh kenyataan sebenar akan keadaan
kehidupan seorang insan dan gambaran untuk sekelian insan buat menuju kearah kebaikan mahupun
kejayaan didunia dan akhirat.

Ini kerana, segala sejarah atau riwayat dari Nabi Muhamad seterusnya menjadi tunjak dalam agama
Islam selepas Al Quran (Hatta penafsiran untuk Al Quran yang sebenar adalah dari Nabi
Muhamad). Begitu penting sehingga ia menjadi suatu sumber Ilmu yang utama. Darinya juga, para
fuqaha-fuqaha Islam seterusnya meleraikan hukum-hakam dalam kehidupan seharian umat Islam
mengikut pengertian atau tafsiran keempat mahzab sunni yang berpijak dari riwayat Nabi
Muhamad.

Hukum-hakam keatas sesuatu perkara atau perbuatan seperti wajib, haram, makruh, harus, sunat
adalah dalil pada sesuatu tindakan atau amalan, manakala bidaah (sesuatu yang tidak dilakukan oleh
Nabi Muhamad) pula bukan hukum, tetapi sesuatu yang dikaji apakah perbuatan tersebut mahupun
kesannya, maka dari situ diletak hukum apakah sesuatu tersebut, samaada bidaah hasanah (yang
membawa kebaikan) atau bidaah dholalah (yang membawa kesesatan).

Nabi Muhamad sendiri tidak sewenang-wenang menyesatkan pengikutnya yang melakukan sesuatu
yang tidak dilakukan beliau, sebagaimana contohnya salah seorang sahaba yang setiap-kali
membaca surah Ikhlas setelah surah Fatihah dalam solatnya dan perkara ini tidak pernah Nabi
Muhamad mengajarnya.

Lalu ditanya mengapakah dia membaca surah Al-Ikhlas setiap kali dalam solatnya. Kata sahaba
tersebut, dia amat menyintai surah Al-Ikhlas, lalu Nabi Muhamad bersabda, sekiranya sebegitu, dia
akan memasuki syurga kerana kecintaannya pada surah Al-Ikhlas.

- Anas ra, meriwayatkan seorang sahaba Anshar, ketika menjadi imam, senantiasa memulakan
bacaannya dalam solat (selepas Fatihah) dengan surah Al-Ikhlash lalu mengikutinya dengan surah
yang lain. Ketika ditanyakan kepadanya tentang hal tersebut, dia menjawab, "Karena aku mencintai
surah ini". Maka Nabi pun bersabda,"Kecintaanmu kepada surah tersebut telah memasukkanmu
kedalam surga" (riwayat Bukhari)

Mahupun sejarah Syaidina Umar melakukan solat tarawih 20 rakaat yang mana tidak dilakukan
dizaman Nabi Muhamad, namun Syaidina Umar menyatakan ianya suatu bidaah hasanah kerana
kesan kebaikan yang dihasilkan dari perbuatan tersebut. Atau Syaidina Usman yang memerintah
untuk berazan lebih dari sekali pada waktu Jumaat, seperti azan dikawasan pasar mahupun kali
keduanya, azan didalam masjid, sedangkan ia tidak dilakukan dizaman Nabi Muhamad dan
perbuatan ini bukanlah bidaah dholalah.

Atau contohnya, seseorang yang istiqamah atau kata lain mewajibkan dirinya setiap malam
membaca surah Yasin kerana fadhilatnya atau sebagai pendinding diri, itu tentunya bukanlah bidaah
dholalah malah ia suatu kebaikan buat dirinya (dalam mana juga dia tidak meninggalkan apa yang
prioriti seperti solat fardu dll serta tidak menyimpang dari apa yang ditunjukkan oleh Nabi
Muhamad).

Namun tentu sekali tidak wajar dia menjatuhkan hukum wajib pada yang lain untuk membacanya
setiap malam kerana tiada dalil hukum wajib tentang ini samaada dari Nabi Muhamad mahupun
para ulamak terdahulu.

Berbalik pada akan kepentingan sejarah, yang mana sekiranya dikaji dan diteliti, kehidupan insan
tersebut adalah seperti roda yang berputar-putar yang mana terlalu kerap perkara-perkara yang
berlaku dizaman silam berulang kembali.

Misalnya anbiya-anbiya atau utusan Tuhan yang hadir untuk mengajak insan kembali kepada Allah,
Tuhan yang satu, namun samada dakwahnya ditolak lalu diazabkan masyarakat disitu atau setelah
zaman berlalu, setelah utusan tersebut meninggal dunia, masyarakat yang mengikut utusan tersebut
mula terpesong atau terkeluar dari ajaran yang sebenar.

Dari situ juga dapat diambil pengajarannya yang mana, bila utusan tersebut meninggal, bermakna
terputusnya dakwahnya dan bila masyarakat selepasnya tidak menyambung usaha dakwahnya,
maka terpesong atau semakin jauhlah masyarakat tersebut dari kebenaran yang dibawanya.

zarzh10

Anda mungkin juga menyukai