Anda di halaman 1dari 3

 

METODOLOGI PENYELIDIKAN 2004


 
Apa Itu Penyelidikan ?
 
Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai
sesuatu perkara , menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau
menyiasat dengan lebih mendalam.
 
Penyelidikan di definasikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati,
mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek
spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan
manusia sejagat. (Manheim, 1977, mukasurat 4)
 
Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada
pengetahuan dan penemuan baru dengan mengunakan kaedah mengenalpasti
dan persoalan yang sedang digunapakai oleh sarjana-sarjana didalam bidang
tersebut.  (Helmstadter, 1970, mukasurat 5)
 
Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan
dan mengintrepretasikan fakta-fakta, mengulang semula teori yang diterima
didalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori atau undang undang
dan peraturan baru atau yang digunapakai semula. (Woolf, 1975 mukasurat 984)
 
Penyelidikan adalah persoalan berhati-hati atau pengujian bertujuan
mendapatkan atau menemukan maklumat atau perhubungan dan
mengembangkan dan mengesahkan pengetahuan tersedia   (Rummel dan
Ballaine – Research and Methodology in Business)
 
Penyelidikan Saintifik adalah kaedah penyelidikan bersistematik dan diperhalusi
dengan mengunakan peralatan dan prosedur tertentu bagi mendapatkan
penyelesaian bermakna bagi sesuatu masaalah dari pengunaan kaedah yang
tidak membawa makna (Rummel dan Ballaine – Research and Methodology in
Business)
 
Kerjasama adalah dipohon dari peserta kursus untuk memperbetulkan
terjemahan-terjemahan berikut , petikan diambil dari nota Hj Kamudin.
Rasional permintaan ini adalah untuk melihat sejauh mana peserta
memberi kerjasama dan membuktikan :
 
Ho : peserta kursus metodologi adalah kumpulan yang hanya
mementingkan diri sendiri ;
 
Ha : peserta kursus metodologi adalah kumpulan yang tidak
mementingkan diri sendiri;
 
Mari kita sama-sama tunggu dan lihat beberapa ramai dari peserta yang
akan membantu menterjemahkan perkara ini. Tetapi saya yakin ramai akan
buat tak peduli sahaja.
 
Ciri-Ciri Penyelidikan
 
Ia bermula dengan satu persoalan didalam pemikiran seorang penyelidik
Ia memerlukan satu perancangan
Ia menuntut kenyataan yang jelas mengenai sesuatu masaalah
Ia melibatkan permasaalahan utama dengan permasalaahan berkaitan
Ia mencari tuju arah melalui  hipotesis berkenaan
Ia melibatkan fakta dan makna fakta
Ia adalah berhubungkait
 
Menghimpun dan Menganalisa Data (Prinsip 4A)
 
Availability (Sumber Tersedia)
ia adalah agak sukar untuk mendapatkan data dari menentukan jenis data yang
diperlukan
Authenticity (Perakuan)
penyelidik  mestilah memastikan ketepatan data
Adequacy (Mencukupi)
merujuk kepada perolehan data samada mencukupi bagi membolehkan
kesimpulan sah dinyatakan
Validity (Kesahan)
penyelidik  hendaklah memastikan data dan maklumat adalah tepat dan sah
 
Jenis-Jenis Penyelidikan
 
Sejarah (Historical)
 
Membina semula perkara yang selepas secara sistematik dengan mengumpul,
menilai, mengesah dan sintesiskan fakta bagi menemukan rumusan yang
dipertahankan.
 
 e.g. Kajian Asal-Usul Agama Islam di Malaysia
 
bergantung kepada data sekunder yang diperhatikan atau pengamatan;
mestilah mantap, bersistematik dan banyak serta bercambah;
bergantung kepada data primer, dimana penulis memerhatikan kejadian yang
direkodkan;
kritikan asas mengambil kira nilai data dalam bentuk kritikan luaran yang
mempersoalkan kesahan dokumen dan kritikan dalaman yang mempersoalkan
ketepatan dan kerelevanan data;
menyelidik informasi dari sumber yang banyak termasuk bahan-bahan lama dan
yang tidak diterbitkan.
 
Petikan (Descriptive)
 
Menerangkan populasi atau kehendak minat secara sistematik dan tepat
 
e.g. Kajian dan definisi keatas bilangan jawatan didalam Jabatan Perkhidmatan
Awam
       Kajian keatas petani-petani Malaysia
 
berteraskan perasaan untuk menerangkan keadaan
pengumpulan rumusan data yang bercirikan petikan
 
Kajian Tindakan
 
Membentuk kaedah baru dan jalan menyelesaikan masaalah dengan aplikasi
terus dengan kehendak dunia pekerjaan
 
menghubung terus keadaan sebenar dengan perubahan orgnisasi
menyediakan rangkakerja teratur bagi menyelesaikan masaalah
fleksibel dan digunapakai
pengstrukturan semula dengan insuran
 
Kajian Tinjauan (Exploratory)
 
Mengkaji sesuatu masaalah, fenomena atau hal baru dalam aturan bertujuan
mengetahui, menganalisa atau memperakui masalaah, fenomena atau hal yang
dikaji. Dijalankan bagi membolehkan kajian dijalankan atau dijalankan
kemudiannya
 
Kajian tinjauan berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan
berikut : samada masaalah itu benar-benar wujud, apakah jenis masaalah  yang
dihadapi, berapa beratkah masaalah tersebut, patutkah kita menumpukan dan
memberi perhatian kepada masaalah tersebut.
 
Bergantung kepada tahap liputan kajian
Melibatkan pelbagai disiplin
Bergantung kepada objektif kajian eg. Kajian pengesanan awal
 
Kajian Hubungan /koleratif(Casual Relationship)
 
Kajian ini mencuba untuk menwujudkan hubungkait pembolehubah. Kajian ini
bermaksud sesuatu perkara atau hal adalah factor penyebab atau penentu
kepada hasilan perkara atau hal yang dikaji.
 
Bergantung kepada penentuan pembolehubah dependent atau independent
Bergantung kepada ketepatan data yang dikumpul
Bergantung kepada kekuatan hubungkait
 
e.g hubungkait diantara program latihan dengan produktiviti
 
Kajian Eksperimen
 
Kajian ini adalah untuk membuktikan atau memastikan sesuatu keputusan
melalui ujian yang dijalankan mengikut sesuatu prosedur atau kaedah sebelum
sesuatu rumusan di nyatakan
 
Bergantung kepada kaedah atau teknik ujian dijalankan
Bergantung kepada bilangan /unit ujian yang digunakan
Bergantung kepada kesahan dan kepbolehpercayaan data dalaman
 
 
References 
 
What Is a Research 
What Is A Survey
A Guide To Writing A Research Paper
Social Science Research Network
American Educational Research Journal
American Journal of Education
American Journal for Vocational Education Research
British Educational Research Journal
British Educational Research Journal
Australian Educational Research Journal
Statistics Research Educational Journal

 
Dibina oleh pada 08/16/2004 dan dikemaskini pada 08/17/2004 Azizi@2004

http://metos2004.tripod.com/6penyelidikan.htm

Anda mungkin juga menyukai