Ibadat merupakan tugas dan kewajipan menusia terhadp Allah s.w.t, Tuhan yang
menciptakan dan juga mencipta alam semesta ini. Ia juga merupakan matlamat
utama mengapa Allah menjadikan manusia sebagaimana yang diterangkan oleh
Allah s.w.t dalam surah al-Dzariat ayat 56 yang bermaksud : Dan tidaklah Aku
jadikan manusia melainkan semata-mata untuk beribadat kepadaKu".
Allah s.w.t telah menerangkan bahawa setiap Rasul yang diutuskan kepada umat
manusia adalah antara lain untuk menyampaikan tugas dan kewajipan tersebut
atau untuk menyeru dan mengajak mereka kepada melaksanakan tugas dan
kewajipan terhadap Allah s.w.t seperti yang dpat kita lihat dalam firman-firman
yang berikut:
a) Dan (Isa) al-Masih berkata : Wahai Bani Israel, beribadatlah kamu kepada Allah,
Tuhanku danjuga Tuhanmu"- surah al-Maidah ayat 72.
c) :dan kepada kaum 'Ad (kami mengutus) saudara mereka, hud. Ia menyeru : Wahai
kaumku, beribadatlah kamu kepada Allah, tidak ada tuhan bagimu selain daripadaNya.
Kamu hanyalah mengada-ngada sahaja." - surah Hud ayat 61.
d) Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada setiap umat itu Rasul ( utnuk menyeru)
suaya kamu beribadat kepada Allah dan menghindari Taghut" - surah al-Nahl ayat 36.
Dari segi Bahasa : berasal dari perkataan "Abada" iaitu bererti patuh, taat, setia,
tunduk, sembah, menghabakan diri dan seumpamanya.
Dari segi istilah ibadat : Iaitu merangkumi perkara-perkara yang disuakai oleh
Allah s.w.t sama ada berupa perkataan atau perbuatan sama ada zahir ataupun
batin.
Peringkat-peringkat Ibadah
I. Pertama : iaitu ada yang beribadat kepada Allah s.w.t kerana mengharapkan
pahala dan takutkan siksa. Yang demikian adalah "ibadat" yang masyhur iaitu
yang merupakan ibadat kebanyakan orang mukmin.
II. Kedua : Iaitu ada yang beribadat untuk memperoleh kehormatan dan digelar
sebagai hamba Allah. Yang demikian disebut "Ubudiyat"
III. ketiga : iaitu ada yang beribadat kepada Allah kerana membersarkan,
mengagongkan dan heibah iaitu perasaan hormat dan takut, malu dan cinta
kepadaNya. Ibadat seperti ini merupakan martabat ibadat yang paling tinggi iaitu
disebut "Ubudat".
Ubudiyat tempatnya adalah ruh iaitu redha dengan segala hukum dan ketetapan
Allah
Asas-asas Ibadah
Ibadah dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang unik dan berbeza dari agama dan
kepercayaan yang lain. antaranya ialah :
b) Tidak terikat dengan sesuatu tempat tertentu. Setiap hamba Alah dapat berhubung
dengan Allah dari arah dan penjuru dan di mana saja ia berada. Sabda Rasullah s.q.w
yang bermaksud : " Seluruh muka bumi ini adalah dijadikan masjid untukku: suci dan
bersih".
c) Tidak membebankan : Ibadah dalam Islam bersifat mudah, ringan dan dalam
kemampuan manusia melakukannya.
d) Meliputi semua bidang kehidupan : Ibadah dalam Islam bukan hanya terbatas
kepada hubungan manusia dengan allah bahkan merangkumi hubungan manusia sesama
manusia yang merangkumi aspek ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya.
e) Ikhlas
i) Ibadah adalah semua perkara yang disukai dan diredhai oleh Allah s.w.t sama ada
perkataan, zahir dan batin." Oleh itu, sembahyang, puasa, zakat, haji, bercakap benar,
menunaikan amanah, berbakti kepada orang tua,menghubungkan silaturahim, menyuruh
yang maaruf, mencgah yang mungkar, berdoa, berzikir, membaca al-Quran dan
seumpamanya adalah termasuk dalam ibadah.
ii) Ibadah adalah kepatuhan atau ketundukan yang terbit dari hati yang mencintai allah
kerana tiada yang lebih layak dicintai melainkan Allah s.w.t. Oleh itu, kasih kepada Allah
dan RasulNya, takut kepadanya, taubat, ikhlas, sabar terhadap ketentuan Allah, bersyukur
terhadap nikmatnya, redha kepada qadha' dan qadar, bertawakkal kepadanya dan takut
terhadap azab Allah juga termasuk dalam skop ibadah.
