Anda di halaman 1dari 1

"Apa perbezaan musibah dengan dugaan?

"

"Pada pendapat saya, kedua-duanya adalah perkara yang sama. Apa yang membezakannya ialah
pandangan seseorang pada kalam tersebut. Contohnya, katakan A ditimpa kemalangan jalan raya. Bagi
A, kejadian tersebut merupakan satu ujian buatnya bagi menyemai perasaan bersabar dan tabah dalam
kehidupan. Namun begitu, mungkin pandangan B (seorang teman A) berbeza. B menganggap
kemalangan tersebut sebagai satu musibah terhadap A lantaran sikapnya yang sering menyakiti hati
teman-teman dan orang sekeliling."

Dialog ini sekadar satu perkongsian pendapat antara ana dan seorang sahabat lama. Ukhti tersebut
meluahkan isi hatinya kepada ana, kebetulan majlis perkahwinannya pada minggu hadapan. Barangkali
perasaan gementar dan risau menyebabkan dia berfikir perkara-perkara ini. Sebagai sahabat lama,
sokongan dan kata-kata semangat sahaja yang mampu diberi agar dia terus melayari kehidupan
sebagaimana adanya.

"...kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan..." Surah Al-Anbiyaa': 35.

"(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un'
(sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali)." Surah Al-Baqarah: 156.

"Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang
bersyukur." Surah Al-A'raf: 144.

Allah adalah satu-satunya penolong. Serahkan semua urusan kepada Allah, bertawakal kepadaNya,
percaya kepada janji-janjiNya, redha dengan apa yang dilakukanNya, berbaik sangka kepadaNya dan
menunggu dengan sabar pertolongan daripadaNya. Inilah sebahagian daripada buah keimanan yang
paling besar dan merupakan salah satu daripada sifat mukmin yang paling mulia.

Manusia tidak akan mampu melawan setiap bencana dan mencegah setiap malapetaka dengan
kekuatannya sendiri lantaran manusia memang diciptakan sebagai makhluk Allah yang sangat lemah.
Mereka hanya akan mampu menghadapi semua itu dengan baik apabila mereka bertawakal kepada
Allah, percaya sepenuhnya kepada perlindunganNya dan menyerahkan semua perkara kepadaNya.

"Hasbunallah wa ni'mal wakil..." Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik
pelindung...

Anda mungkin juga menyukai