Anda di halaman 1dari 1

Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anak-anak yang Ummi kasihi sekelian,


AlhamduliLLah kita masih diberi kesempatan untuk bersua,walaupun tidak bertentang mata.(^_^)Bagaimana
dengan urusan harian antum semua?Beres semuanya?Jangan ada yang malas-malas buat kerja rumah yang
diberi guru.Itu semua untuk kebaikan antum sebenarnya.Percayalah tak ada guru yang saje-saje nak bagi kerja
rumah sebab nak dera pelajarnya.Malah dia dipertanggungjawabkan atas setiap tugasan yang diberikan kepada
pelajar-pelajarnya.
Anak-anak sekelian,
Rumah Ummi terletak bersebelahan dengan kawasan perkuburan.Keluar sahaja dari pintu utama rumah itulah
pemandangan yang Ummi lihat saban hari.Pada suatu hari Ummi terlihat ada 2 orang yang menjengah ke
pondok kecil yang dibina di hujung kawasan perkuburan itu.Tahulah Ummi hari itu ada seseorang yang telah
dijemput bertemu Ilahi dan akan disemadikan di `rumah` terakhirnya.Tidak lama selepas itu datanglah beberapa
buah kereta.Lalu keluarlah ahli keluarga si mati mengiringi jenazah.Berbagai ragam yang dapat Ummi lihat.Ada
yang kelihatan murung.Ada pula yang tak menampakkan sebarang reaksi.Namun yang cukup menghairankan
Ummi,ada yang datang dengan wajah yang ceria.Pelik....
Anak-anak,
Jadi buat kali ini Ummi terasa ingin tau siapa gerangan yang mati itu.Lalu Ummi pun mula bertanya-tanya.Dari
hasil siasatan ( hai..terasa macam perisik pulak ) Ummi mendapat tau jenazah yang telah dikebumikan itu
seorang lelaki dalam usia awal 30an.Mengikut pakcik si penggali kubur yang bernama Pak Mat,lelaki itu telah
mati dipanah petir.Yang agak mengejutkan ialah keadaan mayatnya ketika dijumpai kakaknya.Biasanya orang
yang terkena panahan petir rupanya menakutkan.Tercampak dari tempat terkena panahan.Tetapi lelaki ini lain
keadaannya.Dia dijumpai dalam keadaan badannya dibaringkan mengadap kiblat dan tangannya dalam keadaan
qiam.SubhanaLLah.Pak Mat bercerita lagi.Sewaktu mayat hendak disemadikan cuaca begitu redup dan
kelihatan bururng-burung kecil beterbangan berlegar di atas kawasan kuburnya.Dan katanya bau harum dapat
dihidu semua yang hadhir pada pagi itu.Ummi bertanya kepada Pak Mat adakah dia mengenali si mati sewaktu
hayat hidupnya.Lalu Pak Mat bercerita lagi....
Si mati bernama Hamad.Dia hanya bekerja kampung sahaja.Tapi mengikut Pak Mat,Hamad sewaktu hidupnya
menjaga ibunya yang lumpuh.Beliaulah yang memasak dan menyuapkan makanan ke mulut ibunya,memandi
serta membersihkan najis ibunya saban hari.Beliau sanggup menjaga ibunya sepenuh masa memandangkan
adik-beradiknya yang lain semuanya bekerja.Jadi tentu sukar untuk mereka untuk menjaga ibu yang sakit
itu.Bukan sehari dua,tetapi bertahun-tahun lamanya beliau mengabdikan dirinya.Sehingga beliau sanggup tidak
berkahwin.Tapi kebaikannya bukan sekadar mengorbankan masanya serta cita-citanya demi menjaga
ibunya.Tidak pernah sekali pun sesiapa mendengar Hamad merungut letih atau penat.Malah pernah di suatu
malam apabila ibunya hendak termuntah,Hamad menadah tangannya.Lalu muntahlah ibunya ke atas
tangannya.Agaknya mungkin ada yang kembang tekak baca cerita ini.Tapi Hamad tetap setia menemani
ibunya.Begitulah kisah Hamad.Orangnya mungkin tidak belajar tinggi.Tidak mempunyai kerja yang hebat jauh
sekali gaji yang besar.Tetapi pulangnya menemui Ilahi dalam keadaan membawa title `Anak Soleh`...
Anak-anak yang dirindui sekelian,
Ummi cukup tersentuh mendengar kisah Hamad.Begitulah Allah memuliakan hambaNya yang memuliakan
ibubapanya.Mentaati ibubapa adalah perkara yang wajib yang tak boleh kita pandang ringan.Di dalam satu
kisah seorang sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad sallaLLahu `alaihi wa sallam bahawa beliau ingin
mengendong ibunya yang sakit mengerjakan haji.Beliau bertanya adakah perbuatannya itu dapat membalas
segala budi yang telah ibunya lakukan dalam membesarkannya.Lalu Nabi berkata bahawa apa yang dia lakukan
tidak akan dapat membalas walau sekali teran ketika ibunya melahirkannya ke dunia.SubhanaLLah.
Anak-anak Ummi yang baik sekelian,
Cuba kita renung kisah sahabat Nabi seketika.Melakukan haji bukan perkara enteng.Ianya kerja berat yang
memerlukan tenaga fizikal yang cukup mantap.Nak melaksanakannya seorang diri pun dah cukup susah dan
memeritkan.Apatah lagi kalau sambil menggendong.Yang digendong pula bukan anak kecil.Kita nak dukung
adik di rumah pun kalau lama sikit akan terkeluarlah rungutan penat,letih,sakit belakang,macam nak patah
pinggang dan lain-lain.Tapi cuba bayangkan sahabat Nabi tadi.Dia nak gendong ibunya!Tapi walaupun
begitu,Nabi tetap berkata perbuatannya itu tak dapat nak cover semua yang telah dilakukan ibunya kepadanya.
Begitulah anak-anak sekelian.Besarnya kedudukan ibubapa kita di sisi Allah.Kita tidak bakal mendapat redho
Allah kalau kita tidak mendapatkan redho kedua ibubapa kita.Dan anak-anak tentu tahu bukan,bahawa antum
perlu membuat kebaikan pada ibu 3 kali lebih dari bapa.Begitulah pesan Nabi apabila ditanya sahabat.
Lalu apakah yang dimaksudkan dengan berbuat kebaikan kepada ibubapa?
Maksudnya taati mereka selagi mana mereka tidak menyuruh kita berbuat dosa pada Allah.Menggembirakan
hati mereka apabila panggilan mereka kita sahuti dengan ya!Lalu berlari mendapatkan mereka serta bertanya
apa yang mereka kehendaki.Tidak melengah-lengahkan suruhan mereka dengan "Sekejap la".Malah
melakukannya dengan segera dan ikhlas.Menjadi pelajar yang cemerlang akhlak dan akademiknya...
Ingatlah!Peluang untuk kita membuat kebaikan kepada mereka ini adalah semasa mereka masih hidup!Kalau
dah mati tipislah peluang kita untuk mengaut untung yang berganda-ganda yang telah Allah janjikan bagi
mereka yang bergelar `Anak Soleh`!
Sekian dari Ummi.Hingga ketemu lagi.....

Anda mungkin juga menyukai