Tegasnya skop ibadah dalam Islam amat luas iaitu merangkumi seluruh aktiviti
kehidupan. Demikian juga tidur anda, percakapan anda, perbuatan anda dan sebagainya.
Skopnya begitu luas sehingga hubungan seks anda dengan isteri atau suami juga dikira
sebagai ibadah.
Kesimpulan : Daripada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa ibadah dalam Islam
bukan hanya sekadar melakukan solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya tetapi meliputi
seluruh urusan hidup manusia. Iaitu ibadat dalam pengertian umum adalah menjalani
kehidupan untuk memperolehi keredhaan Allah swt dengan mentaati syariatnya
dan semua perbuatan yang diizinkan oleh Allah swt, maka itulah yang dikatakan
ibadat.
Pembahagian ibadat
Ibadah Umum
Ibadah umum ialah ibadat yang meliputi segala aspek kehidupan manusia. Iaitu
pengabdian diri secara tidak langsung (indirect) kepada Allah menerusi semua
urusan kehidupan duniawi yang mengikat hubungan sesama manusia dan
makhluk lain yang berlandaskan aqidah dan syariat Islam.
Antara urusan tersebut termasuklah aktiviti atau amaln manusia di ladang, kilang,
pejabat, rumah atau di mana saja ia berada dan pada bila-bila masa tanpa terikat
dengan satu-satu jangkamasa dan tempat-tempat tertentu dan kegiatan kehidupan
seharian tetapi mempunyai syarat-syarat tertentu.
Seseorang Muslim yang beribadat kepada Allah swt dengan fikirannya, dengan
hatinya, dengan lidahnya, dengan pendengarannya, penglihatannya dan segala
pancainderanya, beribadat dengan badannya, dengan hartanya, dengan
mengorbankan jiwanya dan lain-lain seperti menuntut ilmu, berniaga dan
sebagainya.
Ka'ab bin Ujrah ra berkata : Pada suatu ketika seorang lelaki di hadapan Rasulullah saw
yang sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya. Demi mereka melihat kepantasan dan
kecerdasan orang itu, mereka berkata : "Wahai Rasulullah, alangkah baiknya jika dia
menjadi tentera berperang di jalan Allah." Rasulullah saw bersabda : "Sekiranya ia keluar
untuk menyara hidup anak-anaknya yang masih kecil, maka ia di jalan Allah, sekiranya ia
keluar untuk menyara ibubapanya yang sudah tua, maka ia di jalan Allah, sekiranya ia
keluar untuk menyara hidupnya sendiri dan memelihara kehormatannya, maka ia di ajlan
Allah. Kalau ia keluar semata-mata untuk riya' (menunjuk-nunjuk) dan untuk bermegah
atau berbangga, maka ia di jalan syaitan." (Hadith riwayat Tabrani)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Di dalam persetubuhan salah seorang kamu
ada nilai sadaqah (diberi pahala)." Para sahabat bertanya : "Adakah salah seorang kami
memenuhi syahwatnya dan diberi ganjaran pahala?" Rasulullah saw menjawab : "Apakah
kamu tidak mengetahui sekiranya ia memenuhinya pada yang haram bukankah ia
berdosa?" Mereka menjawab : "Ya." Rasulullah saw bersabda : "Begitu juga jika ia
memenuhinya pada yang halal maka baginya pahala."
Banyak lagi hadith-hadith lain yang menunjukkan kepada kita kelasan ruang
lingkup ibadat yang meliputi seluruh aktiviti atau kegiatan manusia dalam segala
kehidupannya. Sebagaimana yang dikatakan oleh ulama iaitu merupakan
kesempurnaan rahmat dan kasih sayang Allah swt ke atas hambaNya yang mana
Allah memberi pahala kepada mereka dalam segala tindakan mereka asalkan
tindakan tersebut bercanggah dengan syariatNya, tidak melalaikan daripada
melakukan ibadat khusus dan mestilah dengan niat untuk mencari keredhaan
Allah swt. Inilah yang dikatakan ibadah yang menjalankan kewajipan sebagai
khalifah Allah
Menunaikan hak peribadi seperti makan, minum, menuntut ilmu adalah ibadat.
