Anda di halaman 1dari 4

KENALI SUKAN : HOKI

Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakkan negara seluruh dunia. Terdapat dua jenis
hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di
sesetengah negara hoki ais kurang menonjol berbanding dengan jenis hoki yang bermain dalam padang rumput.
Nama hoki berasal daripada bahasa perancis iaitu “hoquet” yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa
inggeris menjadi “hockey”.
Sejarah
Terdapat catatan yang telah kenal pasti mengesahkan bahawa permainan ini menggunakan kayu dan bola yang
kemudiannya di katakan sebagai permulaan bagi permainan hoki sekarang bermula berabad yang lalu. Menurut
catatan yang telah diperolehi, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi, dan Rom sejak tahun 2000 s.m lagi.
Namun, permainan ini kemudiannya lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di
England.
Follow up:
Permainan ini pada ketika itu begitu mengujakan dan menarik minat dan semangat masyarakat di negara tersebut .
oleh kerana permainan ini masih tidak mempunyai sebarang undang-undang dan peraturan yang khusus, maka
pelbagai teknik dan kreografi di hasilkan untuk menjadikan permainan inin lebih unik. Bagaimanapun, keadaan ini
menyebabkan sering berlakunya kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa kepada pertumpahan darah.
Dengan erti kata yang lain permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yang
membahayakan kepada para pemain. Setelah meneliti kesan daripada keadaan ini maka pihak atasan British telah
pun mengharamkan permainan ini.
Dalam pada itu, hoki mula mendapat tempat oleh banyak negara dunia setelah undang-undang permainan mula
direka khusus. Meskipun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia telah memberikan peluang yang besar
untuk permainanini menapak bersaing dengan permainan yang lain. Dengan adanya peraturan dan undang-undang
maka permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin
mengenalinya dan mempelajarinya.
Dahulunya sukan ini hanya dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan. Contohnya di Wales, ia dikenali dengan
nama banty atau bandy. Lain pula apabila diPerancis nama permainan ini di panggil sebgai hoquet. Akhirnya
difahamkan perkataan hoki telah diambil sempena perkataan Perancis tersebut dan telah pun di inggeriskan
menjadi hockey.
Setelah itu bermulanya satu era baru bagi permainan itu apabila hoki mula diterima semula oleh pihak Britain
malah ia bukan sahaja di mainkan oleh orang lelaki sahaja tetapi kaun wanita juga turut mengambil bahagian.
Pasukan hoki yang pertam telha pun ditubuhkan dinegara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di
Selatan London dianggap pasukan hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini telah menubuhkan pasukan hokinya
pada tahun 1861. Kelab ini juga turut memperkanalkan undang-undang permainan hoki seperti cara bermain,
penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad dan menggenakan hukumankepada pemain yang melakukan
kesalahan.
Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah pun di gubal serta diperkemaskan dalam satu mesyuarat di London
pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih
baik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati
di dunia. Dari England, permainan ini mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa
negara Eropah.
Permainan Antarabangsa
Perkembangan sukan hoki ini terus menular ke setiap pelusuk negara dengan pesatnya. Maka, detik bermulanya
sebagai permainan antarabangsa apabila sukan ini diteriam sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada
tahun 1896. Meskipun ditolak pada Sukan Olimpik tahun 1924 tetapi telah diterima semula pada tahun berikutnya.
Kini sukan hoki menjadi tidak asing lagi dalam setiap sukan terbesar yang berlangsung.
Seperti permainan yang lain hoki juga turut mempunyai satu badan khusus di peringkat dunia bagi menyelaraskan
dan menganjurkan setiap pertandingan yang melibatkan suka hoki. Pada tahun 1924, tertubuhlah persatuan Hoki
Antarabngsa (FIH) atas usaha negara-negara Eropah iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis,
Sepanyol dan Switzerland. Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai badan khusus yang menjadi pengalola rasmi
bagi sukan ini di peringkat antarabangsa.
Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang serta peraturan permainan ini agar
semua negara dapat bermain dengan lebih teratur dan menarik. Badan ini juga turut bertanggungjawab
menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan asia, Kejohanan Antara Benua,
Kejohanan Antara Juara-Juara, Kejohanan Eropah dan sebagainya.
Di peringkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pancabar terkuat termasuklah India dan malaysia. Negara
dari Asia, Malaysia, belanda, Jerman Barat, sepanyol dan England yang mewakili Eropah serta Australia dan New
Zealand.
Hoki Di malaysia
Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun
1892. Pada awal pengenalan, sukan ini hanya menarik minat orang-orang inggeris dan Eropah sahaja. Walau
bagaimanapun, masa berubah dengan pantas sehingga pada tahun 1904 telah berlangsungnya perlawanan pertama
di negara kita iaitu antara Selangor dan s\Singapura.
Mulai tahun 1920 permainan ini mula menular di kalangan penduduk tempatan dimana berlakunya anjakan yang
memberangsangkan apabila banyak penyertaan yang diterima untuk mempelajari dan bermain. Semua perimgkat
umur mula meminati sukan ini tidak mengira bangsa dan jantina. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama
melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.
Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun
1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang
mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik.
Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura
dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras
permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Kejohanan hoki
pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden
MHF (1957) beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini
dinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.
Penekanan Permainan Hoki
Beberapa penekanan perlu diambil kira oleh seseorang jurulatih selaras dengan matlamat dan objektif permainan
untuk menghasilkan pemain-pemain yang berkaliber, mantap, berwibawa, berpengetahuan dan seimbang dalam
menguasai kemahiran permainan dengan penerapan nilai-nilai murni. Ini merangkumi aspek-aspek :-
i. penguasaan kemahiran
ii. pengembangan pengetahuan
iii. pembentukan moral
Bilangan Pemain Dan Cara Permainan
Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi, hoki juga dimainkan oleh dua
pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan. Tujuan utama permainan permainan ini ialah
memasukkan bola ke dalam gol lawan. Bola hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainan
ini. Pemain tidak dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian badannya
kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu.
Kawasan Permainan
Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu
sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan reka tidak dapat melakukan pergerakan yang
diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak
sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika
kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin
disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama
lain agak jauh.
Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk
segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata
dan mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau
lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di
atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas
padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa terdapat terdiri
daripada takungan air atau rumput, terutama jika terdapat padang yang berumput panjang.
Kayu Hoki
Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan
bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu
kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya
digambarkan seperti berikut:-
Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan.
Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalam
permainan. Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah
antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki. Bagaimanapun biasanya kayu yang
beratnya 510g- 624g sering digunakan.
Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu
hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana
bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.
Jangkamasa Permainan
Jangkamasa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70 minit, dengan setiap separuh masa mengambil masa
sebanyak 35 minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit dan tiada masa kecederaan diberikan, berikutan
masa dihentikan setiap kali bola keluar atau pemain mengalami kecederaan.
post by :anm_trg@yahoo.com.my
sumber: mediasukan.com

Anda mungkin juga menyukai