Anda di halaman 1dari 4

Assalaamualaikum wbt.

Saya selaku ahli qariah Masjid Al-Hidayah Seksyen 18, ingin mencadangkan didalam
mesyuarat agung ini, agar masjid mengadakan program motivasi berasaskan tauhid
kearah membentuk peribadi mukmin soleh kepada penduduk seksyen 18 khasnya, dalam
keadaan berperingkat, sesuai dengan pendekatan & pemahaman peringkat umur sekol
ah rendah, menengah, belia, dewasa dan warga emas.
Berikut, izinkan saya memberi sedikit penjelasan dan huraian.
Menurut pengamatan saya masalah sosial dan akidah yang berlangsung kini adalah a
kibat ilmu mengenali Allah dengan sebenar-benarnya tidak kesampaian kepada kami
masyarakat beragama Islam secara syarahan yang sihat dan suasana yang bersemanga
t untuk dihayati. Mereka (iaitu kami golongan yang kurang berilmu serta bukan be
rlatarbelakangkan pendidikan agama) tidak mengenali pencipta dengan sebetulnya m
aka tidak sedar akan halatuju hidup sebenar kearah negara akhirat yang kekal sel
ama-lamanya. Maka itu tiada visi dan misi dalam hidup untuk menuju kearah menjad
i insan yang bertaqwa.
Solat yang khusyu menjaga diri dari perbuatan mungkar. Tetapi ramai yang tidak me
njaga solat, walaupun mereka pandai dari segi ilmu mengerjakan solat secara prak
tikal, tetapi tiada penghayatan mengenali pencipta dan tiada kesedaran matlamat
hidup yang sementara ini maka tidak timbul perasaan untuk takut dan taat pada s
uruhan Allah.
Baik dan jahat sebab kuat dan lemahnya Tauhid (keyakinan). Asas ilmu dalam Islam
adalah Tauhid (Iman). Kenal Allah dulu baru kenal solat, puasa, zakat, haji, ke
rja dan sebagainya.
Awaluddin Ma rifatullah. Awal agama adalah mengenali Allah.
Tak kenal maka tak cinta.
Adalah berbeza antara tahu Tuhan , kenal Tuhan dan faham Tuhan .
Biasanya disebut ilmu yaqin, ainul yaqin dan haqqul yaqin.
TAUHID adalah satu-satunya ilmu yang disamar-samarkan dari kita berbanding feqah
dan tasawwuf yang popular. Angkara siapa?...
Adakah kacamata kehidupan kita seharian sedar akan kewujudan syaitan disekelilin
g yang gigih bekerja merosakkan akidah kita dengan strategi sistematik mereka te
rsendiri, kita tidak nampak mereka sedangkan iblis berkerajaan & berkementerian
dan menyerang kita dengan pelbagai strategi. Kita perlu tahu tentang iblis & sya
itan ini yang terlibat secara langsung dalam kehidupan seharian kita tanpa dised
ari. Perlu tahu perangkapnya dan cara-cara menghindari.
Tak kenal maka tak benci.
Antara strategi iblis ialah meletakkan kerajaan syaitannya membisik-bisik pada s
istem pendidikan kita, daripada peringkat tertinggi kerajaan Malaysia hinggalah
ke institusi kecil pendidikan didalam rumah. Pada pendapat saya antara strategi
syaitan pada manusia ialah belajarlah feqah, tasawwuf, quran, hadis, JQAF dan se
bagainya dengan meluas tetapi tak perlu tekankan penghayatan ilmu tauhid mengena
l Allah agar engkau kuat beribadah tetapi tidak mengenali siapa engkau sembah !
Sedarkah fenomena ini berlaku secara tidak langsung dalam silibus pendidikan ras
mi anak-anak kita. Golongan kecil dididik & membesar dengan kurang pendedahan te
ntang tauhid berbanding feqah. Maka sebab itu tiada khusyu dalam solat.
Berapa banyak orang yang berdiri (mengerjakan solat sedangkan) daripada solat itu
(mereka mendapat) hanya penat dan lelah.
(An-Nasa i & Ahmad)
Berapa banyak orang yang berpuasa (sedangkan) daripada puasanya itu (mereka menda
pat) hanya lapar dan dahaga.