Menunaikan kewajipan kemasyarakatan sesuai dengan perintah Allah swt adalah
ibadat. Memberi makan haiwan yang lapar adalah ibadat dan sebagainya
Pada dasarnya, amalan seseorang itu akan diberi ganjaran pahala jika ianya memenuhi
syarat-syarat berikut :
a) Orang yang melakukannya adalah orang yang beragama Islam, yang beriman kepada
Allah swt. Orang yang tidak beriman segala amalannya tidak mempunyai nilai di sisi
Allah swt.
b) Niat yang baik, bersih dan ikhlas, jauh daripada niat yang buruk iaitu untuk memenuhi
tuntutan agama dan mencari keredhaan Allah swt. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud
: "Sesungguhnya ssegala amalan itu bergantung kepada niat dan tiap-tiap oran itu akan
dibalas mengikut niatnya..."
c) Segala pekerjaan yang dilakukan mestilah pekerjaan yang diharuskan dan diterima
oleh syariat Islam serta tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Contohnya
kerja atau amalan yang haram seperti bekerja di kedaiminuman keras, kelab malam,
berjudi dan sebagainya tidak dianggap ibadah walaupun niatnya baik kerana Allah swt.
d) Pekerjaan yang dilakukan itu tidak melalaikan atau menghalang seseorang daripada
melaksanakan tanggungjawab yang asasi seperto solat, puasa, zakat dan sebagainya.
e) Pekerjaan itu hendaklah dilakukan dengan tekun, cekap dan optimum iaitu
melaksanakan tugas dalam lingkungan kemampuan dan kepakarannya.
f) Pekerjaan tu hendaklah disertakan dengan rasa syukur kepada Allah dan dilakukan
dengan cara yang sederhana.
Ibadat Umum ini merangkumi hukum-hakam yang mengatur segala hubungan manusia
sesama manusia dalam kehidupannya, dalam jualbelinya dan dalam segala kegiatannya.
Kegiatan ini bukanlah diwujudkan oleh syarak kerana ia telah wujud sejak sebelum
syariat diturunkan oleh Allah. Tetapi peranan syarak ialah memperbaiki, mengekalkan
yang baik dan melarang yang merosakkan, merugikan dan membahayakan.
Ibadah Khusus
Ibadah khusus ialah ibadah yang caranya, rukunnya dan syaratnya telah
ditetapkan oleh Allah swt iaitu ibadah yang mana struktur, sistem dan
peraturannya telah ditetapkan oleh Syariat Islamiyyah secara lengkap dan
terperinci dan mesti dilaksanakan dengan sempurna.
Dalam ibadah jenis ini, kita hanya melaksanakan sahaja sesuai dengan apa yang
ditetapkan tanpa boleh meminda, merubah, menambah atau menguranginya.
Contohnya sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji. Dengan erti kata lain
mesti ditunaikan oleh setiap individu yang mencakupi syarat-syarat dan digelar
sebagai ibadah 'Fardhu Ain'.
Ibadah khusus hanya akan diterima sekiranya ibadah tersebut mengandungi dua perkara
iaitu :
Ibadah Solat
Dari segi istilah iaitu : Perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul
ihram dan disudahi dengan salam.
Dalil kewajipan solat, firman Allah swt yang bermaksud : "Dirikanlah solat,
sesungguhnya solat itu diwajibkan atas sekalian orang-orang yang beriman
untuk melakukannya pada waktu-waktu yang tertentu..."
c) Solat dapat melatih diri menghargai masa dan mendisiplinkan waktu dalam setiap hal.
d) Solat berjemaah pula melatih umat supaya taat kepada pemimpin manakala pemimpim
(imam) pula wajib mengambil berat terhadap rakyatnya (makmum).
e) Solat berjemaah dapat membentuk perpaduan, kasih sayang dan ukhwah sekaligus
berperanan membersihkan rasa dengki, iri hati dan permusuhan di kalangan anggota
masyarakat.
Ibadah Puasa
Puasa ialah menahan diri dari segala perkara yang boleh membatalkan puasa
mulai terbit fajar hingga maghrib dengan syarat2 tertentu.
Dalil kewajipan puasa, firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Wahai orang-orang
yang beriman diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan ke
atas umat sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertqwa..."
Kesan Puasa
a) Puasa dapat menundukkan hawa nafsu jahat dan memelihara dari terperangkap dengan
kejahatan syaitan.
b) Puasa dapat melahirkan manusia yang berakhlak mulia kerana melalui puasa dapat
mengamalkan akhlak seperti sabar, ikhlas, menepati waktu, memelihara diri dari
perbuatan keji dan menjaga perkataan dari ungkapan tercela dan sebagainya.
c) Puasa dapat membentuk manusia muslim dan mukmin yang bertaqwa kepada Allah
untuk melakukan amalan yang mulia dan meninggalkan amalan yang keji.
d) Segala penyakit berasal dari perut . Oleh itu seseorang yang berpuasa dapat
mengurangkan sekaligus mencegah pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi , kencing
manis dan sebagainya disamping dapat memberi kerehatan kepada sistem penghadaman.
e) Puasa dapat melahirkan kesedaran dan keinsafan sepert menolong golongan yang
kurang bernasib baik dan tidak melakukan pembaziran serta merasakan kasih sayang
kepada fakir miskin.
