Anda di halaman 1dari 3

1. BILA DOA MUDAH & CEPAT DIKABULKAN?

Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang


penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Ia adalah
pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak
ke atas segala yang berlaku, manakala dari segi yang
lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba
kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah
Subahanahu Wataala.

Sementara itu doa adalah penggerak dalaman yang


memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan
dalam apa jua amal perbuatan. Maka tidak hairan di
dalam Islam setiap langkah sesuatu perbuatan, ada
doa-doa tertentu yang digalak supaya diamalkan sama
ada sebelum memulakan sesuatu perbuatan ataupun
selepas melakukannya.
Kelebihan atau fadhilat doa itu pula amat besar dan
banyak sekali. Melalui doa, keampunan dan rahmat
diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan kesusahan
terhindar. Pendeknya, jika Allah menghendaki dan
merestui doa hambaNya, tiadak ada satu daya kuasa pun
yang dapat menghalangnya dan Allah tidak akan
mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa itu.
Persoalan yang timbul sekarang ini ialah bilakah
waktunya doa mudah dan cepat dikabulkan?
Apabila seorang hamba berdoa kepada Allah, nescaya
Allah akan mengabulkan doanya dan tidak akan
membiarkan doanya itu kosong sahaja. Tetapi perlu
diingat bahawa untuk mendapat doa yang dimakbulkan,
adab-adab atau peraturan berdoa mestilah dipelihara
oleh setiap orang yang berdoa.
Di antara tuntutan dan etika berdoa itu ialah:

Memelihara sumber rezeki seperti makan, minum dan


pakaian daripada sumber yang haram.
Berwudhu dan memulakan serta mengakhiri doa dengan
menyebut dan memuji nama Allah serta berselawat kepada
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Berdoa dengan jalan bertawassul dengan amal salih.
Berdoa dengan mengadap qiblat dan mengangkat dua
tangan sekira-kira nampak putih ketiak dan menyapu
kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa.
Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin
akan diperkenankan.
Berdoa dengan disertai keredhaan hati, khusyuk jiwa
yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara
berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan
takut terhadap azab Allah dan penuh harapan dengan
limpah kurniaNya.
Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya.
Berterusan berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak
tiga kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa
dengan menganggap doa tidak dikabulkan.
Memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat atau
ketika doa mudah dan cepat dikabulkan. Diantaranya:
i. Di satu pertiga akhir waktu malam dan selepas
menunaikan sembahyang fardhu.
ii. Ketika Lailatulqadar.
iii. Hari Arafah.
iv. Di bulan Ramadhan.
v. Hari dan malam Jummat.
vi. Di antara azan dan iqamah.
vii. Ketika berhadapan dengan musuh di dalam
peperangan.
viii. Ketika sujud di dalam sembahyang.
xi. Ketika mendengar kokokan ayam.
x. Ketika waktu hujan.
xi. Ketika meminum air Zam-Zam.
xii.Ketika membaca al-Qur’an terutama apabila khatam.
xiii Di tempat-tempat yang mulia kerana keberkatan dan
kemuliaannya yang dikurniakan oleh Allah seperti di
Masjid Al-Haram, masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.

Begitulah etika dan waktu doa mudah dimakbulkan.


Berdoa menunjukkan ingatan kepada Allah yang Maha
Berkuasa. Mengingat Allah hendaklah dilakukan pada
setiap masa, sama ada di waktu senang mahupun susah.
Begitulah juga dengan amalan berdoa, hendaklah
dilakukan setiap masa, lebih-lebih lagi di waktu
senang dan susah doa akan mudah diperkenankan.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu anhu
Maksudnya : "Sesiapa yang suka supaya dikabulkan
doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan,
maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu
sengan". (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Anda mungkin juga menyukai