(An-Nasa i & Ibnu Majah)
Mazhab popular yang biasa didengari seperti Imam Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi
, Imam Hambali, Imam Ghazali, . kitab mereka lebih menjurus kepada bab feqah dan t
asawwuf. Tetapi mazhab aliran tauhid seperti Imam Abu Hassan Al Asyaari dan Imam
Abu Mansur Al Maturidi jarang didengar dikalangan kami masyarakat biasa. Mengap
akah kesamaran ini?
Syaitan gigih bekerja untuk memastikan akidah kita bergoyang dengan apa kaedah s
ekalipun.
Umat Islam di Palestin kelihatan berperang secara fizikal, adakah kita di Malays
ia pula sedar bahawa kita di sini tidak aman juga kerana sedang diserang secara
halus seperti masalah sosial masyarakat melayu, sedangkan bohjan bohsia mat remp
it & mat gian adalah masalah lebih terpencil pada bangsa beragama lain. Syaitan
tidak sibukkan tugas mereka pada golongan yang sudah lari akidah, sekadar mengh
asut sahaja. Tetapi pada masyarakat melayu yang bernama Islam dan cuba mengamalk
an Islam, disinilah syaitan gigih berusaha untuk jayakan objektifnya.
Didalam peringkat iman, mungkin ramai ada dikalangan masyarakat Islam seksyen 18
ini yang beriman pada tahap iman taqlid (iman ikut-ikut) dan iman ilmu, sedang
kan iman tahap ini belum sah dan kita sepatutnya berilmu untuk menuju dan berada
pada sekurang-kurangnya peringkat iman ayyan. Saya rasa penduduk perlu sedar ad
akah diri sendiri sudah berada diatas landasan yang benar menuju kearah ketaqwaa
n untuk menjadi mukmin soleh, juga tahu dan sedar jika diri masih berada dalam g
ologan mukmin asi yang derhaka pada Allah agar dapat memperbaiki diri. Dan lebih
penting juga perlu tahu agar kita tidak berada didalam golongan munafik tanpa di
sedari diri sendiri.
Masyarakat melayu kadang-kadang dengan amalan percakapan seharian secara tidak s
edar mencerminkan kearah beriktiqad qadariah, jabariah & sebagainya, terutamany
a bila bercakap tentang kejayaan diri adalah usaha sendiri dan apabila ditimpa m
asalah atau kekurangan diri menyalahkan qada & qadar. Ini boleh merosakkan aqida
h secara tidak disedari. Mereka perlu disedarkan dengan ilmu untuk mengenali bat
asan dan memelihara amalan dan percakapan seharian agar tidak terkeluar dari ikt
iqad ahli sunnah wal jamaah.
Kita menghadapi masalah keyakinan .
Kita tahu bahawa hari akhirat itu benar. Hidup ini adalah sementara berbanding a
khirat yang selama-lama-lamanya. Tetapi sejauh manakah kita sedar & yakin dengan
hari akhirat. Adakah rutin harian kita mencerminkan kesediaan kita untuk bertem
u hari infiniti tersebut?
Kita tidak tahu bilakah hari akhirat sebenar tetapi setiap manusia akan tiba har
i akhiratnya sendiri. Bermula akhirat masing-masing ialah apabila sang sakaratul
maut datang menjemput. Menjelang kematian itu sudah tentu fikiran kita akan teri
ngat kepada yang tersayang seperti ibu, ayah, suami, isteri, anak-anak, harta be
nda dan lain-lain.
Adakah mereka ini boleh menolong kita dalam menghadapi kesakitan maut, TIDAK, ma
lah mereka serta semua makhluk juga akan turut menemui maut. Yang tinggal hanya
Allah yang esa lagi kekal. Pada saat kematian hanya pada Allah kita boleh mengha
rapkan belas kasihan, keampunan dan rahmatNya. Akan tetapi jika semasa hidup did
unia ini Allah tiada dalam senarai tersayang kita agaknya bolehkah kita mengingati A
llah ketika menghadapi maut?
Dimana kedudukan Allah dalam senarai tersayang kita hari ini? Tidak kenal maka tid
ak cinta. Adakah hari ini kita sudah mengenali Allah untuk mencintai pencipta se
kian alam tempat bergantung & kembali segala makhluk ? Bila lagi..?
