Anda di halaman 1dari 3

KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (KDPM)

SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Jumlah Kredit: 3 kredit (45 jam)

Pengenalan

Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran dalam komponen Dinamika Guru.
Mata pelajaran ini ditawarkan untuk membolehkan guru pelatih KDPM
menguasaikemahiran berkomunikasi secara berkesan. Mata pelajaran ini ditawarkan
dalam Semester I, II dan III. Peruntukan kredit bagi mata pelajaran ini ialah tiga jam kredit.
Sukatan pelajaran ini merangkumi komunikasi lisan dan penulisan yang memberi
penekanan kepada pembinaan dan penguasaan amalan komunikasi yang berkesan,
bersopan dan sesuai mengikut konteks. Mata pelajaran ini akan ditaksir melalui ujian
amali, kerja kursus, penglibatan pelajar dalam aktiviti komunikasi dan pembinaan
portfolio. Markah keseluruhannya akan diambil kira dalam purata gred terkumpul pada
akhir semester ini.

Objektif

Kursus ini boleh melahirkan guru permulaan yang dapat:


1. berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa Melayu baku
dalam pelbagai konteks.
2. mengaplikasi semua aspek kemahiran lisan dan tulisan dengan cekap dan sesuai
dalam pelbagai.
3. berkomunikasi dengan penuh sopan untuk mengekalsuburkan nilai budaya
masyarakat Malaysia.
4. berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan pelbagai media, dan
5. menjalinkan keakraban di kalangan mereka untuk meningkatkan semangat
kekitaan.

SUBTAJUK DAN PERUNTUKAN MASA

Semester 1:

1.0 Asas kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu (15 jam)

1.1. Fungsi Bahasa Melayu (2 jam)


1.1.1. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
1.1.2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
1.1.3. Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
1.1.4. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
1.1.5. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
1.1.6. Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi

1.2. Kesantunan Berbahasa (3 jam)


1.2.1. bahasa sapaan
1.2.2. protokol
2

1.2.3. bahasa tubuh

1.3. Komunikasi interpersonal yang berkesan dalam situasi formal dan tidak formal
(10 jam)
1.3.1. menyampai/menerima maklumat
1.3.2. memberi arahan
1.3.3. menyampai/menerima pesanan
1.3.4. memberi penerangan
1.3.5. memberi pendapat
1.3.6. bercakap di telefon
1.3.7. menghantar/menerima e-mail

Semester 2:

2.0 Komunikasi retorik


2.1. Keutuhan Wacana (2 jam)
2.1.1. ciri wacana
2.1.2. penanda wacana

2.2. Laras Bahasa (3jam)


2.2.1. konsep dan ciri laras
2.2.2. agama
2.2.3. sains
2.2.4. matematik
2.2.5. seni
2.2.6. pendidikan jasmani
2.2.7. kemahiran hidup
2.2.8. sastera

2.3. Komunikasi Khalayak (5 jam)


2.3.1. pengumuman
2.3.2. ucapan
2.3.3. taklimat
2.3.4. pengacaraan majlis
2.3.5. ceramah
2.3.6. diskusi
2.4. Komunikasi bertulis: Teks berformat dan teks tidak berformat (5 jam)
2.4.1. ucapan
2.4.2. taklimat
2.4.3. surat kiriman
2.4.4. laporan
2.4.5. minit mesyuarat
2.4.6. teks pengacaraan majlis

Semester 3

3.0 Kecendiakiaan Bahasa


3.1. Komunikasi Khalayak (6 jam)
3.1.1. pidato
3.1.2. forum
3.1.3. pembentangan kertas kerja
3.1.4. ceramah perbahasan
3.1.5. sidang video
3

3.2. Komunikasi Bertulis (7 jam)


3.2.1. kertas kerja
3.2.2. karya kreatif
3.2.3. rencana
3.2.4. kritikan/ulasan

3.3. Komunikasi Pasif


3.3.1. brosur
3.3.2. risalah
3.3.3. iklan/kempen
3.3.4. lagu
3.3.5. puisi

Anda mungkin juga menyukai