Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 3:

BERDASARKAN PENGALAMAN ANDA MEMPELAJARI BAHASA MELAYU SEBAGAI


BAHASA KEDUA, HURAIKAN CARA-CARA ANDA MENGUASAI BAHASA BERKENAAN.

Bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan kita.Ia juga merupakan bahasa Rasmi di

negara kita. Kita haruslah menguasai bahasa ini secara berkesan. Berdasarkan

pengalaman kami mempelajari bahasa melayu sebagai bahasa kedua, kita menhadapi

halangan.Untuk mengatasi masalah ini ,kami mengambil pelbagai cara untuk menguasai

bahasa ini.

Untuk menguasai bahasa ini, kita harus membaca pelbagai jenis buku fiksyen dan

bukan fiksyen.Contohnya,surat khabar,majalah,buku cerita dan sebagainya.Bahasa yang

digunakan dalam bahan bacaan ini lebih mudah difahami.Karya bahasa yang digunakan

dalam buku cerita amat menarik.Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan membaca

bahan-bahan bacaan yang sesuai.Dengan ini,kita boleh mengenal pelbagai perkataan

yang baru daripada bahan bacaan yang dibaca.

Selain itu,pergaulan dengan pelajar melayu juga memainkan peranan yang penting

dalam menguasai bahasa melayu sebagai bahasa kedua.Contohnya,pelajar cina sudah

biasa bergaul dengan pelajar sekaum dengannya semasa di sekolah reñida secara tidak

langsung.Ini menyebabkan mereka tidak dapat ruang untuk menggunakan bahasa melayu

sebagai bahasa berkomunikasi tetapi apabila mereka bergaul dengan pelajar melayu yang
merupakan penutur jati.Dengan ini, mereka terpaksa menggunakan bahasa melayu untuk

perbincangan.

Selain daripada pergaulan kita juga dapat menguasai bahasa ini dengan menonton

rancangan-rancangan televisyen. Apabila kita menonton rancangan-rancangan tersebut

secara tidak langsung kemahiran mendengar dapat memperkembangkan penguasaan

bahasa ini.Perkataan-perkataan yang digunakan dalam dialog itu dapat kita ingat dan juga

dapat digunakan dalam kehidupan harian.

Penglibatan dalam pertandingan juga dapat mempertingkatkan aras penguasaan

bahasa melayu.Untuk mengaut kejayaan, seseorang itu akan mencuba sekadar

maksimum. Latihan-latihan itu dapat menjadikan penggunaan bahasa kedua dalam

komunikasi kebiasaan.

Kesimpulanya, bukan penuntur jati harus mencari ruang untuk menguasai bahasa

ini kerana ini adalah penting sebagai bahasa rasmi. Justeru itu, ada banyak daripada

mereka mencari alasan untuk menggelakkan daripada menguasainya.Mereka harus sedar

bahawa kepentinganya dan menguasainya untuk meningkatkan taraf pendidikan dan juga

kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai