Anda di halaman 1dari 1

Dalam menghadapi era globalisasi dan order baharu dunia , semakin ramai pelajar

tempatan yang telah memilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara . Fenomena ini
mungkin diakibatkan kekurangan institusi pengajian tinggi untuk menampung pengajian para
pelajar di dalam negara . Bak kata Ibnu Rusyd , kepuasan jiwa kerana mencari pengetahuan
itulah kepuasan sejati . Namun , perkara ini tidak harus dirisaukan kerana terdapat pelbagai
kebaikan menuntut diluar negara .

Graduan yang menuntut di luar negara bakal memperolah pelbagai pengalaman


bagai serampang dua mata , dapat menimba ilmu dalam masa yang sama mengutip
pengalaman . Ilmu yang diperoleh dalam bentuk sistematik dan sempurna . Manakala
pengalaman yang dikutip dari persekitaran mampu mendewasakan mereka agar menjadi
pencorak masa depan negara yang berkualiti tinggi . Kemajuan negara berkenaan dapat
dijadikan inspirasi apabila pulang ke tanah air kelak .

Selain itu , dalam kesibukkan belajar , para graduan turut bergiat aktif dalam
mempromosikan budaya tempatan di persada antarabangsa . Menerusi badan yang
dioperasikan , ciri kebudayaan Malaysia dapat diperkenalkan kepada rakyat asing .
Pendedahan budaya kita menerusi aktiviti yang diperkenalkan dapat membuka mata rakyat
asing agar mereka lebih berminat untuk mengenali kebudayaan kita . Dalam tidak sedar ,
kita dapat mempromosikan keunikan negara kita dan memajukan industri pelancongan
kebangsaan .

Seterusnya , dengan menuntut di universiti luar negara yang diiktiraf oleh dunia ,
seseorang pelajar itu tidak perlu bimbang akan masa depannya. Peluanag pekerjaan yang
sedia ada memang mengalu-alukan mahasiswa lulusan unversiti tersebut . Oleh itu , pelajar
tersebut dapat mengimpliementasikan kemahiran dan pengtahuan mereka untuk
memajukan negara.

Deduksinya , meskipun ramai yang lebih selesa menyambung pelajaran di dalam


sekolah , kelebihan menyambung pelajaran di luar negara juga banyak memberikan
kebaikan . Oleh itu , terpulanglah kepada pelajar untuk membuat pilihan asalkan mereka
dapt mencapai matlamat dan masa depan yang lebih gemilang .

Anda mungkin juga menyukai