Contoh scenario dalam keluarga :
Ayah : Adik bangun solat subuh..
Adik : alaa ayah... adik ngantuk sangat ni... tidur lambat tengok Belanda kalah t
adi...
Ayah : ish.. dah nak habis waktu ni, bangun solat !
Adik : ye la.. dengan berat hati adik bangun, setelah berwudu adik pun berdiri untu
k solat, lintasan niat sebenar dihati adik untuk solat .
Sahaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat tunai kerana ayah suruh!.. takut kena marah
! ..?
Adakah adik sudah mengenali Allah untuk cinta dan taat mengerjakan solat dengan
ikhlas keranaNya ? bukan kerana disuruh ayah yang tegas.
Dimanakah Allah? Bagaimanakah definasi khusyu kita dalam solat, bagaimana kita ya
kin bahawa Allah lah yang kita ketemu dalam solat & pada Allah lah kita berdoa?
Adakah kita bayangkan huruf alif, lam, lam, ha itu Allah? Adakah kita bayangkan
kaabah dalam solat untuk ketemu dengan Allah? Adakah konsentrasi membaca surah i
tu ketemuan dengan Allah? Adakah mendengar bacaan imam yang sedap tu mengkhusyuk
an solat maka itulah ketemuan dengan Allah? Bagaimana pula kalau suara imam baca
tak sedap? Bagaimana pula dengan orang buta, tuli atau bisu? Ketemukah kita den
gan Allah yang kita sembah? Dimana Allah? Bagaimana melihat Allah?
Jom ajak penduduk 18 cari ilmu mengenal Allah, makrifatullah, perluaskan kupasan
sifat 20, ilmu tauhid , jawapan kepada mengenali diri dan pengertian hidup yang
fana ini.
Iaitu ilmu pertama dan utama yang wajib didahulukan. Kesedaran kepada halatuju &
matlamat hidup yang ultimatum. Selangkah mencari Allah seribu langkah Allah dat
ang menghampiri. InsyaAllah sudah kenal maka akan terbit cinta dan keikhlasan un
tuk taat pada perintahNya, menjadi landasan untuk mencapai ketaqwaan disisiNya.
Serta menetapkan asas pegangan hidup kita dan memahami matlamat kita belajar,
bekerja, berkahwin, berzuriat dan segala keputusan yang perlu dibuat dalam hidup
.
Medium mencari Allah ialah dengan ILMU. Pencarian ilmu tiada penghujung tiada ke
sudahan.

Suatu kaedah yang menarik & popular masa kini ialah Program ESQ 'Emotional Spiri
tual Quotient' yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat walaupun intipatiny
a masih boleh diperhalusi & diperbaiki. Walaupun bagus ia cuma sampai kepada gol
ongan yang berkemampuan kerana kosnya yang tinggi.
Pada tahun 2006 Pak Lah pernah merasmikan Program Pembangunan Modal Insan yang p
ada saya amat penting matlamatnya. Kerajaan Selangor pada 2008 juga telah merasm
ikan Program S.P.I.E.S. dibawah pimpinan exco Dr.Halimah. Tetapi masalahnya kese
mua program ini tidak sampai kepada sasaran iaitu rakyat jelata terutamanya pada
gologan yang cenderung kepada masalah gejala sosial. Ramai dikalangan rakyat ya
ng tidak sedar akan program ini. Mungkin ia baru sampai kepada golongan elit ter
tentu sahaja berbanding kepada golongan yang membesar dan dididik dalam suasana
serba kekurangan dan dikelilingi oleh unsur dan pengaruh negatif. Perkataan Modal
Insan juga seperti suatu yang komplikated untuk difahami definasinya oleh sesete
ngah masyarakat.
Saya berpendapat jika pihak masjid menyediakan bajet khas untuk menganjurkan pro
gram motivasi ESQ berasaskan tauhid oleh pihak yang bertauliah agar sampai secar
a sistematik kepada semua setiap peringkat umur masyarakat di Seksyen 18 ini. Mu
ngkin boleh dibuka pada golongan bukan Islam juga untuk mereka mengenali keindah
an dan kebenaran Islam. Saya rasa ramai warga emas yang tidak berpeluang mendapa
t pendidikan tauhid yang sempurna semasa muda dengan keadaan majlis ilmu yang ku
rang meluas pada zaman mereka, kini hanya settle down dengan mengamalkan setakat
ilmu yang ada serta malu untuk belajar yang asas semula.