Ibadah Zakat
Dari segi istilah pula : zakat bermakud kadar harta tertentu yang wajib
dikeluarkan kepada golongan yang berhak menerimanya mengikut syarat2 yag
telah ditetapkan leh syara'
Kesan Zakat
a) Zakat dapat membersihkan jiwa dari mencintai harta benda secara tamakdan rakus.
b) Zakat dapat memberi jaminan sosial terhadap masyarakat kerana di dalam pungutan
dan pengagihan semula harta . Zakat sebenarnya dapat menyusun semula masyarakat
yang tidak seimbang menerusi kegiatan perekonomian yang sistematik.
c) Zakat mengajar manusia agar hubungan antara mereka dengan harta mereka berada
dalam keadaan yang wajar. Ini mnegingatkan mereka bahawa harta yang dimiliki adalah
milik Allah.
Ibadah Haji
Dari segi istilah haji ialah mengunjungi Baitullah (Kaa'abah) dengan niat untuk
mengerjakan ibadah kepada Allah s.w.t dengan rukun-rukun dan syarat-syarat
tertentu dan dikerjakan pada masa tertentu.
Dalil kewajipan haji - Firman Allah s.w. t yang bermaksud : " Mengerjakan haji
adalah kewajipan manusia terhadap Allah iaitu bagi orang2 yang sanggup atau
mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah".
a) Ibadah haji dapat memperteguhkan keimanan dan menumbuhkan jiwa tauhid yang
tinggi terhadap Allah s.w.t di samping mewujudkan rasa keagongan dan kebesaran Allah
terutamanya melalui ucapan talbiah.
b) Ibadah haji merupakan perhimpunan agong umat Islam dan dapat mewujudkan
perpaduan, persamaan dan persaudaraan umat berdasarkan kesatuan akidah. Oleh itu
badah haji dapat menyelesaikan masalah perkauman umat Islam.
c) Ibadah haji dapat membentuk sikap , pemikiran dan akhlak serta disiplin yang mulia
(tegahan dan laranagan)
d) Ibadah haji dapat menjadikan seseorang muslim mengambil ikhtibar dari sejarah iaitu
sejarah pengrbanan dalam perlakuan nabi Ibarahim a.s dan puteranya Ismail a.s. Ibadah
haji ni juga dapat membawa manusia menyaksikan sejarah perjuangan Islam menentang
musuh-musuh Islam seperti peristiwa melontar jamrah.
a) Ibadah Badaniyyah : iaitu ibadah yang dilakukan dengan badan seperti solat, puasa
dan sebagainya.
b) Ibadah Maliyyah : iaitu ibadah yang dilakukan dengan harta seperti zakat, sedekah
dan lain-lain.
c) Ibadah Maliyyah-Badaniyyah : iaitu ibadah yang dilakukan dengan badan dan juga
harta seperti ibadah haji.
a) Ibadah Ijabiyyah : iaitu ibadah dalam bentuk melakukan atau mengerjakan perkara
yang baik atau yang diperintah.
b) Ibadah Salbiyyah : iaitu ibadah dalam bentuk meninggalkan perkara yang buruk atau
dilarang oleh syara'.
d) Ibadah yang afdhal ketika mendengar azan ialah meninggalkan segala wirid dan bacaa-
bacaan lain dan menjawab azan dengan penuh perhatian.
e) Ibadah yang afdhal ketika kesusahan ialah menolong orang-orang yang ditimpa
kesusahan.
f) Ibadah yang afdhal ketika di Arafah ialah berdoa, berzikir dan tilawah al-Quran.
g) Ibadah yang afdhal ketika ada orang yang sakit ialah menziarahi si sakit.
Peribadi muslim ialah peribadi yang tersendiri yang terbentuk dari latihan-latihan
melalui ibadat. Dalam seluruh peribadatan, keikhlasan menjadi sari pati yang
amat dikehendaki.
a) Ibadah adalah hasil daripada aqidah iaitu keimanan terhadap Allah sebenarnya yang
telah membawa manusia untuk beribadat kepada Allah swt.
b) Aqidah adalah asas penerimaan ibadah iaitu tanpa aqidah perbuatan seseorang manusia
bagaimana baik pun tidak akan diterima oleh Allah swt.
c) Aqidah merupakan tenaga penggerak yang mendorong manusia melakukan ibadat serta
menghadapi segala cabaran dan rintangan.
Kesan-kesan Ibadah
e) Ibadah dapat melahirkan kesatuan matlamat alam kehidupan individu dan masyarakat.
Ia juga menjadi asas perpaduan umat Islam dari pelusuk dunia.
f) Ibadah mendekatkan diri kepada Allah dan dengan itu memuliakan manusia
daripada makhluk-makhluk lainnya.
g) Ibadah menguji kesabaran, keimanan dan ketaatan manusia terhadap Allah swt.