Dengan menyediakan pihak dan majlis yang proaktif untuk approach pelbagai pering
kat umur terutamanya remaja, akan membantu membersih dan memurnikan hati golonga
n yang terkapai-kapai atau buta akan pengertian hidup sebenar, barulah mereka be
rpotensi meninggalkan gejala-gejala negatif untuk maju kehadapan apabila mengert
i falsafah hidup dirinya yang sepatutnya. Mungkin program begini boleh dibuat de
ngan kerjasama pihak sekolah demi kesejahteraan dan pembangunan sosial penduduk
Seksyen 18 secara jangkapanjang. Dalam kelompok bermasalah ada leaders & followe
rs. Leaders ini boleh dikenalpasti dan merekalah yang berpotensi menjadi ejen pe
rubahan yang boleh mempengaruhi kawan-kawan lain pada masa hadapan.
Pihak yang bertanggungjawab perlu merangka silibus dan isi kandungan yang sesuai
untuk majlis motivasi berilmu ini. Saya berpendapat perlu juga ada pengisian me
nerangkan konsep beriman & bersyukur yang perlu melengkapi 3 perkara iaitu deng
an lidah, hati dan amalan. Kita perlu bersyukur dengan segala anugerah yang Alla
h kurniakan bukan sekadar mengucap dilidah, tetapi mengikhlaskan dihati serta me
ngamalkan gerakerja anggota badan kita seharian untuk mencerminkan kesyukuran te
rsebut, bukan dengan menggunakan lidah, hati dan gerak anggota kita dengan cara
yang mungkar. Pendekatan ilmu motivasi ini juga perlu banyak metafora agar mudah
diadaptasi pengertiannya, bahasa yang senang faham untuk golongan bersesuaian s
erta multimedia yang menarik minat untuk penghayatan berkesan.
Ilmu tauhid yang difahami oleh akal fikiran perlu ditunjuk ajar kaedah bagaimana
mangamalkan dan menghayati ilmu itu secara constant agar ia mengalir daripada o
tak ke hati, barulah mencapai penjiwaan tauhid.
Saya pasti pengisian ilmu tauhid dan pemahaman konsep hidup yang sebenar akan me
njadikan penduduk Seksyen 18 lebih bertanggungjawab dalam kerja dan amalan sehar
ian mereka, juga membuat keputusan yang lebih bijak dalam hidup mereka seperti m
emilih pergaulan, pembelajaran, pekerjaan, perkahwinan, mendidik zuriat dan seba
gainya. Saya yakin statistik gejala sosial pasti akan jatuh mendadak dan mencerm
inkan pembangunan penduduk lebih berkualiti jika bajet dan program seperti ini d
isegerakan.
Advantage pada umat Islam secara amnya ialah dengan motivasi dan kesedaran ini m
ereka akan menjalankan kehidupan seharian dengan niat ikhlas dihati bahawa setia
p gerakerja amalan mereka mempunyai matlamat yang lebih jauh, iaitu pertamanya b
ekerja dengan amanah & cemerlang untuk mendapat hasil kejayaan disinggahSINI dan
diiringi dengan keikhlasan agar hasilkerja tadi diberkati dan menganggapnya seb
agai investment yang boleh dituai disinggahSANA pula kelak.
Semoga cadangan ini boleh menjadi pemangkin untuk mulakan suatu pelaburan yang e
fektif kearah menjana jemaah mukmin soleh serta komuniti seksyen 18 yang sihat s
osial pada masa hadapan. Semoga daripada permulaan ini akan mencetuskan kesedara
n pada kami dan semoga kami terpanggil untuk mengikuti program-program seterusny
a kearah kemantapan tauhid kepada Allah.
Maaf atas kejahilan saya dalam bab agama. Segala kandungan yang baik adalah dari
Allah dan segala kesilapan itu adalah dari kekurangan dan kelemahan diri saya s
endiri.

Wallahualam.
Semoga Allah kurniakan hidayah, inayah, taufiq dan merahmati ahli jawatankuasa m
asjid dan penduduk seksyen 18.
Syukran jazilan, barakallahufikum.

Anda mungkin juga menyukai